Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, September 19, 2014

Tahniah adikku Muhammad Rabbani Jamian


Hoi semangat pagi-pagi nak update blog. Kata nak cuba rajinkan diri berblogging semula. Haruslah semangat pagi-pagi nak update blog. Kemain kau Nurul. Kerja banyak tak nak pulak kau buat kan? Pasal kerja tu nantilah aku buat. Date untuk audit dah postpone so slow-slowlah aku siapkan report dan bahan-bahan untuk audit tu ye. Sebenarnya dah hampir nak siap pun report dan bahan-bahan tu untuk audit tu. Tapi ada kerja lain dan report lain yang menunggu. Banyaknya kerja aku. Kalau nak cerita pasal kerja memang tak pernah nak habis. Ada je kerja nak kena buat. Iye dak? Adoi aku ni dah kenapa mesti nak merepek meraban dulu sebelum masuk tajuk utama. Cisssss.

Entri kali ni nak cerita sikit pasal adik bongsu aku Bani. Alhamdulilah adik aku dapat anugerah dekan (DL) lagi untuk final semester. Sebagai seorang kakak, aku tumpang happy dengan kejayaan adik aku. Dulu masa Bani study diploma kat UiTM Melaka, aku macam risau jugak sebab dia duduk jauh dari family kat Melaka. Bila tengok dia study pun jenis rileks-rileks je, aku kadang-kadang bising dengan dia suruh study bersungguh-sungguh. Jangan nak fikir enjoy je. Sebab tengok dia asal balik rumah time cuti, dia suka makan, makan dan makan pastu tidur lewat bangun pun lewat. Siap dah ada awek tu. Kemain. Berangin je aku tengok perangai dia. Tapi bila tiap kali result exam keluar dia bagitahu dia dapat DL. Dalam hati aku eh biar betul ni? Masa diploma dah beberapa kali jugaklah Bani dapat DL.

Pastu habis diploma dia kerja dengan Karangkraf kat Shah Alam. Pastu elok dah kerja, dia dapat offer continue study peringkat degree kat UiTM Shah Alam. Aku orang yang paling tak setuju Bani sambung study. Pendapat aku sekarang kerja bukan senang nak cari. Dia lelaki tak payahlah sambung degree. Kerja je lah. Pendapat kuno aku sebagai seorang kakak. Itu dulu. Pendapat aku dulu. Tapi ibu ayah aku semua support Bani sambung study. Adik aku Dhila yang asalnya tak setuju Bani sambung study pun setuju. Aku yang kakak sulung yang sekeras-kerasnya tak setuju. Jadahlah kau ni Nurul. Adik kau nak sambung study kau halang-halang. Dah kenapa kau ni? Tampo diri-sendiri sikit. Kahkahkah.

Pastu Bani tekad berhenti kat Karangkraf dan sambung study ambil degree. Aku tengok makin lama makin mendalam minat dia terhadap dunia photography. Walaupun ada orang keliling yang dok cakap-cakap kenapa tak ambil course lain yang menjamin. Tapi adik aku rileks je jawab dengan tenang sambil senyum. Aku nampak dia minat dunia photography. Dari kamera secondhand sebijik sekarang dah berbijik-bijik kemera besau gedabak dia. Itu belum koleksi lens yang bersusun. Pastu asal ada duit, dia mesti nak beli peralatan kamera. Selalunya dia beli guna duit hasil titik peluh dia sendiri. Dia buat part time shooting gambar orang kawin atau dapat job luar macam shoot majlis konvokesyen universiti dan lain-lain job luar. Duit upah tu lah dia beli kemera dan peralatan kemera. Aku salute jugak dengan adik aku ni sebab dia bab simpan duit memang no 1. Bila ajak shopping dia cakap semua tu membazir. Punyalah penjimat. Jangan tak tahu duit dia lagi banyak dari aku kot kalau poket dia tengah masyuk dapat job part time. Kahkahkah.

Masa dia tengah study degree ni, aku tengok dia suka ikut lecture dia pergi mana-mana semata-mata nak shoot gambar. Kadang-kadang sampai pergi perkampungan orang asli kat Taman Negara tidur rumah orang asli sebab nak shoot kehidupan sebenar orang asli. Adik aku suka shoot jenis journalism dan nature. Sebab tu banyak koleksi gambar-gambar dia macam pelik-pelik macam gambar orang asli, gambar perhimpunan haram berunsur politik, gambar yang berkaitan isu-isu masyarakat macam pasal krisis air. Disebabkan dia minat jenis journalism dan nature, adik aku praktikal di Utusan Malaysia. Sampai sekarang kalau tak silap aku pihak Utusan Malaysia  minta tolong dia kalau nak gunakan gambar dia.

Sekarang adik aku dah habis study peringkat degree. Baru je habis hari tu. Alhamdulilah dia dapat DL setiap semester. InsyaAllah adik aku akan konvo dengan 1st class dan pakai selepang terhormat nanti. Perghhh aku dan family aku memang bangga dengan dia. Tak sangka okeh. Sebab dia jenis study rileks-rileks je. Sekarang dia belum kerja lagi. Sebab baru habis study kan? Buat masa ni buat part time shoot gambar orang kawin dan job yang lain. Tapi InsyaAllah, tak lama lagi dia akan bekerja. Baru dapat offer dengan satu press company untuk bekerja shooting di Parlimen. Offer pun aku kira cantik untuk fresh graduate macam dia. Alhamdulilah.

Tahniah adikku Bani. Nanti dapat gaji pertama sila belanja makan. Makan je aku ni kan? Kahkahkah

Wednesday, September 17, 2014

Kisah berpantang kali kedua


Raifa dah 7 bulan baru terhengeh-hengeh nak tulis pasal berpantang. Apa kejadah kau ni Nurul. Dari hari tu lagi aku berangan-angan nak tulis pasal pengalaman kali kedua aku berpantang. Tapi biasalah mood malas sesaja aku ni. Asal ada mood nak menulis tup-tup merepek meraban aku taip kisah lain. Tu yang tak update-update pasal kisah berpantang aku time Raifa hari tu. Hahaha.

Ok ni aku dah teringat nak tulis pasal hal berpantang, baiklah aku taip laju-laju. Sebelum aku merepek meraban taip entri carca-marba baik aku taip sekarang. Kerja tengah banyak ni hoi. Tengah busy siapkan bahan-bahan untuk audit dengan kementerian sumber manusia. Tapi biasalah semalam kan cuti. So hari ni aku macam blur je nak settlekan bahan-bahan untuk audit tu. Siap pagi-pagi tadi aku call minta potpone audit. Patutnya hari ni tau aku kena attend audit tu. Tapi aku tak settekan lagi bahan-bahan audit tu. Banyak report kena completekan dulu. So haruslah aku minta pospone. Nasib baik boleh postpone. Ok dah dah jangan cerita pasal kerja. Nak muntah aku. Eh memang tadi lepas lunch aku dah muntah. Makan banyak sangat ke apa entah keluar apa yang aku makan tadi. Tu lah makan gelojoh. Rasakan kau Nurul.

Masa aku berpantang kali pertama dulu, aku rasa aku berpantang ala-ala koboi kot. Aku memang jaga pemakanan aku dulu. Sebab ibu aku sangat tegas dalam hal pemakanan semasa berpantang. Tapi bab lain macam bertungku, berbengkung dan lain-lain semua aku buat ikut suka aku je. Paling benci nak pakai bengkung pastu sapu param dan pilis. Dahlah aku tak suka bau param dan pilis tu. Pakai sekejap je pastu aku bantai cuci. Rasa tak selesa okeh. Ingat lagi ibu aku asyik membebel je kat aku dulu. Tu yang aku cakap aku pantang koboi je dulu.

Tapi berpantang kali kedua ni aku macam lebih berdisplin sikit. Aku rajin sangat pakai bengkung dan bertungku. Tapi bab param dengan pilis still macam dulu tak berapa gemar nak pakai tapi still pakai jugaklah walaupun tak kerap. Dulu bila rasa nak membuang je pergi toilet mesti nak tanggal bengkung kan? So lepas tu dah malas nak pakai bengkung balik. Itu perangai aku dulu masa berpantang time Raina. Tapi time Raifa jangan tak tahu aku gigih pakai balik bengkung lepas keluar toilet. Siap asyik ingatkan ibu aku nak bertungku. Nampak tak kegigihan aku kat situ? Hahaha.

Bab pemakanan aku still jaga. Bab ni memang tak boleh nak lari mana. Sebab ibu aku memang tegas sangat pasal pemakanan aku semasa pantang. Teringin nak makan itu ini mesti ibu aku sound aku balik. So pasrah je lah aku makan lauk pantang sampai jemu. Hahaha. Ada orang suka makan lauk-lauk pantang. Tapi aku memang dari dulu tak suka lauk-lauk pantang. Sebab ibu aku masak lauk pantang stail dia selalu nasi panas gaul lada hitam atau ikan bilis goreng tanpa minyak. Nak rasa lagi sedap ibu aku selalu buat ikan bakar tanpa minyak dengan sayur rebus. Ibu aku jarang buat lauk macam blackpaper atau sup. Dia ada cara dia tersendiri jaga pemakanan aku masa berpantang. Sebab itu aku cakap aku tak suka makan lauk-lauk masa berpantang.

Semasa berpantang time Raina dulu, aku ambil jamu kampung je. Aku tak beli pun set jamu moden ni. Memang guna jamu kampung yang makcik bidan buat sendiri. Masa tu ilmu pun kurang. Dulu kurang gugel cari ilmu pasal berpantang pun iye jugak. Tapi Alhamdulilah aku serasi telan jamu buatan kampung. Ok je. Luka pun cepat baik. Dan yang aku perasan aku cepat cergas bertenaga macam biasa. Cuma nak makan jamu-jamu kampung ni kena tengok jugak. Kalau baby ada kuning tak digalakkan makan jamu-jamu kampung. Sebab orang kata panas kan?

Berpantang kali kedua ni aku tekad tak nak ambil jamu-jamu kampung. Aku guna produk Shaklee. Makcik bidan yang urut aku hari tu pun cakap sekarang ramai je orang guna produk Shaklee. Perghhh makcik bidan pun tahu tau produk Shaklee ni. Kerlasss. Aku memang beli set berpantang dan menyusu produk Shaklee. Alhamdulilah aku serasi je dengan produk Shaklee ni. Dan paling best, dapat hasilkan susu badan dengan meriah. Syukur Alhamdulilah. Cuma kali kedua ni, aku lambat bertenaga dan cergas. Mungkin sebab kesan jahitan yang banyak. Memang masa tu rasa lemah je satu badan. Lama jugak aku nak start bertenaga seperti biasa. Sebab menahan kesakitan kesan di jahit tu. Nanti kalau aku rajin aku akan cuba cerita detail pasal produk Shaklee ni ye. Tengoklah mood menulis kalau rajin nanti. Rajin ke kau Nurul? Hahaha.


Aku paling suka minum ESP Shaklee ni. Aku minum kosong gitu je. Sedap kena dengan tekak aku. Ada orang tak boleh nak minum kosong macam tu. Kena campur dengan air lain. Tapi aku lagi suka minum kosong macam tu. Laju je habis satu botol bancuhan tu. Tak dinafikan dengan ESP Shaklee, aku dapat hasilkan pengeluaran susu badan dengan meriah.

Selain produk Shaklee, aku menggunakan produk Tanamera. Tanamera ni aku beli sabun pencuci dia yang aku guna semasa nak mandi. Aku lupa nama detail produk Tanamera yang aku beli hari tu. Malas nak cari balik apa nama detail produk yang aku beli hari tu. Dasar pemalas. Macam tak sesuai je orang nak buat review pasal berpantang. Hahaha. Takpe korang pergi je kat website Tanamera tu sendiri kalau korang berminat. Ok ni aku bagi website Tanamera. Ada macam-macam produk kat situ. Sabun pencuci yang aku beli tu memang best. Walaupun sabun dia kesat dan menggerutu tapi best okeh kalau sental seluruh badan kita semasa berpantang. Rasa segar je tau. Walaupun aku pakai produk Tanamera untuk mandian, tapi aku still mandi menggunakan air rebusan pelbagai daun-daun. Daun apa aku kurang pasti. Bab ni pun, ibu aku memang tegas. Kira wajiblah mandi air rebusan daun-daun. Best tau. Mandi air rebusan daun-daun tu bau wangi je sambil sental badan kita guna produk Tanamera.

Bab bertungku, aku pakai batu sungai. Pinjam batu makcik bidan urut. Ibu aku ada batu sungai tu tapi cari-cari tak jumpa. Time nak gunalah tak jumpa batu sungai ibu aku tu. Nasib baik makcik bidan urut tu bagi pinjam batu sungai dia. Kali ni aku bertungku memang bersungguh-sungguh. Siap duduk atas batu sungai tu. Perghhh best okeh panas-panas kau duduk atas batu tu. Eh batu sungai tu kenalah balut dulu dengan kain pastu baru aku duduk atas batu sungai tu. Kekonon nak menggecilkan bahagian punggung. Hahaha. Selain tu aku letak kat bawah paha dan letak kat perut. Rasanya berhasil nampaklah mengecut sikit badan aku ni hasil bertungku dan jugak berbengkung.

Hasil kesungguhan dan displin aku berpantang kali kedua ni, Alhamdulilah aku nampak hasil dia. Walaupun aku tak kurus mana tapi berat badan aku lagi kurang dari berat sebelum aku mengandungkan Raifa dulu. Perut pun dapat kempiskan sikit. Cuma sejak raya hari tu melantak makan macam-macam perut pun dah buncit balik ni. Menu sedap-sedap haruslah makan berulang kali kan. Sekarang kalau rajin aku akan pakai bengkung walaupun dah habis berpantang. Saja suka-suka sambil nak kempiskan perut dan mengecilkan punggung. Kemain kau Nurul.

Tapi takpelah lagipun aku menyusukan Raifa. So memang kena makan best-best sikit bagi menghasilkan susu dengan meriah. Nak diet pun tak boleh sebab menyusu anak kan? Jadi kita enjoylah menikmati pelbagai makanan. Alasan sangat kau Nurul. Hahaha.

Berpantang kali kedua ni aku rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kalau dulu masa berpantang kali pertama aku macam bosan sangat sampai tak sabar nak masuk kerja semula. Maybe faktor tempat kerja yang agak best. Tu yang tak sabar nak masuk kerja semula walaupun hakikatnya malas. Maybe sebab rasa bosan duduk rumah berpantang tu agaknya. Nasib baik ada baby syoklah layan baby. Tapi lain sikit dengan berpantang kali kedua ni, aku rasa malas nak masuk kerja semula. Rasa best sangat duduk rumah jadi suri rumah. Sampai aku lanjutkan cuti berpantang aku beberapa hari sebab rasa malas betul nak masuk semula bekerja. Tapi apakan daya kena kerja cari rezeki yang halal. Lagi pun aku jenis tak boleh sangat duduk rumah sesaja. Jenis dah biasa bekerja kot. Tapi paling tak sabar tunggu hari hujung minggu boleh luangkan masa dengan anak-anak dan family. Kan best kalau cuti pantang tu lebih dari dua bulan. Tapi aku kerja swasta cuti berpantang cuma dua bulan je lah. Kalau kerja goverment boleh cuti berpantang lebih dari dua bulan kan?

Oklah aku dah tak tahu nak taip apa. Tiba-tiba big boss panggil nama aku. Bos ni pun satu, aku tengah syok menaip dia panggil nama aku pulak tadi. Oklah nanti kalau rajin aku taip lagi. Marilah kita rajin berblogging semula. Cewahh

Wednesday, September 10, 2014

Anak perempuan


Sebenarnya aku tak tahu nak tulis pasal apa. Idea dah ada tapi nak cari gambar kemain malas. Jadi hari ni main letak je gambar apa-apa. Pastu puas fikir depan pc ni hah nak tulis pasal apa. Maka terjadilah entri carca-marba ni hah. Layannnnn.

Dulu masa pregnant time Raina, aku memang berharap sangat nak anak lelaki. Dari zaman anak dara lagi aku pasang angan-angan nak anak lelaki. Sebab aku suka tengok baby boy yang stailo. Pakai kemeja, seluar jeans, potong rambut pun ada fesyen tersendiri. Perghhh terbayang-bayang baby boy yang stailo. Tapi bila aku buat detail scan, doctor sahkan aku gender dalam kandungan aku adalah girl, masa tu memang rasa sedikit sedih. Sebab aku memang berharap sangat gender dalam kandungan aku tu adalah boy. Tapi selang beberapa hari selepas buat detail scan tu, aku dah boleh terima yang gender dalam kanduangan aku itu adalah girl. Tak kisahlah janji anak aku cukup sifat, sihat dan selamat syukur Alhamdulilah.

Pastu automatik aku shopping barang-barang keperluan baby yang hampir kesemuanya adalah warna pink. Sedangkan aku tak suka warna pink. Sampaikan satu tahap kat hospital doctor dan nurse tegur aku, bila tengok semua barang-barang aku masa kat hospital hampir kesemuanya warna pink. Hahaha. Bila Raina dah besar sikit masuk 2 bulan ke atas, aku dah mula ligat otak nak gayakan anak aku. Aku dah tak tumpukan pada warna pink je. Dah kata tadi aku tak suka warna pink kan? So aku beli baju dan barang Raina ikut warna kesukaan aku dan ada masanya aku suka warna yang ceria colourful. Aku suka warna biru. Sebab itu dalam penggayaan pemakaian anak-anak aku biasanya ada unsur warna biru. Selain biru aku suka warna yang terang. Budak-budak elok pakai baju warna yang terang-terang macam warna merah, kuning, oren, hijau. Nampak unsur kecerian kat situ.

Sebenarnya anak perempuan ni kita boleh je gayakan macam-macam. Tak semestinya anak lelaki je yang boleh kita gayakan. Bila aku dah ada anak perempuan ni, automatik otak aku ligat nak tentukan cara pemakaian anak-anak aku. Sejujurnya aku memang agak cerewet sikit bab pemakaian anak-anak. Aku tak suka tengok budak kecik selekeh tapi mak bapak bergaya kemain. Budak kecik pun nak bergaya jugak. Contoh baby kalau keluar berjalan tak pakaikan stokin atau kasut. Perghhh memang kepantangan aku dari dulu nampak budak kecik tak sarung stokin atau kasut walaupun masih baby. Tak tahulah kenapa. Paling-paling pun pakaikan stokin kalau tak nak pakaikan kasut. Nampak kemas bukan?



Sekarang aku suka anak perempuan. Masa pregnant time Raifa, memang aku berharap dapat baby girl lagi. Alhamdulilah syukur aku dapat baby girl lagi. Masa tu teruja nak pakaikan anak-anak baju dan belikan barang-barang mereka sedondon. Dari Raifa dalam perut lagi, aku dah shopping baju sedondon untuk anak-anak aku. Masa aku cuti berpantang lagilah tak agak-agak aku beli barang-barang anak aku yang hampir semuanya sedondon. Peduliklah orang nak cakap apa. Janji aku suka. Hahaha.

Nak jaga anak perempuan ni aku rasa bukan senang. Lagi-lagi bila anak kita dah makin besar. Kenalah ajar anak macam-macam adab ciri-ciri kesopanan. Gittewww. Aku rasa bersyukur sekarang Raina dah boleh di harap. Dah boleh sama-sama tolong lipat kain, tolong aku kemas rumah dan pandai basuh pinggan sendiri. Raina jugak dah boleh harap jaga Raifa. Dah nampak ciri-ciri perempuan kat situ walaupun nampak Raina ni agak lasak tapi kalau kat rumah dengan aku tu nampak dia dah boleh di harap. Aku berharap jugak, bila anak-anak aku dah besar nanti bolehlah di harap dan menjalankan tugas sebagai anak dengan baik. Syukur sebab aku diberi peluang rezeki anak dan dapat menjaga amanah Allah ini. Syukur Alhamdulilah