Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, May 23, 2014

Detik melahirkan Raifa Evaqaleefa


Masa gambar ni di ambil umur Raifa baru 3 hari kalau tak silap aku lah

Hamboi busy sangat ke kau ni Nurul? Entri penting ni patutnya aku update dah lama. Tapi baru hari ni aku dapat tulis pasal pengalaman penting ni. Bagi aku, pengalaman melahirkan anak-anak aku haruslah aku tulis dalam blog aku. Mana tahu nanti anak-anak aku dah besar, diaorang baca blog mama dia ni kan? Hari ni aku cuba gigihkan jugak update entri pasal pengalaman kedua aku semasa proses melahirkan Raifa empat bulan lepas. Perghhh anak kau dah empat bulan Nurul. Baru kau nak update detik penting ni. Maafkan mama ye Raifa. Mama punya mood menulis dah merundum plus mama busy mengalahkan perdana menteri gayanya. Hahaha. Sejujurnya pengalaman kedua agak berbeza dengan pengalaman pertama.

Sebenarnya kalau ikut klinik private, due date aku pada 23/01/2014. Tapi kalau ikut klinik goverment pulak due date aku pada 25/01/2014. Tapi aku macam lebih yakin dengan tarikh yang klinik private bagi kat aku. Bila aku dapat tahu aku pregnant, klinik pertama yang aku pergi untuk sahkan kandungan aku tu, adalah kat UMRA, Shah Alam. Pada awal-awal kandungan, aku buat monthly check up pun kat UMRA. Sampailah satu tahap aku kena bebel dengan Saiful sebab tak pergi buat buku pink kat klinik goverment.

Tak tahulah kenapa, masa tu kemain malas nak buat check up kat goverment. Bila dah selalu kena bebel dengan suami dan jugak ibu aku, maka aku pun pasrah pergilah buat buku pink tu. Masa tu, tak silap aku kandungan aku dah nak mencecah 5 bulan kot. Hah nampak tak aku kemain malas nak buat check up kat klinik goverment. Bila buat buku pink, masa tu lah klinik goverment bagi tarikh yang berbeza sedikit dengan tarikh yang UMRA bagi kat aku. Nak kepastian lagi, aku ada jugak pergi try tanya kat doctor klinik private yang lain. Klinik private yang lain memang bagi tarikh yang sama dengan UMRA bagi. So bila orang tanya bila due date aku. Aku pun dengan yakin jawab 23/01/2014. Kemain yakin aku masa tu kan? Hahaha.

Sekali hambek kau Nurul. Memang betullah aku bersalin pada 23/01/2014 tu. Aku sebenarnya berharap dapat bersalin lewat sikit dari tarikh yang dijangkakan. Sebabnya company aku ada buat annual dinner pada 24/01/2014 tu. Menu sedap-sedap pulak tu. Aku pun asyiklah cakap kat member-member office, yang aku berharap dapat makan time annual dinner tu. Masa mula-mula tu memang tak berharap sangat. Sebab aku ada history bersalin awal masa Raina dulu. So pasrah je lah kalau bersalin awal dan tak dapat makan time annual dinner tu. Tapi bila tarikh annual dinner tu makin hampir, dan aku rileks je tak bersalin lagi, terus aku berharap dapat makan time annual dinner tu. Sekali tepat tarikh 23/01/2014 tu aku dah selamat bersalin. Maka, terlepaslah aku nak makan sedap-sedap. Agaknya sebab tu lah, Raifa sekarang air liur meleleh je sampaikan Raina asyik cakap :

"adik air liur meleleh"

Oklah intro pun dah panjang berjela aku taip ni. Jomlah kita terus masuk cerita utama detik melahirkan Raifa Evaqaleefa puteri kedua aku ni.


Nama baby : Raina Evaqaleefa Binti Saiful Bahtiar
Tarikh : 23/01/2014
Masa: 1.10 tengahari
Berat : 3.28 kg
Tempat : Hospital Serdang


22/01/2014

Aku tak larat nak pergi kerja. Terus ambil MC. Balik klinik, aku perasan ada keluar lendir yang agak banyak. Masa tu aku dah dapat rasakan yang aku akan bersalin dalam masa terdekat. Tapi tak boleh nak agaklah sebab aku tak ada rasa apa pun sakit contraction. Hari tu, Saiful masak sedap sangat. Ibu dan adik aku Bani datang rumah makan malam kat rumah aku. Aku makan banyak sebab aku rasa macam sedap sangat Saiful masak hari tu. Makan sampai padat perut aku. Hahaha.

23/01/2014

Aku terjaga tak ingat pukul berapa. Tapi rasanya dah pagi. Dalam pukul 3 pagi ke 4 pagi macam tu. Terjaga sebab terasa sakit macam senggugut. Terfikir jugak dalam hati mungkinkah ini tanda contraction. Tapi aku buat-buat rileks je. Bantai tidur macam biasa. Tapi tidur tak lena pasal dah start rasa sakit contraction tu dalam setengah jam sekali kot masa tu. Pastu subuh dalam pukul 6 pagi aku dah bangun. Terfikir nak pergi kerja ke tak nak. Masa tu fikir ada kerja yang tak settle lagi. Memang rasa nak datang kerja. Tapi bila sakit dah datang terus tak jadi nak pergi kerja. So siap-siapkan Raina je nak pergi sekolah.

Masa mandikan Raina, aku perasan sakit aku dah makin kerap. Adalah dalam selang 15 minit datang sakit contraction tu. Tapi aku try jugak buat-buat cool. Saiful tanya aku boleh tahan sakit ke tak. Aku jawab ok je boleh tahan sakit. Punyalah aku yakin boleh tahan sakit tu. Sebab aku bajet aku mesti bersalin malam sama macam time Raina dulu. Bila Saiful dah pergi kerja dan Raina dah pergi sekolah, aku pun mulalah ambil beberapa kertas yang aku print kat office sebelum cuti. Nak tahu aku print apa? Cara-cara mudah nak bersalin dan cara-cara mudah untuk push keluarkan baby. Walaupun dah ada pengalaman melahirkan Raina, tapi terus-terang aku katakan aku tak berapa pandai nak push. So haruslah aku gugel sana sini, print dan seterusnya praktis.

Lepas tu aku dah start boring, terus layan DVD. Masa tu dah pukul 8 - 9 pagi kot. Tengah layan DVD, aku rasa sakit makin kerap dan kuat. Masa ni sebenarnya aku dah tak senang duduk dan dah tak tahan wei. Sekejap duduk. Sekejap baring. Sekejap tertonggeng. Sekejap mengiring. Macam-macam posisi aku buat nak legakan rasa sakit. Masa ni aku kira dah selang 10 minit sakit datang menyerang. Tapi aku still degil tak nak bagitahu Saiful lagi. Cuma bagitahu Angah dan ibu. Sebab aku malas nak kacau Saiful tengah kerja. Bajet aku boleh bersalin malam. Masa ni dah rendam akar fatimah. Tak lama tu, aku tengok akar fatimah laju je dah kembang. Aku dah agak tak lama lagi ni mesti aku bersalin. Tapi masih bajet bersalin malam. Nak jugak bersalin malam tu. Hahaha.

Dalam pukul 10 pagi macam tu, aku dah betul-betul tak tahan. Masa ni fikir nak melantak dulu. So aku pun makan nasi tapi dah tak berapa selera nak makan pasal sakit dah kerap datang. Makan pun tak habis. Pastu layan lagi tengok DVD. Tapi kali ni kerap sangat sakit contraction tu datang. Aku monitor sakit contraction dah datang selang 5 minit sekali. Masa ni dah mula menjerit sorang-sorang kat rumah. Menjerit sebab sakit sangat wei. Masa ni fikir betul ke nak bersalin ni? Asal sakit contraction datang je aku mesti dah tak tentu arah menahan sakit. Rasanya sakit kali ni memang berganda rasa sakit tu berbanding time Raina dulu. Mulut aku dah terkumat-kamit baca doa permudahkan bersalin.

Dalam pukul 11 pagi, aku tekad nak mandi dan bersiap-siap nak serahkan diri kat hospital. Masa ni dah sms Saiful. Pastu Saiful call aku, laju je aku mengadu dah tak tahan sangat sakit. Menangis-nangis mengadu kat Saiful. Masa nak pergi bilik air  nak mandi, aku perasan ada macam air kat atas lantai. Aku syak itu air ketuban. Pastu aku tengok dah keluar darah sikit. Masa nak mandi ni, memang sakit contraction dah kerap sangat. Aku kira dah selang seminit datang sakit contraction tu. Menjerit-jerit sambil menangis-nangis aku dalam bilik air. Ya Allah betapa sakitnya rasa sakit nak bersalin. Masa ni nak berjalan pergi bilik nak pakai baju pun dah tak larat okey. Memang sakit sangat.

Masa nak bersiap-siap ke hospital tu, Saiful pun sampai rumah. Masa tu ada hati lagi nak make up supaya muka tak nampak macam mak lampir bila sampai hospital nanti. Saiful dah membebel cakap jangan tunggu-tunggu lagi. So aku pun sarung je baju maxi dress pastu capai tudung. Dengan muka pucat dan comot menahan sakit bersiap-siap nak pergi hospital. Sampai lupa nak minum air rendaman akar fatimah tu. Saiful dah papah aku. Sebab aku memang dah tak larat nak berjalan. Baju yang aku pakai tu pun dah start basah. Maybe air ketuban keluar sikit-sikit. Macam dah ada baby dah nak keluar sangat time ni. Sebab aku dapat rasakan kat permukaan pintu rahim aku dah rasa kepala baby tu.

Masa dalam kereta, rasa sakit tu memang menyerang aku habis-habisan. Muka aku pun dah pucat lesu tahan sakit. Pastu bila sakit contraction tu menyerang, aku memang dah rasa nak push sangat-sangat. Tapi aku cuba sedaya yang aku mampu supaya aku tak push kat dalam kereta. Tangan aku dah gengganm sekuat-kuatnya tangan Saiful. Sambil tu aku terketar-ketar minta maaf kat Saiful. Minta Saiful doakan aku selamat bersalin dan mudahkan aku bersalin. Aku ni boleh tahan degilnya. So kenalah minta maaf kat suami. Hahaha.

Masa dalam kereta on the way pergi hospital, ada masa aku macam mamai nak tidur. Maybe dah penat sangat tahan sakit contraction yang menyerang tu dari pagi. Sampaikan Saiful tepuk-tepuk aku tak kasi aku tidur. Sebenarnya masa dalam kereta ni, memang ketara sangat aku dapat rasa kepala baby betul-betul dah kat permukaan pintu rahim aku ni. Agaknya kalau aku push terus keluar baby kot.

Sampai hospital, aku perasan baju aku dah basah ketara sangat. Kat lantai hospital ada air yang jatuh dari celah kelangkang aku. Sah-sah itu air ketuban aku. Tapi aku tengok air tu dah bercampur darah. Maknanya air ketuban tu dah bercampur darahlah kot. Keluar tanda sekali serentak. Terus laju je nurse-nurse kat situ tolak aku pakai kerusi roda. Pastu baring atas katil terus check bukaan. Sekali bila doktor check bukaan,  doktor tu menjerit. 


"Already fully dilate 10cm". 

Aku pun blur-blur. Dalam hati aku, biar betul dah 10cm ni. Patutlah rasa sakit lain macam. Terus katil aku kena tolak masuk labour room. Masa ni memang nampaklah doktor dengan nurse-nurse kat situ kelang-kabut uruskan aku. Masa kat  labour room, memang kelang-kabut. Dengan aku nak kena tukar pakai baju hospital, pastu nurse kat situ ambil segala butir-butir tentang aku. Pastu dalam masa yang sama nurse kat situ nak inject aku. Senang kata memang agak huru-hara sikit time tu. Tak lama tu, dengan keadaan aku yang masih blur-blur sebab macam tak percaya bukaan dan full 10cm, terus datang sorang doktor perempuan cina cakap baik-baik dengan aku.

Ok puan buka kaki dan puan push bila saya cakap push. 

Oh ye masa ni Saiful dah masuk nak tengok aku. Aku ingatkan Saiful tak nak masuk. Sebab dia pernah cakap dia takut nak tengok sebab dia dah pernah tengok masa time Raina dulu. So dia ada hint kat aku kali ni tak nak masuk. Sekali tu dia masuk jugak. Baguslah dia masuk tengok aku. Baru ada semangat nak bersalin. Pastu aku pun ikutlah arahan doktor. Aku push bila doktor suruh push. Tapi macam biasa, aku tak reti push. Walaupun dah praktis banyak kali kat rumah. Hahaha. Still terangkat punggung. Sama kes macam time bersalinkan Raina.

Pastu doktor bagitahu lagi, puan kena ikut cara yang betul macam mana nak push. Dia pun ajarlah. Nurse-nurse kat situ pun ajar aku macam mana nak push dengan cara yang betul. Banyak kali doktor dengan nurse pesan jangan angkat punggung. Tapi aku tak ambil pusing apa yang diaorang ajar. Hahaha. Tapi bila doktor bagitahu baby dah berak dalam perut, terus aku rasa aku perlu usaha betul-betul untuk push dengan cara yang betul. Aku pun tarik nafas dan tenangkan diri pastu aku laju-laju ingat balik cara-cara mudah untuk push ikut cara-cara yang aku print hasil gugel sana sini tu. Aku sedaya-upaya cuba ikut apa yang aku baca tu. Nah tak lama tu terus doktor kata dah nampak kepala baby.

Alhamdulilah, lepas tu terus keluarlah Raifa yang dilumuri badannya dengan taik. Sebab baby dah berak dalam perut kan? Kalau nak dibandingkan pengalaman pertama dan kedua ni. Rasanya pengalaman kedua ni senang sikit nak keluarkan baby. Tak ambil masa yang lama. Sekejap je aku push baby dah keluar dari rahim aku ni. Alhamdulilah.

Bila dah selamat semuanya Saiful cium dahi aku dan bisik kat telinga aku.

Terima kasih sayang lahirkan anak kita

Terharu aku bila Saiful bisik kat telinga aku ayat macam tu. Terharu sebab suami hargai pengorbanan kita nak bagi dia zuriat. Itu sebabnya aku berharap Saiful masuk labour room tengok macam mana susah payahnya aku melahirkan anak. Pastu bila proses menjahit, Saiful pun keluar labour room.

Bab proses menjahitlah yang paling seriau. Kalau di ingat balik memang aku seriau sampai sekarang. Bayangkan masa time Raina dulu, aku boleh rileks je bila proses menjahit. Siap borak-borak lagi dengan doktor dan nurse kat situ. Tapi time Raifa ni aku menjerit-jerit siap menangis-nangis sebab sakit sangat. Aku dah di bius 3 kali. Tapi still aku boleh rasa sakit semasa proses menjahit. Perghhh seriau lain macam pengalaman di jahit kali ni. Sampai aku merayu-rayu kat doktor cukup-cukuplah menjahit tu.

Tapi doktor cakap banyak sangat terkoyak. Kiri kanan depan belakang. Korang boleh bayangkan tak betapa banyak aku kena jahit sebab banyak koyak? Doktor tu pun aku perasan dia ganas sangat menjahit. Bila dah jahit siap tarik-tarik benang tu nak tengok kukuh ke tak kot. Perghhh sakit wei. Pastu dah siap jahit dia check balik laluan bawah tu nak pastikan betul jahitan kot. Doktor dengan nurse kat situ suruh aku sedut gas bagi aku mamai. Tapi aku tak nak sedut dalam-dalam gas tu sebab takut terlebih mamai. Lagi satu uri aku dah ada pecah-pecah sikit. So masa keluarkan uri tu, ada lebihan uri lagi yang belum di keluarkan. Jadi doktor tu punyalah ganas masa masukkan tangan dia nak cari lebihan uri tu. Rasa nak tendang je doktor tu pasal ganas sangat. Hahaha. Pastu bila doktor perempuan cina tu tengok aku dah menangis-nangis merayu bagai dia panggil doktor senior kot. Doktor perempuan india. Doktor perempuan india tu check masukkan tangan lembut je. Tak ganas macam doktor sebelum tu. Aku pun rasa tenang je masa doktor tu check aku. Pastu doktor senior tu cakap dah ok tak ada lebihan uri lag.

Tapi kalau nak ceritakan detail lagi panjang cerita ni. Sebab proses menjahit kali ni makan masa yang lama okey. Siap doktor dengan nurse bagi aku rehat dalam setengah jam pastu sambung balik proses menjahit. Ni aku cerita secara ringkas saja.

Kesimpulannya, setiap anak lain pengalaman. Ini pendapat aku. Macam aku, time Raina aku tak rasa sakit sangat macam time Raifa. Sebab aku dapat rasakan time Raifa berganda rasa sakit. Time Raina proses menjahit berjalan dengan lancar tanpa rasa sakit. Tapi time Raifa proses menjahit agak mencabar dan rasa berganda rasa sakit. Jadi setiap anak lain-lain pengalaman bagi aku. Cuma aku bersyukur dua-dua anak aku, bukaan cepat dan tak tunggu lama untuk tunggu bukaan penuh 10cm. Alhamdulilah.

Dan aku bersyukur sebab senang sangat nak jaga Raifa. Dia tak banyak ragam. Dia tak kuat menangis tapi kuat gelak, kuat borak dan kuat tersenyum. Terima kasih Raifa sebab ceriakan hari-hari mama dengan keletah kamu Raifa. Mama sayang Raifa jugak kakak Raina


Raina Evaqairina dan Raifa Evaqaleefa

7 comments:

  1. Hebatlah Nurul, boleh tahan sampai bukaan 10 cm.

    Apapun, pengalaman yang kedua buat kita lebih cool kan sbb dah ada experience yang pertama.

    ReplyDelete
  2. Ain : Betul tu. pengalaman no 2 ni macam cool sikit walaupun berganda sakitnya berbanding pengalaman yang pertama. cuma kalau ingat balik part proses menjahit tu lah yang seriau. hihihi

    ReplyDelete
  3. berani katak ko dah sakit sangat x g spital lagi huhuhu
    aku jenis x suka kelam kabut
    kena tenang n relax. kalau dah rs mmg dah time, cepat je g spital
    x koser aku nk gocoh2 time dh sakit sgt tu hahaha
    tu pasal aku suka je anak aku dedua induce
    datang spital, serah diri, relax2, masuk ubat, tggu sakit datang dan bersalin
    yeayyyy

    siryes aku xnak pengalaman mcm ko ni kakakaka =P

    ReplyDelete
  4. comelnya baby dan kakak =) cantik nama

    ReplyDelete
  5. Ena : Hihihi time Raina dulu dah sakit sangat baru pergi hospital masih boleh cool lagi tu yang kekonon masa Raina ni nak tunggu sakit sangat baru pergi hospital tapi perghhh kemain sakit kali ni

    ReplyDelete
  6. Nurul nak tanya la kat mana cari nama sedap2 nie ek? sedap nama anak 1st & 2nd awk...

    ReplyDelete