Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, January 15, 2014

Terkini

Assalamualaikum

Dah masuk tahun baru. Baru terhengeh-hengeh nak update entri di tahun baru ni. Malas nak cerita pasal azam baru. Kalau ikutkan, aku memang banyak azam baru. Ada jugak azam lama. Tak semua azam tahun lepas tercapai. Mana azam tahun lepas yang tak dapat aku capai tu, aku bawak ke tahun baru ni. Semoga aku dan keluarga dilimpahi lebih rezeki lagi. InsyaAllah.

Ok, entri kali ni aku nak cerita banyak. Mula-mula nak cerita pasal perkembangan sekolah Raina. Alhamdulilah dah seminggu lebih Raina ke sekolah. Seawal jam 6 pagi aku dah kejutkan dia mandi bersiap-siap untuk ke sekolah. Alhamdulilah Raina jenis senang nak bangun pagi. Cuma adalah sikit drama kalau tiba-tiba dia macam moody. Contoh pagi tadi, tiba-tiba dia cakap tak nak pergi sekolah. Maybe semalam cuti public holiday. Raina macam dah syok duduk rumah. Tapi sekejap je drama menangis. Pastu elok sendiri. Kadang-kadang kasihan jugak pagi-pagi aku dah kejutkan dia mandi, pakaikan baju dan tudung sekolah bersiap-siap nak pergi sekolah. Tapi nak buat macam mana, aku masuk office pukul 8 pagi. Aku memang sedikit tergesa-gesa sebab tempat kerja agak jauh. Aku dan Saiful decided, kami yang hantar Raina ke sekolah setiap pagi. Cuma waktu balik je Raina naik van sekolah transit ke rumah babysitter Raina.

Alhamdulilah, hari pertama Raina ke sekolah dia tak menangis. Aku dan Saiful ambil cuti semata-mata nak tengok dia kat sekolah. Risau jugak bila aku tengok hari pertama sekolah, ramai budak menangis. Takut Raina terjebak ikut kawan-kawan dia menangis. Tapi syukur sangat Raina tak menangis. Dia excited nak pergi sekolah. Maybe dia dah biasa sebab aku ada hantar dia weekend class sebelum ni. Aku sanggup ambil cuti 3 hari berturut-turut sebab nak pantau Raina naik van sekolah.

Aku dan Saiful jugak decided, akan teruskan hantar Raina ke weekend class macam tahun lepas. Ini bermakna jadual Raina agak padat walaupun hari minggu. Bukan apa, Raina ni suka sangat tengok kartun. Asal hari cuti tengok kartun. Kadang-kadang sampai ke malam. Jadi aku rasa baiklah aku teruskan hantar dia ke weekend class. Adalah jugak aktiviti yang berfaedah untuk Raina. Weekend class pun tak lama cuma dua jam je. Raina pun memang suka pergi weekend class tu.

Ok cerita pasal perkembangan aku pulak. Sekarang aku dah 38 weeks. Kalau ikutkan history time Raina dulu, masa 37 weeks aku dah selamat bersalinkan Raina. Tapi takpe aku pun banyak lagi kerja kat office nak kena settlekan. Makin dekat due date aku, makin banyak pulak kerja aku. Barang-barang aku dan baby, aku dah hantar ke rumah family kat Banting minggu lepas. Aku ingatkan sikit je barang-barang aku dan baby. Tapi bila kemas-kemas macam banyaklah pulak. Penuh kereta. Itupun agak lewat sebenarnya aku kemas apa yang patut. Aku bukan beli sekali harung. Beli sikit demi sedikit sampai aku rasa semua barang dah complete baru aku kemas semuanya. Alhamdulilah kali ni ada rezeki lebih sedikit adalah aku beli barang-barang baru untuk aku dan baby.

Dulu time Raina aku kurang ilmu penyusuan. Tak ambil tahu sangat pun. Tak terfikir nak beli breastpump pun. Time berpantang baru terhengeh-hengeh nak beli breastpump. Itupun beli brand biasa-biasa je kat Tesco. Brand apa aku lupa tapi murah je belas-belas ringgit je kot. Kali ni aku tekad nak beli breastpump yang lebih ok berbanding breaspump yang aku beli time Raina dulu sebagai persediaan awal untuk menyusukan adik Raina nanti. Aku pilih brand Spectra M1. Baca review, ramai kata Spectra M1 ni bagus. Harap-harapnya sesuai dengan aku nanti. Dapat tahu pasal breastpump Spectra M1 pun dari Ena ibu Naurah dan Nazif. Mula-mula nak beli Spectra 3 je. Tapi ramai kata Spectra M1 lagi berbaloi sebab lebih ringan, bersaiz kecil dan macam-macam lagi kelebihan berbanding Spectra 3, terus aku decided nak beli Spectra M1 ni. Harap-harap ada rezeki aku nak menyusukan adik Raina nanti. Barang-barang yang lain, macam set tilam dan bantal aku tempah kat Ampang. Saja nak tempah sebab macam best je boleh pilih fabric yang comel-comel. Macam hal baju-baju baby aku beli tak banyak adalah dalam 10 ke 12 helai kot yang baru. Entah aku pun lupa. Main beli je. Yang lain-lain memang banyak aku beli baru je sebab banyak barang-barang time Raina dulu tak boleh digunakan lagi. Maybe dah terlampau lama aku simpan. Takpelah rezeki untuk anak.

Kalau bercerita pasal jamu, aku sebenarnya tak nak ambil sebarang jamu kali ni. Aku pilih set pantang dan breastfeeding Shaklee. Dan tambah beberapa item dari brand Tanamera. Cuma aku ingat nak tambah beli minyak Herbanika NR. Aku baca review, ramai kata minyak Herbanika NR ni bagus. Tapi tak beli lagi pun. Oh ye beg persiapan nak ke hospital aku dah mula kemas. Tapi belum kemas sepenuhnya. Tapi aku dah pilih-pilih barang mana yang nak bawak pergi hospital. InsyaAllah aku akan kemas beg persiapan ke hospital sepenuhnya nanti.

Cerita lain dan paling terbaru, tiba-tiba hp aku buat hal pagi tadi. Dah tahap nak kena beli hp baru. Rasa bosanlah pulak tak boleh nak layan whatsapp dan online kat hp. Macam tahu-tahu je nak keluar bonus. Tapi tak tahulah bila bonus boleh dapat. Sebab segala report berkaitan dan appraisal semua pekerja aku dah siapkan awal-awal dan bagi kat head of department (HOD) aku minggu lepas. Tunggu green light dari big boss je bila nak keluarkan bonus. Kalau cerita pasal payroll, sebenarnya aku agak risau. Bila aku cuti berpantang nanti, macam manalah report payroll dan report-report yang lain. Aku memang dah ajar awal-awal HOD aku dan sorang pekerja baru, Nora hal-hal berkaitan payroll system dan monthly report yang lain.  Jangan ingat HOD aku tahu hal-hal berkaitan report-report yang aku buat selama ni. Dia pun risau takut tak boleh handle kerja-kerja aku time aku cuti pantang nanti. Sebab HOD aku ni pengalaman dia lebih kepada account system bukan payroll system. Selain hal payroll, hal imigresen, FOMEMA, Kementerian dalam negeri (KDN) dan hal-hal berkaitan kedutaan semua tu pun antara kerja-kerja aku. Kerja-kerja luar office ni aku dah serahkan kat sorang lagi pekerja baru, Hafez. Paling risau kat Nora. Sebab dia banyak kena handle kerja-kerja aku nanti. Kalau sikit-sikit pekerja takpe aku tak risau sangat. Maybe dia boleh handle. Ini pekerja kat company aku ada beratus-ratus orang. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar.

Oklah dah panjang sangat aku tulis ni. Aku harap semoga dipermudahkan semuanya untuk aku dan baby semasa proses bersalin nanti. InsyaAllah


Gambar lepas berpantang time Raina. Harap-harap boleh slim balik