Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 17, 2014

Kisah berpantang kali kedua


Raifa dah 7 bulan baru terhengeh-hengeh nak tulis pasal berpantang. Apa kejadah kau ni Nurul. Dari hari tu lagi aku berangan-angan nak tulis pasal pengalaman kali kedua aku berpantang. Tapi biasalah mood malas sesaja aku ni. Asal ada mood nak menulis tup-tup merepek meraban aku taip kisah lain. Tu yang tak update-update pasal kisah berpantang aku time Raifa hari tu. Hahaha.

Ok ni aku dah teringat nak tulis pasal hal berpantang, baiklah aku taip laju-laju. Sebelum aku merepek meraban taip entri carca-marba baik aku taip sekarang. Kerja tengah banyak ni hoi. Tengah busy siapkan bahan-bahan untuk audit dengan kementerian sumber manusia. Tapi biasalah semalam kan cuti. So hari ni aku macam blur je nak settlekan bahan-bahan untuk audit tu. Siap pagi-pagi tadi aku call minta potpone audit. Patutnya hari ni tau aku kena attend audit tu. Tapi aku tak settekan lagi bahan-bahan audit tu. Banyak report kena completekan dulu. So haruslah aku minta pospone. Nasib baik boleh postpone. Ok dah dah jangan cerita pasal kerja. Nak muntah aku. Eh memang tadi lepas lunch aku dah muntah. Makan banyak sangat ke apa entah keluar apa yang aku makan tadi. Tu lah makan gelojoh. Rasakan kau Nurul.

Masa aku berpantang kali pertama dulu, aku rasa aku berpantang ala-ala koboi kot. Aku memang jaga pemakanan aku dulu. Sebab ibu aku sangat tegas dalam hal pemakanan semasa berpantang. Tapi bab lain macam bertungku, berbengkung dan lain-lain semua aku buat ikut suka aku je. Paling benci nak pakai bengkung pastu sapu param dan pilis. Dahlah aku tak suka bau param dan pilis tu. Pakai sekejap je pastu aku bantai cuci. Rasa tak selesa okeh. Ingat lagi ibu aku asyik membebel je kat aku dulu. Tu yang aku cakap aku pantang koboi je dulu.

Tapi berpantang kali kedua ni aku macam lebih berdisplin sikit. Aku rajin sangat pakai bengkung dan bertungku. Tapi bab param dengan pilis still macam dulu tak berapa gemar nak pakai tapi still pakai jugaklah walaupun tak kerap. Dulu bila rasa nak membuang je pergi toilet mesti nak tanggal bengkung kan? So lepas tu dah malas nak pakai bengkung balik. Itu perangai aku dulu masa berpantang time Raina. Tapi time Raifa jangan tak tahu aku gigih pakai balik bengkung lepas keluar toilet. Siap asyik ingatkan ibu aku nak bertungku. Nampak tak kegigihan aku kat situ? Hahaha.

Bab pemakanan aku still jaga. Bab ni memang tak boleh nak lari mana. Sebab ibu aku memang tegas sangat pasal pemakanan aku semasa pantang. Teringin nak makan itu ini mesti ibu aku sound aku balik. So pasrah je lah aku makan lauk pantang sampai jemu. Hahaha. Ada orang suka makan lauk-lauk pantang. Tapi aku memang dari dulu tak suka lauk-lauk pantang. Sebab ibu aku masak lauk pantang stail dia selalu nasi panas gaul lada hitam atau ikan bilis goreng tanpa minyak. Nak rasa lagi sedap ibu aku selalu buat ikan bakar tanpa minyak dengan sayur rebus. Ibu aku jarang buat lauk macam blackpaper atau sup. Dia ada cara dia tersendiri jaga pemakanan aku masa berpantang. Sebab itu aku cakap aku tak suka makan lauk-lauk masa berpantang.

Semasa berpantang time Raina dulu, aku ambil jamu kampung je. Aku tak beli pun set jamu moden ni. Memang guna jamu kampung yang makcik bidan buat sendiri. Masa tu ilmu pun kurang. Dulu kurang gugel cari ilmu pasal berpantang pun iye jugak. Tapi Alhamdulilah aku serasi telan jamu buatan kampung. Ok je. Luka pun cepat baik. Dan yang aku perasan aku cepat cergas bertenaga macam biasa. Cuma nak makan jamu-jamu kampung ni kena tengok jugak. Kalau baby ada kuning tak digalakkan makan jamu-jamu kampung. Sebab orang kata panas kan?

Berpantang kali kedua ni aku tekad tak nak ambil jamu-jamu kampung. Aku guna produk Shaklee. Makcik bidan yang urut aku hari tu pun cakap sekarang ramai je orang guna produk Shaklee. Perghhh makcik bidan pun tahu tau produk Shaklee ni. Kerlasss. Aku memang beli set berpantang dan menyusu produk Shaklee. Alhamdulilah aku serasi je dengan produk Shaklee ni. Dan paling best, dapat hasilkan susu badan dengan meriah. Syukur Alhamdulilah. Cuma kali kedua ni, aku lambat bertenaga dan cergas. Mungkin sebab kesan jahitan yang banyak. Memang masa tu rasa lemah je satu badan. Lama jugak aku nak start bertenaga seperti biasa. Sebab menahan kesakitan kesan di jahit tu. Nanti kalau aku rajin aku akan cuba cerita detail pasal produk Shaklee ni ye. Tengoklah mood menulis kalau rajin nanti. Rajin ke kau Nurul? Hahaha.


Aku paling suka minum ESP Shaklee ni. Aku minum kosong gitu je. Sedap kena dengan tekak aku. Ada orang tak boleh nak minum kosong macam tu. Kena campur dengan air lain. Tapi aku lagi suka minum kosong macam tu. Laju je habis satu botol bancuhan tu. Tak dinafikan dengan ESP Shaklee, aku dapat hasilkan pengeluaran susu badan dengan meriah.

Selain produk Shaklee, aku menggunakan produk Tanamera. Tanamera ni aku beli sabun pencuci dia yang aku guna semasa nak mandi. Aku lupa nama detail produk Tanamera yang aku beli hari tu. Malas nak cari balik apa nama detail produk yang aku beli hari tu. Dasar pemalas. Macam tak sesuai je orang nak buat review pasal berpantang. Hahaha. Takpe korang pergi je kat website Tanamera tu sendiri kalau korang berminat. Ok ni aku bagi website Tanamera. Ada macam-macam produk kat situ. Sabun pencuci yang aku beli tu memang best. Walaupun sabun dia kesat dan menggerutu tapi best okeh kalau sental seluruh badan kita semasa berpantang. Rasa segar je tau. Walaupun aku pakai produk Tanamera untuk mandian, tapi aku still mandi menggunakan air rebusan pelbagai daun-daun. Daun apa aku kurang pasti. Bab ni pun, ibu aku memang tegas. Kira wajiblah mandi air rebusan daun-daun. Best tau. Mandi air rebusan daun-daun tu bau wangi je sambil sental badan kita guna produk Tanamera.

Bab bertungku, aku pakai batu sungai. Pinjam batu makcik bidan urut. Ibu aku ada batu sungai tu tapi cari-cari tak jumpa. Time nak gunalah tak jumpa batu sungai ibu aku tu. Nasib baik makcik bidan urut tu bagi pinjam batu sungai dia. Kali ni aku bertungku memang bersungguh-sungguh. Siap duduk atas batu sungai tu. Perghhh best okeh panas-panas kau duduk atas batu tu. Eh batu sungai tu kenalah balut dulu dengan kain pastu baru aku duduk atas batu sungai tu. Kekonon nak menggecilkan bahagian punggung. Hahaha. Selain tu aku letak kat bawah paha dan letak kat perut. Rasanya berhasil nampaklah mengecut sikit badan aku ni hasil bertungku dan jugak berbengkung.

Hasil kesungguhan dan displin aku berpantang kali kedua ni, Alhamdulilah aku nampak hasil dia. Walaupun aku tak kurus mana tapi berat badan aku lagi kurang dari berat sebelum aku mengandungkan Raifa dulu. Perut pun dapat kempiskan sikit. Cuma sejak raya hari tu melantak makan macam-macam perut pun dah buncit balik ni. Menu sedap-sedap haruslah makan berulang kali kan. Sekarang kalau rajin aku akan pakai bengkung walaupun dah habis berpantang. Saja suka-suka sambil nak kempiskan perut dan mengecilkan punggung. Kemain kau Nurul.

Tapi takpelah lagipun aku menyusukan Raifa. So memang kena makan best-best sikit bagi menghasilkan susu dengan meriah. Nak diet pun tak boleh sebab menyusu anak kan? Jadi kita enjoylah menikmati pelbagai makanan. Alasan sangat kau Nurul. Hahaha.

Berpantang kali kedua ni aku rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kalau dulu masa berpantang kali pertama aku macam bosan sangat sampai tak sabar nak masuk kerja semula. Maybe faktor tempat kerja yang agak best. Tu yang tak sabar nak masuk kerja semula walaupun hakikatnya malas. Maybe sebab rasa bosan duduk rumah berpantang tu agaknya. Nasib baik ada baby syoklah layan baby. Tapi lain sikit dengan berpantang kali kedua ni, aku rasa malas nak masuk kerja semula. Rasa best sangat duduk rumah jadi suri rumah. Sampai aku lanjutkan cuti berpantang aku beberapa hari sebab rasa malas betul nak masuk semula bekerja. Tapi apakan daya kena kerja cari rezeki yang halal. Lagi pun aku jenis tak boleh sangat duduk rumah sesaja. Jenis dah biasa bekerja kot. Tapi paling tak sabar tunggu hari hujung minggu boleh luangkan masa dengan anak-anak dan family. Kan best kalau cuti pantang tu lebih dari dua bulan. Tapi aku kerja swasta cuti berpantang cuma dua bulan je lah. Kalau kerja goverment boleh cuti berpantang lebih dari dua bulan kan?

Oklah aku dah tak tahu nak taip apa. Tiba-tiba big boss panggil nama aku. Bos ni pun satu, aku tengah syok menaip dia panggil nama aku pulak tadi. Oklah nanti kalau rajin aku taip lagi. Marilah kita rajin berblogging semula. Cewahh

1 comment:

  1. aku dulu pantang esp kena campur..xelh telan dia saja..rasa nak muntoh..haha..

    okay sila rajin berblogging semula ye frezz..

    ReplyDelete