Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, December 14, 2015

November paling menyakitkan

November 2015,

Aku suka nombor 11. Sebab tu aku suka bulan November. Sebab tu aku pilih bulan November untuk tarikh aku tamatkan zaman bujang aku. Sebab tu aku paling teruja bila Raina dilahirkan pada bulan November. Masa mengandungkan Raifa, aku pernah bercita-cita nak beranak awal pada bulan November. Walaupun hakikatnya tak mungkin berlaku sebab due date aku masa tu pada bulan Januari. Masih tak putus harap, aku berharap Raifa dilahirkan pada 11hb Januari tapi Raifa lahir pada 23hb Januari. Tapi tak mengapa. Sebab bulan Januari adalah no 1. Aku setkan otak aku no 1 seakan-akan no 11. Boleh je kan?

Bulan paling menyakitkan. Sakit sampai lebam. Sakit sampai rabak.
Rabak macam di siat-siat. Rabak paling dalam.
Kau ingat aku gelak, aku boleh cool?
Kau ingat aku diam, aku boleh cool?

December 2015,

Aku harapkan keajaiban rasa yang baik-baik saja. Masa dan waktu akan sempurnakan semua keadaan yang ada. Aku berharap.

InsyaAllah

Monday, December 7, 2015

Selamat hari lahir Raina Evaqairina


Kelas 6 Madeenah
Genius Aulad Kota Kemuning, Shah Alam

Raina Evaqairina,

Maafkan mama sebab lewat sangat buat entri ni untuk Raina. Mama tak pernah lupa setiap hari lahir anak-anak mama. Cuma kebelakangan ni mama agak malas nak update blog. Selama ni kalau ada mana-mana entri yang mama buat khas untuk anak-anak mama, sebab mama harap sangat satu hari nanti bila anak-anak mama dah besar boleh baca penulisan mama kat sini. Mama ikhlas menulis kat sini sebab inilah minat mama.

Raina dah cukup besar dan faham macam-macam. Raina hari ini bukan macam Raina yang mama kenal masa Raina baru pandai berjalan jatuh pada ulangtahun kelahiran pertama Raina mahupun masa Raina dalam proses nak belajar bercakap segala macam perkataan pada ulangtahun kelahiran kedua Raina dan seterusnya. Raina hari ini yang mama kenal, dah faham macam-macam dan Raina antara orang paling setia menjadi pendengar segala macam cerita mama. Raina boleh ketawa dan menangis sama-sama mama. Raina dah pandai merajuk untuk perkara yang mama tak rasa akan merajuk tapi rupanya anak mama merajuk minta perhatian. Raina dah pandai request apa yang Raina minat dan suka. Raina dah pandai tolong mama macam-macam. Raina dah pandai mengadu bercerita macam-macam. Cepat sangat Raina membesar.

Pada tarikh 19/11/2015, genap umur Raina 6 tahun. Kadang-kadang mama rasa macam mimpi. Lagi-lagi bila mama bila tengok video dan gambar-gambar lama Raina. Kadang-kadang mama rasa sebak. Sebak sebab rasa masa sangat pantas bila mana tengok Raina membesar sangat cepat. Mama rasa terpegun bila Raina request nak buat birthday party kat school. Raina request nak kek tema Robocar Poli. Nak bagi goodies bag kat kawan-kawan. Selagi belum tiba tarikh birthday Raina, selagi tu Raina berzikir dengan mama. Selagi tu Raina tanya mama.

Hari ni dah bulan November ke mama?

Mama rasa anak mama sangat comel bila tiap kali Raina tanya soalan yang sama kat mama. Mama usaha penuhkan semua permintaan Raina. Salah-satu sebab, tahun depan Raina dah darjah 1. Raina dah mula sekolah betul. Raina dah tak sekolah tadika. Raina dah tak boleh pergi sekolah pakai seliper Frozen atau kasut warna pink kegemaran Raina. Tahun depan Raina kena jugak pakai kasut sekolah.

Mama tempah khas kek tema Robacar Poli untuk Raina. Mama belikan macam-macam untuk di isi dalam goodies bag yang Raina nak bagi kat kawan-kawan Raina. Mama sediakan itu ini apa yang Raina nak. Mama buat semua ni sebab mama nak Raina happy. Bila anak-anak mama happy, mama pun akan sama rasa tempias rasa apa yang anak mama rasa.

Mama harap Raina membesar dengan menjadi anak yang boleh menjadi kebanggaan papa dan mama. Malah dapat menjadi kebanggaan atok, tok wan, Ummie Ngah dan Pak Usu. Mama tahu setiap anak-anak mama ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Gunakan segala kelebihan yang ada untuk mencapai apa yang Raina nak nak dalam hidup Raina nanti. Jangan jadikan kekurangan diri sebagai alasan. Sebab percayalah setiap orang ada kebijaksaan yang Allah S.W.T kurniakan. Gunakanlah dengan bijak.

Dalam entri ni mama letak gambar sekeping je. Sebab mama malas nak edit gambar. Hihihi. Yang penting ada gambar Raina dengan kek tema Robocar Poli, teacher kesayangan Raina teacher Seha dan kawan-kawan kelas Raina

Ikhlas
Mama garang tapi baik hati.
Senyum sampai telinga (Pinjam ayat papa kamu). Heeeee :)

Thursday, October 22, 2015

Pengalaman pertama Raifa masuk panggung wayang

Aku jarang tengok wayang sejak dah ada anak ni. Sejak ada anak ni, aku lagi suka duduk lepak kat rumah ataupun aku balik Banting rumah family. Adalah keluar bawak anak-anak jalan hujung minggu tapi jarang-jarang sangat. Aku bukan jenis yang setiap hujung minggu mesti nak keluar berjalan. Kadang-kadang tu memanglah bosan. Lagi-lagi Raina bila dah besar ni, dah pandai mengadu bosan duduk rumah. Tapi alahai aku ni sekarang bab nak bersiap tu kemain malas. Nampak benau dah tua aku ni. Nak bersiap keluar berjalan pun malas.

Ahad lepas, aku plan nak bawak anak-anak keluar berjalan. Raina pun asyiklah berzikir ajak keluar berjalan. Aku ni ikutkan tak nak bawak anak-anak keluar dalam masa terdekat ni sebab Raifa baru discharge masa warded minggu sebelum tu. Lagipun sekarang musim jerebu memang aku cuba elakkan untuk bawak anak-anak keluar berjalan. Tapi kasihan pulak tengok anak-anak terperap kat rumah. Raina pulak asyik cakap benda yang sama ajak keluar berjalan. So marilah anak-anak kita keluar tapi  dengan syarat mesti indoor aktiviti. Bila Raina cakap nak tengok wayang sebab dia lama tak tengok wayang. Aku mula terfikir macam mana reaksi Raifa bila bawak dia masuk panggung. Sebab Raifa tak pernah lagi masuk panggung.

Bayangkan, masa Raina dulu aku dengan Saiful agak confident bawak Raina masuk panggung masa umur Raina 1 tahun 1 bulan kalau tak silap aku. Masa tu Raina tengah kemaruk berjalan. Tapi macam Raifa ni, aku dengan Saiful asyiklah tangguh-tangguh nak bawak masuk panggung. Sebab perangai Raifa ni lain sikit dengan Raina. Dia kalau jenis meragam perghhh menguji kesabaran. Selain selamber berguling-guling atas lantai, Raifa kalau dah menangis, selagi dia tak puas hati kita pujuk dia, selagi tu dia tak nak berhenti menangis. Raifa ni senang di jaga dan tak cerewet macam Raina, tapi sekali dia dah meragam, memang berpeluh jugak ketiak nak pujuk. Kalau dia dah start berguling-guling atas lantai tu, dia siap protes tak nak bangun. Dia baring je atas lantai. Selalunya Raifa paling senang di pujuk dengan Saiful.



Masa aku bagitahu Saiful nak bawak Raina dengan Raifa tengok wayang, Saiful siap tanya aku boleh ke nak bawak Raifa masuk panggung. Huh laki aku ni tanya macam tu pun, aku dah berdebar-debar. KahKahKah. Berdebar-debar sebab terfikir kalaulah Raifa meragam dalam panggung masak jugak nak handle ni. Tapi aku rileks je yakinkan Saiful walaupun sebenarnya aku tak berapa yakin. KohKohKoh.

Kitaorang tengok wayang kat Aeon Bukit Tinggi, Klang je. Dekat dengan rumah. Ingat nak tengok cerita 'Polis Evo' atau 'Hotel Transylvania'. Tapi tak ada tayangan pulak hari Ahad tu. So kitaorang tengok cerita 'Goosebumps'. Sebelum masuk panggung, kitaorang beli stok makanan dan air. Sebab Raifa ni suka pegang benda yang boleh di makan walaupun dia kadang-kadang tak makan sangat pun.

Bila masuk panggung, Saiful sendiri nak pangku Raifa. Disebabkan anak-anak aku ni memang jenis rapat dengan papa diaorang, so aku pun memang nak Saiful yang pangku Raifa. Mula-mula masuk panggung, aku bajet Raifa menangis sebab keadaan sekeliling gelap. Tapi aku tengok dia rileks je. Aku nampaklah keterujaan Raifa bila tengok screen besar depan dia. Siap goyang-goyang kaki sambil makan sosej. Hamboi.

Saiful asyiklah cuit aku, suruh tengok gelagat Raifa. Saiful siap suruh rakam gelagat Raifa dalam panggung. Eh dia pulak melebih-lebih. Nak rakam apa kejadahnya gelap dalam panggung tu. Hp mak tak canggih. Malas nak layan. Lega bila tengok gelagat Raifa. Siap melopong mulut. Mama tahulah adik 1st time masuk panggung tapi tutuplah mulut tu adik.

Bagi aku cerita 'Goosebumps' ni  sesuai untuk budak-budak. Walaupun ada sedikit adegan seram dan suspen tapi sebenarnya cerita ni kelakar. Bayangkan Raina boleh tergelak-gelak sambil tepuk tangan. Over sangat tau Raina ni. Raifa pulak sebab kecik lagi masih tak faham jalan cerita, aku tak nampaklah Raifa tergelak-gelak macam kakak dia. Tapi mulut kemain melopong. Bila ada adegan seram dan suspen, dia tutup muka dan palingkan muka. Bila tengok cerita 'Goosebumps' ni aku teringat cerita 'Jumanji'. Nak cerita kat sini pun aku tak reti. Tapi kesimpulannya, cerita ni kelakar dan sesuailah untuk budak-budak.

Jadi secara rasminya Raifa masuk panggung pada umur 1 tahun 7 bulan. Ok Raifa dah lulus masuk panggung. Lepas ni bolehlah repeat bawak anak-anak tengok wayang lagi. Yeahhhhh

Tuesday, October 20, 2015

Encik suami yang biasa-biasa saja

Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa untuk entri ni. Disebabkan aku agak blur kali ni tak tahu nak letak tajuk apa, jadi aku main belasah je lah letak tajuk. Asalkan ada tajuk walaupun macam tak sesuai dengan isi entri. Huehuehue. 

Ok aku nak cerita pasal Saiful. Aku ni jarang sangat kot cerita pasal Saiful dalam blog aku ni. Asyiklah cerita pasal anak-anak. Aku pun sekarang jarang sangat letak gambar Saiful kat mana-mana tak kisahlah FB ke IG ke. Bukan apa, salah-satunya sekarang Saiful tak gemar nak bergambar. Punyalah payah nak paksa dia bergambar. Lagi satu Saiful sekarang ni jarang ada kat rumah. Kerja, kerja, kerja. Ahad kerja. Public holiday kerja. Kalau hari biasa balik rumah pun kadang-kadang dah subuh sebab kena stanby ke back up kerja. Sampaikan aku merajuklah dengan dia. Kebelakangan ni memang nampak Saiful kerja bagai nak rak. Bila tanya Saiful, dia kata semuanya pun dia buat untuk aku dan anak-anak.

Paling ketara, dia start busy dengan kerja ni masa sebelum raya aidilfitri hari tu sampailah sekarang ni. Bayangkan birthday aku masa bulan Jun hari tu pun dia lambat wish sebab busy kerja. Biasanya time birthday aku dia akan buat something untuk aku. Tapi birthday aku kali ni tak ada apa-apa sebab dia busy kerja. Mahunya aku tak sentap. Hahaha. Tapi Saiful janji dengan aku dia akan bagi something tapi lewat sikit. Sebab aku dah tersentap dengan dia, aku malas nak peduli cakap dia. Mak sentapkan. Hahaha.

Bila aku tengok sekarang ni, ahad pun Saiful kerja. Public holiday pun kadang-kadang dia bantai kerja. Sampaikan masa Raifa tak sihat tu, Saiful tergesa-gesa balik rumah nak bawak Raifa pergi klinik pun, dia dapat panggilan dari tempat kerja. Bila aku dah mula bersuara sebab aku rasa sekarang macam makin payah Saiful nak spent time dengan family. Barulah Saiful tak kerja hari ahad. Itupun kadang-kadang kalau kena standby kerja ahad dia terpaksa kerja. Saiful selalu cakap kat aku bersabarlah. Dia bukan pergi berjalan pun tapi pergi kerja.  

Tapi mungkin berkat kesabaran aku agaknya. Cewahhh sabar ke kau Nurul. Sejak kebelakangan ni, Saiful akan cuba beli apa yang pernah aku cakap secara senyap-senyap. Contohnya, TV kat rumah aku ni dah macam sengal-sengal ayam. Aku pernah cakap kan best kalau ada TV baru. Biasalah aku kan suka berangan. Satu hari aku bangun tidur, aku tengok Saiful dah pergi kerja. Dalam hati awal pulak laki aku pergi kerja. Bila aku keluar bilik aku tengok kat kabinet TV dah ada TV baru. Tak lama tu aku terima text dari Saiful.

'Sayang ok tak TV tu? Sayang suka tak?'

Aku macam biasa tak tunjukkan perasaan keterujaan aku kat Saiful walaupun dalam hati ni gedik jugak  sebab dapat TV baru. Aku ingatkan sampai situ je lah Saiful nak buat suprise. Sebab aku faham sangat Saiful ni, dia bukanlah seorang suami yang romantik mana pun. Rasanya tak pernah kot dia nak buat suprise. Biasanya dia tanya direct je apa yang aku nak apa yang aku teringin. Pastu bila ada rezeki lebih tu adalah dia tunaikan. Itupun kalau benda atau perkara yang aku minta tu dalam kemampuan dia lah. Aku pun bukan kejam sangat nak minta bukan-bukan yang di luar kemampuan dia.
 
Nak dijadikan cerita, sejak kebelakangan ni aku asyiklah berzikir pasal vacum. Aku pernah cakap kan best kalau ada vacum. Tak payah susah-susah aku nak sapu carpet kat rumah ni pakai penyapu lidi. Niat nak beli vacum tu dah lama tapi tak terbeli-beli. Hahaha. Asyik tengok website Lazada usha vacum tapi mak aihhh punya sayang duit nak beli. Tup-tup satu hari tu aku bangun tidur, aku tengok dah ada vacum dalam bilik aku. Masa tu macam biasalah Saiful dah pergi kerja. Terbaru ni, Saiful bawak balik vacum jenis macam robot. Bentuk vacum tu bulat. Tekan punat pastu vacum tu jalan sendiri. Aku nak terangkan pun tak reti nantilah kalau rajin aku ambil gambar vacum robot tu. So sekarang kat rumah aku dah ada dua buah vacum.

Masa cuti baru-baru ni, Saiful tanya soalan kat aku.

'Sayang kalau Saiful belikan iphone 6, nak tak?'

Aku tahu soalan tu Saiful tanya hanya untuk suka-suka. Sebab aku tahu harga iphone 6 tu mahal kemain. Tak mungkin kot laki nak belikan. Saiful pun masih pakai hp Blacberry. So tak payah berangan nak pakai iphone. Jadi aku jawab soalan dia acuh tak acuh je.

'Suka iphone tu sebab gambar dia cantik. Tapi mahallah iphone tu. Tak payah nak berangan sangat pakai iphone. Baik beli benda yang berfaedah' 

Lebih kurang macam tu jawapan aku. Tegas betul bunyinya. Hahaha. Sepanjang cuti tu, Saiful asyik borak pasal iphone. Dalam hati aku pelik jugak ni. Dah kenapa Saiful ni. Tapi aku malas nak layan.

Saiful : Jangan cabar Saiful. Cuba sayang gugel berapa harga iphone 6 warna gold 64GB

Aku : Malaslah. Saya dah tengok kat website Lazada hari tu mahal beribu-ribu. Jadahlah hp harga beribu macam tu

Saiful : Ye lah cubalah gugel. Bak sini hp sayang. Saiful nak gugel. Saiful janji dalam masa terdekat ni Saiful bagi sayang iphone 6 warna gold 64GB. Hari tu birthday sayang kan Saiful ada cakap bagi hadiah lewat sikit

Aku : Ye lah tu. Awak kan suka sangat berangan. Malas saya nak layan awak

Pagi tadi, beriya-iya Saiful kejutkan aku. Bila aku terjaga, dalam hati aku mesti Saiful baru balik kerja ni. Aku ambil hp, aku tengok jam dah pukul 4 lebih. Haih lewat lagi laki aku balik kerja. Tak lama tu, Saiful hulur satu kotak kat aku. Kotak tu bungkus pakai surat khabar je. Dia kata bungkusan tu untuk aku. Dalam hati aku, apalah buruk sangat bungkus pakai surat khabar. Nampak sangat laki aku ni busy sampaikan nak bagi something kat aku yang kekonon suprise tu pun balut pakai surat khabar. Hahaha.

Bila buka bungkusan tu, terkejut aku sebab kat depan mata aku memang betul-betul satu kotak iphone 6 warna gold. Allahu serius aku tak sangka Saiful betul-betul nak beli iphone 6 ni. Selama ni aku ingat dia main-main je. Saiful siap nasihatkan aku pagi tadi, kata kalau dia balik lambat sebab kerja jangan fikir bukan-bukan. Saiful simpan duit semua bersebab. Jangan cabar dia. Bila masa pulak aku cabar dia. Aku cuma tak percaya je kalau dia nak beli iphone. Sebab aku tahu Saiful macam aku kuat berangan. Tapi insaf jugak aku sebab aku sejak kebelakangan ni suka membebel kat dia sebab dia balik kerja lewat. Padahal laki kerja kot. Tapi biasalah perempuan kuat bebel. Huehuehue. Tak ada gambar iphone 6 dalam entri ni. Aku tak sempat nak ambil gambar pagi tadi. Sebab aku terkejar-kejar masa nak iron baju dan bersiap-siap nak pergi kerja. Tak belek sangat pun pagi tadi sebab terkejar-kejar masa takut lewat sampai office.

Sampai sekarang aku rasa terharu sangat. Rasa macam mimpi pun ada. Tak pernah terfikir aku nak pakai iphone. Sebab perangai aku ni asalkan ada hp yang boleh call, sms, whatsapp dan online dah cukup untuk aku. Terima kasih awak. Walaupun selama ni aku selalu anggap suami aku ni biasa-biasa je tapi rupanya yang biasa-biasa ni ada jugak keistimewaannya. Cewahhh. Muntah hijau. Uwekkk. Hahaha


Disebabkan ini entri pasal suami jadi aku tempeklah gambar Saiful. Ni gambar lama. Gambar baru Saiful tak banyak ada dalam komputer aku ni. Malas nak transfer dari hp

Thursday, October 15, 2015

Anak-anak kena warded

Lama tak update blog. Busy dengan audit. Anak-anak pulak on off demam, batuk, flu dan terbaru siap muntah macam air paip mencurah-curah. Dugaan sungguh. Sebenarnya apa yang aku perasan, Raina dan Raifa start tak sihat masa bulan raya aidilfitri hari tu ke masa bulan puasa kot. Aku pun dah lupa sebab lately macam kerap sangat Raina dengan Raifa tak sihat. Dah sihat beberapa minggu pastu demam balik. Biasanya demam pastu kalau dah demam mesti pakej sekali dengan batuk dan flu. Maybe aku kena bagi anak-anak makan vitamin kot. Sebelum ni tak pernah pulak macam ni kerap tak sihat. Biasanya ok je.

Kadang-kadang Raina kena dulu. Pastu berjangkit dengan Raifa pulak. Atau Raifa kena dulu pastu tak lama tu mesti berjangkit dengan Raina. Dah pesan banyak kali kalau salah-sorang tak sihat jangan rapat antara satu sama lain. Sebab aku takut berjangkit. Sebab apa yang aku perasan anak-anak aku ni agak sensitif. Nanti sekejap je dah berjangkit. Tapi makin kita larang makin mereka buat. Dah nama pun adik-beradik. Apa-apa pun mesti nak sama-sama.

Sebenarnya, aku tak pernah terfikir yang anak-anak aku akan ada pengalaman tidur kat hospital. Biasanya aku tengok anak-anak kawan aku kena warded. Dalam hati aku berharap janganlah anak-anak aku kena warded. Kalau tak sihat pun, pergi klinik atau hospital dapatkan pemeriksaan doktor dan ubat pastu kita monitor je kesihatan anak-anak kat rumah. Tapi siapalah kita nak menolak ketentuan Allah S.W.T. 

Akhirnya apa yang aku takutkan dan apa yang aku tak inginkan terjadi. Raina kena tahan masuk wad pada bulan April tahun lepas. Masa tu aku agak blur. Masa tu aku rasa down. Perasaan bercampur baur. Bayangkan bulan April tahun lepas tu aku baru je habis pantang. Masa tu aku baru beberapa minggu masuk kerja selepas cuti bersalin dua bulan. Raifa masa tu kecik lagi baru dua bulan lebih umurnya kalau tak silap aku.

Gambar tahun lepas 2014. Masa ni Raina dah agak sihat. Wayar yang berselirat baru je di buka kot masa ni. Kalau tak agak payah jugak nak mandi ke atau pergi toilet kena usung tiang yang tempat gantung wayar tu. Apa nama entah benda tu

Raina kena tahan wad sebab demam panas suhu yang agak tinggi dan ada jangkitan kuman dalam darah dia. Nantilah kalau aku rajin aku cerita detail kejadian masa Raina tak sihat dulu. Nak cerita sekarang mood tengah tak ada. Aku masih rasa letih dan sengal-sengal satu badan ni jaga Raifa kat hospital beberapa hari lalu. 

Selepas kejadian Raina kena warded, aku berharap tidak ada lagi kejadian anak-anak kena warded. Siapa ada pengalaman anak-anak kena warded mesti tahu bukan mudah ye. Tapi sangkaan aku meleset. Pada awal tahun ni bulan Februari 2015, Raifa pulak kena warded. Doktor kata lung inflection. Dahlah masa tu tengah sibuk buat persiapan majlis aqiqah Raina dan Raifa dengan majlis birthday party pertama untuk Raifa. Disebabkan Raifa kecik lagi masa tu umur pun baru menginjak setahun, jadi doktor memang nasihatkan Raifa masuk wad untuk memudahkan doktor pantau kesihatan Raifa. Puncanya Raifa demam pakej batuk dan flu. Tapi batuk dengan flu tu macam dah agak lama. Dah bagi ubat pun tak berapa kurang batuk dan flu. Sebab tu lung inflection.

Itu pun aku dengan Saiful minta keluar wad awal. Ikutkan tak boleh. Tapi sebab masa tu aku tengah sibuk buat persiapan majlis aqiqah dengan birthday party, jadi doktor benarkan Raifa discharge awal dari hari yang sepatutnya. Lagi pun masa tu, aku masih fully menyusukan Raifa. So aku rasa tak selesa nak duduk hospital lama-lama. Dahlah masa tu Raifa asyik nak mengempeng je. Tengah menyusukan Raifa, doktor pakar datang nak check. Pastu datang pulak doktor pelatih. Huh! serius masa tu aku tak selesa. Asyiklah berzikir kat Saiful suruh pujuk doktor minta discharge Raifa awal. Nasib baik doktor setuju.
Gambar bulan Februari 2015 yang lepas. Masa ni tak silap aku masa aku laki bini dah berjaya merayu kat doktor nak minta discharge awal. Nampak tak aku dah siap-siap pakaikan Raifa kasut. Kemain tak sabar aku nak Raifa discharge

Tapi apa yang aku perasan, antara Raina dan Raifa ni, aku rasa Raifa lebih sensitif. Contoh kalau Raifa makan buah limau, sekejap je nanti dia akan batuk. Pastu bila dia batuk, mesti nafas dia berbunyi dan dada berombak. Pasal ni lah jugak antara punca Raifa kena warded untuk pertama kali dulu. Sejak tu ya ampun aku takut sangat nak bagi dia makan buah limau. Biarlah dia nak menangis berguling-guling pun memang aku tak akan bagi. 

Lagi satu, Raifa ni kalau kena hujan sikit pun dah boleh demam atau badan dedar. Padahal aku dah pakai payung atau dah tutup kepala dia dengan kain tau. Tapi maybe air hujan tu terkena sikit kat dia, nanti sekejap tu dia boleh demam atau dedar. Bila demam atau dedar mesti sekali pakej batuk dan flu. Aku sejak Raifa pernah kena warded tu, aku paling takut kalau dia dah start demam. Sebab bila dia demam mesti batuk dengan flu. Bila batuk dan flu, mesti nafas Raifa berbunyi pastu berombak. Aku takut sangat jadi balik kes lung inflection tu. Kalau jadi macam tu, bila bawak jumpa doktor, aku mesti tanya doktor, paru-paru anak aku ok ke tak. Bila doktor check kata ok. Tapi aku masih tak puas hati, mesti aku tanya banyak kali sampai aku puas hati. Mak bapak mana yang tak risau bila anak-anak tak sihat.

Dua minggu lepas, dua-dua anak aku muntah-muntah. Satu hari aku rasa lebih 5 kali kot diaorang muntah. Mula-mula Raifa je yang muntah-muntah. Asal minum susu muntah. Asal makan muntah. Minum air kosong pun muntah jugak. Pagi tu jugak aku dengan Saiful bawak pergi klinik. Doktor kata tak ada apa-apa. Mungkin virus je. Balik klinik, Raina pulak muntah-muntah. Bayangkan, dalam kereta Raifa muntah kat seat depan. Yang Raina muntah kat seat belakang. Kereta pun dah bau muntah. 

Lepas beberapa hari selepas kejadian Raina dengan Raifa muntah-muntah tu, Raifa start demam, batuk dan flu. Aku syak Raifa berjangkit dengan Raina. Sebab sebelum tu, Raina memang ada batuk pastu demam. Tapi sekejap je Raina dah ok. Aku rasa jerebu pun salah satu punca. Raifa demam tak lama dalam dua hari je kot. Itu pun malam je demamnya. Siang dia ok je. Tapi batuk dengan flu menjadi-jadi. Makin lama makin teruk. Aku dah risau bila nafas Raifa dah start berbunyi pastu dada dia berombak. Kali ni macam teruk sangat aku rasa. Bawak pergi klinik. Doktor buat surat suruh terus bawak pergi hospital. Aku dah agak kalau pergi hospital mesti kena masuk wad.  

Bila sampai hospital, terus kes Raifa di refer ke bahagian asma dan sakit jantung. Masa tu aku dah rasa sebak. Bayangkan masa tu aku bertiga je dengan anak-anak. Masa tu malam okeh. Bukan siang. Saiful dapat call dari tempat kerja kena masuk kerja ada kerja urgent. Jadi nak tak nak aku kena ke hospital sendiri dengan anak-anak. Nasib baik anak-anak elok je tak meragam. Raina banyak bantu aku masa nak handle adik dia tengah tak sihat tu. Dan malam hari khamis minggu lepas, Raifa kena warded untuk kali kedua atas sebab broncho pneumonia dan lung inflection. Nanti aku cerita detail pasal kejadian ni. Nak cerita panjang sangat. Kena cerita kat entri lain. InsyaAllah harap-harap aku rajin nak update blog.

Gambar Sabtu lepas. Masa ni hari ketiga kat hospital dan Raifa kena ambil neb every 3 hour. Aku yang tengok anak aku ambil neb pun rasa sebak sangat. Raifa baru discharge dua hari lepas. Itu pun Saiful merayu minta discharge awal sebab rasa dah lama sangat duduk kat hospital. Tapi doktor minta kami pantau kesihatan Raifa sebab Raifa masih belum sihat sepenuhnya lagi. Aku masih monitor kesihatan Raifa

Nampaknya kedua-dua anak dara aku dah ada pengalaman tidur kat hospital. Memanglah diaorang pernah tidur kat hospital masa newborn dulu. Itu kira lainlah sebab dah memang aku bersalin kat hospital. Nak tak nak memang kena tidur kat hospitallah dalam sehari dua kan. Maksud aku kat sini, aku tak sangka yang anak-anak aku akan ada pengalaman tidur kat hospital sebab diaorang tak sihat. Bila anak tak sihat, walaupun hanya batuk dan flu je, jangan ambil ringan. Kadang-kadang luaran nampak ok. Tapi dalaman kita tak tahu.

Oklah dah panjang sangat entri ni. Nanti kalau rajin aku cerita lebih detail lagi ye

Wednesday, September 23, 2015

Selera makan yang merepek


Sejak kebelakangan ni, aku suka sangat makan keropok Chachos ni. Semua ni sejak adik aku dapat idea baru-baru ni nak jual Nachos bersama limpahan kuah daging masa meniaga kat The Strand hari tu. Bagi aku kenalah dengan selera tekak aku. Aku kan tak suka daging. Tapi hari tu masa meniaga Erni kawan kepada adik aku, kawan aku jugak (kawan meniaga) masak kuah daging untuk Nachos. Aku tanya kenapa tak buat kuah ayam je. Erni kata daging ayam lagi mahal. Eh ye ke? Aku rasa daging lembu lagi mahal. Tapi memang Erni pandai masak. Sebab tak bau hamis langsung bau daging lembu tu. Lagi satu sebab daging tu di cincang halus-halus. So aku set otak aku macam makan gaging ayam cincang gitu. Sebab tu aku boleh telan. Kalau berbau plus potong stail besar-besar biasanya memang taklah aku telan. Boleh muntah kat situ jugak kot. Itulah point aku kenapa aku tak berapa gemar makan daging. Bukan tak makan tapi kalai boleh elak memang aku elakkan.

Sejak meniaga baru-baru ni, aku jatuh cinta dengan keropok Chachos ni. Yang penting perisa cheese. Serius sedap. Before ni aku pernah beli Nachos orang lain jual tapi serius tak berapa sedap. Pengakuan jujur. Kalau tengok ig penjual ni pun berpuluh ribu kot follower dia. Kalau dia bukak booth, orang beratu panjang berjela sebab nak beli Nachos dia. Harga standard harga booth around RM7 ke RM15 sebekas. Harga ikut pada kita nak flavour apa. Nak ayam ke daging ke nak telur mata ke nak tambah cheese leleh ke bla bla bla. Bila di selidik kenapa Nachor yang famous tu tak sedap, sebab diaorang guna chachos yang beli timbang satu plastik besar tu. Selalu chachos timabang ni tak sedap sebab tak ada rasa. Rasa kosong je.


Adik aku dapat idea nak guna keropok Chachos cheesy cheese dan bukan chachos timbang. Maka belilah berplastik-plastik Chachos cheesy cheese hari tu untuk barang meniaga. Alhamdulilah licin terjual. Ramai rupanya peminat Nachos. Kalau korang pergi mana-mana booth food festival ke biasa ada jual Nachos ni. Tapi pastikan peniaga gunakan Chachos cheesy cheese bukan chachos timbang.

Sejak dari tu, asal aku pergi mana-mana nampak keropok Chachos ni mesti aku beli. Baru-baru ni aku ke Giant nak beli barang sikit. Nampak keropok Chachos pek besar. Harga RM5+. Apa lagi aku rembatlah satu. Boleh aku melantak makan satu bungkus habis gitu. Whatsapp angah. Angah kemain sound aku kata nak kurus tapi melantak Chachos selalu. Adoiii tak boleh tahan wei. Sedap sangat kot keropok ni. Lepas aku habiskan sebungkus Chachos terus rasa menyesal tiba-tiba. Apa kejadah selera makan aku merepek sangat ni. Inilah namanya makan dulu meyesal kemudian. KahKahKah.

Lepas ni aku tak nak dah melayan selera makan merepek aku. Benda tak berkhasiat ni jugak aku makan. Sesekali takpelah jugak. Ni boleh dikatakan kerap aku beli keropok Chachos tu. Sudah cukup sudah. Tolong jangan nak hangat-hangat taik ayam ye Nurul. Sekarang sila tumpukan pada misi utama

Monday, September 21, 2015

Gambar selfie guna handphone ibu aku

Jangan gelakkan gambar selfie aku okeh. Senyum takpe. Hahaha

Aku jarang selfie. Sebab tak minat. Lagipun muka aku tak cantik. Kalau selfie boleh tukar muka aku yang tak cantik ni jadi cantik maybe aku boleh pertimbangkan untuk selfie sentiasa. Tapi sesekali sawan selfie aku datang. Tiba-tiba je nak selfie. Gambar kat atas tu gambar selfie aku pagi tadi. Dalam kereta tengah boring tunggu kat traffic light. So apa kata kita selfie sambil minum jamu kencur. Aku minum jamu? Iye mak dah minum jamu kencur hari ke 5 hari ni. Dan mak dah consume jamu susut Ayu lebih kurang dua minggu lebih. Lately minat aku pada produk jamu. Tak tahu kenapa. Maybe aku dah tua so kena jaga badan dalaman dan luaran. Tiba-tiba tersedar diri. KahKahKah. Nantilah kalau rajin aku cerita detail pasal jamu yang aku consume ni ye. Kalau rajinlah.

Gambar tu selfie guna hp ibu aku. Hp aku kan rosak. Dah hantar repair kat Pertama Complex minggu lepas tapi tak tukar sim card lagi. Malas. Boleh gitu? Hahaha. Jangan gelakkan gambar selfie aku. Tapi yang aku perasan guna hp ibu aku ni gambar kalau outdoor lawa. Kalau indoor ke laut gambar dia tak lawa. Pastu dan-dan kulit aku jadi cerah semacam. Wow sangat. Apa kejadah tiba-tiba kulit aku yang kelabu asap boleh jadi cerah ni.. Nampak benau menipunya kamera hp ibu aku ni tau.

Tapi ni bukan gambar pakai kamera 360 okeh. Pakai kemera biasa je. Hp ibu aku hp Vivo je. Kan aku cerita kat entri yang lepas, hp ibu aku ni hp skima. Instagram pun tak ada dalam hp ibu aku ni. Tapi kemera ni boleh jadikan muka aku cerah. Jakun aku tau. Hahaha. Tapi aku memang tengah consume pakai produk yang duta produk dia artis Shiera. Terpengaruh tengok muka artis Shiera tiba-tiba jadi cantik semacam terus aku beli. Tapi kulit aku belum glowing pun. Tapi nampaklah kulit aku dah bersih. Itu memang di akui. Lagipun baru lagi aku pakai produk ni. Tapi lingkaran bawah mata dan kedut tepi mata still ketara. Macam mana entah nak hilangkan. Lagi satu, macam mana nak hilangkan jeragat. Walaupun tak ketara masalah jeragat aku, tapi aku sedaya upaya jugak nak cuba hilangkan dari dulu lagi. Stress mak tau. Itu pasal aku tak suka selfie. Tapi sementara aku pakai hp ibu aku ni, bolehlah sesekali aku selfie kat outdoor. Sebab kemera hp ibu aku ni boleh jadikan kulit aku cerah. Sesekali berangan. KahKahKah.

Ok bai

Friday, September 18, 2015

Handbag mak budak dan khazanah anak-anak

Botol susu mainan ni ada dalam handbag aku. Now aku letak je atas meja. Sambil buat kerja sambil tengok botol susu mainan ni. Tiba-tiba rindu kat anak-anak

Pagi-pagi sampai office lepas breakfast duduk je depan komputer, benda pertama aku cari minyak panas. Minyak panas dengan aku dah macam kawan baik dari dulu lagi. Aku ni dah lama sakit tulang belakang. So minyak panas tu memang kena sentiasa ada dalam beg. Bila sapu minyak panas tu rasa lega semacam. Ni lah akibat dulu masa anak dara suka tidur atas simen. Banyak kali kot kena bebel dengan ayah dengan ibu aku. Pasti adik-adik aku pun ada tegur kot. Tapi degil. Sejuk kekdahnya tidur atas simen. Best apa tidur atas simen nyaman rasa sejuk je. Orang tidur atas tilam, kau tidur atas simen. Apa kejadahnya.

Kesan dia aku rasa sekarang ni lah. Sakit tulang belakang. Lama dah kot aku sakit tulang belakang ni. Dari anak dara jugak lah rasanya. Tapi sejak kebelakangan ni agak ketara pulak rasa sakit tu. Aku kalau pergi mall ke atau berdiri lama memang tak boleh. Aku kena cari tempat untuk duduk sebab aku nak bersandar. Bila bersandar pastu sapu minyak panas perghhhh rasa lega bebenau. Haih macam dah gaya orang tua aku ni sakit tulang belakang gini.

So memang setiap pagi, benda wajib aku cari minyak panas standby letak atas meja. Walaupun kerja aku duduk depan komputer je bukan kerja berdiri pun, tapi aku tetap bergantung dengan minyak panas ni. Sebab kadang-kadang kalau aku duduk pun aku jenis tak bersandar betul-betul kat kerusi, so terasa jugaklah sakit tulang belakang tu. Sebab tu aku ada standby bantal jugak. Kadang-kadang tu siap bersandar kat bantal. 

Ok sebenarnya aku nak cerita lain. Melalut cerita sakit tulang belakang apa kejadahnya. Suka sangat melalut dari tajuk entri sebenar. Maklumlah mak kan suka menulis. Bila ada mood menulis tu tangan laju je taip apa yang terlintas. Layankan aje ye. Ok kisahnya masa pagi tadi cari minyak panas dalam beg, ternampaklah botol susu mainan ni. Aku lupa nak keluarkan botol susu mainan ni. Hari tu masa cuti Hari Malaysia kan, aku keluar berjalan ke Petrosains. Haruslah anak-anak aku bawak satu dua toys diaorang masuk dalam kereta.

Doll Raina yang rambut pendek tu. Raina namakan 'Zara'. Tapi Raifa panggil 'Umar'. Yang doll pakai topi tu doll Raifa yang aku baru belikan. Raifa panggil 'Umar'. Tak sudah-sudah Raifa panggil Umar. Nampak baby je dia painggil Umar. Sebab kat rumah babysitter ada baby baru nama Umar. Tapi Raifa tak suka sangat dengan doll aku belikan tu. Dia nak yang doll Raina jugak. Mentang-mentanglah mama belikan yang murah je. Nantilah mama cari yang lain untuk adik ye

Kalau tengok dalam handbag aku ni, ada macam-macam barang khazanah barang anak-anak aku. Mak budak sangat. Kadang-kadang ada diaper, botol susu, sikat, stokin, soother, baju salin, getah rambut dan macam-macam lagilah. Aku ni kadang-kadang main sumbat je semua benda masuk dalam handbag aku tu. Sebab tu selalu kena perli dengan laki aku. Saiful selalu kabo kalau lagi besar beg awak tu makin beratlah beg. Semua benda nak sumbat masuk dalam beg. Hahaha. Well, biasalah mak budak kan. Sebab tu aku suka beli handbag jenis besau gabak. Senang nak sumbat masuk brang macam-macam.

Dulu masa anak sorang, aku rajinlah jugak asingkan barang anak masuk dalam beg sandang belakang. Memang ada beg khas untuk letak barang anak-anak. Bila dah anak dua ni, memang aku malas nak bawak beg sandang belakang tu. Jarang sangat aku bawak kalau keluar ke mana-mana. Semua benda aku sumbat dalam handbag aku. So meranalah aku bawak handbag yang berat kemain tu. Hah tu pun salah-satu punca tu sakit tulang belakang aku makin menjadi-jadi. Semua benda pun nak sumbat utuhlah kau situ bawak handbag berat-berat. Hahaha.

Botol susu mainan tu sebenarnya mainan Raina. Ibu aku baru belikan toys untuk Raina dan Raifa hari tu masa aku mencari carset baru untuk Raifa. Ibu aku suka sangat offer ke budak-budak. Memang laju lah anak-anak aku pilih toys. Hari tu Raina pilih doll. Tak faham aku tau dah besar, dah sekolah dia baru ada keinginan nak main doll. Sebab setahu aku Raina mana suka anak patung tak kisahlah barbie doll ke apa pun. Kalau dia main pun sekejap sangat pastu dah ke mana dia campak. Sebab tu dari kecik sampai dah besar ni rasanya memang aku tak pernahlah belikan doll untuk dia. Kalau ada pun orang bagi as present kot. Bila tok wan offer nak belikan toys, merayu-rayu nak doll berharga almost RM100 tu. Perghhh  apa jadah mahal sangat. Demi cucu ibu aku pun belikan jugak.

Yang Raifa pulak pilih lori mainan. Hah kalau cerita pasal Raifa ni, dia punya minat sama macam Raina masa kecik-kecik dulu. Dia suka main mainan macam motor ke, kereta ke lori ke. Percaya tak? Nama je aku ni anak-anak perempuan. Tapi itulah realitinya anak-anak aku time kecik gini suka main mainan berunsur transport gitu. So ibu aku belikan lori mainan berharga hampir RM50. Memang tak masuk akal betullah mainan budak-budak zaman sekarang. Jadah sangat mahal sangat macam tu. Aku dah kabo kat ibu aku tak payahlah belikan. Ibu aku nak jugak belikan.

Masa ni kat rumah atok dan tok wan tengah bergaduh sebenarnya. Masing-masing buat muka. Pastu adalah adegan menangis. Sabar je lah. Raifa ni tak padan dengan keciknya boleh tahan jugak perangai dia. Tapi pandai pulak tu, tak lama tu siap pujuk Raina. Hahaha
 
Hah itu lah lori mainan Raifa. Masa ni dia leka tengah main lori mainan dia sambil cakap 'vroommm...vroommm'. Kemain lagi

Bila balik rumah bergaduh adik-beradik tu. Dah pulak Raifa nak doll Raina. Mulut asyiklah sebut 'Umar...Umar...Umar'. Dah bagitahu ni gegirl mana boleh nama Umar. Dia tetap cakap itu Umar. Layan je lah. Dah sorang menangis dan sorang tarik muka berebut anak patung. Masa kat kedai adik nak lori. Dah sampai rumah nak anak patung kakak pulak. Pening mak korang nak.

Akhirnya, aku malas nak dengar pergaduhan adik-beradik dalam rumah siap ada babak drama menangis bagai, jadi marilah kita cari doll lagi satu. Tapi dengan syarat cari yang murah-murah je. Mak korang kedek sikit nak beli toy mahal-mahal ni. Membazir okeh. Korang bukan main sangat pun. Bila dah jemu entah ke mana korang campak nanti. Hahaha. So aku belikan Raifa anak patung lain. Harga RM29.90 je. Ingatkan tak adalah drama berebut doll. Rupanya ada okeh. Raifa nak doll mahal je. Yang murah tu dia tak suka. Adoiii pening mak korang. Nantilah mama try cari lain. Pandai pulak budak zaman sekarang memilih.

Itu yang sekarang anak-anak aku tengah kemaruk main doll. Bawak ke mana-mana. Kang adalah aku sumbat toys anak-anak dalam handbag aku ni. Nasib baik aku tak bawak doll datang office. kang orang ingat aku yang main doll ke apa dah tua bangka ni. Hahaha

Nota : Kualiti gambar tak berapa cantik. Aku masih pakai hp ibu aku ni. Hp aku baru bagi ke adik aku Bani malam tadi suruh hantar repair kat Pertama Complex. Bolehlah dari tak tempek gambar, ada jugak gambar kan

Thursday, September 17, 2015

Ummie Ngah Raina dan Raifa

Aku ada dua orang adik, angah dan Bani. Disebabkan jarak antara aku dan angah cuma setahun, jadi kami memang rapat antara satu sama lain. Dengan Bani rapat jugak. Sama je dah kata adik-beradik. Cuma dengan Bani ni, sebab dia lelaki dan Bani pun jenis tak banyak bercakap, jadi tak banyak perkara aku boleh kongsi cerita dengan Bani. So apa-apa hal pun aku memang suka cerita dengan angah selain ibu aku. Aku bersyukur mempunyai adik-adik yang sangat mengambil berat dan sayang terhadap anak-anak aku terutamanya angah. 

Angah dah kahwin lebih kurang dalam 6 tahun usia perkahwinan dia. Aku kahwin tahun 2008 dan angah kahwin tahun 2009. Tapi sampai sekarang angah belum dikurniakan rezeki anak. Kadang-kadang aku turut simpati bila adik aku down pasal hal ni. Selalu kami sekeluarga bagi semangat kat angah. Alhamdulilah sekarang angah nampak lebih ceria. Sebab tu angah sibukkan diri dia dengan meniaga kat booth pada hujung minggu dan macam-macam yang dia buat untuk sibukkan diri dia. So dengan siapa lagi dia nak menumpang kasih sayang dengan anak-anak kecil kalau tak dengan anak-anak aku. Anak-anak aku panggil angah dengan panggilan 'Ummie Ngah'. Moden sikit bunyinya. Cehhh adik aku ni nak yang bunyi moden je. Hahaha. Tapi aku pun suka dengan panggilan tu nama tu. Taklah nampak skema sangat. Ye dak? Hahaha. Angah yang bahasakan dirinya dengan panggilan tu. Macam Raifa yang masih dalam proses belajar bercakap, Raifa panggil angah dengan panggilan 'ngah'. Hihihi.

Gambar semalam di KLCC, angah, Raina dan Raifa

Gambar semalam time nak ke Petrosains. Terima kasih angah belanja pergi Petrosains. Tengok gambar ni, selamba je adik aku pakai selipar pergi KLCC. Dia ni memang sempoi orangnya. Tapi percayalah sebenarnya dia lagi pandai bergaya dari aku. Tapi kalau keluar jalan bersantai, dia memang selamba pakai selipar. Nantilah kalau rajin aku cerita kat entri lain pasal cerita semalam. Kalau rajinlah ye. Hahaha

Angah rajin bawak Raina dan Raifa berjalan. Tapi perangai angah dia tak berapa suka bawak budak-budak kecik pergi mall. Bukan langsung tak bawak pergi mall. Pergi je mall lagi-lagi lepak pergi Ikea. Hei Ikea sesaja kau ni Nurul. Dah aku suka pergi Ikea. So bila angah ajak keluar sebab bosan, laju je aku kabo jom Ikea. Hahaha. Layankan aje perangai kaklong ko ni ye angah. Angah paling suka bawak Raina dan Raifa tempat yang boleh belajar sesuatu macam Pusat Sains Negara dan Petrosains contohnya. Angah cakap better bawak budak-budak pergi tempat-tempat yang boleh belajar dari pergi mall. Kadang-kadang angah ajak pergi muzium tapi sampai sekarang tak bawak lagi Raina dan Raifa pergi muzium. Nantilah next time maybe boleh bawak Raina dan Raifa pergi muzium.

Macam semalam, angah ajak aku, ibu bawak Raina dan Raifa berjalan ke Petrosains, KLCC. Suami masing-masing kerja. Duduk rumah bosan. So jomlah kita ke Petrosains. Aku ajak pergi Pork Dickson atau Melaka, angah tak nak. Dia nak jugak pergi tempat yang boleh Raina dan Raifa belajar sesuatu. Lagi bagus katanya. Nantilah kalau rajin aku cerita. Malas nak transfer gambar dalam hp. Hahaha.

Angah ni pemurah orangnya. Bukan nak puji adik sendiri. Tapi memang kenyataan perangai dia memang tak kedekut. Kalau keluar dengan dia, selalunya dia sendiri nak bayar itu ini. Dia paling suka belanja makan. Kadang-kadang dia belanja macam-macam. Maybe dia belum ada anak, duit tak tahu nak buat apa. Mungkin kot. Senang kata, adik aku ni jenis tak berkira dan jenis tak kisah pasal duit. Dia selalu kabo, jangan kedekut, rajin sedekah kat orang, InsyaAllah murah rezeki kita. Selalu sangat dia pesan dengan aku macam tu. Kalau hari raya, tiap tahun biasanya dialah orang paling banyak bagi duit raya kat anak-anak aku. Terharu sangat. Hari tu birthday party Raifa dan majlis aqiqah Raina dan Raifa pun dia yang sponsor candy buffet dan beberapa menu sampingan. Terkejut jugak dia nak sponsor macam-macam. Terima kasih angah.

Aku doakan angah dimurahkan rezeki anak. InsyaAllah. Untuk angah, terima kasih atas segal-galanya. Terima kasih sebab layanan baik kat Raina dan Raifa. Terima kasih sebab menjadi Ummie Ngah yang best terhadap Raina dan Raifa

Tuesday, September 15, 2015

Hei, selekeh ke aku?

Hari ni aku masuk office lambat sikit. So pagi tadi aku yang hantar Raina pergi sekolah. Biasanya Raina naik van sekolah. Ingatkan sekolah Raina tutup sebab adik aku bagitahu malam tadi ada keluar arahan penutupan semua sekolah di beberapa negeri sebab jerebu. Tapi baca dalam group whatsapp, pengetua kata sekolah di buka macam biasa. Lagi pun hari ni ada program 'Haji Cilik'. Tak ramai yang pergi pun. Aku tengok gambar dalam group whatsapp sekolah Raina tadi, adalah beberapa orang wakil dari Genius Aulad Kota Kemuning.

Pengetua bagitahu program ni satu Selangor. Tak silap aku hari tu pengetua bagitahu ada lebih kurang 2000 student terlibat program ni. Tapi Raina tak join pun program 'Haji Cilik' ni. Bukan tak nak join, tapi aku terlepas pandang due date pembayaran program ni. Masa belek-belek messages book Raina, baru perasan dah terlepas due date nak bayar. Tanya pengetua, dia cakap dah tak boleh bayar dah, sebab senarai nama student dah di hantar ke pihak penganjur. Tak ada rezeki Raina nak join program tu. Aku whatsapp teacher kelas Riana tanya, ramai ke yang join untuk kelas Raina. Dia kata cuma dua orang je. Ok lega so Raina boleh sekolah macam biasa hari ni.

Hari ni sekolah macam biasa ye Raina

Eh dah lari topik pulak. Ok sebenarnya aku nak cerita hal pagi tadi aku hantar Raina ke sekolah. Terserempak dengan seorang mak budak. Borak-borak. Aku tak tahu nama. Dan tak tahu anak dia kelas yang mana satu pun. Genius Aulad banyak sangat kelas. Yang aku tahu anak aku 6 Madeenah. Itu je lah kau tahu ye Nurul. Ingat nama kelas anak sendiri je. Tapi aku borak macam orang dah kenal. Nampak tak betapa kemain aku peramah. Peramah ke? Erkk? Hahaha. Tengah borak tu aku boleh rasa teruja sangat tengok penampilan mak budak tu. Cantik, bergaya siap pakai kasut jenis boot gitu. Stailo habis. Aku pandang kasut aku. Sandal je aku sarung. Selekehnya aku. Kahkahkah.

Sebenarnya tiap kali aku ke sekolah Raina, memang kebanyakan mak bapak budak kat sekolah situ jenis bergaya habis. Sebab tu aku sedaya upada cuba tak nampakkan diri aku selekeh kalau pergi sekolah Raina. Masalahnya selekeh sangat ke aku ni? Bila tanya laki sendiri ok tak penampilan aku. Saiful jawab ok je. Tak tahulah maybe dia nak jaga hati aku je. Tapi aku kenal Saiful, kalau dia rasa tak suka cara pemakaian aku, dia akan tegur sambil buat lawak. Biasanya itu perangai dia. Dia buat lawak tu sebab tak nak bagi aku tersentap. Tapi aku tetap akan tersentap. Huh! mahu tak sentap. KahKahKah. So bila laki dah tegur sambil melawak tu, biasanya aku dah malas nak pakai baju atau apa-apa yang dia dah komen tu. Ye lah kalau laki dah tegur kita mana boleh diam diri je. Maybe apa yang dia tegur tu betul.

Hei, selekeh tak? Nak kurus please

Sejak jadi mak budak, aku sedaya upaya elakkan pemakaian yang ala-ala macam makcik. Takut sangat aku kalau orang nampak stail aku macam ala-ala makcik. Sebab tu aku suka pakai shawl walaupun pakai shawl ni agak rumit. Aku tak sesuai pakai tudung awning. Adik aku pun pernah tegur. Sebab tu tudung Fareeda aku tu elok je aku peram. Hahaha. Kadang-kadang je lah kalau aku dah malas sangat, baru sarung tudung jenis awning. Itu pun biasanya kalau aku nak pergi beli barang dapur setakat nak pergi Econsave yang jaraknya dengan rumah bukan jauh mana pun. Biasanya macam tu je lah kalau nak pakai tudung awning pun. Pakai sebab bersebab. Sebab apa? Mood malas nak iron dan lilit shawl. Gittewww.

Bila aku tenung sandal aku pagi tadi, alahai sedih je rupanya. Dah lama aku rasa selesa hanya sarung sandal. Padahal sebelum ni kalau ke mana-mana aku sanggup pakai bertumit. Tak pun kasut bersarung sebab nak elakkan diri aku nampak selekeh. Nampak gayanya aku kena cari kasut barulah. Barulah rasa tak selekeh. Alasan sangat nak kasut baru. Yang banyak-banyak kasut dalam bonet kereta dengan dalam rak kasut kat rumah tu nak buat apa Nurul? 

Ok aku nak keluar lunch. Jom lunch nasi separuh je. Tak boleh lebih-lebih. Babap kang

Monday, September 14, 2015

Jom minum air masak


Entri ni aku taip sebab sistem payroll tengah down. Dahlah kerja tengah banyak. Aku nak check overtime beratus-ratus orang pekerja ni. Time tu lah sistem buat hal. Apa lagi zasss update blog. Hamboi sehari sampai dua entri kau ye Nurul. Tengah ada mood nak update blog. Layankan aje. Dah masuk seminggu lebih kot aku dah start balik minum air masak. Dulu aku rajin jugak minum air masak berbotol-botol. Pastu siap hari-hari minum green tea tanpa gula. Orang lain kabo tak sedap. Pada aku sedap je. Lagi-lagi kalau minum panas-panas. Kalau dah sejuk tak berapa sedap kat tekak aku ni. Sekarang aku start balik nak minum air masak banyak-banyak. Aku ni selalunya kejap je berkobar-kobar semangat tu. Pastu malas. Ok aku harap kali ni semangat aku takkan pudar. Cehhh ayat kemain.

Botol air tu baru aku beli minggu lepas. Punyalah semangat nak minum air masak berbotol-botol. Botol air lama dah jahanam. Biasalah aku kan ganas pakai. Bukan ganas tapi lasak. Hahaha. Botol air plastik tu boleh pecah aku kerjakan. So nak tak nak aku pun belilah botol air baru. Barulah semangat sikit. Gambar tu aku baru je snap tadi. Aku baru habiskan sebotol air. Pastu lepas lunch tadi tambah lagi air. Tu dalam gambar air dah tinggal separuh. Aku target sehari 3 atau 4 botol air saiz besar botol air tu aku kena minum. Minum sampai muntah. Pastu ulang-alik pergi toilet. Letih hoi asyik nak pergi toilet dari pagi tadi. Takpe hati kena kental beb. Cehhh statement tak agak-agak kau ni Nurul. Jom minum air masak banyak-banyak. Elok untuk kesihatan. Cewahhh

Nota : Bila nak update entri raya? Hoi raya dah habis tapi entri raya yang aku kabo nak cerita tu tak update lagi. Peram dulu. Kalau rajin aku update. Tak rajin aku tak update. Hahaha

Berdua dengan Raina di Jkids playground

Ini cerita awal bulan hari tu masa aku meniaga kat The Strand, Damansara. Kalau perasan Raina pakai baju dan skirt yang sama masa hari aku keluar berdua dengan Raina pergi Aeon Bukit Tinggi dan Giant sehari sebelum aku meniaga. Itu yang aku bagitahu dalam entri yang lepas, beberapa minggu lepas memang aku busy sangat. Bawak baju pun main sumbat je. Sebab kejap kang balik Shah Alam. Pastu kejap kang balik Banting. Sebab memang biasa kalau aku meniaga, anak-anak ibu aku yang jaga kat Banting. Bila dah kat Banting, memang aku basuh je baju yang aku bawak tu, dan pakailah baju apa yang ada. Hahaha.

Ok kan aku bagitahu kat entri yang lepas, meniaga awal bulan hari tu, aku bawak Raina sekali. Raifa je aku tak bawak. Raifa duduk dengan atok dan tok wan. Raina nak sangat ikut aku meniaga. Before ni dia ada jugak ikut aku meniaga tapi sekejap je. Aku pun biasa tak lama kat booth. Selalu adik aku yang handle jaga booth. Biasa aku letak dan kemas barang niaga, jaga booth sekejap pastu tengahari aku dah balik rumah. Biasalah ada anak kecik ni nak duduk kat booth dari pagi sampai malam payah okeh. Hati kena kental. Itu yang aku jarang jaga booth sampai malam. Adik aku pun dia ada partner bisnes dia, Erni So kalau aku tak jaga booth, adik aku jaga booth dengan Erni tu. Kadang-kadang je aku jaga booth sampai malam. 

Pernah sampai rumah dah pagi ok. Percaya tak aku pernah je drive malam sorang-sorang balik Banting dari The Strand. Sampai Banting dah dekat pukul 2 pagi. Mengantuk jangan cakaplah. Siap berhenti kereta tepi jalan bantai tidur sekejap. Hahaha. Kalau Saiful tahu memang dia bisinglah. Saiful pulak biasalah dia busy kerja. Dia nak tolong jaga booth pun memang tak bolehlah. Cuma dia pesan macam-macamlah. Tapi yang best dia sekarang dah tak halang minat aku. Dulu dia bising jugak. Iyelah kalau meniaga ni kelang-kabut nak urus anak, barang niaga lagi macam-macamlah. Tapi bila dia tengok kesungguhan aku kot, sekarang dia diam je. Lagipun duduk rumah boring. Baik meniaga dapat duit. Gittewww. 


Bila dah bawak Raina meniaga dari pagi, faham-fahamlah. Raina ni dahlah jenis tak suka duduk diam. Ada je nak di buatnya. Suruh duduk satu tempat tak mahu. Kalau duduk pun sekejap je. Boringlah tu. Hah nak sangat ikut mama dia meniaga kan? Hahaha. Pastu tengahari macam tu, aku pun ajaklah Raina pergi jalan-jalan dalam The Strand Mall tu. Entah macam mana lalu depan Jkids playground. Raina kata nak masuk main dalam tu. Aku dahlah tak ada duit tunai. Nak keluarkan duit, mesin ATM dalam mall rosak. Stress mak okeh. Takkan nak ambil duit meniaga. No no no kena tunggu habis niaga baru boleh ambil berapa untung bersih meniaga. 

Pastu aku pun buat muka tak malu, tanya kat kaunter, boleh tak pakai debit card. Budak kaunter kata boleh. Ok ada rezeki anak aku nak main dalam Jkids tu. Total dalam RM40+ termasuk harga stokin. Aku rasa agak mahallah harga indoor playground sekarang. Dulu aku rasa harga bawah RM30 pun ada kot. Entahlah pasal lama sangat tak bawak anak-anak main dalam indoor playground yang berbayar. Selalu pergi indoor playground yang free dalam Giant je. kedek ke apa ni? Bukan kedek tapi jimat. Hahaha.




Lama aku dalam Jkids  tu. Adalah dalam dua jam kot. Sampai mengantuk aku tunggu Raina main dalam Jkids tu. Sebab rasa syok ada air-cond. Meniaga kat booth panas sebab booth outdoor kan. Whatsapp adik aku, bagitahu aku dengan Raina lepak kat Jkids. Minta dia tolong tengokkan apa patut kat booth. Adik aku ok je. Tapi dia bising jugak kenapa bawak pergi Jkids. Membazir katanya. Dia suruh aku bawak Raina tengok wayang lagi berbaloi katanya. Hamboi sangat. Ni nak meniaga ke nak berjalan? Hahaha.

Aku tunggu Raina main sampai aku pun dah tertidur dalam keadaan duduk kat dalam Jkids tu. Pastu ajak Raina balik, tak nak pulak anak dara tu. Lama-lam aku rasa bosan duduk melangut dalam tu. Tapi aku bagi can lah Raina main sampai puas. Tiba-tiba teringat Raifa bila terpandang dua beradik perempuan pakai baju sedondon tengah main-main dalam Jkids tu dengan bapak diaorang kot. Aku tak perasan mak budak-budak tu. Nampak bapak diaorang je. Tapi masa aku nak kemas booth nak balik malam tu, aku perasan bapak budak-budak yang aku jumpa dalam Jkids tu pun tengah kemas barang niaga. Aku syak dia pun meniaga kat situ. Oh bagus jugak meniaga kat The Strand ni. Asal boring je kita jalan-jalanlah dalam mall. Yang penting booth ada orang jaga.


Nantilah next time boleh bawak Raifa main kat indoor playground berbayar. Aku siap bagitahu kat Raina, kasihan adik tak dapat main kat sini Raina. Kalau ada adik ni, mesti adik suka. Tiba-tiba sebak. Hati mak budak sangat. Raina pun kalau kat mana-mana dia ingat adik dia. Terharu betul. Sikit-sikit dia ingat adik dia. Dah kata adik-beradikkan. Bila tengok balik gambar-gambar ni, aku rasa seronok pulak bila tengok Raina seronok macam ni. Ok next time kita bawak adik pulak ye Raina. Main dengan adik sama-sama nanti

Friday, September 11, 2015

Situasi di antara bila tak ada duit dan bila ada duit

Aku pernah terbaca tweet siapa entah dulu berbunyi lebih kurang begini :

Bila tak ada duit masa tu lah rasa nak shopping macam-macam. Bila dah ada duit tak terasa nak shopping pun. Bila tak ada sale terasa nak beli macam-macam. Bila ada sale tak terasa nak beli apa-apa pun.

Aku rasa betul jugak. Contohnya bagi diri akulah. Bila bajet tak berapa nak ada, time tu lah aku rasa nak beli carpet baru kat Ikea, nak beli drawer baru kat Ikea, nak beli handbag baru, nak beli jam Fossil idaman, nak beli shawl kat Butik Uyyun dan Shawlbyvsnow, nak beli perfume kat Victoria's Secret, nak beli tix Air Asia, nak shopping kat Kaison, bla bla bla. Kalau nak listkan panjang hoi. Semua pun nak. Kehendak manusia. Tak pernah nak puas.

Tapi bila dah ada bajet, ada duit sikit tak terasa pun nak beli semua tu. Pelik kan. Alhamdulilah sekarang ni adalah rezeki sikit. Ibu aku baru bagi sedikit peruntukan ke anak-anak dan cucu-cucu dia. Semua tu rezeki ibu aku. Alhamdulilah. Tapi apa yang aku buat bukanlah shopping barang idaman or bla bla bla. Tapi dua hari lepas aku settlekan semua urusan kat bank. Aku dah transfer sikit peruntukan masuk dalam tabung haji Raina dan Raifa walaupun Tok Wan diaorang dah sediakan peruntukan untuk diaorang. Tapi ini bahagian aku untuk anak-anak. Peruntukan yang ibu bagi untuk Raina dan Raifa, aku buatkan account ASB untuk mereka. Terima kasih Tok Wan. Walaupun taklah banyak mana tapi bagi aku Alhamdulilah ada rezeki untuk kami sekeluarga.

Minggu ni jugak adik aku baru transfer keuntungan meniaga kami masa kat The Strand hari tu. Seronok dan rasa satu kepuasan meniaga bila dapat untung macam ni walaupun tak banyak mana. Tapi kepuasan meniaga tu aku dapat rasakan. Memang sekarang kalau tengok account sendiri rasa nak klik sana sini shopping. Tapi entahlah nafsu shopping semua tak ada dalam diri aku sekarang ni. Terasa nak beli tix Air Asia sebab tengah ada promo sekarang ni. Tapi tak beli jugak fikir sayang duit. Nak beli handbag baru tak beli jugak fikir sayang duit. Serius nafsu membeli tak ada dalam diri aku buat masa ni. Semuanya rasa sayang duitlah. Cuma untuk nampakkan barang aku main kutu emas. Walaupun hakikatnya aku tak suka barang kemas. Tapi fikir masa depan dengan nilai duit makin jatuh, dengan keadaan ekonomi tak stabil maybe ini jalan terbaik untuk aku. Ibu aku pun setuju aku beli emas. So ikut cakap ibu aku. Berkat. InsyaAllah.

Macam tadi, lunch hour jalan sorang-sorang kat Setia City Mall. Ingat nak window shopping. Jalan-jalan dok belek itu ini tapi tak beli pun. Jangan orang salesgirl tu maki dalam hati sudah. Budak ni belek-belek tapi tak beli pun. Hahaha. Akhirnya aku cuma pergi FOS beli baju anak-anak berharga RM5 sehelai. Aku top up lagi baju basahan anak-anak. Pastu masuk Daiso sebab nak cari bekas untuk isi bekal anak-anak ke rumah babysitter. Jimat duit. Kesimpulannya duit bukan segala-galanya bila hati tengah berserabut.

Mungkin. Jawapan ada pada diri setiap orang bagaimana mendifinasikan nilai duit

Bila kaki melangkah keseorangan

Hasil shopping sorang-sorang di Ikea

Aku dah dua hari cuti. Hari ni baru masuk office. Raifa tak sihat. Pastu ada macam-macam urusan aku nak settlekan. Terasa nak update blog. Ok nak cerita pasal Jumaat lepas. Cerita dah basi. Jumaat lepas aku ambil time off. Sebab nak ke IPC, Damansara settlekan barang untuk meniaga. Minggu lepas memang minggu yang betul-betul busy bagi aku. Eh tapi minggu sebelum tu pun aku dah start busy dengan audit tak sudah-sudah. Naik muak dah rasa buat audit. Macam ni lah kerja makan gaji. Lepas settle barang untuk niaga, aku yang keseorangan time tu, tak tahu nak menghala ke mana. Entah macam mana, kaki melangkah masuk kedai Sportlight.

Aku dah tahu lama pasal kedai Sportlight ni. Adik aku kot yang cerita. Nanti kalau rajin aku cerita kat entri lain pasal kedai Sportlight ni. Sebab banyak gambar aku ambil hari tu. Tapi aku tak beli apa pun kat situ. Pada aku harga kat kedai Sportlight ni agak mahal. Adalah beberapa barang dia murah tapi tak murah mana pun. Apa kejadah benang untuk menjahit pun harga berbelas dan berpuluh ringgit bagi satu gulung benang. Aku beli kat kedai biasa rasanya baru RM1.50 kot segulung benang tu. Harga lebih kurang macam tu lah murah-murah je kalau beli kat kedai biasa. Setakat benang nak menjahit je pun. Beli yang murah-murah je. Aku ada berkenan bantal kat situ. Bantal tu macam stail kat Ikea dan Kaison. Tapi sebijik bantal harga dekat RM100. Perghhh tidaklah aku beli. Aku beli bantal kat Ikea nak letak kat sofa baru berapa hinggit je pun. Tapi memang tak dinafikan barang-barang kat Sportlight best-best. Teruja jugak aku. Tapi sebab sayang duit tidaklah aku membeli kat situ. Hahaha.

Lepas tu apa lagi, kaki aku terus menuju ke Ikea. IPC dan Ikea kan berjiran. Memang wajiblah aku singgah Ikea kan. Dah masuk Ikea kalau tak membeli, memang tak sah walaupun beli satu barang je pun. Aura dia lain macam kalau dah melangkah masuk Ikea ni. Padahal niat asal aku nak beli bakul untuk letak kain baju je pun. Hari tu bulan puasa dah beli. Ni nak beli lagi. Kebetulan officemate pun kirim belikan bakul tu. Tapi bila nak bayar, eh eh ada barang lain. Barang apa tu? Tengoklah gambar yang aku tempek kat atas tu. Selain bakul putih tu, barang-barang lain dalam troli tu sebenarnya tak ada dalam senarai aku okeh. Inilah namanya aura shopping kat Ikea. Benda yang kita tak rasa nak beli, automatik kita nak beli. Hahaha. 

Nampak troli aku tak penuh kan? Tapi bila bayar dalam RM200 jugak kot. Entah lupa dah aku. Tapi takpe benda-benda tu aku memang guna pun. So taklah rasa membazir pun. Alasan nak sedapkan hati. Hahaha. Sebenarnya kalau pergi Ikea sorang-sorang ni best jugak. Sebab boleh belek barang lama sikit. Kalau pergi dengan Saiful selalu dia nak cepat-cepat balik. Stress mak tau. Kalau pergi dengan anak-anak pulak, memang kena laju-laju pilih barang, bayar dan balik. So kalau rasa nak belek-belek barang ke atau nak berangan-angan kat dalam Ikea tu, pergilah sorang-sorang. Takpun ajak kawan yang sekepala memang minat Ikea. Gittewww. Ok nanti rajin aku update lagi

Tuesday, September 8, 2015

Shopping baju basahan anak-anak



Shopping bantal. Masa ni anak dara dah penat main kat playground so dia minta nak duduk dalam troli. Layankan aje

 Suka betul anak dara ni bila aku suruh pilih-pilih baju dia dan adik

Tajuk kemain lagi. Tak adalah shopping beriya-iya pun. Biasa-biasa je pun. Ini kisah Sabtu lepas. Patutnya Sabtu lepas aku kena pergi The Strand, Damansara berniaga dengan adik aku. Tapi nak dijadikan cerita, kunci kereta boleh hilang pulak. Menggelabah, stress siap menangis-nangis cari kunci kereta. Rasanya dalam masa beberapa minggu yang lepas ni, dah 3 kali kunci kereta hilang sama ada anak-anak buat main atau aku lupa letak kat mana. Aku pun jenis suka letak kunci kereta merata-rata. Salah aku jugaklah. Masa tu kat Banting hantar Raifa minta ibu jagakan sebab aku memang tak nak bawak Raifa ke booth takut nanti payah nak control Raifa time aku meniaga. Cuma plan nak bawak Raina. Itu pun sebab Raina beriya-iya nak ikut. Masa kat Banting ni lah kunci kereta hilang. Dari pukul 10 pagi kot cari-cari tak jumpa. Akhirnya dalam pukul 1 kot baru jumpa kunci kereta tu. Jumpa betul-betul kat kerusi dalam bilik aku. Cisss kat situ pulak kunci kereta terletak.

Laju-laju aku drive balik Shah Alam. Sampai Shah Alam dah dekat pukul 3. Nak sampai The Strand pukul berapa pulak. Barang niaga untuk bahagian aku ada kat aku pulak tu. Dugaan betul bila nak berniaga. Terus bagitahu adik aku, hari Sabtu tu, aku tak dapat datang booth. So adik aku jual barang niaga bahagian dia dulu masa hari Sabtu tu. Aku agak adik aku berbulu jugak kat aku. Hahaha. Sorry Angah. So Sabtu tu adik aku meniaga dengan partner bisnes dia dulu, Erni. Disebabkan dah petang, boring duduk rumah, Saiful pulak kerja. Tinggal aku dengan Raina je kat rumah. So bersiap-siaplah aku dengan Raina nak keluar berjalan. Tapi masa tu dalam hati terfikir jugak nak redah pergi The Strand dulu jenguk booth. Tak sedap hati pulak. Nak jugak jenguk-jenguk booth. Tapi masa dalam kereta elok je drive menuju ke Aeon Bukit Tinggi. Hahaha. Lagipun aku nak guna voucher hadiah yang aku dapat masa masuk contest susu Friso beberapa bulan lepas. Itu salah-satu sebab kenapa aku pergi Aeon Bukit Tinggi.

Lepas tu, bagi Raina main kat playground berbayar dalam Aeon sambil-sambil aku shopping kat situ. Tak shopping apa sangat pun. Shopping bantal kat situ. Jadah entah terasa nak beli bantal. Hahaha. Sebenarnya niat nak beli baju basahan anak-anak. Tapi kat Aeon, baju basahan budak kemain mahal. Baju tidur budak sampai RM30+ tapi material baju macam tak berkualiti. Memang taklah aku nak beli kat situ. Macam tak berbaloi pulak nak beli kalau material baju biasa-biasa tapi harga mahal. Baik aku beli kat Tesco atau Giant. Lepas Raina dah puas main kat palyground, aku ajak dia pergi Giant. Sebab hari tu  masa aku pergi Giant, ada ushar baju basahan budak. Boleh tahan lawa-lawa baju kat situ. Selalu beli kat Tesco je. Ok kali ni kita beli kat Giant pulak.
Terima kasih Tok Wan. Nanti kita shopping bawak Tok Wan dan Atok pulak ye

 
Semua legging dan seluar ni beli kat FOS. Seluar saiz Raifa semua harga RM5 je. Corak seluar tinggal tu je yang ok. Lain-lain warna tak menarik. Seluar saiz Raina harga berapa lupa pulak. RM15 kot. Tapi material seluar best. Disebabkan saiz Raina terhad, aku cuma dapat belikan untuk Raina 2 helai seluar je. Adik dapat lebih sebab pilihan saiz untuk adik banyak. Takpe kira fairlah ye Raina, ikut mama shopping adik duduk rumah dengan Tok Wan. So belikan untuk adik lebih sikit

Baju basahan untuk Raifa. Balik rumah try padan-padankan, eh eh sesuailah pulak. Hahaha. Baju t-shirt tu beli kat Giant Rm.5.99 je

Tapi masa kaki melangkah nak balik tu, terpandang kedai FOS. Masuk sekejap FOS. Eh eh best pulak sebab ada baju dan seluar budak  harga RM5. Design dan warna terhad kena pandai pilih. Tak kisahlah sebab baju basahan je pun. Beli jugaklah beberapa helai kat FOS. Lepas tu terus ke Giant. Kat Giantlah aku banyak memborong baju basahan anak-anak. Sebenarnya dah lama niat nak memborong baju basahan anak-anak. Sebab baju basahan anak-anak yang ada tu, ada yang dah tak muat, ada yang dah mula nak lusuh dan macam-macam alasanlah yang memang patut aku beli baru. Hari tu masa nak raya, adalah jugak beli baju basahan anak-anak tapi beberapa helai je sebab masa tu bajet ciput. Peruntukan memang lebih ke baju raya. So bila bajet ciput tak dapatlah nak memborong banyak mana pun baju basahan tu. Dan beberapa helai sleepwear aku beli kat website oversea. Tapi, Raina tak berapa suka pakai sleepwear yang aku beli tu. Dia pakai ikut mood dia je. So nak tak nak aku memang kena memborong baju basahan untuk anak-anak.

Disebabkan kat FOS dan Giant ni payah nak cari baju sedondon saiz Raina dan Raifa, jadi aku beli ikut warna. Aku biasanya main ambil je mana-mana yang berkenan. Tapi tak sangka pulak bila balik rumah padan-padankan setiap baju, rupanya banyak baju Raina dan Raifa seakan sama ikut warna. Kalau Raina ada baju warna hijau. Raifa pun ada baju  warna hijau. Tak dapat sedondon, sama warna pun takpe. Mana yang tak dapat satu warna, aku pilih design baju yang sama tapi warna lain. Tapi yang penting setiap baju dan seluar tu sesuai dipadankan. Taklah nampak serabut. Kalau legging dah warna peach. Kenalah cari baju yang sesuai dengan legging peach tu. Macam tu jelah cara aku beli baju basahan anak-anak kalau tak dapat sedondon. Asalkan nampak tak serabut, warna menarik dan material best. Cerewet jugak kau ni Nurul. Ok ini aku mengaku. Hahaha.


 Baju basahan untuk Raina. Raina yang pilih baju dan seluar dia tapi kena dapat kelulusan dari mama dia jugak. Hahaha

Set baju tidur anak-anak. Dapat dua helai sorang. Nanti ada rezeki lagi mama top up lagi baju korang ye anak-anak

Kat Giant baju basahan untuk budak murah-murah jugak. Baju t-shirt boleh dapat harga RM5.99 je. Baju tidur budak boleh dapat harga belas-belas ringgit je satu set. Bagi aku berbaloilah. Hasil dari merembat baju kat FOS dan Giant, dapatlah beberapa helai baju dan seluar untuk anak-anak. Ikutkan nak rembat lebih lagi, tapi cepat sedar diri. Teringat pesan ibu. Terima kasih kat ibu sebab semua peruntukan ni pun dari ibu aku. Kebetulan ada rezeki ibu then dia bagi peruntukan kat anak-anak dan cucu-cucu dia. Terharu sangat. Semoga ayah dan ibu dimurahkan rezeki selalu. InsyaAllah. 

Minggu lepas adalah minggu sibuk bagi aku. Minggu nak siapkan monthly report, tergesa-gesa pergi pos barang customer, balik rumah pun asyik malam je. Sibuk siapkan barang berniaga pastu berniaga sampai tengah malam dan macam-macamlah. Kalau cerita pasal berniaga, penat tu memang penat tapi seronok. Alhamdulilah kali ni untung meniaga lebih sikit. Rezeki anak-anak. Nanti kalau rajin aku cerita pasal pengalaman aku berniaga kat booth ye. Eh ini dah lari dari tajuk entri. Adoiii kau ni Nurul suka sangat cerita lari dari tajuk. Ok nanti aku cerita di lain entri. Itupun kalau rajin

Tuesday, September 1, 2015

Gelagat anak-anak

Gambar malam tadi. Gambar kurang berkualiti sebab pakai hp murah. Hp aku tak hantar repair lagi. Bila entah nak hantar repair. Hahaha

Ni gambar malam semalam. Kalau nak tahu perangai terbaru Raifa sekarang suka tidur lambat. Orang lain dah nak tidur. Dia elok je aktif semacam. Adik bukan reti takut pun. Walaupun lampu dah tutup. Gelap gelita cuma ada cahaya samar-samar je, dia boleh rileks main dalam gelap. Pastu kalau dia dah mula bosan orang tak layan dia, mulalah nanti dia kacau orang tidur.

Ni gambar aku ambil dalam gelap tau. Dia tengah kacau Raina tidur. Dari Raina elok nak tidur boleh Raina pun bangun join sekali main dalam gelap dua beradik tu. Tergelak-gelak dalam gelap. Menyirap je hati mak korang ni tau. Dah dekat pukul 1 pagi tak reti-reti nak tidur. Aku pun saja ambil gambar dalam gelap tu, pakai flash, eh eh adik boleh tersengih-sengih dia bergambar. Siap buat peace. Tapi tak reti buat peace. Layankan aje. Hahaha.

Sampaikan malam tadi aku kena tidur bilik Raina sebab Raifa dok mengacau Raina tidur. Raina kan dah tidur kat bilik dia sendiri. Sampaikan aku tertidurlah semalam letih menunggu bila Raifa nak tidur. Tup-tup, tak lama tu Raina panggil aku yang tengah mamai nak tidur. Bagitahu adik tengah minum susu. Baring sebelah papa dia. Pandai pulak tu ambil botol susu baring sebelah papa dia. Akhirnya papa dia yang tidurkan dia. Memang sekarang boleh dikatakan tiap-tiap malam Raifa tidur lewat. Hadoiii adik makin besar makin macam-macam perangai tau. Tapi dia tak meragam mana. Kang dia dah penat dia sendiri pandai cari tempat tidur dia pastu tertidur. Oh ye paling best ada dalam dua, tiga minggu ni, Raifa dah tak cari puting dia. Kalau tak asal nak tidur je cari puting dia. Aku saja sorokkan. Elok pulak tu dia tak mencari. Bolehlah kot Raifa free dari soother dia. Memang aku plan nak freekan Raifa dari soother dia sebelum umur dua tahun sama macam kakak dia dulu. Alhamdulilah yang Raifa ni agak senang nak bagi dia lupakan soother dia. Senang kerja mama kamu adik

Wednesday, August 26, 2015

Perangai Raina dan Raifa

Raina dan Raifa

Masih belum lagi cerita pasal raya. Masih malas nak cari gambar dalam hp aku yang rosak tu. So salahkan perangai malas aku. Hahaha. Ok hari ni cerita pasal anak-anak lagilah ye. Ini pun lepas lunch tadi dok godek-godek pc, terjumpa satu folder penuh gambar yang belum aku edit lagi. Semua gambar ni dari kemera gabak adik aku Bani. Tapi sebab malas nak edit gambar aku peram je gambar ni. So tadi jugak acah-acah rajin pilihlah satu gambar untuk di edit. Itu pun sebab nak tempek masuk dalam entri ni. Makin melampau-lampau kan perangai pemalas aku.

Ok entri ni aku nak cerita perbezaan perangai antara Raina dan Raifa. Ok kita cerita pasal Raina dulu. Raina ni walaupun dah jadi kakak tapi dia kuat merajuk. Kalau merajuk dia terus sorokkan diri dalam bilik ke atau tempat yang tersorok. Hah duduk diam je bila merajuk. Kalau nak ikutkan dia ni manja kemain dengan papa dia. Apa-apa pun dia mesti mengadu dengan papa dia. Kecuali adalah 1,2 perkara yang dia tak akan berkongsi cerita dengan papa dia. Cerita tu dia cerita kat aku sorang. Hah nampak tak kat sini serapat mana anak kita dengan bapaknya tapi apa-apa pun dia mesti cari mak jugak. Hahaha. 

Raina seorang yang agak kedekut nak kongsi barang dia. Kalau barang dia tu, memang kalau boleh dia elak bagi adik dia usik. Tapi sebab dia dah jadi kakak, dia selalu mengalah dalam keadaan terpaksa. Pastu merajuk. Kesihan jugak kat Raina sebab sejak ada adik, dia je nak mengalah. Tapi apa boleh buat dah dia kakak. Kenalah mengalah dengan adik. Raina seorang yang tak takut orang. Sebab tu dia rileks je kalau masuk sekolah baru. Kalau bawak Raina pergi mana-mana pun dia mudah dan cepat berkawan. Senang kata peramah kemain. Dia jenis boleh bawak diri. Tak tahulah ikut perangai siapa. Ikut perangai Saiful kot. Kalau tengok tv tu mulut dia sesaja yang pot pet pot pet tanya itu ini. Banyak bercakap pun iye jugak Raina ni. Tapi kalau dia rasa tak selesa dengan sesuatu keadaan dia automatik tak banyak cakap. Dia diam je.

Macam Raifa pulak, dia kuat merajuk jugak tapi cara Raifa merajuk lain dari kakak dia. Dia akan berguling-guling atas lantai sampai hentak-hentak kaki. Kalau time Raifa merajuk sambil mengamuk menangis, kita bagi barang pun dia akan baling barang tu. Siap menjerit-jerit sambil menangis tu. Nampak tak perbezaan perangai Raifa dengan kakak dia. Raifa ni suka berebut barang dengan kakak dia. Walaupun kadang-kadang Raifa tak nak mengalah dengan kakak dia, sampaikan kakak dia terpaksa mengalah tapi lama-kelamaan tu adik akan dengan rela hati bagi barang tu kat kakak dia. Contoh hari minggu hari tu mereka berebut mainan. Kat dua-dua tangan Raifa ada mainan tu. Raifa tak nak bagi satu pun kat Raina. Tapi selepas beberapa minit Raifa dengan rela hati bagi salah-satu mainan tu kat Raina. Dari situ aku nampak Raifa ni cepat berlembut hati. 

Raifa dia seoarang yang peramah jugak tapi tak peramah kakak dia. Apa yang aku nampak sekarang ni, kalau kita bawak dia pergi mana-mana dia memang nampak nak berkawan dengan orang tapi dia masih tetap bergantung dengan aku. Dia cepat cari aku atau Saiful. Maksud aku kat sini dia nak mak bapak dia ada depan mata dia. Hah gitulah maksudnya. 

Tapi banyak jugak persamaan perangai dua beradik ni. Dah kata adik-beradik kan? Nanti kalau aku rajin aku cerita lagi. Kejap lagi aku nak kena pergi meeting kat luar. Malas nak pergi sebenarnya tapi audit tu aku yang buat. Nak tak nak kenalah pergi meeting tu. Ni pun laju-laju update blog. Nanti kita cerita lagi okeh. Iolls nak pergi meeting ni. Tadaaaaa

Monday, August 24, 2015

Aku dan Raina Evaqairina

Aku dan anak sulung

Aku sayang anak-anak aku. Tak ada nak berat sebelah. Apa Raina dapat biasanya Raifa pun dapat. Contoh, kalau aku beli baju untuk Raina, dalam masa yang sama aku beli jugak untuk Raifa. Baru-baru ni belikan diaorang spek mata. Padahal aku tahu Raifa mana reti sangat nak pakai spek mata. Mahu dia patahkan je spek mata tu. Tapi hati mak budak kan, aku tetap belikan untuk Raifa. Walaupun aku tahu nanti mesti Raina je melaram pakai spek mata tu. Walaupun aku beli barang diaorang lain-lain, tapi aku tetap akan belikan jugak walaupun lain sikit. Yang penting dua-dua mesti dapat barang. 

Aku mengaku, sejak aku jadi mak beranak dua ni, aku banyak bagi perhatian kat Raifa. Kurang sikit beri perhatian kat Raina. Sebab Raifa kecik lagi dan dalam fasa melasak. Memang aku kena beri perhatian kat Raifa lebih. Macam Raina, dia dah pandai berdikari sendiri. Dah besar dan boleh buat macam-macam. Senang kata Raina dah boleh di harap. Raina dah boleh mandi sendiri, dah boleh pakai baju sendiri, dah boleh makan sendiri (walaupun datang manja dia minta di suap makan), dah boleh pakai kasut sendiri, dah boleh sidai dan lipat baju, dah boleh bersihkan sinki dan basuh pinggan sendiri. Paling best Raina dah boleh jaga adik walaupun kadang-kadang datang perangai malas dia nak jaga adik dia. Raina dah boleh dodoikan adik sampai adik tertidur. Raina dah boleh suapkan adik dia makan. Senang kata macam-macam yang Raina dah boleh buat. Syukur Alhamdulilah.

Tapi kebelakangan ni, aku perasan yang aku kerap marahkan dia. Bila dah marah mulalah rasa menyesal. Sebab Raina ni kadang-kadang suka buat benda yang menguji kesabaran aku. Contohnya baru-baru ni, dia ajak adik dia main serbuk kunyit dan garam. Habis berterabur bahagian dapur sampai ke ruang makan. Betul-betul menguji kesabaran aku. Itu yang kadang-kadang aku marahkan dia. Pastu Raina merajuk. Sejujurnya Raina ni seorang anak yang agak manja. Mungkin sebab dia dulu solo agak lama. Lebih kurang 4 tahun lebih dia solo then baru dapat adik. Raina paling manja dengan papa dia. Sebenarnya anak-anak aku memang rapat dengan Saiful pun.

Bila Raina merajuk, aku selalunya biarkan dulu. Bagi aku cool dulu. Baru aku panggil dia then aku terangkan kenapa aku marah dia. Kenapa aku buat macam tu. Pastu minta maaf then peluk dia sekuat hati aku. Sebak. Sejak jadi mak budak ni memang aku cepat rasa sebak. Serius aku tak ada niat nak marah-marah. Kalau di ingatkan balik, muhasabah diri, bukanlah perangai aku suka nak marah-marah tak tentu pasal ni. Aku ni nampak je muka garang. Tapi perangai aku bukanlah macam tu. Tapi kenapa kebelakangan ni aku cepat nak marah Raina? Bayangkan aku ni dulu tahap nak jentik anak pun aku tak boleh okeh. Nampak tak perangai aku macam mana? Hati aku ni macam tisu mudah tersentuh. Sensitif orangnya.

Tapi sekarang ni kalau anak-anak nakal kadang-kadang aku terjentik mereka. Kadang-kadang terbabap mereka walaupun kadang-kadang tu acah-acah nak babap je pun. Padahal bukanlah perangai aku macam tu dulu. Maafkan mama anak-anak. Walaupun Raina selalu menguji kesabaran aku, tak boleh ke aku acah-acah cool? Paling terharu dan terkesan kat hati aku, baru-baru ni, Raina tanya soalan kat aku.

Mama, kenapa mama asyik marah Ena. Kenapa mama sikit-sikit adik. Mama sayang adik. Mama tak sayang Ena (Tanya dengan muka sedih. Mata sayu. Raina kadang-kadang bahasa diri dia Nena atau Ena).

Perghhh serius aku terkesan dengan kata-kata Raina. Sebak then terus tarik dia peluk dan cium Raina.

Mama sayang anak-anak mama. Mama sayang Raina. Mama sayang adik. Tapi Raina selalu notty. Mama marah sebab apa? Sebab Raina notty. Raina janji jangan buat lagi. Tolonglah Raina. Mama penat tau. Kasihanlah kat mama (Lebih kurang beginilah ayat aku)

Biasanya Raina akan angguk-angguk kepala. Tapi sekejap je dia dengar nasihat aku. Pastu macam biasa buatlah perangai. Sabar je lah ye Nurul. Anggap je lah cabaran nak besarkan anak-anak. Tapi Raina taklah senakal mana. Biasa dia suka main benda yang di luar jangkaan aku. Macam dia sedaya upaya ambil gunting kat dapaur then gunting rambut sendiri sampai dah nak separuh botak bahagian depan Rambut dia tu. Atau dia main shower gel sampai habis licin satu botol. Padahal shower gel tu baru beli tup-tup tak sampai beberapa hari habis licin. Atau main bedak masuk mangkuk pastu campur air then dia ajak adik dia tempeklah mana-mana bedak tu. Main foundation aku sampai nak habis dikerjakan. Main serbuk sabun then dia teraburkanlah serbuk sabun tu. Macam-macam.

Sekarang ni, kalau aku dah malas nak membebel marah, aku biarkan je. Macam minggu lepas dua beradik ni main serbuk kunyit dengan garam, aku bebel gitu pastu aku diamkan je. Kemas mana aku larat je. Yang aku tak larat aku biarkan je. Aku terbangun tidur tengah malam tengok-tengok Saiful tengah bersihkan semua tu. Thanks awak. Kasihan awak balik kerja tengah malam kena bersihkan lantai semua.

Raina sekarang dah tidur bilik sendiri sorang-sorang. Memang dia request nak tidur sendiri. Sebelum tu, dia biasa tidur depan tv kat ruang tamu sebab dia takut nak masuk bilik tidur sorang-sorang. Dah bertahun-tahun Saiful belikan katil untuk dia, nama nak tidur kat katil tu memang Raina tak nak. Takut katanya. Sanggup dia tidur kat ruang tamu depan tv. Raina kan suka tengok drama. So lepas tengok drama dia akan pandai sendiri tutup tv dan tidur. Sampailah satu hari, dia bagitahu aku dan Saiful, dia nak tidur kat katil dia. Dia kata dia dah tak takut tidur dalam bilik sorang-sorang. Tak silap aku adalah dah 4,5 bulan kot dia dah mula tidur kat bilik dia. Masa ni, aku rasa anak aku dah besar sangat. Sebak. Hah tengok aku ni sensitif. Pasal ni pun nak sebak. Memanglah sebak sebab anak nak tidur bilik sendiri sorang-sorang. Rasa dia dah besar sangat. Raina jugak pendengar masalah aku paling setia. Raina selalu je perasan bila aku tengah sedih. Dia mesti tanya :


Mama sedih ke? Kenapa mama sedih?


Bila aku cerita masalah aku sambil menangis, Raina akan turut sama menangis. Pernah satu hari, aku menangis bagai nak rak dalam kereta. Tup-tup Raina boleh tersedu-sedan ikut aku menangis. Walaupun Raina agak notty, tapi dialah peneman aku paling setia. Kadang-kadang bukan tak nak cerita kat Saiful. Tapi Saiful pun busy sesaja so aku luahkan kat Raina walaupun aku tahu Raina bukan faham sangat masalah aku. Macam semalam, tengah layan tengok tv satu family, Raina datang kat aku bisik kat aku. Nanti Saiful nampak kadang-kadang dia tanya apa Raina bisik kat mama ni? Eh biasalah ni hal perempuan okeh. Hahaha.

Anak-anak aku ni ibarat kawan baik anugerah terindah buat aku. Terima kasih ya Allah atas kurnia ini