Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 27, 2014

Assalamualaikum, Nama saya Raifa Evaqaleefa

Raifa Evaqaleefa Binti Saiful Bahtiar

Assalamualaikum

Lamanya aku tak update blog. Aku ada jugak layan blog time cuti berpantang hari tu tapi cuma baca blog kawan-kawan pastu macam biasa aku malas nak update. Alhamdulilah aku selamat melahirkan puteri kedua aku pada bulan Januari yang lepas dan aku baru je habis proses berpantang beberapa minggu yang lalu. Dan semalam aku baru start masuk kerja semula setelah bercuti panjang. Ikutkan hati malas nak pergi kerja. Dah syok duduk rumah melayan kerenah anak-anak. Alangkah bestnya kalau jadi suri rumah dan boleh jaga anak-anak kat rumah sepenuh masa. Tapi aku kena kerja jugak untuk mencari rezeki yang halal.

Oh ye aku nak cerita sikit pasal puteri kedua aku. Puteri kedua aku diberi nama Raifa Evaqaleefa Binti Saiful Bahtiar. Nama diberi memang seakan nama kakaknya Raina Evaqairina Binti Saiful Bahtiar. Dalam family, kami panggil puteri kedua kami ni Raifa atau panggil dengan panggilan adik. Kadang-kadang panggil nama penuh. Nanti kalau aku rajin aku akan cerita detail pasal pemilihan nama dan jugak detik-detik aku melahirkan Raifa. Sekarang ni tengah busy sikit kat office. Maklumlah cuti panjang so ada banyak kerja yang kena aku settlekan. 

Buat masa ni ibu aku jaga Raifa. Kebetulan ibu tengah cuti panjang sementara pelajar masuk untuk sesi baru. Raina pun tengah cuti sekolah seminggu. So ibu nak jaga cucu-cucu dia sementara dia tengah bercuti ni. Nanti bulan depan baru aku hantar anak-anak aku ke rumah babysitter. Lagipun aku minta ibu tengokkan demand Raifa menyusu. Alhamdulilah ada rezeki Raifa menyusu badan. Macam semalam aku bekalkan stok susu sebanyak 7 botol. Aku balik kerja masih ada berbaki lebih kurang 2 botol. Tapi ibu bagitahu semalam Raifa menangis dan meragam jugak. Maybe Raifa cari mama dia. Sebab sepanjang aku bercuti memang dia jenis suka mengempeng je. Kalau nak tidur pun dia suka mengempeng sampai dia tidur. Aku jarang bagi dia susu guna botol. Macam semalam aku sampai je rumah, aku dukung je dia terus dia nak mengempeng. Eh korang tahu ke maksud mengempeng tu apa? Kalau tak tahu cubalah google cari maksud mengempeng tu apa ye.

Sekarang umur Raifa dah pun dua bulan. Aku rasa macam baru bersalin je hari tu. Cepat je masa berlalu. Isnin hari tu bawak Raifa check up dua bulan. Berat Raifa dah pun 5kg. Patutlah dagu Raifa dah berlapis. Paha Raifa dah mula berlipat. Raifa masih pakai diaper saiz newborn. Tapi aku rasa dah patut tukar saiz S sebab bila pakai diaper dah mula ketat kat bahagian paha. Hobi Raifa suka senyum, ketawa dan berborak. Percaya tak kalau aku bagitahu, dari aku dalam pantang lagi Raifa dah kuat senyum dan berborak? Sekarang ni dah pandai ketawa. Kalau kita tak layan dia borak mulalah dia nak menangis. Dah macam gaya budak dah besar okeh ajak berborak sambil ketawa. Terhibur hati aku bila tengok Raifa senyum ketawa macam tu. 

Syukur Alhamdulilah aku diberi harta paling bernilai dalam hidup aku iaitu anak-anak aku

14 comments:

  1. grrr comel lak ehh..rambut pacak2 lagik..hehe

    ReplyDelete
  2. semoga membesar menjadi anak yg soleh ;)

    ReplyDelete
  3. raina dah dapat adik ye..nama pon unik..semoga menjadi anak y solehah raifa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye awak. Raina dah dapat adik. InsyaAllah mudah-mudahan Raina dan Raifa menjadi anak yang solehah

      Delete
  4. sapa pun yang cuti bersalin memang malas nak pi keja.hahhah tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sebab dah cuti pantang lama kan? syok duduk rumah. Thanks awak

      Delete
  5. tahniah nurul....tarikh lahir anak kite sama lah..hehehe..raifa nampak chubby...geram mun tengok pipi raifa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sama tarikh lahir anak kita kan

      Delete
  6. tahniah along.. comel raifa... geram tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks AJ Mehlah jumpa leh jumpa Raina dan Raifa

      Delete
  7. tahniah....dah dapat anak no2...lama giler elin x tgh sini. tup2 dah ada baby comel...

    ReplyDelete
  8. adeena dlm pantang pun dah pakai diaper size s...comel la raifa pakai headband tu..nak kena cari satu kt adeena..kiss raifa skit utk maria ye nurul..

    ReplyDelete