Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, June 11, 2014

Peluang kedua : Breastfeeding journey anakku Raifa Evaqaleefa


Sesi mengepam kat office

Pada tahun 2011, aku ada buat satu entri tentang pengalaman aku menyusukan Raina. Boleh rujuk entri ini. Kiranya entri tu adalah luahan perasaan aku. Bila baca balik entri tu, baru aku  dapat rasakan betapa teruknya aku dulu. Aku tak bersedia dari awal tentang ilmu-ilmu penyusuan. Dahlah ilmu kurang, di tambah dengan tak buat apa-apa persiapan seperti membeli peralatan mengepam. Pastu aku bagi Raina air masak semasa kat hospital sebab aku dah gelabah susu badan tak keluar. Teruknya aku dulu. Maafkan mama Raina.

Bila tengok kawan-kawan bagi anak mereka susu badan, masa tu aku rasa cemburu. Sebab Raina menyusu badan tak lama. Masa dalam pantang je kot. Itu pun tak fully sebab dah campur susu formula untuk bagi Raina rasa kenyang dan tak menangis. Tapi Raina memang banyak minum susu formula kot masa tu sebab susu badan aku tak meriah di tambah masalah yang Raina tak mahu minum direct feed. Aku kena perah masuk dalam botol. Baru dia nak minum. Bila datang malas aku dengan rasa stress masa proses berpantang, terus aku bagi susu formula. Datang rajin aku, baru aku perah susu masuk dalam botol. Pastu pam susu pun tak konsistan. Maka keringlah susu aku masa cuti berpantang lagi. Sedihnya aku masa tu. Nak menyesal pun tak berguna lagi. 

Sejak tu, aku tekad kalau aku di beri peluang kedua, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menyusukan anak aku itu lebih dari dua bulan. Walaupun pada peringkat awal, memang agak sukar lagi-lagi bila dah start masuk kerja semula selepas cuti bersalin dua bulan.  Iyelah, masa cuti bersalin, Raifa kuat menyempeng. Banyak menyempeng dari pam susu aku rasa. Bila masuk kerja, kita memang kena betul-betul konsistan mengepam untuk kumpul stok susu. Itu aku mengaku. Ok aku akan cuba cerita satu persatu dalam entri ni.

Semasa aku mengandungkan Raifa, aku dah mula gugel sana sini untuk kumpul ilmu-ilmu penyusuan. Bila ada masa lapang je, aku banyak cari bahan bacaan dan membaca pengalaman orang lain dalam menyusukan anak mereka. Aku suka baca tips-tips pengurusan EBM dan tips-tips memperbanyakan susu badan. Entri paling aku suka dan senang aku faham adalah entri dari rakan blogger Aishah Rahim. Boleh rujuk entri ini. Aku siap print lagi entri Aishah ni. Sebab bagi aku, entri Aishah paling mudah untuk aku faham. Aku banyak belajar dari entri Aishah. Terima kasih Aishah.

Selain itu, aku dah mula buat sedikit persiapan macam beli electric breastpump, storage bag dan macam-macam lagi sejak aku mengandungkan Raifa. Jadi tak adalah jadi kes dalam pantang baru terhengeh-hengeh nak beli breastpump. Aku sanggup berhabis ratusan ringgit untuk buat semua persiapan ni. Lama jugak aku buat keputusan nak beli semua ni. Sebab kalau ikut hati nak rembat breastpump Medela. Tapi disebabkan bajet pun tak meriah mana plus aku ada terdengar Spectra ada keluarkan breastpump yang lebih kecil saiznya, terus aku jatuh hati dengan Spectra. Itu pun aku dah habis almost RM500. Itu belum lagi campur  kos yang aku shopping storage bottle, set supplement Shaklee dan lain-lain lagi. Kalau campur semua tu beribu kot aku habis. Punyalah semangat aku nak menyusukan anak aku. Ok perenggan kat bawah nanti, aku review sikit pasal breastpump Spectra ni.

Masa hari pertama aku kat hospital selepas beberapa jam aku selamat melahirkan Raifa, macam biasalah baby mesti tidur je. Nurse ada tanya aku nak menyusukan baby ke atau puan nak rehat dulu? Aku cakap nak rehat dulu. Masa ni aku sebenarnya dah gelabah sebab dah lama tak pegang baby pastu nurse datang tanya soalan macam tu pulak. Lagi bertambah gelabahlah aku. Itu yang jawab nak rehat dulu. Sebab tengok Raifa pun elok je lena tidur. Tak lama tu, Saiful datang jumpa aku nak tengok Raifa. Pastu adalah Raifa merengek sikit. Macam terkejut terjaga-jaga. Pastu Raifa sambung tidur balik. Saiful tanya aku, tak nak bagi anak menyusu ke? Adoiii laki aku ni dah tanya soalan yang sama dengan nurse tadi. Aku pun buatlah macam-macam alasan.

Sampailah malam pertama tidur kat hospital, aku tengok Raifa tidur je. Jadi aku pun try picit-picit puting breast aku. Tapi sedihnya tak ada keluar pun setitik susu. Masa ni aku dah cuak dan gelabah habis. Tapi aku dah stanby bawak sikat dari rumah. Jadi gigihlah aku urut breast aku dengan sikat tu. Orang cakap kalau urut  dengan sikat, InsyaAllah susu cepat keluar. Tanpa jemu aku urut breast aku dengan sikat tu. Tapi tak keluar pun susu walaupun setitik. Mulalah aku terfikir macam-macam masa tu. Dah fikir negetif je masa tu. Tapi aku cepat-cepat positifkan minda aku. Orang cakap kita kena sentiasa berfikiran positif.

Malam tu, Raifa dah start menangis. Maybe Raifa dah start rasa lapar. Iye lah dah beberapa jam dia keluar melihat dunia, langsung tak minum susu lagi. Memang sah-sahlah Raifa kelaparan. Aku sebenarnya ada bawak air zam-zam dari rumah. Teringat air zam-zam tu, aku pun masuk dalam botol dan aku bagilah setitik dua kat Raifa . Aku terpaksa bukan suka-suka sebab aku try sua kan mulut Raifa ke breast aku, dia menangis-nangis reject. Maybe sebab susu tak keluar lagi. Lepas bagi rasa air zam-zam tu sikit, barulah Raifa senyap pastu dia sambung tidur. Masa tu aku dah rasa sedih sangat. Dan aku berharap tak ada apa-apa masalah, esok dah boleh discharge. Tak nak tidur kat hospital lama-lama. Sebab senang aku nak cuba urut ke apa ke breast aku nak bagi susu keluar. Kat hospital ni, nak buat semua tu kena lah cover sikit sebab segan dengan orang-orang kat  katil sebelah dan katil depan.

Alhamdulilah esoknya sebelah petang, aku dah boleh discharge. Dalam masa yang sama, aku tak jemu-jemu urut breast aku dengan sikat. Tapi masih tak keluar susu walaupun dah masuk hari kedua umur Raifa. Masa ni memang dah tahap sedih sangat. Dah keluar air mata aku. Malam tu, dalam pukul 2 pagi kot, ibu aku pujuk suruh beli susu formula. Sebab kesihan sangat kat Raifa dah menangis-nangis kelaparan. Terpaksalah Saiful keluar pagi-pagi tu mencari susu formula. Masa dah bancuh susu formula tu masuk botol, aku masih lagi keras hati tak nak bagi Raifa minum susu formula tu. Ibu dengan Saiful pujuk aku. Dalam keadaan yang terpaksa aku relakan jugak Raifa minum susu formula pada hari kedua umur Raifa. Rela dalam keadaan terpaksa. Masa taip entri ni pun aku dah rasa sedih bila teringat balik hal ni.

Hari ketiga, aku masih gigih urut breast aku dengan sikat. Selang-seli aku urut dengan tangan jugak. Barulah keluar setitik dua susu aku. Masa tu aku rasa happy sangat. Aku cuba jugak pujuk Raifa untuk direct feed tapi Raifa tak berapa nak. Jadi aku terpaksa perah guna tangan secara manual untuk permulaan. Aku tak terus pam guna breastpump. Sebab aku ada terbaca hasil gugel menyatakan permulaan elok elakkan guna breastpump. Ada sebab kenapa tapi aku dah lupa sebab apa. Banyak sangat aku baca sana sini sampai lupa kenapa tapi memang digalakkan guna breastpaump untuk permulaan.

Hari keempat, barulah susu aku keluar dengan meriah. Masa ni dah boleh tersenyum lebar. Baju aku pun asyik basah je sebab susu keluar agak laju. Tak lama tu, baru aku berani pam susu guna breastpump yang aku beli tu. Aku beli breastpump brand Spectra M1. Bagi aku, memang best breastpump ni sebab kecil dan ringan. Breastpump Spectra M1 ni pun tak menyakitkan. Paling best tak bunyi bising macam Medela. Smooth je. Breastpump M1 ni macam hp. Kita charge bateri dia kasi penuh pastu dah boleh bawak ke mana-mana untuk pam. Jadi tak adalah masalah nak cari plug tiap kali nak pam. Memang sesuai sangat dengan aku.

Selepas hari keempat, aku dah mula menyusukan Raifa tapi masih tak konsistan. Sebab masa dalam proses berpantang, Raifa jenis tak mahu tidur dari malam sampai ke pagi. Aku agak stress kat situ sebab tak cukup tidur. Menangis aku wei anak tak nak tidur. Ada satu masa tu, Raifa tak nak tidur sampai ke tengahari. Masa tu memang menguji tahap kesabaran aku. Jadi bila aku tertidur, ibu aku kejutkan suruh susukan Raifa, aku boleh bantai tidur. Jadi ibu aku pun pergilah bancuh susu formula. Bila Raifa dah minum mulalah aku salahkan diri-sendiri. Pastu laju-laju aku breastfeed Raifa semula. Tapi Raifa tak berapa nak susu formula tu, selalunya dia akan keluarkan balik lepas minum. Raifa memang jenis  nak susu aku je.

Bila aku fikirkan balik azam aku nak menyusukan anak, barulah aku rasa menyesal sebab boleh bantai tidur. Ibu aku kejutkan aku pun aku boleh selamber tidur sampaikan ibu aku terpaksa bancuh susu formula. Di tambah pulak aku kena rengat yang agak teruk masa berpantang hari tu. Asal Raifa direct feed rasa rengat tu makin sakit. Masa tu dah rasa nak give up nak menyusukan Raifa. Bila datang perasaan menyesal dalam diri, sejak tu lah aku mula bersungguh-sungguh menyusukan Raifa. So adalah dalam 5,6 kali je kot Raifa minum susu formula tu. Lepas tu terus Raifa konsistan minum susu badan. 

Aku berpantang kat rumah family di Banting dalam 3 minggu . Lepas tu, aku terus balik Shah Alam. Lagi pun macam agak susah sebab Raina sekolah. Tak larat nak travel ulang-alik hantar Raina ke sekolah dan ambil Raina kat rumah babysitter. Kadang-kadang Pak Usu Raina yang hantar dan ambil. Kadang-kadang Saiful yang hantar dan ambil. So aku buat keputusan balik Shah Alam selepas lebih kurang 3 minggu aku berpantang kat Banting. Masa kat Shah Alam, bila aku tengah mandi ke atau tengah buat kerja rumah ke atau tengah tidur ke, Saiful boleh pulak bancuh susu formula bagi kat Raifa. Masa tu aku dah pesan jangan bagi anak susu formula. Apa-apa hal kalau anak nak susu, aku suruh Saiful panggil je aku. Masa tu rasa nak marah pun ada. Sebab aku dah berazam nak konsistan balik menyusukan Raifa dengan susu badan. Maybe Saiful macam pelik tengok kesungguhan aku nak brestfeed Raifa. Lama-kelamaan tu, bila dia tengok aku bertegas dalam bab ni terus dia bagi support kat aku. Terima kasih Saiful.

Sejak dari tu, masa umur Raifa dah sebulan kot, barulah Raifa konsistan minum susu badan sampai sekarang. Maknanya sekarang aku masih fully breastfeeding Raifa walaupun dah tak exclusive sebab masa peringkat awal tu dah beberapa kali bagi susu formula. Tapi aku bersyukur aku konsistan balik brestfeed Raifa fully brestfeeding sampai sekarang. Dan Syukur Alhamdulilah. Start Raifa umur sebulan jugak aku dah start kumpul stok EBM. Gigih jugaklah aku kumpul stok EBM walaupun tak meriah mana. Rasa seronok pulak bila tengok stok EBM yang aku kumpul tu. Tersengih-sengih aku kat depan fridge. Hahaha.

Dalam beberapa bulan aku menyusukan Raifa ni, memang banyak dugaan. Pernah breastpump aku rosak secara tiba-tiba kat office. Masa tu menangis-nangis aku. Balik kerja jugak aku pergi cari part baru yang rosak tu. Nampak sangat aku lasak pakai breastpump tu sebab ada part dah rosak walaupun baru pakai beberapa bulan. Di tambah pulak stok EBM aku cair sebab tak ada electric. Masa tu aku balik Banting. Pastu Saiful cakap susu cair sebab electric tak ada. Saiful perasan masa dia balik kerja bukak peti ais habis semua stok EBM cair. Terpaksa aku buang semua stok EBM tu baru-baru ni. Sedih wei. Walaupun banyak dugaan semasa menyusukan Raifa ni, aku cuba jugak selesaikan. Aku tak nak gelabah tak tentu pasal. Sebab kalau kita gelabah tak tentu pasal takut aku fikir perkara yang negatif. Baiklah aku positifkan minda aku.

So sekarang ni, stok susu yang aku hantar ke rumah babysitter semua adalah stok yang aku pam kat office dan kat rumah. Kat office aku boleh dapat dalam 10 ouz -12 ouz. Kadang-kadang cuma dapat 8 ouz. Balik kerja sampai je rumah aku sambung pam. Pastu sebelum tidur aku pam lagi. Bangun pagi keesokan harinya pun aku pam lagi. So semua hasil pam kat office dan kat rumah tu lah aku hantar ke rumah babysitter tiap-tiap hari. Dulu aku hantar stok susu ke rumah babysitter 6 atau 7 botol. Setiap botol ada 3 ouz. Tapi selalunya babysitter pulangkan balik dalam sebotol ke dua botol. So sekarang aku bekalkan 5 botol susu je kat babysitter. Alhamdulilah masih di beri rezeki untuk menyusukan Raifa sehingga sekarang.

Aku berharap, Aku dapat menyusukan Raifa selama yang boleh. Semoga dipermudahkan aku sepanjang menyusukan Raifa. Sekarang aku dah buktikan pada diri aku, bahawa aku boleh menyusukan anak aku lebih dari dua bulan. Umur Raifa sekarang baru empat bulan lebih dan Raifa masih fully susu badan. Syukur Alhamdulilah

Stok susu hasil pam kat office

3 comments:

  1. bestnya baca entri nurul nih...mun pun skrg tengah gigih berusaha semampu yang boleh untuk bagi marissa susu badan.....hehehee

    ReplyDelete
  2. Mun : Semoga dipermudahkan untuk kita menyusukan anak kita ye Mun. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. good luck.. semoga dpt bf raifa selama mungkin

    ReplyDelete