Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, July 10, 2014

Belum kurus lagi

Gambar baru masuk kerja lepas cuti berpantang

Tahun lepas masa aku belum tahu diri aku pregnant, aku sebenarnya tengah gigih dan dalam usaha untuk berdiet. Walaupun bukanlah diet secara berhemah tapi kira dietlah jugak. Masa tu aku fikir dapat kurangkan sikit berat badan dan dapat kecikkan sikit saiz badan pun dah kira ok bagi aku. Tup-tup tak datang period. Berdebar jugak masa tu. Tapi boleh rileks lagi tunggu sampai hujung minggu baru nak check. Bila check sah aku pregnant. Masa tu terus aku tak jadi nak teruskan program diet aku tu. Baru-baru ni aku kemas dapur kat rumah terjumpa sebalang pek nestum yang aku beli masa nak diet tahun lepas. Tengok date dah expired okey. Terus aku humban buang semua pek nestum tu. Hahaha.

Tapi pengalaman pregnant kali kedua, aku lebih menjaga bab pemakanan. Tak adalah aku main bedal makan macam masa aku pregnant anak sulung dulu. Masa tengah pregnant anak sulung dulu, semua makanan pun aku suka bedal. Malam-malam boleh bantai makan biskut Oreo. Boleh dikatakan hari-hari pulak tu makan biskut coklat. Asyik nak mengunyah je. Masa tu tak mabuk. Elok je cergas. Tapi pregnant kali kedua tahun lepas, dengan pakej mabuk pastu tak lalu nak makan, memang tak berapa sangatlah aku nak layan tekak aku. Cuma yang aku perasan, masa aku dah betul-betul sarat nak tunggu masa nak bersalin, baru aku ada selera nak makan. Sikit-sikit nak mengunyah. Maybe masa tu baby dalam perut tengah nak membesar, secara tak langsung aku pun jadi asyik lapar nak makan kot.

Tapi bila check up, berat badan aku macam biasa naik jugak walaupun tak ada selera makan masa di awal kandungan. Dahlah masa dapat tahu pregnant tu aku tak kurus lagi. Senang kata masih banyak kg nak kena buang. Sekali tu aku pregnant. Hah hambeklah kau Nurul membesar dengan jayanya bila timbang berat. Tapi taklah naik banyak kg macam pregnant anak sulung. Time Raina dulu berat aku naik hampir 20kg kot. Masa Raifa ni berat naik tapi tak sebanyak macam time Raina dulu.

Jadi masa proses berpantang, aku memang bertekad nak berpantang secara serius. Sebab masa berpantang time Raina dulu aku tak berapa serius sangat. Tapi berpantang kali kedua ni memang aku berpantang secara bersungguh-sungguh. Jaga pemakanan. Kerap pakai bengkung dan bertungku. Tak curi-curi minum air sejuk. Kiranya aku patuhlah cakap orang tua. Tak adalah kisah aku curi-curi minum air sejuk. Hahaha.

Dan pagi tadi aku saja timbang berat. Alhamdulilah turun lagi 3kg. Maybe bulan puasa dan ditambah aku breastfeed Raifa. Walaupun aku menyusukan anak aku, tapi aku masih cuba control pemakanan aku. Kalau ikutkan berat aku sekarang kurang dari berat asal masa sebelum pregnant time Raifa dulu. Aku sendiri tak percaya. Tapi bila banyak kali timbang, jarum tu tetap kat situ maka silalah percaya ye Nurul. Tapi aku belum kurus lagi. Cuma berat tu dah kurang dari berat asal sebelum pregnant tahun lepas. Cuma badan tu adalah susut sikit. Cincin dan jam yang aku pakai sekarang pun dah longgar. Jadi memang iye lah kot badan dah susut sikit. Cuma belum kurus lagi. Kalau boleh nak kurus macam zaman anak dara dulu.

Ok itu berangan je. Macam mustahil je aku nak kurus balik macam zaman anak dara. Berangankan free. Apa salahnya berangan. Gittewww

Tuesday, July 8, 2014

Raina pergi sekolah


Dah lama nak buat entri pasal sekolah Raina tapi asyik tertangguh-tangguh je. Sepatutnya aku punya plan nak sekolahkan Raina tahun lepas masa umur Raina 4 tahun. Tapi disebabkan Raina kan lahir hujung tahun. Tahun lepas, umur dia baru 3 tahun lebih walaupun ikut tahun lahir dia sepatutnya dah 4 tahun. Beginilah masalah yang aku hadapi bila anak lahir hujung tahun. Aku selalu kira umur anak ikut bulan lahir dia bukan ikut tahun lahir dia. So aku rasa macam anak dara aku ni kecik lagi. Kebetulan Raina free dari pakai diapers agak lewat masa umur dia lebih kurang 3 tahun tak silap aku. So aku rasa tahun lepas belum masa yang sesuai untuk Raina pergi ke sekolah. Lagi pun Tok Wan dia cakap Raina kecik lagi tunggulah Raina besar sikit baru hantar pergi sekolah.

Tapi disebabkan aku tengok Raina ni berminat nak pergi sekolah so aku usahakan jugak cari weekend class untuk Raina tahun lepas. Lagi satu aku fikir Raina kalau duduk rumah pun asyik tengok tv layan kartun adalah lebih baik dia pergi weekend class. Sambil tu bolehlah dia cuba serasikan diri dengan kawan-kawan kelas sebelum masuk sekolah tadika. Jadi tahun lepas aku dan Saiful setuju daftarkan dia masuk weekend class bahasa inggeris di Sesame Street English Class (SSE) kat Bangi. Aku ada ceritakan pasal weekend class ni tahun lepas. Boleh rujuk entri ni. Memang agak jauh nak kena travel dari Shah Alam ke Bangi. Kenapa Bangi? Sebab aku dah survey banyak tempat dan aku suka yang kat Bangi ni. Ada satu branch kat Klang tapi yuran dia agak mahal compare dengan kat Bangi. Pelik jugak. Harga lain-lain ikut branch. Tapi baru-baru ni aku dapat tahu SSE ada bukak branch kat Shah Alam. Tapi aku tetap daftarkan Raina di SSE kat Bangi sebab Raina dah serasi dengan teacher kat situ.

Tahun lepas Raina masuk kelas peringkat K1. Peringkat K1 ni kiranya belajar basic bahasa inggeris je sesuailah dengan usia Raina. Tahun ni, Raina continue kelas tu dan masuk peringkat K2 pulak. Peringkat K2 ni aku tengok macam mencabar sikit compare peringkat K1. Tahun lepas, kelas Raina cuma sejam je. Tahun ni kelas Raina dua jam. Jenuh jugak nak tunggu Raina habis kelas lagi-lagi kalau aku yang hantar Raina dengan bawak Raifa sekali. Kalau Saiful cuti atau free, baru Saiful yang hantar Raina. Kalau dulu, aku suka je nak ikut Saiful hantar Raina pergi weekend class. Tapi sekarang aku agak malas sebab ada baby kan? Raifa suka mengempeng. So baiklah aku lepak kat rumah dengan Raifa.

Raina pergi sekolah dengan uniform tadika PASTI

Raina dan t-shirt kelas Elmo. Masa ni ada sport day

Hujung tahun lepas, aku dah start fikir secara serius nak masukkan Raina ke tadika. Masa tu aku tengah sarat pregnant. Gigih aku carikan tadika sesuai untuk Raina. Maklumlah masa tu, masalah yang aku hadapi adalah transport nak ambil Raina balik sekolah dan hantar ke rumah babysitter. Saiful tak nak sekolah Raina jauh dari rumah babysitter. Tapi kebanyakan sekolah yang aku berkenan agak jauh dari rumah babysitter. Plan asal nak masukkan Raina ke Genius Aulad atau Little Caliphs. Tapi aku lebih berminat dengan Little Caliphs. Tapi tahun lepas Little Caliphs cawangan Kota Kemuning dah berpindah area Bukit Rimau dalam dalam proses renovation menurut orang yang aku hubungi tu. So aku ni jenis tak menyabau terus cari tadika lain. Masa tu fikir lokasi pun agak jauh dari rumah babysitter. Sebenarnya taklah jauh sangat pun tapi entahlah masa tu hati berbelah bahagi pun iye jugak sebab dah masuk kawasan pekan Bukit Rimau.

Pastu aku ada jugak survey tadika kemas. Tapi tadika kemas yang aku survey ni lagi jauh dari rumah babysitter sebab bukan kawasan Bukit Rimau. Pastu aku tak berkenan sebab masa aku datang tanya kat sekolah tadika kemas tu, cikgu-cikgu kat situ tengah makan nasi lemak. Murid-murid yang lain tercengang-cengang duduk kat atas lantai. Aku siap tengok jam tangan dah pukul 9 lebih kot masa tu tapi kenapa cikgu-cikgu kat situ lepak makan nasi lepak sambil borak-borak. Oh maybe waktu makan tapi kenapa murid-murid kat situ tak ikut makan? Ok terus aku reject walaupun bayaran sangat murah. Tak silap aku RM20 je kot.

So bila aku gugel sana sini, aku terus rasa berminat nak survey sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Sebenarnya aku memang plan nak masukkan Raina ke tadika islamic. Biar dia belajar agama lebih sikit. Sebab aku fikir weekend class dia dah belajar bahasa inggeris. So nak balancekan ilmu tu aku nak dia masuk tadika bercirikan islamic. Mak budak sangat aku kan? Suka fikir macam-macam. Masa aku survey tadika PASTI Nurul Hidayah terus aku jatuh cinta. Layanan memang tip top. Cikgu dan ustazah kat situ baik-baik. Lembut je bila bercakap. Teruja sungguh aku. Terus aku setuju nak masukkan Raina ke tadika PASTI.

Alhamdulilah masa hari pertama Raina pergi sekolah PASTI, dia tak menangis pun. Aku tengok ramai budak-budak menangis, risau jugak Raina ikut menangis. Tapi Raina rileks je tak menangis. Siap suruh aku balik masa aku hantar dia masuk dalam kelas. Dia punya excited nak pergi sekolah. Aku dan Saiful siap ambil cuti beberapa hari sebab nak pantau Raina naik van sekolah. Raina pergi sekolah aku yang hantar pagi-pagi sebelum aku pergi kerja. So balik sekolah je Raina naik  van sekolah. Tapi sekarang Raina dah naik kereta. Pakcik van sekolah tu tolong carikan kawan dia yang boleh ambil Raina dari sekolah untuk transit ke rumah babysitter.

Sport day tadika PASTI


Sport day kelas Elmo

Bercakap pasal yuran sekolah, bagi aku harga yuran masih munasabah. Yuran weekend class Raina almost RM500. Harga ni agak murah sebab ada diskaun untuk student lama. Kalau student baru lebih kurang RM700+ kot. Monthy pulak RM180 je. Harga bayaran bulanan tu pun ada diskaun sebab Raina student lama. Kalau untuk student baru tak silap aku RM200 monthly. Untuk yuran tadika PASTI pulak termasuk baju uniform dan lain-lain almost RM600. Tapi bulan-bulan sangat murah cuma RM80 je. Pastu Raina naik kereta transit ke rumah babysitter. Bayaran transport RM50 sebulan. Bayaran babysitter pulak RM150 sebab separuh hari je kan Raina duduk rumah babysitter. So total perbelanjaan untuk Raina saja sebulan RM460. Perghhh. Itu belum termasuk upah bagi kat babysitter untuk jaga Raifa lagi. Tapi aku bersyukur sebab Raina dan Raifa duduk satu tempat kat rumah babysitter. Takpelah bak kata ibu aku, jangan kedekut dan berkira sangat belanjakan duit untuk anak cari ilmu. Sebab tu aku dan Saiful usahakan jugak hantar Raina ke kelas pada hujung minggu dan tadika pada hari biasa. 

Progress Raina sejak masuk tadika PASTI ni terlalu banyak aku rasa. Dia dah boleh hafal beberapa surah. Dah boleh menulis dengan agak baik. Tulisan dia pun nampak macam ada peningkatan. Kalau dulu tulisan dia comot kemain. Sekarang dah nampak agak kemas. Raina dah boleh faham sikit-sikit bahasa arab. Walaupun tadika PASTI ni islamic tapi subjek mata pelajaran dia sama macam tadika lain. Ada bahasa melayu, matematik, sains, asas komputer dan lain-lain. Tahun depan aku plan macam nak tukarkan tadika lain. Saja-saja nak tukar. Tapi tak sure lagi. Takut Raina tak nak pulak sebab dah serasi dengan sekolah dia kan. Sebab tengok gaya Raina dah suka dengan sekolah dia.

Sekejap je anak aku dah besar, dah pergi sekolah. Rasa macam baru je aku melahirkan Raina. Sekarang ni, asal ada masa terluang je, Raina punya perangai kat rumah suka berdiri tegak pastu Raina menjerit dengan suara yang kuat bantai baca surah atau menyanyi lagu-lagu nasyid. Pastu Raina macam suruh kita tengok. Selalu jadi mangsa adik dia lah. Pasrah je lah Raifa terkebil-kebil tengok kakak dia terjerit-jerit baca surah atau menyanyi. Takpe lah Raina. Elok jugak tu praktis apa yang kamu belajar kat sekolah