Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, May 9, 2014

Maksud di sebalik nama Raifa Evaqaleefa

Raifa Evaqaleefa

Patutnya entri ni dah lama aku nak tulis. Tapi asyik sibuk memanjang mengalahkan perdana menteri jadi tertangguh-tangguhlah entri ni. Ok hari ni aku update pasal maksud di sebalik nama Raifa Evaqaleefa dulu ye. Nanti bila-bila aku free aku update pulak pengalaman aku melahirkan Raifa. 

Macam biasa, pemberian nama anak, aku yang konker. Saiful selalu ikut je apa yang aku pilih. Lagi-lagi kalau baby girl. Haruslah aku yang excited. Tapi ada jugak Saiful bagi idea nama tapi semua aku tak berkenan. Ok masa aku mengandugkan Raifa dulu, aku memang nak kekalkan pangkal nama anak-anak aku dengan huruf 'R'. Dan kalau boleh nak kekalkan dua kata nama dengan pangkal huruf 'R' dan 'E' macam nama Raina. Bila aku buat detail scan dan doktor sahkan baby aku adalah girl, jadi aku pun mulalah dengan gigih mencari nama anak aku. Tapi aku banyak berkenan dengan nama dari pangkal huruf lain. Sebagai contohnya huruf 'M'. Aku suka nama Maira. Lembut je sebutannya. Jadi aku pun pening kepala nama apa yang harus aku pilih. Sebab banyak nama yang aku berkenan bukan dari pangkal huruf 'R'.

Sampaikan aku dah sarat pun aku tak ada pilihan yang tetap nama untuk anak aku. Hanya buat senarai nama dengan panjang lebar termasuk nama untuk baby boy. Kot-kot bila keluar baby boy, itu yang aku saja sediakan sekali nama untuk baby boy. Senarai nama je panjang tapi aku sendiri tak tahu nak letak nama apa. Hahaha. Walaupun aku konker pemberian nama anak, tapi aku tetap akan bincangkan dengan Saiful dan keluarga aku. Kalau Saiful dan keluarga aku tak berkenan maka aku harus cari nama lain. Aku nak berterima kasih kat angah adik aku Dhila, sebab dia bersungguh-sungguh jugak mencari nama yang sesuai.

Sebenarnya idea nama Raifa Evaqaleefa ini adalah idea dari angah. Suatu hari angah whatsapp aku bagitahu tentang nama Raifa dan Khalifah/Qhalifah. Aku terus suka nama Raifa sebab sebutannya lembut saja. Dan aku suka jugak nama Khalifah/Qhalifah sebab maksud yang baik dan pelengkap maksud kepada nama Raifa. Selepas itu aku banyak kali jugak gugel sana sini nak pastikan betul-betul maksud nama Raifa dan Khalifah/Qhalifah ini. Hasil gugel, Alhamdulilah maksud nama ini baik-baik saja.

Maka semasa aku berpantang aku masih berfikir-fikir lagi nama apa yang aku harus beri kepada anak aku. Tapi dalam fikiran aku tetap berlegar-legar nama Raifa dan Khalifah/Qhalifah. Jadi aku pun membuat keputusan untuk meletakkan nama anak aku dengan nama Raifa Evaqaleefa. Maksud Eva adalah pelengkap kepada nama tersebut.

Maksud RAIFA EVAQALEEFA

- Raifa bermaksud suka memaafkan
- Khalifah/Qhalifah bermaksud pemimpin (Aku memang tukar Khalifah/Qhalifah. Tapi yang penting maksud nama tersebut)
-Eva bermaksud belong to me (maksud Eva ini ada banyak sebenarnya. Maksud ikut bahasa sesebuah negara)


Raifa Evaqaleefa bermaksud suka memaafkan pemimpinku


Jadi aku harap tak adalah bunyi-bunyi kata aku main taram bagi nama anak. Sebab nama anak-anak aku akan di kaji dulu maksud nama tersebut sebelum di beri. Begitu jugak nama Raina Evaqairina yang bermaksud Puteri kebajikanku. Tak mengapalah yang penting nama anak-anak aku ada maksud yang baik-baik saja. Bak kata Ustaz Azhar Idrus menerusi tweetnya. Tak kisahlah nak bagi nama anak dengan bahasa apa sekali pun. Yang penting maksud nama tersebut baik-baik saja

10 comments:

  1. mungkin Eva tu yang cam pelik sikit..tapi nama anak2 tu sedap2 belaka

    ReplyDelete
  2. Mar : Mungkin jugak awak. Tapi asalkan maksudnya baik-baik saja

    ReplyDelete
  3. wahh kelasnye nama... lama betul nurul tk menulis ya...

    ReplyDelete
  4. zura : Biasa je nama tu. Cuma ada Eva tu yang macam nampak kemain lagi nama padahal biasa je. hihihi

    ReplyDelete
  5. comelnya Raifa ni. dia ikut muka ko la Nurul. adil dah skrg..kakak ikot ayah, adik ikot mak

    ReplyDelete
  6. comelnya raifa......betul kata ena..adik bnyk ikut muka nurul

    ReplyDelete
  7. Ena : Dah 4,5 orang cakap Raifa muka macam aku. Ada jugak yang cakap Raifa macam muka Saiful. Muka baby ni kekadang berubah2 kan? hari ni muka mama esok kang muka papa. gitewww

    ReplyDelete
  8. Mun : Thanks Mun. Ramai jugak yang cakap Raifa macam muka Nurul

    ReplyDelete
  9. Ouh rajinnya nurul gugel sana sini ye... saya mmg malas bab2 nk menggugel...akhirnya tnya ustaz sahaja...heheheh :P

    ReplyDelete