Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, May 30, 2013

Weekend class : Sesame Street English Class

Ok nak cerita sikit pasal weekend class untuk Raina. Sebenarnya dulu aku plan nak masukkan Raina sekolah tadika seawal usia 2 tahun. Tapi banyak sangat halangan lagi-lagi Tok Wan Raina memang tak bagi langsung kalau Raina masuk sekolah tadika awal. Jadi aku pendamkan je lah hasrat aku tu. Lagipun ibu aku cakap jangan suka desak-desak anak atau ikut cara orang lain. Ikutlah cara didikan kita sendiri. Lagipun kalau Raina jadi masuk sekolah awal hari tu, aku terfikir jugak siapa pulak nak hantar dan amik Raina ke sekolah? Tak kan kecik-kecik lagi nak suruh Raina naik van sekolah kan? Terus aku rasa tak sedap hati jadi aku pun akur dengan pendapat ibu aku.

Sekarang umur Raina dah 3 tahun 6 bulan. Aku masih tak masukkan Raina ke sekolah tadika. Banyak sebab kenapa aku tak masukkan lagi dia ke sekolah walaupun ramai geng yang sebaya dengan Raina dah mula bersekolah. Antara sebabnya, Raina baru je berjaya di-potty trained-kan beberapa bulan yang lepas. Kebanyakkan sekolah dah memulakan sesi pembelajaran start awal tahun. Sekarang ni pun dah hampir pertengahan tahun. Jadi aku buat keputusan, alang-alang dah hampir pertengahan tahun, aku akan masukkan Raina ke sekolah pada tahun depan je lah. InsyaAllah. Masa tu umur Raina pun dah 4 tahun. Itupun bergantung kepada tahap persediaan diri Raina sendiri. Kalau aku tengok dia macam tak bersedia, mungkin aku akan masukkan dia sekolah pada usia 5 tahun. Sebab aku tak naklah paksa-paksa anak. Biar dia pergi sekolah dengan senang hati.

Pada aku tak salah rasanya nak masukkan anak ke sekolah tadika pada usia berapa sekalipun. Ada jugak antara kawan-kawan aku yang tak pernah masuk sekolah tadika langsung dan terus masuk sekolah rendah tapi sekarang boleh je berjaya. Macam aku dulu, aku masuk sekolah tadika pada usia 5 tahun. Agak lewat jugak. Alhamdulilah aku masih di beri peluang menjejakkan kaki di UiTM. Jadi aku percaya apa yang ibu aku bagitahu aku. Jangan ikut cara orang lain. Ikutlah cara didikan kita sendiri. Tapi kalau tengok gaya Raina sekarang, rasanya dia dah cukup bersedia nak pergi sekolah. Kemain suka bila cerita pasal sekolah. Jadi InsyaAllah aku akan masukkan dia ke sekolah tahun depan. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Walaupun Raina masih belum ke sekolah tadika, aku sebagai mak budak tak boleh nak duduk diam fikir apa yang terbaik untuk anak dara aku tu. Jadi aku plan nak masukkan Raina ke weekend class untuk latih dia rasa suasana kelas dan belajar dengan kawan-kawan sebelum masuk ke sekolah tadika nanti.


Jadi bagi merealisasikan impian aku tu, aku pun google sana sini cari weekend class untuk Raina. Apa yang aku jumpa paling banyak playgroup class. Secara jujurnya aku tak berapa berkenan dengan konsep playgroup class ni. Sebabnya aku rasa konsep mak bapak kena duduk sama dengan anak semasa di dalam kelas tu akan menyukarkan anak belajar berdikari di dalam kelas. Sebab aku pernah try pergi trial class kat Excel Qhalif Playgroup. Apa yang aku tengok Raina jenis nak berkepit dengan aku dan Saiful dalam setiap aktiviti kelas. Saiful awal-awal lagi sound kat aku dia tak berkenan dengan konsep playgroup class ni. Jadi aku terpaksalah cari kelas lain. Aku nak jenis kelas yang macam konsep sekolah tadika yang sebenar. Hantar anak then kita tinggalkan dia dalam kelas. Habis kelas kita amik dia.

Alhamdulilah akhirnya aku jumpa jugak weekend class yang sesuai dengan Raina. Aku nak berterima kasih kat Hany sebab dia banyak bantu aku bagi information tentang Sesame Street English Class (SSEC) ni. Anak Hany si Faqihah pun join SSEC ni. Dulu Raina dan Faqihah lain kelas. Tapi sekarang diaorang dah satu kelas. Alhamdulilah aku tengok Raina dah tak kekok nak join setiap kelas. Bila aku tinggalkan dia dengan teacher dan kawan-kawan yang lain, nampak gaya dia suka dan enjoy dengan setiap aktiviti kelas. Raina panggil kelas ni 'kelas Elmo'. Tiap-tiap minggu dia akan bagitahu aku atau Saiful yang dia nak pergi kelas Elmo.



SSEC ni cuma sekali seminggu setiap pagi. Kelas Raina pada hari Ahad selama sejam. Memang aku dengan Saiful pilih kelas hari Ahad. Selama sejam kelas Raina tu, kitaorang selalu lepak-lepak minum sementara tunggu Raina habis kelas. Mula-mula tu aku rasa risau jugak nak tinggalkan Raina kat kelas tu. Tapi kadang-kadang dia sendiri suruh aku tunggu kat luar. Kemain anak dara tu dah tak takut nak join kelas Elmo. SSEC sebenarnya adalah kelas bahasa english. Aku memang saja je pilih SSEC ni supaya Raina boleh belajar bahasa english dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya ada pendedahan awal selain kat rumah.

Sesiapa yang berminat dengan SSEC, bolehlah tengok website SSEC. Pada aku yuran pendaftaran dan bulanan berbaloi dengan apa yang anak kita belajar. Lepas tu boleh dikatakan tiap-tiap minggu teacher Raina akan bagi homework. Pada aku kira oklah sebab adalah aktiviti berfaedah untuk Raina selain dari main, hadap tab atau tengok tv je. Ini website SSEC. Website pun dah nampak menarik apatah lagi konsep dan suasana kelas SSEC. Pada aku memang best dan berbaloi-baloi