Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, September 19, 2014

Tahniah adikku Muhammad Rabbani Jamian


Hoi semangat pagi-pagi nak update blog. Kata nak cuba rajinkan diri berblogging semula. Haruslah semangat pagi-pagi nak update blog. Kemain kau Nurul. Kerja banyak tak nak pulak kau buat kan? Pasal kerja tu nantilah aku buat. Date untuk audit dah postpone so slow-slowlah aku siapkan report dan bahan-bahan untuk audit tu ye. Sebenarnya dah hampir nak siap pun report dan bahan-bahan tu untuk audit tu. Tapi ada kerja lain dan report lain yang menunggu. Banyaknya kerja aku. Kalau nak cerita pasal kerja memang tak pernah nak habis. Ada je kerja nak kena buat. Iye dak? Adoi aku ni dah kenapa mesti nak merepek meraban dulu sebelum masuk tajuk utama. Cisssss.

Entri kali ni nak cerita sikit pasal adik bongsu aku Bani. Alhamdulilah adik aku dapat anugerah dekan (DL) lagi untuk final semester. Sebagai seorang kakak, aku tumpang happy dengan kejayaan adik aku. Dulu masa Bani study diploma kat UiTM Melaka, aku macam risau jugak sebab dia duduk jauh dari family kat Melaka. Bila tengok dia study pun jenis rileks-rileks je, aku kadang-kadang bising dengan dia suruh study bersungguh-sungguh. Jangan nak fikir enjoy je. Sebab tengok dia asal balik rumah time cuti, dia suka makan, makan dan makan pastu tidur lewat bangun pun lewat. Siap dah ada awek tu. Kemain. Berangin je aku tengok perangai dia. Tapi bila tiap kali result exam keluar dia bagitahu dia dapat DL. Dalam hati aku eh biar betul ni? Masa diploma dah beberapa kali jugaklah Bani dapat DL.

Pastu habis diploma dia kerja dengan Karangkraf kat Shah Alam. Pastu elok dah kerja, dia dapat offer continue study peringkat degree kat UiTM Shah Alam. Aku orang yang paling tak setuju Bani sambung study. Pendapat aku sekarang kerja bukan senang nak cari. Dia lelaki tak payahlah sambung degree. Kerja je lah. Pendapat kuno aku sebagai seorang kakak. Itu dulu. Pendapat aku dulu. Tapi ibu ayah aku semua support Bani sambung study. Adik aku Dhila yang asalnya tak setuju Bani sambung study pun setuju. Aku yang kakak sulung yang sekeras-kerasnya tak setuju. Jadahlah kau ni Nurul. Adik kau nak sambung study kau halang-halang. Dah kenapa kau ni? Tampo diri-sendiri sikit. Kahkahkah.

Pastu Bani tekad berhenti kat Karangkraf dan sambung study ambil degree. Aku tengok makin lama makin mendalam minat dia terhadap dunia photography. Walaupun ada orang keliling yang dok cakap-cakap kenapa tak ambil course lain yang menjamin. Tapi adik aku rileks je jawab dengan tenang sambil senyum. Aku nampak dia minat dunia photography. Dari kamera secondhand sebijik sekarang dah berbijik-bijik kemera besau gedabak dia. Itu belum koleksi lens yang bersusun. Pastu asal ada duit, dia mesti nak beli peralatan kamera. Selalunya dia beli guna duit hasil titik peluh dia sendiri. Dia buat part time shooting gambar orang kawin atau dapat job luar macam shoot majlis konvokesyen universiti dan lain-lain job luar. Duit upah tu lah dia beli kemera dan peralatan kemera. Aku salute jugak dengan adik aku ni sebab dia bab simpan duit memang no 1. Bila ajak shopping dia cakap semua tu membazir. Punyalah penjimat. Jangan tak tahu duit dia lagi banyak dari aku kot kalau poket dia tengah masyuk dapat job part time. Kahkahkah.

Masa dia tengah study degree ni, aku tengok dia suka ikut lecture dia pergi mana-mana semata-mata nak shoot gambar. Kadang-kadang sampai pergi perkampungan orang asli kat Taman Negara tidur rumah orang asli sebab nak shoot kehidupan sebenar orang asli. Adik aku suka shoot jenis journalism dan nature. Sebab tu banyak koleksi gambar-gambar dia macam pelik-pelik macam gambar orang asli, gambar perhimpunan haram berunsur politik, gambar yang berkaitan isu-isu masyarakat macam pasal krisis air. Disebabkan dia minat jenis journalism dan nature, adik aku praktikal di Utusan Malaysia. Sampai sekarang kalau tak silap aku pihak Utusan Malaysia  minta tolong dia kalau nak gunakan gambar dia.

Sekarang adik aku dah habis study peringkat degree. Baru je habis hari tu. Alhamdulilah dia dapat DL setiap semester. InsyaAllah adik aku akan konvo dengan 1st class dan pakai selepang terhormat nanti. Perghhh aku dan family aku memang bangga dengan dia. Tak sangka okeh. Sebab dia jenis study rileks-rileks je. Sekarang dia belum kerja lagi. Sebab baru habis study kan? Buat masa ni buat part time shoot gambar orang kawin dan job yang lain. Tapi InsyaAllah, tak lama lagi dia akan bekerja. Baru dapat offer dengan satu press company untuk bekerja shooting di Parlimen. Offer pun aku kira cantik untuk fresh graduate macam dia. Alhamdulilah.

Tahniah adikku Bani. Nanti dapat gaji pertama sila belanja makan. Makan je aku ni kan? Kahkahkah

2 comments: