Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 27, 2014

Adil terhadap anak-anak

                                                               Raina dan Raifa

Raina seorang anak yang terlalu manja. Bayangkan perbezaan umur beberapa tahun antara Raina dan Raifa. Sekarang umur Raina 4 tahun 9 bulan dan Raifa pulak baru berumur 7 bulan pada Sabtu lepas. Masa aku dapat tahu aku pregnant, aku terfikirkan Raina. Macam mana penerimaan dia terhadap adik dia? Aku risau Raina tak boleh terima adik dia. Sebab dia dah bertahun-tahun bersendirian menjadi anak yang manja. Lagi-lagi dengan Saiful. Raina ni paling manja dengan Saiful. Alhamdulilah mula-mula je Raina buat perangai cemburu kat adik dia. Sekarang aku nampak makin sayang dia kat adik dia. Cuma dia agak kedekut nak kongsi barang mainan dengan adik dia. 

Kalau kenangkan balik masa aku berpantang awal tahun hari tu, memang pening kepala melayan kerenah Raina. Macam-macam dia buat perangai. Aku tahu Raina cemburu sebab ada Raifa. Dan aku pulak kena bagi perhatian lebih kat Raifa masa berpantang. Boleh dikatakan hari-hari Raina kena marah. Sebenarnya aku cuba control tak nak marah Raina. Tapi lagi aku diam lagi menjadi-jadi perangai Raina. Aku tahu dia memberontak sebab aku kurang bagi perhatian kat dia. Kadang-kadang aku sedih dengan diri-sendiri sebab kurang beri perhatian kat Raina. Pastu mulalah aku minta maaf kat Raina. 

Lama-kelamaan Raina pun dah makin faham yang orang keliling kena bagi perhatian lebih kat adik dia. Tapi dalam masa yang sama kami cuba tak ketepikan Raina. Sebab itu, kalau ada masa terluang, contohnya masa Raifa tengah tidur ke, aku akan ajak Raina tengok tv sama-sama pastu kami akan gelak ketawa sama-sama depan tv. Atau dalam kereta aku dengan Raina akan menyanyi sama-sama ikut lagu yang radio sedang putarkan. Masa ni Raifa akan terkebil-kebil tengok gelagat kami. Hahaha.

Aku sedaya-upaya mahu berlaku adil dengan semua anak-anak aku. Aku tak mahu berat sebelah terhadap anak-anak aku. Sebab itu kalau aku belikan baju atau barang anak-anak, aku suka belikan sama warna dan design. Sebab aku nak berlaku adil. Kalau tak belikan sama warna dan design sekalipun aku akan pastikan apa yang Raina dapat Raifa jugak akan dapat. 

Sekarang ni kalau pergi mana-mana, dan nak beli barang anak-anak mesti fikir nak belikan untuk Raina dan Raifa. Contohnya dah belikan belt baru untuk Raina. Nanti mesti fikir untuk Raifa nak belikan apa eh? So carilah apa-apa barang untuk Raifa pulak. Yang penting ada belikan barang untuk anak-anak aku. Sebab apa tau, pernah sekali tu aku banyak belikan barang untuk Raifa. Belikan kasut, baju dan rocker untuk Raifa. Yang Raina aku cuma belikan beg sekolah baru je. Nak tahu apa Raina buat? Dia merajuk siap campak-campak barang yang aku beli tu. Sebab dia tanya kenapa mama tak belikan kasut warna hijau macam mama belikan untuk adik? Sebab itu bulan puasa hari tu, kami laki bini gigih pergi carikan kasut warna hijau untuk Raina pulak. Itu pun adik aku iaitu ummie ngah budak-budak ni yang belanja. Itu nasib baik Raifa kecik lagi tak tahu apa-apa. Nanti Raifa dah besar dah pandai cakap dan demand kenalah melayan permintaan adik pulak. Hah pastu kenalah layan permintaan anak-anak ye. Hahaha. Tapi takpelah untuk anak-anak aku cuba usahakan yang terbaik. Yang penting anak-anak happy.

Ibu aku pernah bagitahu aku jangan beza-bezakan anak. Berlaku adil dengan setiap anak. Apa yang ibu ayah buat kat semua anak-anak macam tu jugaklah kau kena buat. Pesan ibu aku. Memang betul pun apa ibu aku cakapkan tu. Sebab apa, ibu aku memang tak pernah bezakan kami antara adik-beradik. Contoh baru-baru ni ibu bagi aku RM500. Angah dan Bani pun dapat RM500 jugak. Adalah rezeki ibu sampai bagi semua anak-anaknya duit. Dah besar-besar pun dapat duit wei. Hahaha. Terima kasih ibu. Hari tu ibu belanja Raina kasut converse merah. Raifa pun dapat kasut converse merah. Sebab ibu cakap ibu nak berlaku adil kat cucu-cucu ibu jugak. Macam atok pulak kalau Raina dapat duit sekian amount Raifa pun akan dapat duit sekian amount yang sama. Alhamdulilah aku dikurniakan ibu ayah sebegini. Syukur. Sebab apa aku cakap macam ni. Sebab ada antara kalangan kawan aku yang mengadu hal mak bapak diaorang beza-bezakan setiap anak-anak. Aku kesian bila dapat tahu ada jenis mak bapak beza-bezakan setiap anak-anak ni.

Aku berharap aku akan sentiasa berlaku adil dengan anak-anak aku. Jangan bezakan setiap anak-anak. Nak manjakan anak, manjakan semua anak-anak. InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik

6 comments:

  1. mun pun harap semoga dapat berlaku adik pada mirza dan marissa.....tapi kadang kadang takutttt jugak anak yang besor ader terasa hati pape..yelahkan yang adik kecik lagi..perlukan banyak perhatian

    ReplyDelete
  2. Insyaallah nak layan fahrin luqman sama rata. Begitu jugak kalau ade adik adiknye yang lain nanti ewah. Hahaha. nanti share ek pasal cara nak ajar raina membaca semua tu

    ReplyDelete
  3. Mun : InsyaAllah kita dapat buat yang terbaik terhadap anak-anak kita ye Mun

    ReplyDelete
  4. Reen : InsyaAllah Reen pasti boleh. Alaaa Reen akak belum beli lagi buku yang nak ajar Raina membaca tu

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, berlaku adil... hmm kena praktikkan kalau dah ada lebih daripada seorang anak. thanks sharing, selama ni takda terfikir pula. hihiiii kawan kak reen ya? thanks singgah blog sheila ~~~

    ReplyDelete
  6. hmm..faham dah perasaan bersalah marah anak sulung masa tengah ada baby baru.. tapi serabutnya masa tu jangan cerita la..

    btw, nama baby baru saya raina juga! i have been reading ur blog on and off tapi x teringat nama anak sulung akak raina.. cuma anak saya raaina :)

    akak org banting eh? saya banting jugak :)

    salam kenal

    ReplyDelete