Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 27, 2014

Adil terhadap anak-anak

                                                               Raina dan Raifa

Raina seorang anak yang terlalu manja. Bayangkan perbezaan umur beberapa tahun antara Raina dan Raifa. Sekarang umur Raina 4 tahun 9 bulan dan Raifa pulak baru berumur 7 bulan pada Sabtu lepas. Masa aku dapat tahu aku pregnant, aku terfikirkan Raina. Macam mana penerimaan dia terhadap adik dia? Aku risau Raina tak boleh terima adik dia. Sebab dia dah bertahun-tahun bersendirian menjadi anak yang manja. Lagi-lagi dengan Saiful. Raina ni paling manja dengan Saiful. Alhamdulilah mula-mula je Raina buat perangai cemburu kat adik dia. Sekarang aku nampak makin sayang dia kat adik dia. Cuma dia agak kedekut nak kongsi barang mainan dengan adik dia. 

Kalau kenangkan balik masa aku berpantang awal tahun hari tu, memang pening kepala melayan kerenah Raina. Macam-macam dia buat perangai. Aku tahu Raina cemburu sebab ada Raifa. Dan aku pulak kena bagi perhatian lebih kat Raifa masa berpantang. Boleh dikatakan hari-hari Raina kena marah. Sebenarnya aku cuba control tak nak marah Raina. Tapi lagi aku diam lagi menjadi-jadi perangai Raina. Aku tahu dia memberontak sebab aku kurang bagi perhatian kat dia. Kadang-kadang aku sedih dengan diri-sendiri sebab kurang beri perhatian kat Raina. Pastu mulalah aku minta maaf kat Raina. 

Lama-kelamaan Raina pun dah makin faham yang orang keliling kena bagi perhatian lebih kat adik dia. Tapi dalam masa yang sama kami cuba tak ketepikan Raina. Sebab itu, kalau ada masa terluang, contohnya masa Raifa tengah tidur ke, aku akan ajak Raina tengok tv sama-sama pastu kami akan gelak ketawa sama-sama depan tv. Atau dalam kereta aku dengan Raina akan menyanyi sama-sama ikut lagu yang radio sedang putarkan. Masa ni Raifa akan terkebil-kebil tengok gelagat kami. Hahaha.

Aku sedaya-upaya mahu berlaku adil dengan semua anak-anak aku. Aku tak mahu berat sebelah terhadap anak-anak aku. Sebab itu kalau aku belikan baju atau barang anak-anak, aku suka belikan sama warna dan design. Sebab aku nak berlaku adil. Kalau tak belikan sama warna dan design sekalipun aku akan pastikan apa yang Raina dapat Raifa jugak akan dapat. 

Sekarang ni kalau pergi mana-mana, dan nak beli barang anak-anak mesti fikir nak belikan untuk Raina dan Raifa. Contohnya dah belikan belt baru untuk Raina. Nanti mesti fikir untuk Raifa nak belikan apa eh? So carilah apa-apa barang untuk Raifa pulak. Yang penting ada belikan barang untuk anak-anak aku. Sebab apa tau, pernah sekali tu aku banyak belikan barang untuk Raifa. Belikan kasut, baju dan rocker untuk Raifa. Yang Raina aku cuma belikan beg sekolah baru je. Nak tahu apa Raina buat? Dia merajuk siap campak-campak barang yang aku beli tu. Sebab dia tanya kenapa mama tak belikan kasut warna hijau macam mama belikan untuk adik? Sebab itu bulan puasa hari tu, kami laki bini gigih pergi carikan kasut warna hijau untuk Raina pulak. Itu pun adik aku iaitu ummie ngah budak-budak ni yang belanja. Itu nasib baik Raifa kecik lagi tak tahu apa-apa. Nanti Raifa dah besar dah pandai cakap dan demand kenalah melayan permintaan adik pulak. Hah pastu kenalah layan permintaan anak-anak ye. Hahaha. Tapi takpelah untuk anak-anak aku cuba usahakan yang terbaik. Yang penting anak-anak happy.

Ibu aku pernah bagitahu aku jangan beza-bezakan anak. Berlaku adil dengan setiap anak. Apa yang ibu ayah buat kat semua anak-anak macam tu jugaklah kau kena buat. Pesan ibu aku. Memang betul pun apa ibu aku cakapkan tu. Sebab apa, ibu aku memang tak pernah bezakan kami antara adik-beradik. Contoh baru-baru ni ibu bagi aku RM500. Angah dan Bani pun dapat RM500 jugak. Adalah rezeki ibu sampai bagi semua anak-anaknya duit. Dah besar-besar pun dapat duit wei. Hahaha. Terima kasih ibu. Hari tu ibu belanja Raina kasut converse merah. Raifa pun dapat kasut converse merah. Sebab ibu cakap ibu nak berlaku adil kat cucu-cucu ibu jugak. Macam atok pulak kalau Raina dapat duit sekian amount Raifa pun akan dapat duit sekian amount yang sama. Alhamdulilah aku dikurniakan ibu ayah sebegini. Syukur. Sebab apa aku cakap macam ni. Sebab ada antara kalangan kawan aku yang mengadu hal mak bapak diaorang beza-bezakan setiap anak-anak. Aku kesian bila dapat tahu ada jenis mak bapak beza-bezakan setiap anak-anak ni.

Aku berharap aku akan sentiasa berlaku adil dengan anak-anak aku. Jangan bezakan setiap anak-anak. Nak manjakan anak, manjakan semua anak-anak. InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik

Friday, August 22, 2014

Cerita hari raya aku


Hari ni dah syawal ke berapa entah. Aku baru terhengeh-hengeh nak tulis pasal raya kat blog aku ni. Nampak sangat malas melampau aku nak menulis kat blog sekarang. Tapi takpe yang penting ada entri raya kan? Hahaha. Tema raya aku tahun ni hijau dan hitam. Tapi more kapada tema hijau sebenarnya. Sebenarnya aku decided nak pilih warna tema baju ni last minute kot. Kemain busy kekdahnya. Hahaha.  

Hantar baju kat tailor pun kira dah lewat sangat hari tu. Paling kelakar, part nak cari tailor yang boleh jahit baju raya anak-anak aku lah. Masa tu tak tahu nak hantar kat tailor mana yang boleh jahit baju raya anak-anak aku. Nasib baiklah ada kawan kepada kawan ibu aku yang kenal tailor yang boleh jahitkan baju anak-anak aku. Alhamdulilah aku puas hati makcik tailor tu jahit. Baju aku macam biasa hantar tailor favourite aku lah. Seorang tailor berbangsa cina. Jahitan memang kemas dan selesa di pakai walaupun harga mahal sikit. Baju Saiful aku suruh mak Reen, makcik Ani yang jahitkan.

Sebenarnya raya tahun ni aku lebih tumpukan pada persiapan baju casual anak-anak aku. Kemain lagi order baju casual anak-anak kat oversea. Pastu asyik order je. Lagi best bila ada geng blogger yang nak join kongsi kos shipping. Apa lagi tak agak-agak memasing order baju dari oversea. Sebab tu baju aku sekeluarga lambat hantar kat tailor. Malas punya fikir aku order je kain cotton dari Lavendersista. Sebenarnya aku dan adik aku Dhila adalah owner Lavendersista. Bisnes kain cotton, pastu beli kain cotton untuk pakai sendiri. Nak order kain cotton yang cun-cun? Pergilah like pages kat FB : Lavendersista. Kemain lagi tu promote bisnes sendiri. Hahaha. Jadi baju aku dengan anak-anak memang pakai kain cotton dari Lavendersista je. Lagipun aku memang nak baju raya yang simple je tahun ni. Tu yang rasa ok kot baju raya kain cotton. Malas nak jahit berlace-lace bagai. Bukan apa dah beberapa tahun baju raya aku ada lace. So tahun ni baju aku nak simple je. Baju Saiful je beli kain lain. Tapi kemain payah nak cari warna yang sama dengan aku dan anak-anak. Penyudahnya kat Nagoya Alam Sentral jugak yang aku jumpa warna sama. Bolehlah asalkan warna tema sama.



Tahun ni aku dan anak-anak buat baju kebaya. Kemain lagi kan. Lagipun senang nak menyusukan Raifa. Ramai yang tegur kemain lagi Raifa kecik-kecik dah pakai baju kebaya. Masa ambil ukuran tu kalau tak silap Raifa umur 4 bulan. Masa tu aku nak jugak buatkan anak-anak aku baju kebaya. Bila dah jadi baju kemain comel baju kebaya tu. Tapi dalam gambar tak nampak sangat baju kebaya tu sebab kemain payah nak ambil gambar anak-anak aku sekarang ni. Lagi-lagi Raina. Payah nak bagi kerjasama bila ajak bergambar.

Tahun ni aku rasa best sebab semua adik-beradik aku berkumpul beraya kat Banting. Pastu ada ahli baru iaitu Raifa. So makin meriah suasana tu. Cuma raya pertama tu adik ipar aku iaitu suami kepada angah je tak ada dalam gambar keluarga. Sebab macam biasa adik ipar kerja. Pagi-pagi raya dah keluar nak buat rakaman solat raya untuk tv Al-hijrah. 

Pastu ibu masak rendang kerang, begedil dan lauk-lauk yang lain. Perghhh sedap sangat. Tahun ni, ada baby, rasa semangat pulak nak beraya sana sini. Tapi asal pergi dua buah rumah je mesti kena balik sebab Raifa dah start meragam kepanasan atau nak tidur. Tak pun dia nak mengempeng. Sabau je lah aku. Hahaha. Tapi gambar raya tak banyak yang best tahun ni. Adik aku Bani salah setting kamera besau gedabak dia ke apa entah so gambar banyak jadi gelap dan berbayang-bayang. Ni pun puas aku edit nak bagi gambar cerah. Pastu jadi cerah kemain. Lantaklah situ dah terlebih cerah pulak hah. Asalkan ada gambar raya. Hahaha.

Ok kat sini aku nak ucapkan selamat hari raya. Dan aku nak minta maaf kot-kot selama aku menulis ni ada yang mengguris hati korang. Mehlah raya rumah aku makan kerepek. Rumah aku ada banyak kerepek. Macam-macam kerepek ada. Hahaha

Wednesday, August 20, 2014

6 bulan Raifa Evaqaleefa



Alhamdulilah Raifa dah 6 bulan umurnya pada 23hb bulan Julai yang lepas. Maafkan mama Raifa sebab lambat buat entri khas sempena umur kamu 6 bulan. Malas menulis makin menjadi-jadi sekarang ni. Tapi hari ni mama akan cuba gigihkan jugak buat entri khas sempena kamu 6 bulan ni.

Berat Raifa terkini masa check up 6 bulan hari tu 6.5kg. Tak kurus sangat. Dan tak bam bam sangat. Kalau dalam gambar Raifa memang nampak macam bulat bam bam. Tapi hakikatnya dia biasa-biasa saja. Masih pakai diapers saiz S. Saiz S ni pun dia pakai agak longgar sikit. Sebab tu aku cakap Raifa biasa-biasa saja. Tak bulat bam bam macam dalam gambar. Entahlah dalam gambar memang nampak benau Raifa ni bulat kemain macam bam bam gayanya. Tapi kalau dukung Raifa dah terasa jugak berat dia. Maybe sekarang berat Raifa dah naik sikit kot sebab dia dah mula makan solid food. Tapi aku bagi puree je dulu. Belum perkenalkan dengan bubur nasi lagi.

Dan Alhamdulilah Raifa masih fully menyusu badan. Part ni memang aku bersyukur sangat sebab Allah S.W.T bagi aku peluang kedua ini, dapatlah aku fully menyusukan Raifa. Walaupun susu aku tak meriah macam orang lain, tapi aku tekad untuk cuba teruskan menyusukan Raifa selagi termampu. Sekarang aku lega sikit sejak Raifa dah makan solid food ni, dia dah boleh minum air masak, air glukose dan air buah-buahan yang diperah. So tumpuan Raifa taklah sepenuhnya pada susu. So bolehlah aku selang-selikan dengan air lain. Kalau tidak aku mesti rasa risau je bila susu tak cukup untuk stok susu yang nak di hantar ke rumah babysitter. Sebab apa, semua stok ebm yang aku kumpul since berpantang terpaksa aku buang sebab hari tu aku balik Banting agak lama jugak. Pastu Saiful bagitahu dia balik rumah tengok dalam peti ais semua stok ebm aku dah cair semuanya. Saiful syak tak ada electric kat rumah sebab sampai cair semua stok ebm tu. Jadi dalam keterpaksaan aku terpaksa buang semua stok ebm tu. Tapi aku ambil masa agak lama nak buang semua stok ebm tu sebab sayang sangat. Tapi terpaksa jugaklah buang sebab dah tak boleh guna lagi semua stok ebm tu.


Kalau nak cerita pasal perkembangan Raifa sekarang ni, Raifa dah pandai mara dan sesekali kalau Raifa rajin dia akan merangkak. Memang laju dah ke depan. Tiba-tiba je tengok dia dah kat dapur. Kang tiba-tiba dah kat dalam bilik. Raifa sekarang pantang nampak aku. Kalau aku kat dapur nanti dia mara pergi ke dapur. Kalau aku dalam bilik, nanti dia mara ikut aku pergi dalam bilik.

Raifa belum ada gigi. Tertunggu-tunggu jugak aku bila Raifa nak tumbuh gigi. Kakak dia Raina dulu umur 6 bulan rasanya dah mula tumbuh gigi. Aku tengok Raifa macam dah lama mula gatal gusi tapi gigi belum tumbuh lagi. Raifa jugak belum pandai duduk dengan sendiri. Kalau kita dudukkan dia dah boleh duduk tapi tak kukuh lagi still senget-benget badan dia. Tapi dari baring meniarap nak duduk sendiri tu, Raifa tak pandai lagi. Part ni memang aku tertunggu-tunggu. Bilalah Raifa boleh duduk dengan sendiri. Sebab time Raina dulu tak silap aku umur 6 bulan lebih Raina dah boleh duduk sendiri. Tapi takpelah adik. Slow-slow ye adik. Mama pun tak nak paksa kamu. Biar kamu membesar mengikut step by step ikut keselesaan kamu.

Oh ye, Raifa dah boleh sebut "ma...ma...".Suka sangat aku bila dengar Raifa sebut perkataan "ma...ma..." tu. Kadang-kadang dia menangis sebut "ma...ma..." sambil pandang aku. Minta simpati mama dia lah tu. Hahaha. Lagi satu aku suka usik Raifa. Bukan aku je Raina pun sama. Kami suka usik cakap "hamboiii biasa lagi dia tu ye". Nanti Raifa mesti mencebikkan mulut dia tanda-tanda nak menangis. Aku dengan Raina memang suka usik Raifa cakap ayat macam tu. Hahaha. Lagi satu, kalau nak tengok Raifa goyangkan badan dia, cuba kita selawat sambil mendayu-dayu alunan suara. Kompem automatik dia goyangkan badan dia ke kanan dan ke kiri sambil tersengih-sengih. Ini Tok Wan dia lah yang mengajar hari tu.

Raifa jugak dah pandai nak main dengan kakak dia. Kekadang letak dia dalam walker pastu dalam masa yang sama kakak dia main basikal dalam rumah. Nanti mulalah dia kejar kakak dia. Tak sedar dia duduk dalam walker. Kemain lagi. Kalau kakak dia main masak-masak dia pun sama nak join main masak-masak walaupun dia bukan reti sangat main. Tapi yang pasti aku seronok tengok gelagat anak-anak aku ni.

Untuk Raifa Evaqaleefa,

Walaupun mama jarang menulis kat blog mama tentang kamu, tak bermakna mama abaikan perkembangan kamu. Maafkan mama sebab sejak kebelakangan ni mama agak malas nak menulis. Tapi mama cuba sedaya upaya untuk gigih menulis pasal kamu jugak pasal kakak kamu. Semoga menjadi anak yang solehah. Mama sayang anak-anak mama. 

Selamat Ulangbulan 6 bulan Raifa Evaqaleefa