Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, July 10, 2014

Belum kurus lagi

Gambar baru masuk kerja lepas cuti berpantang

Tahun lepas masa aku belum tahu diri aku pregnant, aku sebenarnya tengah gigih dan dalam usaha untuk berdiet. Walaupun bukanlah diet secara berhemah tapi kira dietlah jugak. Masa tu aku fikir dapat kurangkan sikit berat badan dan dapat kecikkan sikit saiz badan pun dah kira ok bagi aku. Tup-tup tak datang period. Berdebar jugak masa tu. Tapi boleh rileks lagi tunggu sampai hujung minggu baru nak check. Bila check sah aku pregnant. Masa tu terus aku tak jadi nak teruskan program diet aku tu. Baru-baru ni aku kemas dapur kat rumah terjumpa sebalang pek nestum yang aku beli masa nak diet tahun lepas. Tengok date dah expired okey. Terus aku humban buang semua pek nestum tu. Hahaha.

Tapi pengalaman pregnant kali kedua, aku lebih menjaga bab pemakanan. Tak adalah aku main bedal makan macam masa aku pregnant anak sulung dulu. Masa tengah pregnant anak sulung dulu, semua makanan pun aku suka bedal. Malam-malam boleh bantai makan biskut Oreo. Boleh dikatakan hari-hari pulak tu makan biskut coklat. Asyik nak mengunyah je. Masa tu tak mabuk. Elok je cergas. Tapi pregnant kali kedua tahun lepas, dengan pakej mabuk pastu tak lalu nak makan, memang tak berapa sangatlah aku nak layan tekak aku. Cuma yang aku perasan, masa aku dah betul-betul sarat nak tunggu masa nak bersalin, baru aku ada selera nak makan. Sikit-sikit nak mengunyah. Maybe masa tu baby dalam perut tengah nak membesar, secara tak langsung aku pun jadi asyik lapar nak makan kot.

Tapi bila check up, berat badan aku macam biasa naik jugak walaupun tak ada selera makan masa di awal kandungan. Dahlah masa dapat tahu pregnant tu aku tak kurus lagi. Senang kata masih banyak kg nak kena buang. Sekali tu aku pregnant. Hah hambeklah kau Nurul membesar dengan jayanya bila timbang berat. Tapi taklah naik banyak kg macam pregnant anak sulung. Time Raina dulu berat aku naik hampir 20kg kot. Masa Raifa ni berat naik tapi tak sebanyak macam time Raina dulu.

Jadi masa proses berpantang, aku memang bertekad nak berpantang secara serius. Sebab masa berpantang time Raina dulu aku tak berapa serius sangat. Tapi berpantang kali kedua ni memang aku berpantang secara bersungguh-sungguh. Jaga pemakanan. Kerap pakai bengkung dan bertungku. Tak curi-curi minum air sejuk. Kiranya aku patuhlah cakap orang tua. Tak adalah kisah aku curi-curi minum air sejuk. Hahaha.

Dan pagi tadi aku saja timbang berat. Alhamdulilah turun lagi 3kg. Maybe bulan puasa dan ditambah aku breastfeed Raifa. Walaupun aku menyusukan anak aku, tapi aku masih cuba control pemakanan aku. Kalau ikutkan berat aku sekarang kurang dari berat asal masa sebelum pregnant time Raifa dulu. Aku sendiri tak percaya. Tapi bila banyak kali timbang, jarum tu tetap kat situ maka silalah percaya ye Nurul. Tapi aku belum kurus lagi. Cuma berat tu dah kurang dari berat asal sebelum pregnant tahun lepas. Cuma badan tu adalah susut sikit. Cincin dan jam yang aku pakai sekarang pun dah longgar. Jadi memang iye lah kot badan dah susut sikit. Cuma belum kurus lagi. Kalau boleh nak kurus macam zaman anak dara dulu.

Ok itu berangan je. Macam mustahil je aku nak kurus balik macam zaman anak dara. Berangankan free. Apa salahnya berangan. Gittewww

2 comments:

  1. aaaa..ini yang rasa nak pregnant lagi ni..
    eh?

    ReplyDelete
  2. jom same2 usaha nak kurus..hehehe

    ReplyDelete