Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, January 12, 2015

Menu-menu solid food Raifa Evaqaleefa

Patutnya aku nak buat entri pasal cerita detail solid food ni dah lama. Peram punya peram baru sekarang teringat nak taip pasal entri ni. Raifa pun dah 11 bulan umurnya. Tak lama lagi Raifa dah nak setahun. Kejap je masa berlalu. Sorry adik mama jarang cerita pasal adik kat blog mama ni. Busy kekdahnya.

Keterujaan aku menyediakan solid food Raifa sama macam masa zaman Raina makan solid food dulu. Cuma kali ni lebih sikit tahap teruja aku tu. Aku rajin gugel sana sini. Kali ni aku memang banyak membaca dan belajar. Tak jemu aku korek ilmu dari makcik gugel. Aku banyaklah belajar dari kesilapan. Mana boleh perbaikan aku perbaiki. Contohnya no cerelec kali ni. Time Raina dulu aku ada jugak bagi cerelac. Time Raifa memang aku tak bagi langsung cerelac. Beli blander khas untuk buat solid food pun sampai dua bijik aku beli.  Hah nampak tak betapa aku teruja nak sediakan solid food anak.

Raifa memang pemakan orangnya. Dan Raifa memang suka makan. Pantang nampak orang lain makan. Dia pun nak makan sama. Setakat ni apa-apa menu yang aku buat untuk Raifa elok je dia makan. Berak pun ok. Adalah sekali dua berak keras sikit. Aku still pantau tapi bila try balik menu yang sama ok je bila Raifa berak. So aku agak Raifa kurang minum air. Sebab bila aku banyak bagi Raifa minum air memang elok je bila Raifa berak. So aku pun enjoy nak masakkan macam-macam menu untuk Raifa.

Raifa masih makan bubur. Makanan Raifa masih di blend. Pernah beberapa kali aku bagi Raifa nasi lembik. Tapi Raifa makan macam terpaksa je. Makan pun sikit je. Kadang-kadang dia keluarkan balik makanan tu. So aku ambil keputusan untuk terus blend makanan Raifa walaupun Raifa sekarang dah 11 bulan. Dulu time kakak dia Raina pun, Raina makan bubur lenyek sampai setahun lebih kot. Pastu slow-slow baru Raina nak makan nasi lembik. Tapi kalau bagi biskut Raifa elok je kunyah. Dia kunyah guna gusi dia. Sebab Raifa masih tak tumbuh gigi. Tapi bab nasi memang dia nak nasi yang di blend. Pada aku takpelah janji anak nak makan.

Ok tak mahu tulis panjang lebar. Jadi marilah aku kongsikan menu-menu Raifa yang pernah aku buat. Sebenarnya banyak sangat menu aku dah buat tapi ni aku kongsi menu-menu yang ada aku ambil gambar je lah ye. Aku ni ikut mood. Kalau datang rajin aku, adalah aku ambil gambar. Kalau tak ada mood, memang aku malas nak ambil gambar. Nanti bila-bila aku nak share pasal finger foods Raifa pulak. Kalau aku rajin lah. Biasalah tengok mood rajin ke tak rajin. Hahaha.

Menu 1
Puree buah kiwi dan avocado

Senang je nak buat puree ni. Potong je buah kiwi dan avocado. Avocado ni if dah masak ranum tak payah nak steam atau rebus. Tapi kalau belum masak ranum aku suggestkan korang steam atau rebus dulu. Pastu korang blend halus. Kiwi pulak tak payah steam atau rebus. Tadaaa dah boleh makan. Serius sedap. Aku pun tumpang sekali makan puree Raifa ni. Hahaha.



Menu 2
Puree mango

Puree mango ni Raifa suka sangat selain puree pumpkin. Puree mango ni senang je. Tak payah dah nak steam atau rebus. Korang buang kulit dan potong. Pastu blend atau lenyek. Tapi mango ni kan banyak bersirat-sirat. Aku prefer lenyek. Kemain bersungguh aku lenyek mango ni nak buat puree untuk Raifa. Serius puree manggo sedap sangat. Dalam banyak-banyak puree yang aku buat untuk Raifa, puree mango ni paling aku suka. Raifa pun suka makan. Selalu aku dengan Raina tumpang sekali makan puree mango ni. Hahaha.



Menu 3
Ikan tenggeri, carrot, macaroni with kiwi and organic cheese flavour

Menu ni aku buat masa umur Raifa dah nak masuk 10 bulan kot. Aku pun dah lupa. Tengok jadual pemakanan ikan dah boleh bagi masa umur baby 10 bulan. Tapi aku dah terbuat menu ikan ni masa umur Raifa lagi beberapa hari je lagi nak masuk 10 bulan. Kira oklah awal beberapa hari je pun. Aku bukanlah mak yang skima sangat. Menu ni paling excited aku nak cuba buat. Raifa pun suka makan menu ni.

Ikan tenggiri tu kena steam atau rebus dulu. Macaroni tu pulak kena rebus. Bila macaroni tu dah agak kembang aku masukkan semua bahan macam kiwi, carrot dan organic cheese. Perangai aku campak-campak je semua bahan yang dah di steam atau rebus tu. Tak payahlah nak rumitkan kerja. Sebab nanti aku nak blend jugak. Mudah kan? Masa ni aku lupa beli brokoli tu yang aku try letak kiwi dan sayur lain. Tapi rasa dia perghhh sedap je kat tekak aku. Raifa makan pun sambil tersengih-sengih suka.



Menu 4
Organic oat, organic kismis dan buah-buahan

Menu ni menu yang aku dah lama amalkan buat dari zaman Raina lagi. Menu ni pun simple. Potong-potong buah pastu campak-campak je dalam oat tu then blend. So tak ada alasan busy nak buat makanan anak ye. Rajin dengan malas je nak buat. Silalah rajinkan diri. Cewahhh kemain lagi ayat. Hahaha.

Semua buah tu aku blend sebab Raifa still makan makanan yang di blend. Oat perlu di rendam beberapa jam ye. Aku rendam oat lebih kurang 8 jam. Dan buah strawberi tu pulak kena rendam dulu dengan soda bikarbonat. Sebab biasanya buah macam strawberi ni di sembur dengan pesticide. So kena rendam dulu.

Masak oat dengan api yang paling kecik sambil kacau-kacau. Lepas tu campurkan oat dan semua buah-buahan tu then blend. Lepas tu tadaaa dah boleh makan. Rasanya memang superb. Aku pernah beberapa kali buat oat dengan buah pisang saja. Tapi tak ambil gambar pulak. Rasanya pun sedap. Macam rasa cekodok pisang pulak aku rasa. Hahaha. Masa holiday pergi Johor hari tu, menu oat menjadi menu utama Raifa. Kononnya nak say no to cerelac kan? Alhamdulilah setakat ni memang Raifa tak pernah makan cerelac. Semuanya homemade.

Menu 5
Pasta with ikan dory cheese flavour, carrot dan brokoli

Menu ni aku buat sempena umur Raifa 10 bulan. Cara masak sama macam menu no 3. Ikan kena steam atau rebus dulu. Steam atau rebuslah bahan-bahan yang lain jugak macam carrot dan brokoli. Pasta aku rebus dulu. Then campur semua sekali bahan-bahan yang ada carrot, brokoli dan cheese. Rasanya memang sedap. Ada rasa ikan. Ada rasa cheese. Ada rasa sayur. Raifa memang laju je makan sebab ada rasa cheese kot.



Lepas ni aku plan nak campurkan minyak zaitun. Sebenarnya dah boleh lama dah makanan baby campurkan sikit minyak zaitun. Tapi aku memang saja postpone nak campur minyak zaitun dalam solid food Raifa. Aku pun tak start lagi menu tumis-menumis ni kat Raifa. Ada sebab kenapa aku postpone. InsyaAllah aku ingat aku nak start kenalkan Raifa menu yang dah di tumis menggunakan minyak zaitun nanti. Ada tiga jenis minyak zaitun iaitu : 

 1) Extra virgin olive oil (Evoo) -Perahan pertama. Dititis atau renjis kat makanan
 2) Virgin oilive oil (Voo) - Perahan kedua. Dititis atau direnjis kat makanan
 3) Pure olive oil (Poo) - Untuk menumis

Nanti kalau aku rajin aku update lagi pasal menu Raifa. Kalau aku rajinlah. Ni share menu anak kat blog tapi tak cerita secara panjang lebar kan. Aku taip paling ringkas je aku rasa ni. Hahaha. Asalkan korang faham kan? Oklah aku ada kerja nak buat ni

9 comments:

  1. apa sebab ko x menumis lg? xkenalkan bwg kan raifa
    please share..

    ReplyDelete
  2. Dayu : Aku nak lambat kenalkan bawang dan minyak kat Raifa. sebab aku risau nanti baby bila dah tersedap makan bertumis dia dah tak nak natural foods. itu sebab aku postpone lewatkan sikit. Tapi macam evoo boleh lah ko start renjis kan kat makanan diaorang. Aku patut nak kenalkan dari bulan lepas tapi belum buat lagi. Busy je memanjang pastu lupa nak beli

    ReplyDelete
  3. ya ampun..bila baca entry ni, i rasa bersalah sgt kat Mel..sebab i main sumbat je makanan kat dia..hahahahah...mak paling pemalas dlm dunia... cerelac mmg i dah bagi.. bubur pun kasi jugak... kalau update kat blog pasal bg makan kat anak, mau kena kecam i nnt hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe beb. Belajar dari kesilapan. Aku pun dulu anak sulung bagi cerelac. Siap bagi stok kat babysitter. Anak no 2 ni memang banyak belajar dari kesilapan yang dulu. To yang try tak mahu bagi cerelac

      Delete
  4. Salam... hai selamat berkenalan... saya follow awak ye... dan tq sebab kongsi resepi baby... boleh guna nanti resepi ni utk baby... Tq sangat2...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, sheila pun excited nak mix combo untuk Adam. heeee terliur pula tengok menu2 raifa..

    ReplyDelete
  6. Sheila : Nanti boleh buat macam-macam menu untuk Adam

    ReplyDelete
  7. tak penah lagii bagi oat pada marissa ....hehehe

    ReplyDelete