Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, October 23, 2014

Sembilan bulan Raifa Evaqaleefa



Alhamdulilah hari ni genap umur Raifa 9 bulan. Kejapnya masa berlalu. Don't grow up too fast adik. Dulu aku rajin update perkembangan Raina. Tapi time Raifa ni rasanya tak banyak aku update pasal perkembangan dia. Tiba-tiba rasa bersalah kat diri-sendiri. Bukan apa, aku ni jenis suka refer entri-entri lama. Contohnya sekarang aku rajin refer entri perkembangan Raina. Sebab aku nak tengok bila Raina start tumbuh gigi? Bila Raina start pandai duduk? Bila Raina start pandai berjalan? Pastu aku tengok perkembangaan Raifa pulak. Bukan nak bezakan perkembangan setiap anak-anak. Tapi aku jenis berfikir bila baca entri-entri lama. Contohnya kenapa Raina dah start tumbuh gigi seawal 6 bulan tapi Raifa dah masuk 9 bulan sebatang gigi pun tak tumbuh lagi. Jadi aku rasa pentingnya entri-entri lama untuk rujukan aku.

Ok aku nak cerita sikit pasal perkembangan Raifa. Raifa belum pandai sangat duduk. Maksud aku dari merangkak atau baring ke posisi duduk tu Raifa tak berapa pandai lagi. Adalah aku perasan dia buat sesekali posisi duduk tu tapi senget-senget lagi pastu tak balance badan dia. Itu pun Raifa selalunya buat posisi duduk macam kita solat tu. Macam mana eh aku nak terangkan. Macam orang jepun duduk bersimpuh dua kaki ke belakang. Korang boleh bayangkan? Tak reti aku nak terangkan wei. Hahaha.

Aku sebenarnya risau bab ni. Sebab Raina dulu umur 6 bulan dah kukuh dia duduk. Tapi Raifa jarang sangat nak buat. Dia lagi suka merangkak, memanjat, berdiri pastu lepaskan tangan. Dah banyak kali Raifa jatuh tergolek gara-gara dia berdiri pastu dia lepas tangan. Tak padan diri belum stabil lagi berdiri nak lepas tangan. Tu yang jatuh tergolek tu. Pastu Raifa ni jenis tak serik tau. Dah menangis tapi kadang-kadang tu dia tak menangis pun nak jugak dia buat perkara yang sama berdiri lepas tangan. Mula-mula lepaskan satu tangan. Pastu dia beranikan diri lepaskan dua tangan. Aku ada tanya kes Raifa kat nurse masa check up dia awal bulan hari tu. Nurse cakap jangan risau. Maybe Raifa jenis skip progress dia. So aku lega sikit dengar jawapan nurse tu.


Perkataan pertama Raifa yang aku perasan ialah 'mama'. Dia mula sebut perkataan 'mama' seawal umur dia 6 bulan kalau tak silap aku. Dan sekarang dia dah boleh sebut beberapa perkataan yang lain macam 'papa', 'nak' 'air' dan 'dah'. Ini antara perkataan yang selalu dia sebut. Contoh kalau Raifa nampak kita makan kan, dia mesti sebut 'nak', 'nak', 'nak' banyak kali. So aku agak dia faham nak menggunakan perkataan tu. Kalau dia nak mengempeng nak susu dia akan sebut 'air'. Puas ajar susu bukan air still dia sebut perkataan 'air'.

Raifa dah pandai salam orang tau. Babysitter dia yang ajar. Bila kita cakap 'Raifa amin'. Nanti dia hulur tangan dia bersalam. Pastu dah pandai nak babai kat orang tapi tak mahir lagi. Bolehlah sikit-sikit. Raifa dah makin kukuh pegang botol susu. Sejujurnya aku tak pasti bila masa Raifa pandai pengang botol susu. Maklumlah kat rumah jarang sangat aku bagi dia botol sebab lagi suka mengempeng je. Babysitter yang bagitahu yang Raifa makin kukuh pegang botol susu. Rasanya masa umur dia 3 ke 4 bulan macam tu dah boleh pegang botol susu.

Raifa masih fully menyusu badan. Alhamdulilah. Sekarang pandai kalau tak nak puting dia campak puting dia sebab nak mengempeng. Pastu siap tarik-tarik baju mama dia sebab nak mengempeng. Sabau je lah aku. Perangai Raifa kalau nak tahu dia suka gentel kain. Time mengempeng ke atau time tidur benda wajib ada kat tangan dia ialah sapu tangan atau kain lampin dia. Sebab dia jenis gental kain time mengempeng atau time tidur. Perangai Raifa ni sebijik macam kakak dia. Raina pun sampai sekarang suka gentel kain cuma tak kerap dah dia buat perangai gentel kain tu.

Hobi Raifa sekarang ialah berjoget. Dalam hp aku ni banyak sangat video dia tengah berjoget, Tengah makan berjoget. Tengah tengok tv berjoget. Asal ada alunan muzik mesti nak joget. Cara dia joget tu dia goyangkan badan dia. Sekarang ni makin menjadi-jadi perangai dia suka berjoget. Bayangkan sambil makan dia berjoget-joget. Raifa belum ada gigi lagi. Sebatang gigi pun dia tak ada lagi. Tengok gaya macam dah gatal gusi tu dah lama tapi gigi tak keluar-keluar lagi. Sebab itu Raifa masih makan bubur dan puree yang aku blend dan tapis bagi betul-betul halus.

Oh ye Raifa masih pakai diaper saiz S tau. Walaupun dah masuk 9 bulan, tapi masih okeh dia pakai diaper saiz S tu. Longgar lagi kat bahagian pinggang dan paha. Sebab tu aku tak tukarkan saiz diaper lagi. Hari tu dah beli satu pek diaper saiz M tapi tak bukak pun lagi. Still habiskan stok diaper saiz S. Maybe aku akan beli diaper saiz S lagi stok akan datang. Sebab Raifa pakai diaper saiz S pun bukan sempit tapi longgar. Aku ni jenis suka nampak kemas terletak. Berat Raifa 7kg masa check up awal bulan hari tu. Tak berat mana tapi kalau dukung dia boleh berpeluh jugaklah ketiak. Hahaha.

Ok itu je lah yang aku ingat perkembangan Raifa. Mungkin adalah satu, dua perkembangan yang aku lupa tulis kat sini. Setiap anak lain-lain progress dia kan. Yang penting Raifa sihat dan melalui pembesaran dia mengikut keselesaan dia sendiri

5 comments:

  1. cepatnya rsa raifa membesar..dah 6 bulan..tetap chubby..

    ReplyDelete
  2. anak saye sebelas bulan gg pon tak tumbuh lagi..
    berjalan pon belum..
    merangkak dan duduk pon dalam sepuluh bulan lebih baru stabil...

    memang..lain anak lain perkembangan dia...
    yang penting anak kita sihat..
    :)

    ReplyDelete
  3. wah.. suka nya ada update.. tp muka raifa bulat sungguh kan?
    if tak silap kita, doktor pernah ckp dulu, umur 9 bulan bagi makanan yg keras skit/berbiji-biji, maksud nya bukan totally cair untuk exercise gusi dia.. untuk pengeluaran gigi. Camna tah lupa dah.. tp memang more pada untuk baby exercise gusi dia la.. menggigit konon nya..
    contoh buah betik or epal yg potong panjang-panjang.. untuk keselamatan, Nurul carik yg munchkin feeder tu.. (http://www.lazada.com.my/munchkin-fresh-food-feeder-blue-146022.html) pastu masukkan buah yg potong tu dalam tu and kasik raifa isap, sedut, gigit..

    ReplyDelete
  4. kjp je dah 9 bln..tup..tup setahun dah..cepat sungguh masa berlalu kan..

    ReplyDelete