Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, October 30, 2014

Jubah paling best : Jubah Syifa dari Calaqisya

Aku baru berjinak-jinak kumpul jubah. Sebenarnya dah lama aku berniat nak beli jubah. Bila tengok kawan-kawan pakai jubah rasa best sebab diaorang nampak cantik dan ayu bila berjubah. Sopan je berjubah. Aku suka tengok orang pakai jubah. Tapi dulu aku sehelai jubah pun tak ada. Dress Poplook banyaklah. Itu pun dah jadi tukun dalam almari. 

Disebabkan aku ni cerewet sikit jadi aku pendam je hasrat nak beli jubah. Aku suka jubah yang nampak simple tapi moden. Aku tak suka jubah yang sarat dengan bunga-bunga, renda atau manik yang mungkin akan kelihatan like 'makcek-makcek' atau mak jemah bila kita pakai jubah stail gitu. Boleh kalau nak ada bunga-bunga, renda atau manik tapi janganlah keterlaluan. Aku jugak tak suka jubah yang pergelangan tangan dia besau gedabak. Aku suka jubah pergelangan tangan yang tirus dan kecik. Sebab tu dulu aku berkira-kira nak beli jubah disebabkan perangai cerewet aku ni. 

Tapi kebelakangan ni, aku lihat trend jubah makin menular. Banyak butik-butik muslimah dan bisnes online yang menghasilkan jubah yang cantik dan simple. Memang kenalah dengan citarasa aku. Antaranya jubah  yang popular sekarang macam jubah Rina Salleh, Bella Ammara, Calaqisya, Amiera Hijab, Zawara, Abaya Souq, Rucci Modisch dan banyak lag.

Jubah pertama aku beli adalah jubah dari Amiera Hijab. Amiera Hijab ni bisnes kepunyaan Mira rakan blogger aku. Serius jubah Amiera Hijab memang best sebab kualiti kain dia memang terbaik. Potongan dan design jubah pun aku suka sebab simple dan tak sarat. Dan paling best, jubah dari Amiera Hijab ni nursing friendly dan ada zip kat pergelangan tangan yang memudahkan kita nak amik air wuduk untuk bersolat. Tapi nantilah kalau aku rajin aku cerita detail pasal jubah pertama aku ni. Sebab tak ada gambar penuh aku pakai jubah Amiera Hijab ni. Macam tak best pulak entri tak ada gambar kan?

Ok berbalik kepada tajuk entri ni, aku nak cerita pasal jubah Calaqisya. Calaqisya banyak menghasilkan jubah-jubah yang cantik. Tapi material setiap jenis jubah berbeza-beza biasanya. Contoh jubah Syifa material dari kain cotton dan jubah Sumayyah pulak material dari kain satin kalau tak silap aku. Terpulang kepada customer suka material kain jenis macam mana. Design jubah pun banyak sangat pilihan. Piih saja mana yang berkenan di hati. Macam aku, pilihan utama aku adalah jubah Syifa. Jubah Syifa ni adalah jubah kedua aku beli selepas jubah dari Amiera Hijab.

 
 


Tak keterlaluan kalau aku katakan jubah Syifa adalah jubah yang paling best dan selesa yang aku ada. Sebab tu sekarang aku asyik pakai jubah Syifa je. Kenapa aku cakap best dan selesa? Banyak sebab. Ok mari aku senaraikan beberapa sebab.

1) Jubah Syifa ni tak payah iron. Kalau datang mood malas nak iron baju, sarung je jubah Syifa.
2) Kain jenis cotton. Aku tak pasti apa nama material tapi material dia macam cotton. Memang selesa.
3) Simple tak sarat. Menarik sangat.
4) Nursing friendly. Aku suka sangat sebab senang nak susukan Raifa.
5) Kain dia macam memberi. Macam aku kan aku pakai saiz S okeh. So bolehlah perasan kurus. Hahaha.
6) Harga murah RM129 je sehelai. Kalau yang defect cuma RM100 je. Defect pun dari segi saiz je pun.
7) Pergelangan tangan jubah Syifa ni tirus dan kecik. Aku suka okeh.
8) Kanan kiri jubah Syifa ada macam alunan kain. Cantik okeh.

Itu antara sebab-sebab yang aku boleh senaraikan. Sekarang aku ada dua helai jubah Syifa. Aku memang berharap nak tambah koleksi jubah Syifa ni. Sekarang kalau kat IG atau FB macam trend orang pakai jubah Syifa ni. Seronok aku tengok. Rata-rata orang komen jubah Syifa ni best. 

Sekarang ni kalau aku malas nak iron baju, aku sarung je jubah Syifa pergi kerja. Contoh hari ni, aku terlambat bangun pagi. Dalam otak dah set nak pakai jubah Syifa dan shawl jenis crumple je sebab tak payah iron. Kan best sebab memudahkan kerja kita tak payah susah-susah nak iron baju. Hahaha.



Gambar kat atas gambar masa raya haji hari tu. Selalunya raya haji aku tak ada baju raya pun. Sebab raya Haji aku selalu duduk rumah je. Tapi tahun ni aku siap ada dua helai baju raya haji okeh. Kemain lagi kau Nurul. Sehelai jubah dari Amiera Hijab dan sehelai lagi jubah Syifa dari Calaqisya. Dua-dua jubah ni aku pakai masa cuti sempena raya haji hari tu. Kiranya raya haji aku tahun ni meriah sebab pergi jalan-jalan.

Bila ramai tegur kata aku pakai jubah Syifa ni cantik, itu yang aku pergi butik Calaqisya rembat beli lagi sehelai. Sesekali perasaan cantik. Hahaha. Ramai betul yang berkenan dengan jubah Syifa ni. Lepas ni aku aim nak rembat beli jubah dari Rina Salleh. Cantik okeh. Tunggu pulus meriahlah nanti aku rembat beli. Hahaha.

Pakai jubah ni aku rasa best sebab utama semestinya tutup aurat. Lepas tu nampak lebih sopan. Sekarang pun ramai je orang pergi mana-mana pakai jubah. So jom kita kumpul beli jubah

Thursday, October 23, 2014

Sembilan bulan Raifa Evaqaleefa



Alhamdulilah hari ni genap umur Raifa 9 bulan. Kejapnya masa berlalu. Don't grow up too fast adik. Dulu aku rajin update perkembangan Raina. Tapi time Raifa ni rasanya tak banyak aku update pasal perkembangan dia. Tiba-tiba rasa bersalah kat diri-sendiri. Bukan apa, aku ni jenis suka refer entri-entri lama. Contohnya sekarang aku rajin refer entri perkembangan Raina. Sebab aku nak tengok bila Raina start tumbuh gigi? Bila Raina start pandai duduk? Bila Raina start pandai berjalan? Pastu aku tengok perkembangaan Raifa pulak. Bukan nak bezakan perkembangan setiap anak-anak. Tapi aku jenis berfikir bila baca entri-entri lama. Contohnya kenapa Raina dah start tumbuh gigi seawal 6 bulan tapi Raifa dah masuk 9 bulan sebatang gigi pun tak tumbuh lagi. Jadi aku rasa pentingnya entri-entri lama untuk rujukan aku.

Ok aku nak cerita sikit pasal perkembangan Raifa. Raifa belum pandai sangat duduk. Maksud aku dari merangkak atau baring ke posisi duduk tu Raifa tak berapa pandai lagi. Adalah aku perasan dia buat sesekali posisi duduk tu tapi senget-senget lagi pastu tak balance badan dia. Itu pun Raifa selalunya buat posisi duduk macam kita solat tu. Macam mana eh aku nak terangkan. Macam orang jepun duduk bersimpuh dua kaki ke belakang. Korang boleh bayangkan? Tak reti aku nak terangkan wei. Hahaha.

Aku sebenarnya risau bab ni. Sebab Raina dulu umur 6 bulan dah kukuh dia duduk. Tapi Raifa jarang sangat nak buat. Dia lagi suka merangkak, memanjat, berdiri pastu lepaskan tangan. Dah banyak kali Raifa jatuh tergolek gara-gara dia berdiri pastu dia lepas tangan. Tak padan diri belum stabil lagi berdiri nak lepas tangan. Tu yang jatuh tergolek tu. Pastu Raifa ni jenis tak serik tau. Dah menangis tapi kadang-kadang tu dia tak menangis pun nak jugak dia buat perkara yang sama berdiri lepas tangan. Mula-mula lepaskan satu tangan. Pastu dia beranikan diri lepaskan dua tangan. Aku ada tanya kes Raifa kat nurse masa check up dia awal bulan hari tu. Nurse cakap jangan risau. Maybe Raifa jenis skip progress dia. So aku lega sikit dengar jawapan nurse tu.


Perkataan pertama Raifa yang aku perasan ialah 'mama'. Dia mula sebut perkataan 'mama' seawal umur dia 6 bulan kalau tak silap aku. Dan sekarang dia dah boleh sebut beberapa perkataan yang lain macam 'papa', 'nak' 'air' dan 'dah'. Ini antara perkataan yang selalu dia sebut. Contoh kalau Raifa nampak kita makan kan, dia mesti sebut 'nak', 'nak', 'nak' banyak kali. So aku agak dia faham nak menggunakan perkataan tu. Kalau dia nak mengempeng nak susu dia akan sebut 'air'. Puas ajar susu bukan air still dia sebut perkataan 'air'.

Raifa dah pandai salam orang tau. Babysitter dia yang ajar. Bila kita cakap 'Raifa amin'. Nanti dia hulur tangan dia bersalam. Pastu dah pandai nak babai kat orang tapi tak mahir lagi. Bolehlah sikit-sikit. Raifa dah makin kukuh pegang botol susu. Sejujurnya aku tak pasti bila masa Raifa pandai pengang botol susu. Maklumlah kat rumah jarang sangat aku bagi dia botol sebab lagi suka mengempeng je. Babysitter yang bagitahu yang Raifa makin kukuh pegang botol susu. Rasanya masa umur dia 3 ke 4 bulan macam tu dah boleh pegang botol susu.

Raifa masih fully menyusu badan. Alhamdulilah. Sekarang pandai kalau tak nak puting dia campak puting dia sebab nak mengempeng. Pastu siap tarik-tarik baju mama dia sebab nak mengempeng. Sabau je lah aku. Perangai Raifa kalau nak tahu dia suka gentel kain. Time mengempeng ke atau time tidur benda wajib ada kat tangan dia ialah sapu tangan atau kain lampin dia. Sebab dia jenis gental kain time mengempeng atau time tidur. Perangai Raifa ni sebijik macam kakak dia. Raina pun sampai sekarang suka gentel kain cuma tak kerap dah dia buat perangai gentel kain tu.

Hobi Raifa sekarang ialah berjoget. Dalam hp aku ni banyak sangat video dia tengah berjoget, Tengah makan berjoget. Tengah tengok tv berjoget. Asal ada alunan muzik mesti nak joget. Cara dia joget tu dia goyangkan badan dia. Sekarang ni makin menjadi-jadi perangai dia suka berjoget. Bayangkan sambil makan dia berjoget-joget. Raifa belum ada gigi lagi. Sebatang gigi pun dia tak ada lagi. Tengok gaya macam dah gatal gusi tu dah lama tapi gigi tak keluar-keluar lagi. Sebab itu Raifa masih makan bubur dan puree yang aku blend dan tapis bagi betul-betul halus.

Oh ye Raifa masih pakai diaper saiz S tau. Walaupun dah masuk 9 bulan, tapi masih okeh dia pakai diaper saiz S tu. Longgar lagi kat bahagian pinggang dan paha. Sebab tu aku tak tukarkan saiz diaper lagi. Hari tu dah beli satu pek diaper saiz M tapi tak bukak pun lagi. Still habiskan stok diaper saiz S. Maybe aku akan beli diaper saiz S lagi stok akan datang. Sebab Raifa pakai diaper saiz S pun bukan sempit tapi longgar. Aku ni jenis suka nampak kemas terletak. Berat Raifa 7kg masa check up awal bulan hari tu. Tak berat mana tapi kalau dukung dia boleh berpeluh jugaklah ketiak. Hahaha.

Ok itu je lah yang aku ingat perkembangan Raifa. Mungkin adalah satu, dua perkembangan yang aku lupa tulis kat sini. Setiap anak lain-lain progress dia kan. Yang penting Raifa sihat dan melalui pembesaran dia mengikut keselesaan dia sendiri

Tuesday, October 21, 2014

Bila Raifa mula makan solid food

Bubba Gump Shrimp Co, The Curve

Patutnya entri pasal Raifa dah start makan solid food ni aku buat masa umur Raifa 6 bulan hari tu. Sekarang Raifa dah 8 bulan umurnya. Baru sekarang aku nak buat entri pasal ni. Busy kekdahnya. Busy ke pemalas Nurul hoi. Hahaha.

Raifa start makan solid food masa umur Raifa genap 6 bulan. Solid food pertama Raifa adalah puree potato. Laju je Raifa makan. Kemain dia suka makan sambil tersengih-sengih. Dulu masa Raifa belum boleh makan, kalau dia tengok kitaorang makan kemain terkulat-kulat mulut dia siap buat gaya mengunyah lagi. Tapi aku tak kan bagi anak aku makan selagi umur anak aku belum genap 6 bulan. Anak orang lain yang nak bagi anak makan lebih awal dari tu terpulanglah kan? Hak masing-masing. Tapi Risiko tanggung sendiri. Rasanya aku ada buat entri pasal risiko bagi baby makan sebelum baby umur 6 bulan ni.

Untuk anak no 2 ni, aku rajin sikit gugel sana sini cari bahan bacaan nak menambahkan ilmu. Dari pembacaan aku, solid food pertama baby eloklah dimulakan dengan puree dan bukannya bubur nasi. Jadi aku mula buat puree Raifa untuk permulaan dia makan solid food. Macam-macam puree aku buat. Antaranya puree pumpkin, puree epal, puree buah naga, buah manggo, dan puree pear. Tapi Raifa paling suka puree pumpkin dan puree pear. Laju je dia makan sampai licin satu mangkuk.

Kali ni misi aku kekononnya 'say no to cerelac or nestum'. Alhamdulilah setakat ni Raifa belum lagi aku bagi sebarang cerelac atau nestum. Dulu masa Raina anak sulung ilmu kurang. So ada jugak aku bagi Raina nestum sebelah pagi biasanya. Siap bagi stok nestum kat babysitter dulu. Tapi kali ni semuanya homemade. Memang aku cuba avoid sebarang cerelac or nestum kat Raifa. Semoga misi aku berjaya. Biarlah bersusah-susah sikit aku bangun pagi untuk buat bekal Raifa setiap hari. Time Raina dulu pun aku bangun pagi buat bekal Raina. Tapi still ada campur bagi nestum. Tapi kali ni memang semua bekal yang aku bagi kat babysitter Raifa untuk menu pagi sampai ke petang adalah yang aku buat sendiri.

Kalau aku keluar pergi shopping mall ke atau makan kat luar ke, selalunya memang aku bawak bekal siap-siap untuk Raifa. Kesian pulak kan nanti dia tengok je kita makan. So memang aku akan siapkan semua bekal dia walaupun pergi shopping mall. Tapi baru-baru ni aku baru je perkenalkan snacks untuk Raifa macam biskut. Sebelum ni aku takut nak bagi biskut. Sebab aku tengok biskut baby kandungan dia ada sikit gula dan garam. Aku fikir alahai nak bagi Raifa dia kecik lagi. So ni Raifa dah 8 bulan lebih baru aku berani nak bagi Raifa snacks macam biskut. Tapi aku tak kerap bagi pun. Sesekali je aku bagi. So kalau aku keluar dan tak dapat buat bubur atau puree Raifa, aku akan standby biskut untuk dia. Yang penting ada bawak bekal untuk dia.

Sekarang Raifa dah 8 bulan. Bila umur Raifa masuk 8 bulan, barulah aku berani buat bubur nasi untuk Raifa. Macam-macam perisa bubur aku buat. Perisa sayur campur ikan bilis, perisa pumpkin campur udang kering, perisa sayur brokoli dan macam-macam lagi. Sekarang ni aku baru start masukkan sedikit protein macam ayam atau isi ikan dalam bubur Raifa. Kadang-kadang aku masih buatkan puree untuk Raifa. Sebab Raifa masih suka makan puree walaupun dah start makan bubur nasi. Aku pelbagaikan menu dia setiap hari.

Alhamdulilah tengok Raifa ok je makan. Memang tak nafikan Raifa suka makan dan senang nak bagi dia makan. Tak macam kakak dia dulu. Bersilat okeh nak bagi makan. Raifa ni jenis kita suap laju je dia makan. Pernah hari tu dia makan bubur habis satu mangkuk pastu menangis. Rupa-rupanya tak cukup wei. Dia nak lagi bubur tu. Seronok tengok Raifa suka makan. Kalau nak tahu Raifa punya perangai sambil makan sambil tersengih-sengih dan berjoget-joget okeh. Lagi-lagi kalau dia duduk dalam walker pastu kita bagi makan kat depan TV. Mulalah dia berjoget-joget sambil makan. Nak makan ke nak berjoget kamu adik? Hahaha

Nantilah kalau aku rajin aku ceritalah detail pasal menu solid food Raifa. Kalau rajinlah. Macam tak rajin je. Hahaha. Bukan apa aku jenis kalau nak cerita detail ni mesti nak ada gambar. Nak ambil gambar tu yang malas wei. Dah lah Raifa ni jenis nak berkepit je dengan aku. Asal aku pergi dapur nak masak, Raifa dah merengek-rengek nak kita dukung dia. Tu yang jadi malas aku nak ambil gambar. Tapi aku cuba usahakan. Tengoklah tahap kerajinan aku macam mana ye

Monday, October 20, 2014

Bila nak rajin menulis?

Makin lama makin malas nak menulis. Bila dah rajin sikit menulis mesti nak stop kejap ikut mood.  Lepas tu berminggu-minggulah tak menulis. Bila entah nak rajin menulis macam dulu. Aku rasa dulu time aku rajin menulis, kalau seminggu tak update blog rasa macam tak senang duduk je. Tapi sekarang lain okeh. Berbulan-bulan tak update pun rileks je. Hahaha. Tapi tak lah serius sangat tahap pemalas aku tak update blog ni. Paling kuat pun aku tak update blog rasanya adalah dalam dua bulan atau dalam sebulan lebih macam tu kot.

Aku sebenarnya cuba berazam nak rajin menulis balik macam dulu. Tapi malasnya nak taip wei. Lagi satu busy pun satu hal jugak. Kerja aku kat office sekarang bukan macam dulu. Audit sana, audit sini. Lepas siap audit kena settlekan monthly report pulak. Pastu kena fikir kerja lain pulak yang belum siap. Bila cerita pasal kerja memang stress wei.

Ikutkan banyak je cerita aku nak cerita tau. Ada yang tahap cerita yang aku peram dah bertahun. Macam cerita holiday aku ke Sarawak dan Langkawi. Ingatkan kalau rajin naklah jugak aku buat detail pasal percutian tu sebab nanti senanglah nak buat review akan datang. Kotlah nak repeat pergi holiday tempat yang sama kan. Tapi sampai ke sudah tak buat entri tu. Hahaha. Sampai dah keluar anak lagi sorang. Raifa pun dah 8 bulan umur dia sekarang. Tapi entri percutian tu sampai ke sudah tak update-update. Jadahnya tu Nurul? Malas kemain aku hah.

Pastu konon nak update entri aku buat suprise masa birthday Saiful siap book restoran best belanja Saiful makan, pasal Raina jadi modal jubah muslimah, pasal bawak family jalan-jalan pergi Bukit Tinggi, pasal perkembangan Raifa sekarang, pasal Raifa tak kena jaundis masa newborn, pasal Raifa dah start makan solid food, pasal perkembangan Raina kat sekolah, pasal aku pergi beratur panjang berjam-jam nak beli skirt abang kawasan Asshannas, pasal jubah best tak payah iron Calaqisya, pasal jubah pertama aku beli kat Amiera Hijab, pasal Raina masuk wad, pasal shawl satin best Shawlbyvsnow dan macam-macam lagi. Tengok betapa banyaknya listing cerita yang aku kononnya nak update kat blog. Tapi malas punya pasal, sampai sekarang tak buat pun semua entri yang aku listing tu. Hahaha.

Oklah nanti rajin aku taip lagi ye. Ada kerja nak kena aku siapkan ni. Bos balik Korea tapi aku taklah happy bos tak masuk office. Sebab apa aku tak happy? Sebab kerja banyak wei. Ada kerja yang aku dah lama postpone nak buat gara-gara aku busy audit beberapa minggu lepas. Sebelum tu aku nak tempek gambar aku kat bawah ni sebagai suka-suka. Gambar masa beli skirt abang kawasan Asshannas. Muka penat sebab beratur berjam-jam semata-mata nak dapatkan skirt Asshannas. Gigihkan aku? Hahaha