Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 10, 2014

Anak perempuan


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis pasal apa. Idea dah ada tapi nak cari gambar kemain malas. Jadi hari ni main letak je gambar apa-apa. Pastu puas fikir depan pc ni hah nak tulis pasal apa. Maka terjadilah entri carca-marba ni hah. Layannnnn.

Dulu masa pregnant time Raina, aku memang berharap sangat nak anak lelaki. Dari zaman anak dara lagi aku pasang angan-angan nak anak lelaki. Sebab aku suka tengok baby boy yang stailo. Pakai kemeja, seluar jeans, potong rambut pun ada fesyen tersendiri. Perghhh terbayang-bayang baby boy yang stailo. Tapi bila aku buat detail scan, doctor sahkan aku gender dalam kandungan aku adalah girl, masa tu memang rasa sedikit sedih. Sebab aku memang berharap sangat gender dalam kandungan aku tu adalah boy. Tapi selang beberapa hari selepas buat detail scan tu, aku dah boleh terima yang gender dalam kanduangan aku itu adalah girl. Tak kisahlah janji anak aku cukup sifat, sihat dan selamat syukur Alhamdulilah.

Pastu automatik aku shopping barang-barang keperluan baby yang hampir kesemuanya adalah warna pink. Sedangkan aku tak suka warna pink. Sampaikan satu tahap kat hospital doctor dan nurse tegur aku, bila tengok semua barang-barang aku masa kat hospital hampir kesemuanya warna pink. Hahaha. Bila Raina dah besar sikit masuk 2 bulan ke atas, aku dah mula ligat otak nak gayakan anak aku. Aku dah tak tumpukan pada warna pink je. Dah kata tadi aku tak suka warna pink kan? So aku beli baju dan barang Raina ikut warna kesukaan aku dan ada masanya aku suka warna yang ceria colourful. Aku suka warna biru. Sebab itu dalam penggayaan pemakaian anak-anak aku biasanya ada unsur warna biru. Selain biru aku suka warna yang terang. Budak-budak elok pakai baju warna yang terang-terang macam warna merah, kuning, oren, hijau. Nampak unsur kecerian kat situ.

Sebenarnya anak perempuan ni kita boleh je gayakan macam-macam. Tak semestinya anak lelaki je yang boleh kita gayakan. Bila aku dah ada anak perempuan ni, automatik otak aku ligat nak tentukan cara pemakaian anak-anak aku. Sejujurnya aku memang agak cerewet sikit bab pemakaian anak-anak. Aku tak suka tengok budak kecik selekeh tapi mak bapak bergaya kemain. Budak kecik pun nak bergaya jugak. Contoh baby kalau keluar berjalan tak pakaikan stokin atau kasut. Perghhh memang kepantangan aku dari dulu nampak budak kecik tak sarung stokin atau kasut walaupun masih baby. Tak tahulah kenapa. Paling-paling pun pakaikan stokin kalau tak nak pakaikan kasut. Nampak kemas bukan?



Sekarang aku suka anak perempuan. Masa pregnant time Raifa, memang aku berharap dapat baby girl lagi. Alhamdulilah syukur aku dapat baby girl lagi. Masa tu teruja nak pakaikan anak-anak baju dan belikan barang-barang mereka sedondon. Dari Raifa dalam perut lagi, aku dah shopping baju sedondon untuk anak-anak aku. Masa aku cuti berpantang lagilah tak agak-agak aku beli barang-barang anak aku yang hampir semuanya sedondon. Peduliklah orang nak cakap apa. Janji aku suka. Hahaha.

Nak jaga anak perempuan ni aku rasa bukan senang. Lagi-lagi bila anak kita dah makin besar. Kenalah ajar anak macam-macam adab ciri-ciri kesopanan. Gittewww. Aku rasa bersyukur sekarang Raina dah boleh di harap. Dah boleh sama-sama tolong lipat kain, tolong aku kemas rumah dan pandai basuh pinggan sendiri. Raina jugak dah boleh harap jaga Raifa. Dah nampak ciri-ciri perempuan kat situ walaupun nampak Raina ni agak lasak tapi kalau kat rumah dengan aku tu nampak dia dah boleh di harap. Aku berharap jugak, bila anak-anak aku dah besar nanti bolehlah di harap dan menjalankan tugas sebagai anak dengan baik. Syukur sebab aku diberi peluang rezeki anak dan dapat menjaga amanah Allah ini. Syukur Alhamdulilah

4 comments:

  1. hehehe..betul tu..ila dari hannani lam perut lagi mmg teringin nak anak perempuan sebab suka baju2 baby girl yg kiut2....hehehe.. anak perempuan nie mmg banyak baju2 yg boleh digayakan... cantik warna seluar Raina & Raifa =)

    ReplyDelete
  2. mama ila : baju anak perempuan pilihan. rambang mata nak sopin. hihihi

    ReplyDelete
  3. Serius reen kagum ah. Tengok rambut raina lembut licin pun berikat semua tau dah mak dia memang jaga sangat bab penampilan anak. Reen ni ya rabbi malasnye lahai nak sikat rambut budak pun malas. Sekarang dah sedar sikit, huhu

    ReplyDelete
  4. Memang biasa kita beli baju anak ikut style kita kan. Hihi.. kalo gegel mmg rambang mata.. nak pulak gegel kita tu memang suka melawa... Maknya mesti seronok dok jadi fashion advisor.. :-)

    ReplyDelete