Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, March 22, 2013

Antara IKEA dan Kaison



Tajuk kemain gempak. Sesekali apa salahnya aku letak tajuk gempak sikit kan?

IKEA memang favorite aku sejak dari zaman persekolahan lagi. Tapi aku ada satu lagi tempat favorite selain IKEA, iaitu Kaison. Kaison ni berhantu jugak macam IKEA. Kalau korang terjah Kaison terus jadi rambang mata dan teruja sama macam korang terjah IKEA jugak. Tapi kalau korang memang jenis hati kering tak minat deco-deco atau barang yang comel-comel ni, mungkin korang tak teruja dan batak macam aku kot. Aku ni memang akan jadi sedikit teruja dan ala-ala batak sikit bila nampak kedai yang jual barang-barang yang boleh memberi inspirasi dalam mendeco.

Sebenarnya aku dulu tak tahu kewujudan Kaison ni. Kalau Daiso tu aku tahulah. Sampai satu hari tu adik aku bagitahu kewujudan Kaison. Adik aku cakap Kaison lagi best dari Daiso dan kedai-kedai seangkatan dengannya. Masa tu aku tak amik pusing pun cakap adik aku. Sampailah satu hari tu entah macam mana hati aku memberontak nak pergi Kaison. Masa tu aku memang dah tahu kat Paradigm Mall ada Kaison. Itu pun kebetulan beberapa bulan yang lepas, aku nak cari apa entah pastu ternampak signboard Kaison kat Paradigm Mall. Masa tu aku tak teruja sangat sebab masa tu tak ada mood nak mendeco. Masa tu mood nak pergi holiday yang lebih dari mood nak mendeco

Terus aku set otak aku nak terjah Kaison dalam masa terdekat. Pada hari aku cari pasu bunga kat IKEA (masa tu aku pergi IKEA dan Kaison sorang-sorang je okeh. Dasar tak sabar), balik dari IKEA tu lah aku terus terjah Kaison kat Paradigm Mall. Kadang-kadang aku lagi suka pergi shopping sorang-sorang sebab tak ada siapa nak kacau dan halang apa yang aku nak beli. Tapi taklah nak memboros. Kan dah pasang azam nak lebihkan saving untuk azam tahun baru ni kan? Iyo lah tu Nurul. Hahaha.



Baru berdiri depan kedai, aku dah tergedik-gedik suka. Itu baru berdiri depan kedai. Belum masuk kedai lagi. Hah dapat rasakan tak macam mana aku betul-betul terasa teruja dengan konsep kedai Kaison ni. Kebetulan masa tu aku tengah hangat-hangat nak wujudkan mini garden kat rumah. Mini gardenlah sangat. Jadi bila aku tengok Kaison penuh dengan pokok-pokok bunga yang comel, terus aku jadi rambang mata.

Kalau nak tahu Kaison ni ada jual macam-macam. Ada jual pokok-pokok bunga, pasu-pasu bunga, bakul-bakul yang comel, jam, wallpaper, frame, lilin. Senang kata macam-macam ada. Yang pastinya harga lebih murah dari IKEA dan berbaloi-baloi. Hari tu aku dah terbeli pasu bunga kat IKEA. Pastu bila ke Kaison aku ternampak pasu bunga bentuk lebih kurang sama macam yang aku beli kat IKEA dengan harga yang lebih murah. Terus rasa menyesal. Sebab apa aku kan kalau boleh jimat, lagi aku nak jimat. Tapi redha je lah.




Paling best koleksi pokok-pokok bunga kat situ. Pasti tak mengecewakan. Banyak sangat pilihan. Harga berbaloi-baloi. Aku ingat nanti aku nak beli je pokok-pokok bunga kat Kaison ni walaupun artificial flower pun tak kisah janji cantik, comel dan simple. Saiful cakap aku tak sesuai nak bela pokok-pokok yang real punya sebab aku pemalas nak siram air kat pokok-pokok belaan aku tu. Sampaikan ada pokok-poko kat mini garden aku tu yang dah mula layu. Hahaha. Jadi adalah baiknya aku beli artificial flower je kat Kaison ni. Senang tak payah nak siram-siram air bagai.

Jadi sesiapa yang minat barang-barang mendeco yang comel-comel dan dalam proses nak mendeco rumah ke, bolehlah terjah Kaison. Serius nanti korang pasti rambang mata. Harga murah dan berbaloi-baloi. Siapa yang tak sukakan penjimatan dengan harga yang murah dan berkualiti kan? Pada aku bab kualiti tu kira ok taklah barang-barang kat situ tu jenis murah tangkap muat je. Pada aku memang berbaloi-baloi. Serius ni. Tak percaya sila terjah Kaison.

Wednesday, March 20, 2013

Pilihan sofa IKEA : Klippan atau Ektorp

Dari tahun lepas lagi aku berangan-angan nak tukar sofa kat rumah aku tu. Masa tu gila bayang dengan sofa color putih kat IKEA. Sebelum hari raya tahun lepas, aku asyiklah bagitahu dan pujuk Saiful aku nak tukar sofa. Tapi Saiful tak setuju. Alasan dia sofa kat rumah tu masih elok. Kalau betul-betul nak beli tunggu tahun depan. Jadi sekarang kan dah masuk tahun baru, so dah bolehlah kot nak beli sofa baru. Aku tulis ni macam duit tu berkepuk-kepuk dalam poket. Hahaha.

Sofa lama aku tu, sebenarnya aku beli masa dapat duit bonus 3 tahun yang lepas kalau tak silap akulah. Masa tu aku masih kerja dengan company lama kat Kelana Jaya dulu. Konon-kononnya nak nampakkan barang yang berfaedah sikit, jadi aku belilah sofa tu. Masa tu tengah trend sofa L-Shape kan? So aku pun tak ketinggalan nak sofa L-shape jugak. Murah je aku beli. Tapi serius aku tak ingat harga sofa tu berapa tapi yang pasti memang murah. Tapi sorry eh gambar tak ada so tak dapat nak tempek kat blog. Tak payahlah kot nak tengok sofa aku tu sebab aku pun dah naik menyampah tengok sofa tu. Color kusam dan bila aku tukar cover hantar kain suruh tailor jahit pun still tak naik color sofa tu dengan konsep keadaan rumah. Banyak alasan kukuh kenapa aku perlu tukar sofa. Antaranya :

1) Keadaan sofa dah tak berapa kukuh. Maklumlah sofa murah
2) Bahagian bawah sofa tu macam dah koyak sikit
3) Kusyen / bantal kat sofa tu dah mula meleper. Dah tak best nak baring-baring kat situ

Walaupun kalau tengok secara depan-depan keadaan sofa tu taklah teruk mana tapi aku tetap rasa tak best. Biasalah perempuan kan? Nafsu shopping melebih-lebih. Saiful cakap ok je tapi aku cakap tak ok. Hahaha. Ok kali ni kalau jadi, aku nak beli sofa kat IKEA je. Bukan sebab aku ni peminat tegar IKEA semata-mata je okeh tapi banyak sebab kenapa aku nak sangat-sangat sofa dari IKEA ni. Antaranya :

1) Boleh tukar-tukar cover sofa. Contohnya korang dah jemu dengan sofa color putih korang pergilah IKEA beli cover color merah pulak. Tak payah nak susah-susah cari tailor suruh jahit
2) Boleh basuh. Kalau cover sofa tu kotor korang tanggal dan basuh. Mudah kan? So tak ada istilah takut nak mencuba sebab takut anak conteng atau kotorkan sofa korang
3) Harga ada yang paling murah hingga yang mahal. So pilihan ikut kemampuan masing-masing

Ok sekarang aku ada dua pilihan yang aku berkenan iaitu Sofa Klippan series dan sofa Ektorp series. Dah 2,3 hari ni kerja aku duduk office asyiklah meng-google tentang dua-dua sofa ni. Jawapan dari hasil google aku, ada yang kata sofa Klippan best. Ada pulak yang kata sofa Ektorp best. Tapi paling banyak aku baca, ramai yang memilih Klippan series. Maybe sofa ni comel dan nampak simple. Aku pun sebenarnya lebih berkenan dengan Klippan series ni. Lagipun tiap-tiap tahun ada je cover yang comel-comel IKEA hasilkan untuk sofa Klippan ni.




Sofa Ektorp series. Cover sofa boleh tukar-tukar tapi cover Ektorp mahal sikit dari cover Klippan

Sofa Klippan series. Cover sofa boleh tukar-tukar dan sangat comel

Tapi aku tak sure lagi nak beli sofa ni dalam masa terdekat ni ke tak? Semuanya bergantung pada pulus. Sebab ada lagi beberapa barang yang aku dah listkan nak beli. So sekarang ni aku dalam dilema sama ada perlu ke aku beli sofa dulu atau aku beli barang lain dulu? Kalau duit aku berkepuk-kepuk semua benda tu aku beli sekali harung je. Hahaha.  Tapi yang pasti aku nak sangat tukar sofa. Saiful pun dah hint-hint macam setuju dengan idea aku ni.

Kalau korang kan korang pilih sofa Ektorp series ke atau sofa Klippan series? Tapi aku rasa hati aku berat ke Klippan series sebab design sofa tu comel dan simple. Memang kena dengan konsep idea yang aku nak. Aku nak semua benda pun nampak simple. Nanti nak nampak menarik, letak je bantal-bantal kecik kat situ. Aku berdoa semoga duit aku laki bini berkepuk-kepuk lepas ni. Sebab kalau boleh aku nak tukar cepat-cepat sofa kat rumah aku ni.

Thursday, March 14, 2013

Jom serbu IKEA

Jom serbu IKEA

Sesiapa peminat tegar IKEA harus serbu IKEA bulan ni. Sebab sekarang IKEA ada buat sale dari 7 - 24 Mac 2013. Rugi kalau tak serbu. Sebab apa banyak jugak barang-barang yang turun harga. Kalau kita tengok website IKEA memang nampak macam tak banyak barang yang turun harga. Aku pun masa tengok website, terus rasa tak ada mood nak serbu IKEA. Pada hal IKEA adalah tempat wajib terjah setiap bulan. Boleh dikatakan begitulah setiap bulan mesti nak terjah IKEA. Kadang-kadang tak beli apa-apa pun tapi cuma suka cuci-cuci mata pastu lepak makan kat situ. Kebetulan Raina pun suka sangat ke situ. Eh tiba-tiba libatkan Raina dalam ini cerita. Hahaha.

Tapi hati aku memberontak tak senang duduk dibuatnya. Boleh dikatakan hari-hari aku tengok website IKEA. Angau aku terhadap IKEA bukan saja kat tempat kerja tapi bersambung ke rumah. Balik rumah belek-belek lagi katalog IKEA. Aku tak tahulah kenapa perangai aku makin menjadi-jadi macam ni. Dulu tak macam ni okeh. Saiful pun dah geleng-geleng kepala tengok perangai aku.

Semalam masa kat office, aku ada sms Saiful ajak pergi IKEA. Sebab memang dah lama kami berhajat nak beli almari color putih. Sebelum ni Saiful ada cakap tunggu hari Sabtu je kalau nak pergi IKEA beli almari tu. Tapi aku kan dasar tak sabar. Lagi-lagi hati tak keruan okeh hari-hari tengok website IKEA.


Aneboda wardrobe

Sebenarnya kami baru je ke IKEA beberapa minggu yang lepas sebab nak cari katil untuk Raina dan beberapa barang yang lain. Aku ingat bolehlah sekali harung beli almari tu sekali. Tapi almari tu tak ada stok. Kecewalah aku berhari-hari. Lepas selang seminggu lebih kot aku check website, almari tu baru restock. Apa lagi tak senang duduk aku. Hari-hari asyik fikirkan pasal almari tu. Hari-hari cakap kat Saiful takut almari tu habis. Aku tak sanggup nak tunggu next restock. Dasar tak sabar.

Sampailah hari tu aku ada pergi IKEA sorang-sorang. Sanggup tu pergi IKEA sorang-sorang kebetulan masa tu nak cari pasu bunga. Tapi disebabkan almari tu besar sangat, aku tak jadi beli. Aku mana kuat nak angkut sorang-sorang.  Tu yang kena jugak ajak Saiful. Sekali tu balik kerja semalam dengan muka aku yang agak sedih tiba-tiba Saiful tanya soalan cepumas kat aku.


"Sayang nak pergi IKEA ke hari ni? Nak pergi hari ni tak?"


Apa lagi tersenyum terkinja-kinjalah aku suka. Jadi semalam selepas Maghrib, ke IKEA lah kami. Aku jarang pergi IKEA belah malam lepas waktu kerja. Jadi bila semalam ke IKEA, aku rasa selesa dan best bila tengok kat IKEA tak ramai orang. Nak cari parking pun senang. Apatah lagi nak pilih-pilih barang. Smooth je. Kalau nak melantak meatball pun tak payah nak berebut-rebut tempat. Tapi aku laki bini bukan peminat meatball IKEA.

Alhamdulilah dapat jugak almari color putih idaman aku. Dah lama kot aku nak almari color putih. Saiful pulak semalam selamba angkut almari tu bawak masuk kereta. Kami beli 2 unit semalam. Memang kereta jadi berat sebelah. Setakat ni kami tak pernah lagi guna service penghataran IKEA. Beli meja makan, katil Raina, rak tempat letak barang, memang Saiful sedaya-upaya sumbat masuk kereta. Dia kata membazir kos penghantaran. Jadi semalam Saiful bawak kereta senget sebelah. Hahaha.
 
Jadi sesiapa peminat tegar IKEA silalah serbu IKEA. Banyak barang best-best turun harga. Aku pun rambang mata semalam. Lagi-lagi bila tengok banyak double beds yang turun harga. Tak keruan aku malam tadi. Macam MALM Chest of 3 drawers ni turun harga sampai RM99. Tapi tak payah berangan dapat rembat drawer ni eh. Sebab apa dah tak ada stock. Dengar-dengar dalam masa tak sampai sejam drawer ni dah habis di jual. Alahai tak dapat nak rembat drawer ni.

 Murah kan?

Jom serbu IKEA. Nanti kehabisan stock pulak. Lepas ni kena gigih kumpul duit lagi. Aku teringin nak beli macam-macam. Jadi mari  menabung.

Wednesday, March 13, 2013

Potty training Raina Evaqairina

Alhamdulilah Raina dah berjaya di-potty trained-kan. Yeahhh

Sebenarnya aku dah lama sangat nak buat entri pasal potty training yang dilakukan kat Raina beberapa bulan yang lepas tapi biasalah aku suka sangat tangguh-tangguhkan bila datang mood malas nak update blog. Idea tu ada tapi malas nak update. Banyak sangat cerita yang aku nak kongsi kat sini tapi di sebabkan malas, jadi aku peram saja cerita-cerita tu.

Raina sekarang dah 3 tahun 3 bulan umurnya. Pada usia begini aku baru berjaya potty train Raina dengan jayanya. Alhamdulillah. Aku bersyukur dan teruja dengan perkembangan terbaru Raina. Sebenarnya aku dah mula potty train Raina dari tahun lepas lagi. Kononnya masa tu nak anak bebas dari memakai lampin pakai buang sebelum usianya menginjak 3 tahun. Tapi aku tak berjaya dan give up. Malas pun iye kot. Apa punya mak lah aku ni kan? Hahaha. 

Bukan apa, selalunya aku potty train Raina pada hujung minggu saja. Kalau waktu bekerja memang aku tak dapat nak potty train Raina. Balik kerja tentunya aku penat plus nak kemas rumah dan macam-macam kerja rumah aku nak buat. Jadi bila beberapa kali gagal pottty train Raina, terus aku rasa give up dan malas nak teruskan.

Sampailah satu hari tu awal bulan Januari yang lepas, babysitter Raina, Kak Zurin atau Raina panggil sebagai 'ibu' bagitahu yang dia dah mula potty train Raina. Masa tu aku terkejut jugak sebab Kak Zurin sanggup nak potty train anak aku. Payah kot zaman sekarang nak cari babysitter yang sanggup bekerjasama dengan kita potty train budak kecik. Masa tu aku betul-betul terharu. Boleh dikatakan tiap-tiap hari Kak Zurin bagitahu perkembangan Raina semasa proses potty train Raina. Yang pelik tu, Raina ni memang akan mendengar kata 'ibu' dia. Kak Zurin bagitahu aku, senang sangat nak potty train Raina sebab Raina mendengar kata. Cakap sekali je dia dah ikut apa yang di ajar. Cuba dengan aku atau Saiful je Raina manja melebih-lebih.

Bila Kak Zurin bagitahu dah mula potty train Raina, terus aku nekad akan potty train Raina tiap-tiap hari walaupun hari bekerja. Jadi balik ambik Raina kat rumah Kak Zurin, aku dah mula terapkan nilai-nilai melatih tandas ni kat Raina. Setiap 5 minit atau 10 minit aku akan tanya Raina. Biar dia rasa jemu yang penting aku tak nak leka dan malas lagi potty train Raina. Alhamdulilah aku ambik masa dalam seminggu je. Lepas tu aku dah tak perlu risau sebab Raina sendiri dah faham kalau dia nak kencing atau berak cepat-cepat dia bagitahu aku. Baru aku tahu sebenarnya nak potty train budak kecik ni bukannya susah sangat pun yang penting kita kena rajin, cekal dan banyak bersabar. 

Aku nak berterima kasih dengan Kak Zurin. Sebab dengan kerjasama dia jugaklah aku berjaya potty train Raina. Kalau nak tahu sekarang Kak Zurin tengah ajar Raina minum susu guna cawan. Dan Alhamdulilah nampaknya Raina nak minum susu guna cawan. Ok kat sini aku kongsikan tips nak potty training kat budak kecik.

1) Kenalkan si kecil dengan bilik air dan jamban. Bilik air untuk kencing dan jamban untuk berak

2) Bila si kecil dah kenal bilik air dan jamban, cubalah beberapa kali tanya "Mana toilet?"

3) Bila setiap kali si kecil berjaya menjawab soalan korang, bagilah ciuman, tepukan dan puji mereka. Raina suka bila aku tepuk tangan, cium dan bagi pujian kat dia. Selalunya dia akan cakap "Raina good girl  kan mama"

4) Saiko pemikiran si kecil. Contohnya "Raina dah besar. Kalau Raina nak pergi school tak boleh pakai dryper. Nanti shame dengan friends. Raina nak pergi school kan?". Macam Raina ni, dia memang nak sangat pergi school tapi disebabkan hari tu dia masih pakai dryper tu yang aku terpaksa tangguhkan dulu masukkan dia sekolah

5) Sentiasa tanya si kecil setiap 5 minit atau 10 minit. "Raina nak cici ke? Raina nak pupu ke? Kalau nak cici atau nak pupu bagitahu mama tau". Ini untuk permulaan mungkin makan masa 5 hari ke seminggu saja. Selepas tu korang dah tak payah nak tanya banyak kali sebab anak korang automatik akan mahir dan pandai control bila diaorang terasa nak kencing atau berak

6) Sentiasa on lampu toilet. Bukan apa kadang-kadang bila anak kita dah agak mahir keluar masuk tandas, mudah bagi kita. Contoh macam Raina ni dia memang jenis suka kencing sikit-sikit. Satu kali sampai 7,8 kali kencing. So aku dah siap-siap on lampu kat toilet tu. So mudah kalau Raina dah tak tahan sangat dia sendiri masuk bilik air kencing. Raina dah pandai basuh sendiri. Kecuali kalau dia berak memang aku atau Saiful kena basuhkan. Tapi kita sebagai mak bapak kena pantau jugak bila anak keluar masuk toilet

7) Selepas si kecil kencing mahupun berak, bagilah ciuman, tepukan dan kata-kata pujian. Ini penting bagi meransang semangat si kecil. Kalau korang mampu bawaklah si kecil pergi makan luar ke atau belikan baju baru ke sebagai hadiah atas kejayaan mereka. Serius ni mereka akan rasa seronok okeh

8) Sebelum tidur minta si kecil kencing dahulu. Dan pastikan sediakan alas getah di tempat tidur si kecil

9) Ada sesetengah budak kecil dia rasa tak selesa kalau tak pakai dryper. Macam tu pakaikan seluar dalam. Tapi macam Raina dia memang tak suka pakai seluar dalam. Dia lagi selesa sarung macam tu je seluar dia

10) kalau nak potty training anak, kita jugak kena terapkan nilai-nilai kebersihan. Macam aku, memang aku ajar Raina macam mana nak cebuk dan basuh selepas kencing, macam mana nak guna air, macam mana nak basuh tangan selepas keluar toilet dan macam-macam lagi

11) Kalau boleh potty train hari-hari walaupun hari bekerja. Jangan tunggu hari cuti Sabtu dan Ahad je. Sebab apa, dari pemerhatian aku, kalau kita potty train anak hari Sabtu dan Ahad je pastu kita stop then tunggu hujung minggu yang akan datang baru nak potty train anak semula, budak kecik cepat lupa. Di sinilah puncanya kegagalan kita potty train anak kita. Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku tahun lepas. So bila aku potty train Raina tiap-tiap hari. Balik kerja walaupun aku penat aku tetap potty train Raina, Alhamdulilah dalam masa seminggu je aku dah berjaya potty train Raina

Ok setakat tu je kot tips dari aku. Ni tips cara aku. Lain orang lain caranya kan? Cuma saja aku nak kongsi cara aku potty train Raina kat sini. Setakat ni Raina kalau tidur belah siang atau pergi keluar berjalan dekat-dekat memang aku tak pakaikan dryper. Kalau keluar jalan jauh sikit dan tidur belah malam je aku pakaikan. Itu pun bila keluar kadang-kadang pakaikan Raina dryper, automatik bila Raina nak kencing atau berak dia bagitahu aku. Sebab dia sendiri dah tak selesa nak membuang kat dryper. Siap mengamuk okeh suruh carikan toilet sebab dia nak kencing atau berak kat toilet. Hahaha. Sebenarnya aku pernah cuba tak pakaikan Raina dryper belah malam, Alhamdulilah berjaya. Cuma aku tak nak tergesa-gesa. Aku buat slow-slow berperingkat-peringkat. Kepada ibu bapa kat luar sana yang masih dalam proses potty train anak, jangan give up. Banyakkan bersabar. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.

Monday, March 11, 2013

Realiti kehidupan aku dan kamu

Assalamualaikum

Aku ada satu tabiat suka termenung. Boleh dikatakan hari-hari aku termenung. Termenung fikirkan itu ini. Sebelum tidur termenung. Bangun tidur termenung. Sampaikan tengah tidur pun otak masih ligat fikir macam-macam. Bunyinya memang nampak macam agak kelakar sikit. Tapi pada aku dengan cara termenung dan berfikir macam-macam tu boleh buat otak aku aktif. Aku suka bila otak aku aktif berfikir.

Perkara yang selalu berlegar dalam otak aku aku ialah tentang kehidupan aku dengan kehidupan orang di luar sana. Aku tak tahulah apa kena dengan perangai aku yang suka banding-bandingkan kehidupan aku dengan kehidupan orang lain. Aku akan jadi moody secara tiba-tiba bila aku rasa kehidupan aku tak best dan tak hebat macam orang lain. Sedangkan kehidupan aku dah cukup best walaupun tak sehebat mana jika nak di bandingkan dengan orang yang mungkin lagi kurang dari segala segi kehidupan realitinya. 

Bila aku tengok FB, Baca timeline di twitter atau apa-apa saja yang berada di sekeliling aku, tengok kehidupan orang lain yang lagi hebat atau dalam erti kata lain lebih baik dari aku, automatik aku termenung dan berfikir : 

"Kenapa aku tak macam dia duduk kat oversea ikut suami. Best wei duduk oversea"
"Bestnya dia kerja goverment" 
"Kan best jadi macam dia. Hari-hari makan luar. Makan tempat yang best-best"
"Kenapa rumah dia cantik sangat ni?"
"Bestnya dia ni housewife tapi selalu shopping sana sini"
"Bestnya dia ni selalu pergi holiday"
"Bestnya dia ni pandai masak macam-macam"
"Bestnya dia ni kurus. Cantik pulak tu"

Normal kot jadi manusia akan ada rasa cemburu. Aku rasa tipulah kalau kau tengok perkara-perkara best yang berada di sekeliling kau yang lagi hebat dari realiti kehidupan kau tak terdetik langsung rasa cemburu. Jangan nak kelentong aku eh. Aku pun ada rasa macam tu. Rasa cemburu. Tapi aku bukan jenis manusia busuk hati nak cemburu tak tentu pasal. Selalunya aku jadikan rasa cemburu aku tu untuk aku lebih berusaha untuk dapatkan tak banyak sikit pun mesti aku dapatkan. Itulah perangai aku.

Bukan macam sesetengah jenis manusia, pantang nampak orang lebih sikit dari dia, mulalah nak ada rasa busuk hati nak mendengki. Pastu buat status atau cerita bukan-bukan. Annoying okeh orang jenis macam ni. Apa salahnya kau berusaha cuba dapatkan kehidupan kau tu jadi best macam orang yang kau dengkikan tu. Walau tak banyak sikit pun jadilah. Kau akan rasa puas hati sangat-sangat atas usaha keras kau tu. Faham? Sorry aku emosi. Haha.

Kadang-kadang aku rasa berdosa pun ada. Sebab bila aku termenung fikir perkara yang bukan-bukan macam ni, aku rasa macam aku tak bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni. Cuba aku bandingkan kehidupan aku dengan orang lain yang mungkin lagi kurang dari aku. Contohnya :

- Aku ada kerja tetap dengan gaji yang agak selesa sekarang
- Aku ada kereta sendiri menggunakan hasil titik peluh aku walaupun bukan kereta besar
- Aku masih mampu deco rumah aku walaupun rumah sekarang ruangnya kecik saja
- Aku masih ada lebihan duit gaji yang boleh buat shopping kat Ikea tanpa rasa bersalah
- Aku mampu bawak anak aku naik kapal terbang pada seawal usia 2 tahun
- Aku mampu holiday sekurang-kurangnya sekali setahun dengan khidmat Air Asia
- Aku masih mampu belikan baju anak aku harga yang agak mahal walaupun bukan selalu
- Aku masih mampu makan tempat sedap-sedap walaupun bukan hari-hari
- Aku masih boleh memasak walaupun aku tahu aku masak tak sedap
- Aku ada degree walaupun tak ada master dan PHD tapi aku ada pelajaran
- Aku masih mampu bagi keluarga aku duit tiap-tiap bulan walaupun tak banyak
- Aku masih boleh saving tiap-tiap bulan walaupun tak banyak
- Aku tak kurus mana tapi aku masih boleh bergaya walaupun tak macam artis
- Aku cukup makan, pakai walaupun tak mewah
- Aku ada keluarga dan adik-adik yang sangat-sangat rapat
- Aku ada suami dan anak yang melengkapkan kehidupan aku

Satu perkara yang aku belajar bila tiba-tiba aku rasa moody dan rasa rendah diri dengan kehidupan orang lain, aku kena bandingkan kehidupan aku dengan orang yang lagi kurang dalam kehidupannya. Dan dari situ aku rasa bersyukur. Rupa-rupanya ada orang yang lagi kurang pelbagai segi dalam kehidupannya.

Syukur Alhamdulilah. Patutnya aku bersyukur kan? Walaupun tak hebat mana tapi mungkin kehidupan aku ni lebih baik dari orang lain. Tapi kalau boleh aku nak jadi lebih baik dari sekarang. Banyak lagi impian yang aku nak belum tercapai. Aku tetap akan berusaha. Yang penting usaha. Itulah perangai aku. Apa yang aku nak aku akan cuba dapat tak kisahlah cepat atau lambat. Harapnya rezeki untuk aku sekeluarga sentiasa ada. InsyaAllah.

Aset paling berharga buat aku