Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, November 17, 2014

Persediaan solid food Raifa Evaqaleefa


Walaupun Raifa puteri kedua aku, keterujaan menyediakan solid food untuk Raifa tetap sama dengan tahap keterujaan masa aku menyediakan solid food Raina dulu. Bezanya dulu aku kurang ilmu jadi tak banyak sangat menu yang aku pelbagaikan untuk Raina. Aku jugak tak beli satu pun food processor semasa zaman Raina mula makan solid food dulu. Semuanya aku pakai menual dengan melenyek guna penapis. Sejujurnya aku lagi suka tekstur yang terhasil dengan cara melenyek guna penapis. Aku rasa lebih cantik tekstur food yang terhasil. Tak percaya? Cubalah.

Tapi, untuk Raifa, aku memang beli baby food processor. Memandangkan aku terkejar-kejar masa sejak menjadi mak beranak dua ini, jadi aku memang memerlukan baby food processor. Pagi-pagi aku kena kejar masa nak siapkan Raina ke sekolah, nak siapkan Raifa, nak siapkan bekalan susu EBM Raifa dan banyak lagi kerja yang membuatkan aku terkejar-kejar masa nak buat semua tu. Aku jenis masak solid food Raifa setiap hari sebab aku suka yang fresh. Jadi food processor memang penting untuk aku sekarang ni dalam penyediaan solid food Raifa. Cuma sesekali je kalau aku rajin memang aku lenyek guna penapis. Sebab aku suka penghasilan tekstur yang terhasil tu.

Aku beli baby bullet kat Lazada sebagai baby food processor pertama yang aku guna. Aku akui memang best baby bullet ni cuma baby bullet ni tak ada function steamer. Tapi untuk pengetahuan, baby bullet aku sekarang ni dah sengal-sengal ayam. Tak tahu mana silapnya. Aku laki bini pakai ganas sangat atau sebab lain. Tapi ada kenalan di FB bagitahu baby bullet memang tak tahan lama. Baby bullet bukanlah baby food processor yang tahan lasak. Memang cepat rosak atau sengal-sengal ayam. Hahaha. Jadi aku ni jenis malas fikir, aku terus beli food processor baru iaitu shake and take blender. Ok shake and take blender ni pun best. Ringan je macam baby bullet. Ikutkan hati aku nak sambar baby food processor yang canggih sikit macam Beaba babycook atau Avent steamer and blender ke. Tapi sebab mahal tak payahlah aku nak membazir beli. Pakai je yang jenis murah-murah. Sebab fuction tetap sama nak blend makanan je pun. Cuma tak ada fuction steamer dan function yang lain-lain macam reheat dan defrost. Takpelah untuk aku function yang boleh blend makanan tu lebih penting. Hahaha.


Disebabkan keterujaan aku menyediakan pelbagai menu Raifa, aku rajin gugel sana sini untuk mempelbagaikan menu Raifa. Raifa masih makan puree walaupun sekarang dia dah makan bubur nasi dan lain-lain menu yang di blend. Raifa sangat enjoy dengan puree dan bubur nasi dia. Sesekali aku buatkan menu pasta. Kadang-kadang aku sanggup habiskan masa lunch hour aku untuk beli bahan-bahan solid food Raifa. Pernah hampir dua jam aku jalan sorang-sorang kat Urban Fresh Setia City Mall semata-mata nak cari bahan yang sesuai untuk Raifa.

Maklumlah untuk umur seusia Raifa aku masih tak kenalkan Raifa dengan sebarang flavor seperti minyak masak, gula, garam atau apa saja flavor. Sedara-upaya aku cuba elakkan sebarang perisa dalam penyediaan makanan Raifa. Adalah sesekali aku bagi Raifa biskut. Contoh macam biskut Heinz tapi aku tengok biskut Heinz tu dah ada sikit kandungan gula dalam biskut tu. Jadi aku jarang-jarang sangat bagi kat Raifa. Mungkin tunggu Raifa besar sikit, bolehlah secara berperingkat-peringkat aku kenalkan Raifa dengan pelbagai flavor yang ada. Buat masa ni semua penyediaan makanan Raifa memang aku tak letak apa-apa flavor. Kebanyakkan aku cuba cari bahan yang original dan organic seperti original dan organic cheese. Macam puree buah-buahan memang asli rasa buah-buahan tanpa di tambah apa-apa perisa. Selalunya aku suka beli pumpkin, manggo, sweet potato, epal, pear, kiwi, avocado dan lain-lain.

Sebenarnya, aku banyak refer pada satu jadual pemakanan baby yang aku simpan dalam Hp aku. Tapi aku taklah skima 100% sangat ikut jadual pemakanan baby tu. Contoh macam kurma yang boleh di beri kepada baby pada usia 7 bulan above. Tapi rasanya aku bagi Raifa rasa kurma pada usia 6 bulan lebih kot. Macam ikan pun aku dah start bagi Raifa rasa yang aku letak dalam bubur dia sekarang ni walaupun dalam jadual pemakanan baby tu bagitahu ikan boleh start pada umur baby 10 bulan. Tapi pada usia Raifa 9 bulan lebih ni aku dah makin kerap bagi Raifa makan bubur atau pasta berserta ikan. Aku suka try and error. Aku tengok Raifa serasi makan baru aku teruskan. Kalau tengok dia tak serasi atau tak suka  baru aku stop bagi. Contohnya ayam. Ayam boleh start bagi baby pada seawal usia 6-8 bulan. Aku pernah bagi Raifa makan bubur nasi letak ayam  tau dulu tapi Raifa tak suka sangat. So aku stop dulu menu ayam. Maybe tunggu dia besar sikit lagi aku boleh try menu ayam ni semula.





Hari tu aku pergi Urban Fresh kat Setia City Mall sebab tujuan utama aku nak cari original dan organic cheese yang sesuai untuk baby. Sebab aku tahu kalau kat Tesco, Econsave, Giant payah nak jumpa yang jenis original, organic dan halal. Lama aku kat tempat cheese. Belek-belek baca kandungan cheese dan aku jumpa cheese yang bersesuaian. Sedia maklum cheese yang original dan organic memang harganya sangat mahal berbanding cheese campuran dan tak asli. Aku beli brand Beqa. Cheese ni original dan halal. Harga boleh tahan tapi isi dalam sikit sangat. Tapi sanggup aku ambil dan terus bayar demi untuk anak.

Oh ye aku dah tersalah beli oat hari tu. Terbeli oat yang campuran bukan yang original dan organic. Kalau brand Quaker oat tu biasa dah campur ada rasa manis kan? Dah tersalah beli jadi tukunlah Quaker oat tu kat rumah. Hahaha. Raina aku tahu sangat bukan minat sangat oat ni. Jadi InsyaAllah next time aku akan pergi cari oat yang original dan organic. Banyak dah list yang aku berangan nak beli ni. Punya teruja nak sediakan solid food untuk anak. Kalau aku buatkan pasta cheese untuk Raifa. Dalam masa yang sama aku buatkan untuk Raina sekali. Aku pun boleh makan sekali. Hahaha.

Raifa masih makan makanan yang di blend halus. Kadang-kadang je aku blend kasar sikit nak bagi ajar dia makan makanan yang sedikit kasar. Sebab Raifa tak ada gigi lagi. So memang aku kena blend makanan dia. Raifa pun suka je makan yang jenis halus dan sedikit kasar. Raifa memang pemakan orangnya. Dia suka makan. Bubur atau puree satu mangkuk tak cukup untuk dia biasanya. Macam kisah semalam, dia menangis sebab satu mangkuk bubur habis licin dia makan. Bagi minum air di tolak-tolak cawan air dia sambil menangis-nangis. Rupa-rupanya Raifa nak makan lagi. So aku tambah lagi bubur Raifa dalam mangkuk bagi lagi Raifa makan. Dia makan sambil tersengih-sengih dan berjoget-joget kat babychair. Raifa memang makan banyak. Bebeza dengan kakak dia Raina dulu. Bersilat peluh ketiak okeh kalau nak bagi Raina makan dulu. Kalau Raifa ni asal kita suap pakai sudu dia buka je mulut makan. Seronok aku tengok dia makan.

Aku tak sabar nak buat finger foods untuk Raifa. Dah banyak menu aku gugel dan print. Tunggu Raifa besar sikit dan dah boleh makan macam-macam baru berani aku buat finger foods untuk Raifa. Raina pun boleh join makan finger foods ni nanti. Terujanya aku wei nak try buat finger foods tu nanti. Kalau aku rajin nanti aku share menu Raifa kat blog ni nanti ye. Harap-harap aku rajin menulis.

Ayuh Nurul sila rajinkan diri update blog

2 comments:

  1. syiok nyer..
    beb ko tgk blog ni gak http://danishninaaz.blogspot.com/ bole tukar2 idea solid food...hihih..

    ReplyDelete