Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, June 30, 2014

Kisah di bulan Ramadhan

Ini budak kuat mengempeng

Salam Ramdhan korang. Rasa macam kejap betul masa berlalu. Rasa macam baru je berpuasa tahun lepas kan? Ni dah berpuasa semula. Bulan Ramadhan tahun lepas, aku mabuk teruk. Bagi aku teruk sebab aku pregnant time Raina tahun 2009, aku tak mabuk tau. Memang rileks je. Tapi tahun lepas pregnant time Raifa memang teruk kemain tahap mabuk aku. Muntah jangan cakap lah. Macam pelik je. Ada je benda yang memualkan sampai rasa nak muntah. Kalau pening dan nak pitam tu memang kerap sangat aku alami. Senang kata masa aku mabuk teruk tu, aku banyak baring je. Boleh dikatakan hari-hari menangis. Tak boleh tahan wei. Lagi-lagi aku kerap sangat rasa nak pitam dan nak jatuh. Tiba-tiba rasa nak jatuh pastu mulalah aku meraba-raba berpaut kat mana-mana pastu aku duduk rehat kejap. Kalau cakap pasal pening kepala memang kalau boleh aku tak nak kenang kesakitan tu. Pening kepala aku memang tahap yang tak boleh tahan sampai aku pun hari-hari menangis. 

Tahun lepas masa puasa, selera makan pun merundum. Aku hanya boleh telan nasi dan serunding ikan. Tabur serunding ikan atas nasi pastu gaul makan. Makanan lain macam tak boleh nak telan sangat. Kalau time berbuka pulak, aku selalu teringin nak makan kuih-kuih melayu. Saiful pun pelik. Sampai menangis-nangis nak berbuka puasa dengan kuih-kuih melayu macam kuih keria, kuih buah Melaka dan macam-macam kuih lah. Sampaikan Saiful terpaksa buatkan aku kuih kalau kuih yang aku nak tak jumpa atau tak ada orang jual. Gigih pulak tu Saiful layan kerenah aku. Hahaha. 

Eh dah melalut aku throwback bulan Ramadhan yang lepas. Ok tahun ni aku rasa bulan Ramdhan aku meriah. Sebab dah bertambah ahli keluarga baru iaitu Raifa. Walaupun anak-anak aku kecik lagi tapi mereka memang menghiburkan aku. Contohnya semalam masa berbuka, aku rasa meriah dengan kerenah Raifa yang terkulat-kulat tengok kitaorang makan. Pastu rasa seronok bila tengok Raina makan banyak apa yang aku masak. Rasa happy lain macam je. Iye lah, bulan Ramadhan tahun lepas, aku tak masak sebab tengah mabuk teruk sampai bau minyak masak pun aku rasa nak muntah. Berbulan-bulan tak masak. Semuanya harapkan Saiful masak atau tapau je. Kalau di ingatkan balik kesian jugak kat laki aku tu sebab tahun lepas dia yang masak untuk berbuka dan bersahur. Tahun ni, macam excited nak masak. Walaupun aku tak hebat sangat memasak tapi bila sesekali masak dan tengok suami dan anak makan bertambah dan berselera rasa best okeh. Batak pulak aku kan? Hahaha. Maklumlah aku jarang masak. Selalu Saiful yang masak. Sebab hobi laki aku memasak katanya. Gittewww. Hahaha.

Tapi semalam, aku dapat rasakan tekak aku haus sangat. Badan pun tak bertenaga sebab menyusukan Raifa. Asal Raifa mengempeng je terus rasa haus melampau dan rasa lemah satu badan. Sebab aku tak ada pengalaman menyusukan anak ketika berpuasa. Jadi, ini pengalaman pertama aku menyusukan anak ketika berpuasa. Silap aku jugak semalam sahur tak minum air banyak. Jadi pagi tadi masa sahur, aku minum air bergelas-gelas. Aku berharap sangat susu badan aku tak merundum teruk. Ya Allah permudahkanlah aku dalam menyusukan anak aku Raifa Evaqaleefa. Sebab aku kena menghasilkan susu dalam 15 ouz untuk stok yang hendak di hantar ke rumah babysitter. Ini disebabkan semua stok EBM, aku terpaksa buang hari tu gara-gara kat rumah tak ada electric sampai cair semua stok EBM aku. Masa tu aku balik rumah family kat Banting. Saiful yang bagitahu aku. Sedih wei kena buang semua stok EBM yang aku kumpul masa dari cuti berpantang hari tu. Dahlah susu aku tak berapa meriah. Jadi, sekarang aku struggle pam hari-hari untuk di hantar ke rumah babysitter. Semoga usaha aku untuk menyusukan anak aku dipermudahakan. InsyaAllah.

Oklah aku nak pergi pam susu ni kejap lagi. Lepas pam susu jom kita fikir-fikir nak masak apa balik kerja nanti. Masak lemak cili api pun sedap jugak ni. Hahaha. Selamat menyambut bulan Ramadhan korang. Semoga dipermudahkan segala urusan kita mengerjakan ibadat puasa ni ye

Thursday, June 12, 2014

Selamat hari lahir Nurul Jamian

Cium adik sampai penyet hidung mama

Ini entri basi.

Berapa banyak entri basi aku ni. Entahlah. Layankan aje. Maklumlah rajin sangat update blog kan? Sampai banyak entri dah basi di peram. Tapi entri ni belum lama mana aku peram. Masih ketegori cerita baru cuma lambat sikit je aku tulis kat sini.

1 June 2014
Selamat hari lahir kepada diri-sendiri.

Tahun ni tarikh lahir aku jatuh hari ahad. Macam biasa aku hantar Raina ke weekend class kat Bangi. Saiful pulak kena kerja hari Ahad tu. Saiful cakap kemudian baru celebrate. Kena tunggu dia betul-betul free lah jawabnya. Busy kemain laki aku sekarang. Aku pasrah je. Biarlah laki aku pergi kerja cari duit. Cuma aku cakap kat dia nak hadiah. Hahaha.

Tapi tahun ni aku terharu dengan kerenah Raina. Raina cakap kat aku "Hepi besday Mama". Terima kasih anakku Raina Evaqairina. Mama hargai ucapan kamu tu. Terharu sangat mama ni Raina. Raifa pulak macam biasa, dia suka sengih-sengih. Hobi adik kot sengih, gelak sampai air liur meleleh ye Raifa. Terhibur aku dengan kerenah anak-anak aku ni.

Raifa mata melilau tengok orang. Raina muka terpaksa bergambar. Angah je tersenyum lebih nak bergambar

Ummie Ngah dan Raifa. Raifa muka monyok nak susu. Masa ni gelabah jugak aku pergi cari tempat yang agak tersorok sebab nak menyusukan Raifa

Balik ambil Raina dari weekend class kat Bangi tu, aku plan dengan adik aku Dhila pergi outing. Duduk rumah pun bosan. Laki masing-masing kerja hari ahad tu. Lokasi yang di pilih adalah lokasi kesukaan anak sulung aku Raina. Mana lagi kalau tak pergi Ikea dan The Curve. Terima kasih angah belanja makan kat Tappers, The Curve. Tempat makan memang best. Bestlah bagi aku sebab tak serabut. Deco simple dan menarik. Makanan pun boleh tahan sedap. Kira kenalah dengan citarasa dan selera aku ni.

Semoga dengan peningkatan usia aku ini, banyak perkara dan benda yang aku impikan akan tercapai. Tak kisah cepat atau lambat harap impian aku itu menjadi nyata. Yang penting usaha lebih. Sebenarnya aku ada impian yang agak besar sedang aku usahakan ni. Memang berharap aku dapat capai impian tu. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah

Wednesday, June 11, 2014

Peluang kedua : Breastfeeding journey anakku Raifa Evaqaleefa


Sesi mengepam kat office

Pada tahun 2011, aku ada buat satu entri tentang pengalaman aku menyusukan Raina. Boleh rujuk entri ini. Kiranya entri tu adalah luahan perasaan aku. Bila baca balik entri tu, baru aku  dapat rasakan betapa teruknya aku dulu. Aku tak bersedia dari awal tentang ilmu-ilmu penyusuan. Dahlah ilmu kurang, di tambah dengan tak buat apa-apa persiapan seperti membeli peralatan mengepam. Pastu aku bagi Raina air masak semasa kat hospital sebab aku dah gelabah susu badan tak keluar. Teruknya aku dulu. Maafkan mama Raina.

Bila tengok kawan-kawan bagi anak mereka susu badan, masa tu aku rasa cemburu. Sebab Raina menyusu badan tak lama. Masa dalam pantang je kot. Itu pun tak fully sebab dah campur susu formula untuk bagi Raina rasa kenyang dan tak menangis. Tapi Raina memang banyak minum susu formula kot masa tu sebab susu badan aku tak meriah di tambah masalah yang Raina tak mahu minum direct feed. Aku kena perah masuk dalam botol. Baru dia nak minum. Bila datang malas aku dengan rasa stress masa proses berpantang, terus aku bagi susu formula. Datang rajin aku, baru aku perah susu masuk dalam botol. Pastu pam susu pun tak konsistan. Maka keringlah susu aku masa cuti berpantang lagi. Sedihnya aku masa tu. Nak menyesal pun tak berguna lagi. 

Sejak tu, aku tekad kalau aku di beri peluang kedua, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menyusukan anak aku itu lebih dari dua bulan. Walaupun pada peringkat awal, memang agak sukar lagi-lagi bila dah start masuk kerja semula selepas cuti bersalin dua bulan.  Iyelah, masa cuti bersalin, Raifa kuat menyempeng. Banyak menyempeng dari pam susu aku rasa. Bila masuk kerja, kita memang kena betul-betul konsistan mengepam untuk kumpul stok susu. Itu aku mengaku. Ok aku akan cuba cerita satu persatu dalam entri ni.

Semasa aku mengandungkan Raifa, aku dah mula gugel sana sini untuk kumpul ilmu-ilmu penyusuan. Bila ada masa lapang je, aku banyak cari bahan bacaan dan membaca pengalaman orang lain dalam menyusukan anak mereka. Aku suka baca tips-tips pengurusan EBM dan tips-tips memperbanyakan susu badan. Entri paling aku suka dan senang aku faham adalah entri dari rakan blogger Aishah Rahim. Boleh rujuk entri ini. Aku siap print lagi entri Aishah ni. Sebab bagi aku, entri Aishah paling mudah untuk aku faham. Aku banyak belajar dari entri Aishah. Terima kasih Aishah.

Selain itu, aku dah mula buat sedikit persiapan macam beli electric breastpump, storage bag dan macam-macam lagi sejak aku mengandungkan Raifa. Jadi tak adalah jadi kes dalam pantang baru terhengeh-hengeh nak beli breastpump. Aku sanggup berhabis ratusan ringgit untuk buat semua persiapan ni. Lama jugak aku buat keputusan nak beli semua ni. Sebab kalau ikut hati nak rembat breastpump Medela. Tapi disebabkan bajet pun tak meriah mana plus aku ada terdengar Spectra ada keluarkan breastpump yang lebih kecil saiznya, terus aku jatuh hati dengan Spectra. Itu pun aku dah habis almost RM500. Itu belum lagi campur  kos yang aku shopping storage bottle, set supplement Shaklee dan lain-lain lagi. Kalau campur semua tu beribu kot aku habis. Punyalah semangat aku nak menyusukan anak aku. Ok perenggan kat bawah nanti, aku review sikit pasal breastpump Spectra ni.

Masa hari pertama aku kat hospital selepas beberapa jam aku selamat melahirkan Raifa, macam biasalah baby mesti tidur je. Nurse ada tanya aku nak menyusukan baby ke atau puan nak rehat dulu? Aku cakap nak rehat dulu. Masa ni aku sebenarnya dah gelabah sebab dah lama tak pegang baby pastu nurse datang tanya soalan macam tu pulak. Lagi bertambah gelabahlah aku. Itu yang jawab nak rehat dulu. Sebab tengok Raifa pun elok je lena tidur. Tak lama tu, Saiful datang jumpa aku nak tengok Raifa. Pastu adalah Raifa merengek sikit. Macam terkejut terjaga-jaga. Pastu Raifa sambung tidur balik. Saiful tanya aku, tak nak bagi anak menyusu ke? Adoiii laki aku ni dah tanya soalan yang sama dengan nurse tadi. Aku pun buatlah macam-macam alasan.

Sampailah malam pertama tidur kat hospital, aku tengok Raifa tidur je. Jadi aku pun try picit-picit puting breast aku. Tapi sedihnya tak ada keluar pun setitik susu. Masa ni aku dah cuak dan gelabah habis. Tapi aku dah stanby bawak sikat dari rumah. Jadi gigihlah aku urut breast aku dengan sikat tu. Orang cakap kalau urut  dengan sikat, InsyaAllah susu cepat keluar. Tanpa jemu aku urut breast aku dengan sikat tu. Tapi tak keluar pun susu walaupun setitik. Mulalah aku terfikir macam-macam masa tu. Dah fikir negetif je masa tu. Tapi aku cepat-cepat positifkan minda aku. Orang cakap kita kena sentiasa berfikiran positif.

Malam tu, Raifa dah start menangis. Maybe Raifa dah start rasa lapar. Iye lah dah beberapa jam dia keluar melihat dunia, langsung tak minum susu lagi. Memang sah-sahlah Raifa kelaparan. Aku sebenarnya ada bawak air zam-zam dari rumah. Teringat air zam-zam tu, aku pun masuk dalam botol dan aku bagilah setitik dua kat Raifa . Aku terpaksa bukan suka-suka sebab aku try sua kan mulut Raifa ke breast aku, dia menangis-nangis reject. Maybe sebab susu tak keluar lagi. Lepas bagi rasa air zam-zam tu sikit, barulah Raifa senyap pastu dia sambung tidur. Masa tu aku dah rasa sedih sangat. Dan aku berharap tak ada apa-apa masalah, esok dah boleh discharge. Tak nak tidur kat hospital lama-lama. Sebab senang aku nak cuba urut ke apa ke breast aku nak bagi susu keluar. Kat hospital ni, nak buat semua tu kena lah cover sikit sebab segan dengan orang-orang kat  katil sebelah dan katil depan.

Alhamdulilah esoknya sebelah petang, aku dah boleh discharge. Dalam masa yang sama, aku tak jemu-jemu urut breast aku dengan sikat. Tapi masih tak keluar susu walaupun dah masuk hari kedua umur Raifa. Masa ni memang dah tahap sedih sangat. Dah keluar air mata aku. Malam tu, dalam pukul 2 pagi kot, ibu aku pujuk suruh beli susu formula. Sebab kesihan sangat kat Raifa dah menangis-nangis kelaparan. Terpaksalah Saiful keluar pagi-pagi tu mencari susu formula. Masa dah bancuh susu formula tu masuk botol, aku masih lagi keras hati tak nak bagi Raifa minum susu formula tu. Ibu dengan Saiful pujuk aku. Dalam keadaan yang terpaksa aku relakan jugak Raifa minum susu formula pada hari kedua umur Raifa. Rela dalam keadaan terpaksa. Masa taip entri ni pun aku dah rasa sedih bila teringat balik hal ni.

Hari ketiga, aku masih gigih urut breast aku dengan sikat. Selang-seli aku urut dengan tangan jugak. Barulah keluar setitik dua susu aku. Masa tu aku rasa happy sangat. Aku cuba jugak pujuk Raifa untuk direct feed tapi Raifa tak berapa nak. Jadi aku terpaksa perah guna tangan secara manual untuk permulaan. Aku tak terus pam guna breastpump. Sebab aku ada terbaca hasil gugel menyatakan permulaan elok elakkan guna breastpump. Ada sebab kenapa tapi aku dah lupa sebab apa. Banyak sangat aku baca sana sini sampai lupa kenapa tapi memang digalakkan guna breastpaump untuk permulaan.

Hari keempat, barulah susu aku keluar dengan meriah. Masa ni dah boleh tersenyum lebar. Baju aku pun asyik basah je sebab susu keluar agak laju. Tak lama tu, baru aku berani pam susu guna breastpump yang aku beli tu. Aku beli breastpump brand Spectra M1. Bagi aku, memang best breastpump ni sebab kecil dan ringan. Breastpump Spectra M1 ni pun tak menyakitkan. Paling best tak bunyi bising macam Medela. Smooth je. Breastpump M1 ni macam hp. Kita charge bateri dia kasi penuh pastu dah boleh bawak ke mana-mana untuk pam. Jadi tak adalah masalah nak cari plug tiap kali nak pam. Memang sesuai sangat dengan aku.

Selepas hari keempat, aku dah mula menyusukan Raifa tapi masih tak konsistan. Sebab masa dalam proses berpantang, Raifa jenis tak mahu tidur dari malam sampai ke pagi. Aku agak stress kat situ sebab tak cukup tidur. Menangis aku wei anak tak nak tidur. Ada satu masa tu, Raifa tak nak tidur sampai ke tengahari. Masa tu memang menguji tahap kesabaran aku. Jadi bila aku tertidur, ibu aku kejutkan suruh susukan Raifa, aku boleh bantai tidur. Jadi ibu aku pun pergilah bancuh susu formula. Bila Raifa dah minum mulalah aku salahkan diri-sendiri. Pastu laju-laju aku breastfeed Raifa semula. Tapi Raifa tak berapa nak susu formula tu, selalunya dia akan keluarkan balik lepas minum. Raifa memang jenis  nak susu aku je.

Bila aku fikirkan balik azam aku nak menyusukan anak, barulah aku rasa menyesal sebab boleh bantai tidur. Ibu aku kejutkan aku pun aku boleh selamber tidur sampaikan ibu aku terpaksa bancuh susu formula. Di tambah pulak aku kena rengat yang agak teruk masa berpantang hari tu. Asal Raifa direct feed rasa rengat tu makin sakit. Masa tu dah rasa nak give up nak menyusukan Raifa. Bila datang perasaan menyesal dalam diri, sejak tu lah aku mula bersungguh-sungguh menyusukan Raifa. So adalah dalam 5,6 kali je kot Raifa minum susu formula tu. Lepas tu terus Raifa konsistan minum susu badan. 

Aku berpantang kat rumah family di Banting dalam 3 minggu . Lepas tu, aku terus balik Shah Alam. Lagi pun macam agak susah sebab Raina sekolah. Tak larat nak travel ulang-alik hantar Raina ke sekolah dan ambil Raina kat rumah babysitter. Kadang-kadang Pak Usu Raina yang hantar dan ambil. Kadang-kadang Saiful yang hantar dan ambil. So aku buat keputusan balik Shah Alam selepas lebih kurang 3 minggu aku berpantang kat Banting. Masa kat Shah Alam, bila aku tengah mandi ke atau tengah buat kerja rumah ke atau tengah tidur ke, Saiful boleh pulak bancuh susu formula bagi kat Raifa. Masa tu aku dah pesan jangan bagi anak susu formula. Apa-apa hal kalau anak nak susu, aku suruh Saiful panggil je aku. Masa tu rasa nak marah pun ada. Sebab aku dah berazam nak konsistan balik menyusukan Raifa dengan susu badan. Maybe Saiful macam pelik tengok kesungguhan aku nak brestfeed Raifa. Lama-kelamaan tu, bila dia tengok aku bertegas dalam bab ni terus dia bagi support kat aku. Terima kasih Saiful.

Sejak dari tu, masa umur Raifa dah sebulan kot, barulah Raifa konsistan minum susu badan sampai sekarang. Maknanya sekarang aku masih fully breastfeeding Raifa walaupun dah tak exclusive sebab masa peringkat awal tu dah beberapa kali bagi susu formula. Tapi aku bersyukur aku konsistan balik brestfeed Raifa fully brestfeeding sampai sekarang. Dan Syukur Alhamdulilah. Start Raifa umur sebulan jugak aku dah start kumpul stok EBM. Gigih jugaklah aku kumpul stok EBM walaupun tak meriah mana. Rasa seronok pulak bila tengok stok EBM yang aku kumpul tu. Tersengih-sengih aku kat depan fridge. Hahaha.

Dalam beberapa bulan aku menyusukan Raifa ni, memang banyak dugaan. Pernah breastpump aku rosak secara tiba-tiba kat office. Masa tu menangis-nangis aku. Balik kerja jugak aku pergi cari part baru yang rosak tu. Nampak sangat aku lasak pakai breastpump tu sebab ada part dah rosak walaupun baru pakai beberapa bulan. Di tambah pulak stok EBM aku cair sebab tak ada electric. Masa tu aku balik Banting. Pastu Saiful cakap susu cair sebab electric tak ada. Saiful perasan masa dia balik kerja bukak peti ais habis semua stok EBM cair. Terpaksa aku buang semua stok EBM tu baru-baru ni. Sedih wei. Walaupun banyak dugaan semasa menyusukan Raifa ni, aku cuba jugak selesaikan. Aku tak nak gelabah tak tentu pasal. Sebab kalau kita gelabah tak tentu pasal takut aku fikir perkara yang negatif. Baiklah aku positifkan minda aku.

So sekarang ni, stok susu yang aku hantar ke rumah babysitter semua adalah stok yang aku pam kat office dan kat rumah. Kat office aku boleh dapat dalam 10 ouz -12 ouz. Kadang-kadang cuma dapat 8 ouz. Balik kerja sampai je rumah aku sambung pam. Pastu sebelum tidur aku pam lagi. Bangun pagi keesokan harinya pun aku pam lagi. So semua hasil pam kat office dan kat rumah tu lah aku hantar ke rumah babysitter tiap-tiap hari. Dulu aku hantar stok susu ke rumah babysitter 6 atau 7 botol. Setiap botol ada 3 ouz. Tapi selalunya babysitter pulangkan balik dalam sebotol ke dua botol. So sekarang aku bekalkan 5 botol susu je kat babysitter. Alhamdulilah masih di beri rezeki untuk menyusukan Raifa sehingga sekarang.

Aku berharap, Aku dapat menyusukan Raifa selama yang boleh. Semoga dipermudahkan aku sepanjang menyusukan Raifa. Sekarang aku dah buktikan pada diri aku, bahawa aku boleh menyusukan anak aku lebih dari dua bulan. Umur Raifa sekarang baru empat bulan lebih dan Raifa masih fully susu badan. Syukur Alhamdulilah

Stok susu hasil pam kat office

Tuesday, June 10, 2014

Tawar hati

Kalau ikutkan hati aku dah malas nak kerja. Baik duduk rumah jaga anak-anak. Seronok jugak. Hari tu masa cuti bersalin dua bulan, aku rasa seronok sangat jaga anak-anak. Buat kerja rumah apa yang patut macam memasak, kemas rumah dan luangkan masa dengan suami dan anak-anak. Raina balik sekolah je, ajak Raina makan pastu terus check homework sekolah Raina. Pastu boleh tengok tv dengan anak-anak.

Aku rasa seronok. Walaupun penat sikit. Sebab nak buat macam-macam kerja rumah sambil jaga anak-anak. Tapi aku dapat rasakan satu kepuasan. Kepuasan yang buat aku rasa happy dan tenang dapat luangkan masa dengan keluarga. Bila aku kerja, pagi-pagi dah bangun pastu lewat petang atau malam baru sampai rumah. Aku rasa aku kurang luangkan masa dengan suami dan anak-anak. Saiful pun jenis balik kerja lewat. Kadang-kadang aku dan anak-anak dah tidur, Saiful baru balik kerja. Aku pulak jenis selalu tidur awal. Sebab penat lain macam lepas balik bekerja. So nak tak nak, kami dapat luangkan masa lebih sikit time hujung minggu je.

Aku sebenarnya dah tawar hati nak kerja. Lagi-lagi dengan tempat kerja aku yang makin kuat dengan politik antara rakan sekerja. Isu kecil pun nak dibesarkan. Bayangkan, aku masuk kerja selepas cuti bersalin dua bulan pun ada staff yang cerita kat aku ada staff lain yang kaitkan nama aku. Padahal aku tengah cuti bersalin masa tu. Contohnya isu kiraan gaji. Memang selama ni aku yang handle bab gaji semua pekerja. Senang kata, aku seorang je yang tahu macam mana nak kira rate OT, payroll system dan hal berkaitan pekerja kat company aku ni termasuk hal berkaitan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Imigresen, Fomema dan Embassy. Jadi sebelum cuti bersalin, aku dah ajar semua kerja-kerja aku  kat tiga orang staff kat sini iaitu seorang manager aku, seorang assistant aku dan seorang lagi kerani yang baru kerja. Benda kecil je kot dah jadi isu besar. Masa tu rasa nak resign je. Terus rasa tawar hati. 

Sekarang ni lagi macam-macam isu. Isu internet, isu gaji, isu late attandance, isu annual leave dan medical leave dan macam-macam lagi. Aku ni jadi orang tak suka nak bertegas sangat. Walaupun muka aku nampak garang tapi aku bukan jenis macam tu. Tapi bila kita baik sangat dengan orang pun payah jugak. Kalau tegas sangat nanti orang tak suka kita pulak. Serba-salah aku dibuatnya. Tapi seorang manager kat sini macam lebih-lebih pulak perangai dia. Senang kata ramai staff kat sini kurang selesa dengan dia. Aku pun tak tahan bekerja dengan dia. Sekarang ni tengah menahan sabar je dengan dia.

Aku fikirkan anak-anak aku je sekarang ni. Kalau ikutkan rasa marah nak je resign dan cari kerja lain. Takpun duduk rumah jaga anak-anak. Tapi aku kena kerja jugak. Kalau boleh tak nak susahkan Saiful. Pasal aku kan suka shopping. Haruslah kerja. Hahaha. Sekarang ni bangun pagi, mesti rasa malasnya nak pergi kerja. Takpelah aku cuba bertahan dan bekerja dengan ikhlas untuk mencari rezeki yang halal demi anak-anak aku. Anak-anak akulah kekuatan aku sekarang ni. Aku berharap, ada rezeki aku kerja kat company lain. Aku dah tawar hati nak kerja dengan company ni. Walaupun Korean company dan macam-macam elaun benefit dengan gaji yang agak berbaloi bos bagi aku, tapi hati aku dah tak gembira nak kerja kat sini. Ini kira entri luahan perasaan ni. Hahaha


Kekuatan aku Raina dan Raifa