Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 20, 2014

6 bulan Raifa Evaqaleefa



Alhamdulilah Raifa dah 6 bulan umurnya pada 23hb bulan Julai yang lepas. Maafkan mama Raifa sebab lambat buat entri khas sempena umur kamu 6 bulan. Malas menulis makin menjadi-jadi sekarang ni. Tapi hari ni mama akan cuba gigihkan jugak buat entri khas sempena kamu 6 bulan ni.

Berat Raifa terkini masa check up 6 bulan hari tu 6.5kg. Tak kurus sangat. Dan tak bam bam sangat. Kalau dalam gambar Raifa memang nampak macam bulat bam bam. Tapi hakikatnya dia biasa-biasa saja. Masih pakai diapers saiz S. Saiz S ni pun dia pakai agak longgar sikit. Sebab tu aku cakap Raifa biasa-biasa saja. Tak bulat bam bam macam dalam gambar. Entahlah dalam gambar memang nampak benau Raifa ni bulat kemain macam bam bam gayanya. Tapi kalau dukung Raifa dah terasa jugak berat dia. Maybe sekarang berat Raifa dah naik sikit kot sebab dia dah mula makan solid food. Tapi aku bagi puree je dulu. Belum perkenalkan dengan bubur nasi lagi.

Dan Alhamdulilah Raifa masih fully menyusu badan. Part ni memang aku bersyukur sangat sebab Allah S.W.T bagi aku peluang kedua ini, dapatlah aku fully menyusukan Raifa. Walaupun susu aku tak meriah macam orang lain, tapi aku tekad untuk cuba teruskan menyusukan Raifa selagi termampu. Sekarang aku lega sikit sejak Raifa dah makan solid food ni, dia dah boleh minum air masak, air glukose dan air buah-buahan yang diperah. So tumpuan Raifa taklah sepenuhnya pada susu. So bolehlah aku selang-selikan dengan air lain. Kalau tidak aku mesti rasa risau je bila susu tak cukup untuk stok susu yang nak di hantar ke rumah babysitter. Sebab apa, semua stok ebm yang aku kumpul since berpantang terpaksa aku buang sebab hari tu aku balik Banting agak lama jugak. Pastu Saiful bagitahu dia balik rumah tengok dalam peti ais semua stok ebm aku dah cair semuanya. Saiful syak tak ada electric kat rumah sebab sampai cair semua stok ebm tu. Jadi dalam keterpaksaan aku terpaksa buang semua stok ebm tu. Tapi aku ambil masa agak lama nak buang semua stok ebm tu sebab sayang sangat. Tapi terpaksa jugaklah buang sebab dah tak boleh guna lagi semua stok ebm tu.


Kalau nak cerita pasal perkembangan Raifa sekarang ni, Raifa dah pandai mara dan sesekali kalau Raifa rajin dia akan merangkak. Memang laju dah ke depan. Tiba-tiba je tengok dia dah kat dapur. Kang tiba-tiba dah kat dalam bilik. Raifa sekarang pantang nampak aku. Kalau aku kat dapur nanti dia mara pergi ke dapur. Kalau aku dalam bilik, nanti dia mara ikut aku pergi dalam bilik.

Raifa belum ada gigi. Tertunggu-tunggu jugak aku bila Raifa nak tumbuh gigi. Kakak dia Raina dulu umur 6 bulan rasanya dah mula tumbuh gigi. Aku tengok Raifa macam dah lama mula gatal gusi tapi gigi belum tumbuh lagi. Raifa jugak belum pandai duduk dengan sendiri. Kalau kita dudukkan dia dah boleh duduk tapi tak kukuh lagi still senget-benget badan dia. Tapi dari baring meniarap nak duduk sendiri tu, Raifa tak pandai lagi. Part ni memang aku tertunggu-tunggu. Bilalah Raifa boleh duduk dengan sendiri. Sebab time Raina dulu tak silap aku umur 6 bulan lebih Raina dah boleh duduk sendiri. Tapi takpelah adik. Slow-slow ye adik. Mama pun tak nak paksa kamu. Biar kamu membesar mengikut step by step ikut keselesaan kamu.

Oh ye, Raifa dah boleh sebut "ma...ma...".Suka sangat aku bila dengar Raifa sebut perkataan "ma...ma..." tu. Kadang-kadang dia menangis sebut "ma...ma..." sambil pandang aku. Minta simpati mama dia lah tu. Hahaha. Lagi satu aku suka usik Raifa. Bukan aku je Raina pun sama. Kami suka usik cakap "hamboiii biasa lagi dia tu ye". Nanti Raifa mesti mencebikkan mulut dia tanda-tanda nak menangis. Aku dengan Raina memang suka usik Raifa cakap ayat macam tu. Hahaha. Lagi satu, kalau nak tengok Raifa goyangkan badan dia, cuba kita selawat sambil mendayu-dayu alunan suara. Kompem automatik dia goyangkan badan dia ke kanan dan ke kiri sambil tersengih-sengih. Ini Tok Wan dia lah yang mengajar hari tu.

Raifa jugak dah pandai nak main dengan kakak dia. Kekadang letak dia dalam walker pastu dalam masa yang sama kakak dia main basikal dalam rumah. Nanti mulalah dia kejar kakak dia. Tak sedar dia duduk dalam walker. Kemain lagi. Kalau kakak dia main masak-masak dia pun sama nak join main masak-masak walaupun dia bukan reti sangat main. Tapi yang pasti aku seronok tengok gelagat anak-anak aku ni.

Untuk Raifa Evaqaleefa,

Walaupun mama jarang menulis kat blog mama tentang kamu, tak bermakna mama abaikan perkembangan kamu. Maafkan mama sebab sejak kebelakangan ni mama agak malas nak menulis. Tapi mama cuba sedaya upaya untuk gigih menulis pasal kamu jugak pasal kakak kamu. Semoga menjadi anak yang solehah. Mama sayang anak-anak mama. 

Selamat Ulangbulan 6 bulan Raifa Evaqaleefa

2 comments:

  1. bab buang EBM memang sedih kan..aku nak buang 8oz pun slow je tuang dlm sinki
    apakan pulak ko nak buang stok yg menimbun..
    eh..nanti share resipi weh.. aku dh lupa

    ReplyDelete
  2. Dayu : Kalau aku rajin ah nak update blog pasal resipi beb. mood malas melanada. tu lah sekarang ni gigih mengepam lah beb hari-hari untuk stok kat rumah babysitter

    ReplyDelete