Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, April 29, 2013

Mini garden di rumah

Rumah yang aku duduk sekarang ni kecik je. Tak besar mana pun. Tapi aku bersyukur ada jugak tempat aku berteduh anak-beranak. InsyaAllah ada rezeki nanti bolehlah beli rumah yang besar sikit. Perancangan tu ada. InsyaAllah akan datang. Semoga dipermudahkan semuanya. Walaupun rumah yang aku duduk sekarang ruang agak terhad, tapi aku cuba gunakan sebaik mungkin setiap sudut yang ada. Idea mendeco tu banyak. Cuma poket je tak berapa nak meriah. Hahaha.

Tapi janganlah kita jadikan alasan poket yang tak berapa nak meriah ni, kita malas nak cantikkan rumah. Dan juga alasan-alasan yang lain contoh macam duduk menyewa, rumah kecik, ataupun ada anak kecik.  Disebabkan alasan-alasan tu kita malas nak mencantikkan rumah. Kalau tanya aku, sebenarnya aku tak setuju sama sekali. Maaf ye kalau ada yang kurang senang dengan pendapat aku. Ini pendapat jujur aku. Aku suka cantikkan rumah. Sebab bila kita balik kerja penat-penat, sampai rumah kita tengok keadaan rumah kita cantik dan kemas mesti hati kita rasa tenang bukan? Itu kalau akulah tak tahu kalau orang lain.

Cuba tengok orang luar, walaupun diaorang menyewa atau membeli rumah yang ruangnya agak terhad dan mereka mempunyai anak kecik, diaorang tetap akan menghias rumah cantik-cantik. Aku salute dengan orang-orang macam ni. Salah satu contoh mari tengok rumah Pawel dan Julia ni. Rumah diaorang cuma ada satu bilik saja dan ruang rumah agak terhad tapi mereka gunakan setiap ruang yang ada dengan mendeco. Rumah Pawel dan Julia ni antara sumber inspirasi aku.

Walaupun poket aku tak berapa nak meriah dalam mendeco, tapi aku tetap cuba sedaya-upaya mendeco ikut kemampuan poket aku. Tak kisahlah barang yang kita beli tu murah dan bersaiz kecik. Tapi kalau kita pandai menyusun atur dan hias sebaik mungkin, InsyaAllah rumah kita akan nampak cantik dan kemas di mata kita. Salah-satu impian aku dalam mendeco, aku mahu wujudkan mini garden kat kawasan rumah aku. Disebabkan ruang rumah aku agak terhad jadi aku cuba gunakan ruang rumah yang masih kosong untuk merealisasikan impian aku ni. Kebetulan di bahagian ruang dapur ada sedikit ruang yang terbiar. Kalau di biar macam tu je memang sakit mata aku tengok. Buruk dan rasa semak. Jadi aku cuba jugak wujudkan mini garden aku kat ruang yang terbiar kosong tu.

Gambar ni sumber inspirasi aku. Suka sangat gambar ni

 Cantikkan? Rasa tenang kalau ada ruang rumah macam ni yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau di setiap ruang yang ada

Langkah pertama untuk merealisasikan mini garden kat rumah, aku beli satu rak yang murah saja harganya kat Ikea. Rak tersebut berwarna silver. Tapi disebabkan aku suka barang dan perabot berwarna putih, jadi aku minta Saiful spray rak tersebut bertukar menjadi warna putih. Nasib baik laki aku nak melayan kerenah bini dia ni. Hahaha. Selepas rak dah siap sparay warna putih, barulah aku sikit demi sedikit mencantikkan ruang yang ada. Kebanyakkan barang-barang yang aku letak kat rak tu aku beli kat Ikea dan Kaison.

Aku bercadang mahu penuhkan setiap ruang kat rak tersebut. Sekarang ni masih banyak ruang kosong. InsyaAllah aku akan cuba penuhkan ruang yang ada. Masalah aku sekarang ni, aku selalu lupa nak siram pokok-pokok aku tu. Ada hati nak ada mini garden kat rumah tapi selalu lupa siram pokok. Takpe, nanti aku cuba ubah perangai aku menjadi lebih rajin menjaga pokok-pokok yang ada tu. Nak tengok mini garden aku? Tadaaaaa.

Belum siap sepenuhnya. Masih dalam proses memenuhkan setiap ruang yang ada
  
Takpe slow-slow aku akan cuba jugak terapkan segala idea aku kat mini garden aku ni. Sekarang ni misi aku nak beli sofa baru dan beberapa perabot yang lain. Nak raya kan? Harus beli sofa raya. Pastu baru kita fikirkan nak mencantikkan lagi mini garden aku ni. Kemain lagi kau Nurul. Puasa pun belum dah fikir pasal sofa raya. Bukan apa, kita kenalah usaha bersungguh-sungguh kalau kita nak sesuatu barang tu atas usaha kita sendiri kan?

Pendapat aku, jangan takut untuk mencuba. Kita kena berani kalau nak mendeco. Jangan jadikan sebarang alasan untuk menyekat idea kita. Macam diri aku, kalau aku dah berkenan dengan satu-satu konsep, aku akan cuba buat slow-slow. Tak adalah aku buat sederap. Ikut kemampuan diri aku. Contoh, aku suka dengan gambar-gambar kat atas yang aku tempekkan tu. Jadi aku cuba sedaya-upaya merealisasikan ikut acuan aku sendiri. Kalau tak jadi sama macam gambar-gambar tersebut, aku tetap akan berpuas hati sebab aku mendeco ikut acuan idea aku sendiri. Selamat mencuba

Friday, April 26, 2013

Pandangan aku tentang suri rumah

Sesiapa yang mengikuti entri-entri lama kat blog aku ni, mesti tahu yang dulu aku mempunyai pendangan yang agak berbeza dengan orang lain tentang suri rumah sepenuh masa. Kalau rajin bacalah semula entri ni yang pernah aku tulis beberapa tahun yang lepas. Masa tu aku duduk rumah dalam sebulan lebih kot sementara aku masuk kerja kat tempat baru. So aku buatlah entri tu sebagai pandangan aku selama sebulan lebih duduk kat rumah jadi suri rumah. Itu adalah entri jujur tentang pandangan dan pendapat aku masa tu.

Tapi itu dulu. Sekarang pandangan dan pendapat aku tentang suri rumah dah bertukar sama sekali. Aku tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni, pemikiran aku berubah sama sekali. Kalau dulu aku tak berminat nak jadi suri rumah. Sebab aku rasa bukan jiwa aku kot nak duduk terperap kat rumah lama-lama dan buat kerja rutin harian yang sama hari-hari. Serius! Itu bukan jiwa aku. Sebab aku jenis suka keluar dan aku rasa macam cacing kepanasan kalau duduk rumah dalam jangka masa waktu yang panjang. Sebab tu selalunya hujung minggu, aku cuba jugak keluar berjalan tak kisahlah pergi jalan mana-mana sekalipun. Pergi taman yang dekat-dekat dengan rumah bawak anak beriadah pun kira ok bagi aku. Janji jangan terperap kat rumah. Dasar kuat jalan. Hahaha.

Tapi sekarang, aku rasa aku dah berminat nak jadi suri rumah. Jangan tak percaya, dalam senyap-senyap aku dah tanam impian nak jadi suri rumah. Mungkin bila umur dah makin meningkat ni, aku dah rasa makin bosan nak pergi kerja. Dengan kerenah persekitaran kat tempat kerja, kerenah bos, dan macam-macam lagi. Perasaan ni makin lama makin kuat okeh. Tiap kali bangun tidur nak bersiap-siap pergi kerja terasa malas melampau-lampau. Sebab tu kebelakangan ni attendance aku agak teruk. Selalu MC, AL dan time off. Bila aku stress kat tempat kerja, makin kuat aku rasa nak resign hantar surat kat bos. Pastu bolehlah aku goyang kaki duduk rumah jaga anak. Wahhh bestnya. Eh tapi taklah aku goyang kaki sesaja. Kita mesti ada good plan kalau nak jadi suri rumah.

Aku selalu pasang angan-angan kalau aku jadi suri rumah, aku tak naklah goyang kaki sesaja sepanjang aku kat rumah. Aku mesti buat kerja yang mendatangkan hasil yang semestinya duit. Tak naklah aku mengharapkan duit suami 100% kan? Kenalah jugak cari duit sendiri walaupun dah jadi suri rumah. Ok mari layan angan-angan aku ni. Ada beberapa kerja yang aku nak buat kalau aku betul-betul nak jadi suri rumah. Kiranya bukanlah 100% jadi suri rumah sebab ada beberapa perancangan kerja yang perlu aku buat bagi mendapatkan duit poket sendiri.

1) Aku nak jaga anak orang. Wahhh kemain lagi nak jaga anak orang. Boleh ke kau jaga anak orang Nurul? Jaga anak sendiri pun kadang-kadang dah jadi tarzan. Lagi berangan nak jaga anak orang. Hahaha. Aku rasa aku boleh je jaga anak orang asalkan jangan jaga baby. Aku nak jaga budak yang umur lebih kurang sebaya dengan Raina. Budak yang dah faham bahasa. Kan senang nak jaga. Kemain demand dah tetapkan ciri-ciri nak jaga anak orang. Hahaha.

2) Aku nak beli van dan jadikan van tu bas sekolah. Ini angan-angan dasar terpengaruh dengan jiran aku. Tengok kakak yang bawak van tu rileks je. Hari-hari bawak van amik dan hantar budak pergi sekolah. Lepas dah amik dan hantar budak-budak pergi sekolah, kita boleh rileks duduk kat rumah buat apa yang patut kan?

3) Bisnes online. Ini wajib kalau nak cari duit poket. Tak kisahlah untung sikit pun asalkan duit masyuk. Sambil tengok tv pun boleh promote. Bukan susah pun.

4) Bisnes ais krim Malaysia. Ok angan-angan ni aku terpengaruh dengan babysitter Raina. Aku tengok Kak Zurin ni rileks je jaga anak orang sesambil tu buat ais krim Malaysia banyak-banyak then supply kat 2,3 kedai. Untung jugak tu. Yang penting duit masyuk.

5) Belajar jahit baju dan langsir. Bila dah pandai jahit baju dan langsir, kita amiklah upah menjahit. Kalau nak lagi best belajar jahit manik. Amik upah jahit manik. Wahhh kemain lagi aku berangan. Hahaha.

Kalau ikutkan dalam otak aku ni banyak je aku berangan. Berangan kan free. Bukan kena bayar pun.  Sebab tu aku jadi kuat berangan tak sudah-sudah. Hahaha. Ok cukup-cukuplah tu aku berangan. Memanglah aku dah mula pasang impian nak jadi suri rumah dan malas nak kerja dengan orang. Bila kerja dengan orang ni kita terikat dengan peraturan-peraturan kerja yang sedia ada. Bosan kan? 

Tapi aku rasa bukan sekarang aku nak jadi suri rumah. Mungkin tunggu aku habis bayar kereta aku tu ke? Tak naklah menyusahkan Saiful. Tak nak kerja pastu dia nak tanggung hutang aku pulak. Aku rasa kalau aku dah habis bayar hutang kereta aku tu, aku dah boleh rasa lega kot. Tinggal hutang kecik-kecik je macam hutang PTPTN ke yang aku perlu bayar. Yang lain-lain macam duit rumah, duit perbelanjaan dapur dan belanja-belanja yang lain memang selalunya Saiful yang bayar. So aku cuma perlu cari duit poket sikit untuk hutang-hutang kecik yang aku ada, duit shopping bulanan dan duit untuk simpan kat bank. Jadi suri rumah kena jugak menyimpan duit untuk masa hadapan.

Seronokkan kalau jadi suri rumah? Boleh hantar dan amik anak pergi sekolah, boleh bangun lewat sikit, tak payah pening-pening fikir hal kerja dan yang penting boleh rasa sedikit rileks kat rumah. Contohnya macam sekarang kadang-kadang aku balik kerja pun dah malam badan dah rasa letih. Nak tengok tv pun malas okeh. Masa untuk anak dan suami tu kurang. Kalau kita jadi suri rumah, mungkin masa tu ada lebih sikit dari masa yang kita bekerja tu kan? Sekarang ni aku paling tak sabar nak tunggu hujung minggu. Sebab hujung minggulah aku dapat luangkan masa dengan keluarga aku dan merehatkan diri.

Aku berharap impian aku untuk menjadi suri rumah satu hari nanti akan dapat aku capai. Aku nak jadi suri rumah yang berjaya. Maksud aku kat sini, walaupun tak kerja dan jadi suri rumah, aku mampu uruskan keluarga aku dengan baik dan mempunyai duit poket sendiri dengan usaha aku sendiri. Tunggulah aku dapat capai beberapa perkara yang aku impikan dan settle apa yang patut baru boleh fikir hal ni dengan serius. Impian aku banyak. Kalau boleh aku nak cuba capai dengan usaha aku sendiri. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah

Muka bosan sambil control ayu duduk kat office. Hahaha

Thursday, April 18, 2013

Dugaan kali ini

Aku tak update blog beberapa minggu ni bersebab. Nak menulis tapi macam-macam halangan yang berlaku sejak kebelakangan ni. Aku cuba gigihkan jugak tulis satu-persatu walaupun keadaan aku masa aku taip entri ni adalah sangat tak stabil, lembik plus kepala ting tong. Aku dah hampir give up dengan sakit ni. Tapi aku kenalah redha. Ini kan dugaan Allah nak bagi kat aku.

Minggu lepas Raina demam. Bukan demam biasa-biasa bagi aku. Demam yang sangat pelik bagi aku sepanjang aku membesarkan anak dara aku tu. Hampir seminggu jugaklah Raina demam. Selalunya 2 atau 3 hari dia dah aktif dan sihat. Tapi kali ni dah masuk hari ke 6 pun Raina masih meragam, baring sepanjang hari, panas badan, tak nak makan dan tak aktif. Dahlah tak nak makan. Susu pun dia minum sikit sangat tapi dia muntahkan balik susu tu. Badan yang berisi tu terus jadi kurus melidi. Sebenarnya ada jugak Raina makan tapi dia cuma nak makan nasi KFC dengan sup KFC je. Itu pun kena pujuk barulah dia makan sikit. Mungkin sebab dia dah lapar sangat berhari-hari tak nak makan. Itu yang dia makan jugak kot.

Bawak pergi klinik kat Kota Kemuning. Doktor check suhu 40. Terkejut aku. Terus masuk ubat bontot. Tapi lepas beberapa jam aku check badan Raina tetap panas. Akhirnya aku dengar cakap manager aku. Dia suruh bawak Raina pergi hospital. Lagi bagus bawak pergi goverment. Sebab kadang-kadang hospital goverment ni ada bagusnya jugak. Manager aku cakap better check darah. Takut denggi. Terus aku bawak Raina pergi Hospital Klang. Amik darah dan Alhamdulilah tak ada denggi. Lepas tu, aku try bagi Raina dengan ubat goverment pulak. Sehari selepas tu, terus sihat dan aktif macam biasa. Sekarang aku masih pantau keadaan Raina. Aku nak berterima kasih kat manager aku sebab dia bertimbang rasa dengan masalah aku. Bagi aku masuk lambat dan bagi aku balik awal sepanjang Raina demam teruk hari tu.

Itu cerita minggu lepas tentang Raina. Ini aku nak cerita tentang diri aku pulak. Aku dah rasa lain macam hari Jumaat lepas. Tekak dah rasa perit-perit. Badan dah rasa dedar panas semacam. Rupa-rupanya itu petanda aku nak demam teruk. Maknanya lepas Raina dah sihat, mama dia pulak yang demam. Bagi aku demam yang aku alami ni terburuk dalam sejarah hidup aku kot. Masa aku taip entri ni, aku masih demam, sakit tekak dan pening berpinar-pinar, selsema dan batuk. Tapi hari ni aku gigihkan jugak pergi kerja sebab dah dua hari aku MC. 

Bayangkan hari Jumaat lepas dah mula demam. Sabtu dan Ahad aku banyak baring. Hari Ahad hantar Raina pergi kelas english kat Bangi. Itu pun aku gigihkan diri jugak. Senang cakap aku paksa diri aku demi anak. Tapi lepas habis kelas Raina, aku dah start mengigil-gigil. Luar rasa sejuk tapi hakikatnya aku panas dalam. Bergegas Saiful singgah Hospital Serdang lepas amik Raina dari kelas kat Bangi tu. Tapi aku rasa nak maki carutkan aje Hospital Serdang ni. Tunggu berjam-jam. Aku dahlah tak tahan. Sampai aku menangis-nangis kat situ. Aku dah tak peduli sebab aku dah tak tahan dengan sakit aku ni. Saiful bila tengok aku menangis-nangis tu terus ajak aku balik. Dia terus bawak aku pergi Hospital Klang.

Ok kat Hospital Klang, aku kena amik darah. Sebab dah berhari-hari demam kan? Takut ada denggi. Alhamdulilah tak ada denggi. Banyak sangat ubat yang aku dapat. Ada 5 ke 6 jenis ubat. Oh lupa nak bagitahu hari ni adalah hari ke 7 aku demam. Demam masih on off.  Sepanjang aku demam ni, aku memang tak ada selera nak makan. Makanan yang boleh aku telan roti potong Gardenia dan buah. Menu tu yang paling kena dengan tekak aku buat masa ni. Yang lain-lain tu aku try jamah tapi sesuap dua pastu aku dah tak lalu. Saiful masak sedap-sedap pun aku tak lalu nak makan.

Masa aku cuti MC dua hari tu, aku tak hantar Raina kat rumah babysitter pun. Walaupun aku sakit, aku tetap cuba jaga anak aku sendiri. Raina pun macam faham dengan keadaan aku. Banyak yang dia buat sendiri. Mandi sendiri, makan sendiri, pakai baju sendiri. Maafkan mama ye Raina. Tapi aku cukup terharu dengan anak aku. Dia akan ingatkan kita makan ubat dan tolong amikkan air untuk aku makan ubat. Dah boleh di harap anak dara aku tu.

Aku berharap aku dapat sihat semula. Aku dah tak larat nak tanggung sakit demam luar biasa ni. Habis lembik badan aku. Aku tahu ini semua dugaan Allah bagi kat aku. Sebenarnya tak baik aku mengeluh macam ni. Moga aku akan sihat semula dan aktif macam biasa. Oklah aku dah tak larat nak taip lagi. Tiba-tiba sakit perut pulak. Eh sorry entri kali ni macam carca-marba sikit. Assalamualaikum