Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, May 2, 2014

I am a mother of two now


Sejak aku jadi mak budak kepada dua orang anak dara, kehidupan aku makin busy, kelang-kabut, kurang rehat, kurang tidur, kurang tengok tv, kurang layan twitter dan blog tapi kerap layan facebook. Hahaha. Layan facebook pun sebab aku dengan adik aku tengah gigih dan sibuk jual kain cotton. Alhamdulilah dapat sambutan. Ada rezeki untuk anak-anak aku.

Aku bangun seawal pukul 4 pagi untuk mengepam susu, susukan Raifa dan tukarkan diaper dia. Dah siapkan Raifa barulah aku iron baju, siapkan beg sekolah Raina dan beg anak-anak yang nak di hantar ke rumah babysitter. Dah siap semua tu, aku siapkan pulak stok bekalan susu Raifa. Selalunya aku kena sediakan 6 atau 7 botol bekalan susu untuk Raifa. Lepas tu, macam biasa aku pun mandi. Lepas aku mandi, Raina pulak mandi. Lepas aku dengan Raina dah siap baru aku kejutkan Saiful untuk dia pulak bersiap-siap. Tapi kadang-kadang Saiful dah bangun awal sebab nak tolong aku apa yang patut. Kalau Saiful tak bangun, aku pun kadang-kadang malas nak kejutkan dia. Kalau rasa aku boleh handle aku handle je sendiri. Kalau tak boleh handle baru minta tolong Saiful. 

Macam tu lah rutin aku kalau hari-hari bekerja. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tak siapkan semua tu pada sebelah malam? Aku balik kerja sampai rumah paling awal dalam pukul 7.30 malam. Kadang-kadang pukul 8 malam baru sampai rumah. Pernah sampai rumah dah pukul 9 malam. Sampai rumah dah penat. Memang sekarang aku jenis tidur awal. Kalau larat badan aku siapkanlah semua tu pada sebelah malam. Kalau tak larat, baiklah aku tidur awal. Penat wei. Penat gaya macam pergi berkebun je kau ni Nurul. Pada hal duduk kat office je pun. Hahaha.

Masa mula-mula aku masuk kerja selepas cuti berpantang hari tu, memang agak kelang-kabut nak handle Raina nak pergi sekolah pastu nak handle Raifa lagi. Tapi sekarang ni aku macam dah boleh biasakan diri. Kalau kat office pulak kalau busy macam mana sekalipun aku cuba cari masa untuk pergi mengepam susu. Susu badan aku taklah meriah mana. Tapi Alhamdulilah bolehlah buat stok susu Raifa. Harap-harap dapatlah aku menyusukan Raifa selama mana yang boleh. Selagi ada susu selagi tu aku cuba sedaya upaya untuk menyusukan Raifa. 

Kalau weekend pulak, selalunya aku sibuk dengan kerja-kerja rumah jugak. Hujung minggulah masa untuk kemas rumah secara besar-besaran. Pastu macam biasa hantar Raina pergi weekend class. Kadang-kadang aku malas nak ikut Saiful hantar Raina ke weekend class. Aku duduk rumah jaga Raifa. Duduk rumah boleh buat stok susu untuk Raifa. Kalau bosan atau terasa nak ikut, aku joinlah Saiful ikut hantar Raina ke weekend class bawak Raifa sekali.

Walaupun penat sikit sejak menjadi mak budak kepada dua orang anak ni, tapi jauh kat sudut hati aku ni, sebenarnya aku happy. Walaupun kena bangun tengah malam dan pada seawal subuh hari untuk mengepam susu dan buat macam-macam kerja rutin harian, tapi aku happy demi anak-anak. Anak-anak aku yang jadi kekuatan aku sekarang ni. Mama sayang Raina Evaqairina dan Raifa Evaqaleefa.

i am a mother of two now.
Yuhuuuuu

2 comments:

  1. Sama la Nurul. Kita pun iron baju pagi-pagi.
    Malam lepas balik kerja tu, kalau tak tidur awal, spent masa dengan anak-anak sebab tu jelah pun masa yang dpt diluangkan untuk diorang on weekdays.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah ain. balik kerja pun dah penat. sekarang ni nurul tengah try iron banyak2 masa weekend kalau tak busy lah

      Delete