Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 27, 2014

Assalamualaikum, Nama saya Raifa Evaqaleefa

Raifa Evaqaleefa Binti Saiful Bahtiar

Assalamualaikum

Lamanya aku tak update blog. Aku ada jugak layan blog time cuti berpantang hari tu tapi cuma baca blog kawan-kawan pastu macam biasa aku malas nak update. Alhamdulilah aku selamat melahirkan puteri kedua aku pada bulan Januari yang lepas dan aku baru je habis proses berpantang beberapa minggu yang lalu. Dan semalam aku baru start masuk kerja semula setelah bercuti panjang. Ikutkan hati malas nak pergi kerja. Dah syok duduk rumah melayan kerenah anak-anak. Alangkah bestnya kalau jadi suri rumah dan boleh jaga anak-anak kat rumah sepenuh masa. Tapi aku kena kerja jugak untuk mencari rezeki yang halal.

Oh ye aku nak cerita sikit pasal puteri kedua aku. Puteri kedua aku diberi nama Raifa Evaqaleefa Binti Saiful Bahtiar. Nama diberi memang seakan nama kakaknya Raina Evaqairina Binti Saiful Bahtiar. Dalam family, kami panggil puteri kedua kami ni Raifa atau panggil dengan panggilan adik. Kadang-kadang panggil nama penuh. Nanti kalau aku rajin aku akan cerita detail pasal pemilihan nama dan jugak detik-detik aku melahirkan Raifa. Sekarang ni tengah busy sikit kat office. Maklumlah cuti panjang so ada banyak kerja yang kena aku settlekan. 

Buat masa ni ibu aku jaga Raifa. Kebetulan ibu tengah cuti panjang sementara pelajar masuk untuk sesi baru. Raina pun tengah cuti sekolah seminggu. So ibu nak jaga cucu-cucu dia sementara dia tengah bercuti ni. Nanti bulan depan baru aku hantar anak-anak aku ke rumah babysitter. Lagipun aku minta ibu tengokkan demand Raifa menyusu. Alhamdulilah ada rezeki Raifa menyusu badan. Macam semalam aku bekalkan stok susu sebanyak 7 botol. Aku balik kerja masih ada berbaki lebih kurang 2 botol. Tapi ibu bagitahu semalam Raifa menangis dan meragam jugak. Maybe Raifa cari mama dia. Sebab sepanjang aku bercuti memang dia jenis suka mengempeng je. Kalau nak tidur pun dia suka mengempeng sampai dia tidur. Aku jarang bagi dia susu guna botol. Macam semalam aku sampai je rumah, aku dukung je dia terus dia nak mengempeng. Eh korang tahu ke maksud mengempeng tu apa? Kalau tak tahu cubalah google cari maksud mengempeng tu apa ye.

Sekarang umur Raifa dah pun dua bulan. Aku rasa macam baru bersalin je hari tu. Cepat je masa berlalu. Isnin hari tu bawak Raifa check up dua bulan. Berat Raifa dah pun 5kg. Patutlah dagu Raifa dah berlapis. Paha Raifa dah mula berlipat. Raifa masih pakai diaper saiz newborn. Tapi aku rasa dah patut tukar saiz S sebab bila pakai diaper dah mula ketat kat bahagian paha. Hobi Raifa suka senyum, ketawa dan berborak. Percaya tak kalau aku bagitahu, dari aku dalam pantang lagi Raifa dah kuat senyum dan berborak? Sekarang ni dah pandai ketawa. Kalau kita tak layan dia borak mulalah dia nak menangis. Dah macam gaya budak dah besar okeh ajak berborak sambil ketawa. Terhibur hati aku bila tengok Raifa senyum ketawa macam tu. 

Syukur Alhamdulilah aku diberi harta paling bernilai dalam hidup aku iaitu anak-anak aku