Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, November 12, 2014

Kadang-kadang kena biasakan

Dari zaman Raina newborn aku cuba belajar biasakan diri drive berdua dengan Raina. Masa tu Saiful masih kerja kat company lama. Dulu kerja Saiful memang tak tentu masa. Selalu sangat Saiful kerja luar berhari-hari. Jadi aku memang tak bolehlah nak bergantung harap sangat dengan Saiful kalau nak bergerak ke mana-mana. Jadi aku ambil inisiatif belajar biasakan diri drive berdua dengan Raina. Mula-mula tu memang rasa takut dan rasa janggal sikit. Lama-kelamaan aku jadi terbiasa.

Paling kerap aku drive dari Shah Alam balik rumah family kat Banting atau dari Banting nak balik rumah kat Shah Alam. Lepas tu panjang sikit langkah drive berdua dengan Raina pergi merata-rata tempat. Saiful bukan tak risau. Dia selalu pesan macam-macam. Tapi disebabkan dia pun ada komitmen dengan kerja dia jadi dia bagi aku drive dengan anak kalau nak ke mana-mana. Masa Raina masih di usia orang kata newborn lagi, memang senang dan tak mencabar pun kalau aku drive berdua dengan Raina. Tapi bila Raina dah mula melasak macam dah pandai meniarap dan dah pandai meronta-ronta badan, masa ni memang aku akui agak mencabar kalau kita drive berdua dengan anak. Tapi Alhamdulilah aku masih boleh handle. Sampai Raina dah besar. Kami dah ke mana-mana berdua. Kadang-kadang Saiful busy kemain nak cuti pun tak boleh. Aku cakap kat Saiful nak keluar jalan-jalan dengan anak. Kami pergi shopping mall jalan berdua masuk macam-macam kedai. Seronok bila tengok anak happy. Tapi memang aku tak nafikan kita memang kena gandakan usaha kawal pergerakan anak bila keluar berdua dengan anak.

Sekarang anak aku dah ada dua orang. Saiful selalu balik lewat malam. Kadang-kadang awal pagi baru balik. Jarang sangat Saiful balik kerja petang. Memang nampak Saiful kerja kuat sekarang. Takpelah Saiful selalu cakap dia kerja kuat semuanya untuk kami jugak. Jadi memandang kerja Saiful yang selalu balik lagi lambat dari aku, maka aku kenalah biasakan diri drive bertiga dengan anak-anak. Dulu drive berdua je dengan Raina. Sekarang drive bertiga dengan Raina dan Raifa. Aku taklah kekok sangat sebab dah biasakan diri dulu drive berdua dengan Raina. So aku rasa macam biasa je bila drive bertiga dengan Raina dan Raifa.

Selalunya Saiful akan keluar pergi kerja lebih awal dari aku. Jadi akulah yang akan drive hantar Raifa ke rumah babysitter dan hantar Raina ke sekolah. Lepas tu, barulah aku gerak ke tempat kerja. Begitulah rutin harian aku bila waktu bekerja. Sebab tu aku selalu lewat sampai office sebab terkejar-kerjar masa. InsyaAllah lepas ni, aku dan Saiful dah ambil kata sepakat nak tukarkan Raina sekolah untuk sesi persekolahan yang baru nanti yang ada transport hantar Raina ke sekolah dan ambil Raina dari sekolah hantar transit ke rumah babysitter. Jadi lepas ni, aku terus hantar Raina ke rumah babysitter je. Van sekolah akan ambil Raina kat rumah bbaysitter untuk hantar Raina ke sekolah.

Balik kerja, haruslah aku jugak yang ambil anak-anak kat rumah babysitter. Sebab selalunya Saiful balik lagi lambat dari aku. Kadang-kadang je Saiful balik awal. Tapi jarang-jarang sangat. Kadang-kadang, balik kerja aku bawak anak-anak pergi beli barang dapur atau barang-barang keperluan kat Econsave, Giant atau Aeon Big. Walaupun agak mencabar keluar bertiga saja dengan anak-anak, tapi aku kena biasakan sebab Saiful busy dengan kerja. Kadang-kadang Saiful suruh jugak tunggu dia cuti hujung minggu baru beli barang. Tapi kadang-kadang, hujung minggu pun Saiful kerja. Atau kadang-kadang keadaan terpaksa sebab lauk basah dan kering dah habis kat rumah. Jadi kenalah angkut anak-anak dara aku keluar beli barang-barang keperluan. Tapi macam aku cakapkan tadi, bila keluar dengan anak-anak ni, memang kena gandakan usaha kawal pergerakan anak-anak. Sekarang ni,Raifa dia kecik lagi. Selalunya aku malas nak guna stroller sebab macam payah je bukak tutup stroller. Buat peluh ketiak aku je. Hahaha. Jadi selalunya aku dukung je Raifa atau aku letak kat troli sejak Raifa dah kukuh dan pandai duduk. Jadi aku kena tengok pergerakan Raina sebab Raina suka berlari-lari. Tapi Alhmdulilah selalunya aku masih boleh kawal pergerakan Raina. Cuma kena pesan banyak kali kat Raina jangan buat perangai yang aku tak suka. Alhamdulilah selalunya Raina mendengar kata.

Kadang-kadang orang tak faham. Mereka ingat kita saja nak keluar sendiri dengan anak-anak sampai tak boleh tunggu suami. Tapi ada sebab kenapa kita kena keluar dengan anak-anak. Kadang-kadang tu ada jugak aku whatsapp babysitter bagitahu aku nak balik lambat sikit. Jadi bila aku balik kerja, aku terus singgah mana-mana untuk beli barang keperluan. Tapi tak bolehlah buat selalu macam tu. Sebab babysitter pun ada kerja lain yang dia nak buat. Takkan asyik ambil anak-anak lewat pulak kan. Kasihan pulak kat babysitter.

Alhamdulilah setakat ni aku dah biasakan diri keluar ke mana-mana dan drive bertiga dengan anak-anak bila Saiful kerja. Hari tu masa raya, boleh tahan jugak aku merata-rata drive dengan anak-anak sebab nak pergi join potluck, gathering dan open house kawan-kawan. Tapi memang macam-macamlah Saiful pesan kat aku jaga diri dan jaga anak-anak bila dia tak ikut sebab dia kerja.

Pendapat aku, kita orang perempuan memang kena cuba biasakan diri. Jangan mudah terus cakap takut atau tak boleh. Kalau suami busy dengan kerja takkan kita masih nak bergantung harap dengan suami? Kalau rasa kita boleh buat tanpa nak tunggu suami ada masa free, aku rasa baiklah kita cuba biasakan diri kita. Bukan nak suruh suami lepas tangan biarkan kita dan anak-anak. Tapi maksud aku, kalau jenis suami yang kerja busy tak tentu masa, tak salah rasanya kita cuba berdikari mana yang kita boleh buat, kita cuba buat sendiri. Macam tu lah aku. Mana yang aku rasa aku boleh buat aku buat je. Mana yang aku rasa aku tak boleh buat aku tunggu Saiful free biar dia buat. Sebab aku kena faham Saiful busy pun sebab dia cari duit untuk aku dan anak-anak.

Perempuan kan superwoman. Buktikan. Ayuh

Selfie mak budak dan anak-anak

6 comments:

  1. saya anak baru sorang..tapi angkut je dia dari kecil drive sorang2..dulu asben keje tak tentu masa..ada shift..sekarang ni tak lagi dah..jadi dia harus jadi driver..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kekadang memang kita patut membiasakan diri

      Delete
  2. superwoman ken..
    kadang terpikir aku ni baru dua..dh sakit tulang menulang aku..nak2 dua hero..
    kalau tambah lg sorang apa rupa pon xtau la..hahah

    ReplyDelete
  3. wah tabiklah nurul....raifa kenapa nangis tue..xsuka selfie yerp

    ReplyDelete