Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, January 13, 2015

Tentang baby carrier brand Ergobaby

Masa anak sulung, keterujaan aku lebih pada nak stroller yang best-best. Sampai termimpi-mimpi nak stroller yang best-best. Itu yang aku deciced beli Maxi Cosi dan Quinny Zapp. Kemain dulu selagi tak dapat stroller idaman selagi tu aku termimpi-mimpi dan tak senang duduk. Gambar stroller siap jadi wallpaper computer kat office. Hahaha. Alhamdulilah Maxi Cosi dan Quinny Zapp tu dah banyak berjasa. Pakai dari zaman Raina dan sekarang menurun ke Raifa pulak pakai. Aku rasa berbaloi-baloi walaupun dulu aku beli tahun 2010 harga stroller ribuan ringgit tapi sebab aku guna stroller tu ke sana sini so aku tak rasa membazir pun. Alasan kukuh sangat aku bagi ni. Kena ada alasan kukuh. Nanti laki iolls membebel. Hahaha.

Selain stroller, aku teringin nak sambar carrier. Masa tu suka sangat dengan brand Bjorn. Kalau tak dapat Bjorn dapat carrier brand yang ada jual kat Mothercare pun kira ok dah bagi aku. Tak silap aku, dulu aku tahu jugak pasal carrier Ergobaby ni. Tapi sebab harga Ergobaby ni mahal so aku pendam je keinginan tu. Keinginan tu aku pendam sampai Raina dah besar. So bila anak dah besar tak adalah timbul lagi isu aku nak beli carrier untuk anak.

Bila dah ada anak kecik semula ni setelah lama tak ada anak kecik, keinginan tu timbul balik. Mulalah aku gugel sana sini. Pastu cari seller yang jual harga carrier dengan harga yang berpatutan. Macam yang aku katakan sebelum ni, sejak aku pregnant time Raifa aku memang suka sangat gugel sana sini kumpul ilmu dan belajar. Asal ada masa terluang, aku akan gugel dan baca macam-macam topik berkaitan pregnancy, breastfeeding termasuklah pasal carrier. Dari situ aku tahu yang tak semua carrier adalah ergonomik. Dan aku dapat tahu brand Bjorn yang aku minat-minat sangat dulu pun tak ergonomik. Dari situ aku korek-korek makcek gugel baca setiap review bermacam-macam jenis carrier macam Ergobaby, Boba, Pognae, Snuggybaby dan lain-lain brand. Ada brand yang aku sendiri tak pernah dengar pun ada sebelum ni.

Aku bersyukur satu hari Reen kawan dari geng blogger whatsapp aku cerita pasal Lin Ghazale jual carrier brand Ergobaby. Lin ni duduk kat Jepun dan aku kenal Lin kat twitter. Reen bagitahu Lin boleh dapatkan harga Ergobaby yang murah kat Jepun. Apalagi aku rasa tak senang duduk bila dengar cerita Reen tu. Sejak dari hari tu, kami asyik berwhatsapp dan cerita pasal carrier. Hahaha. Alhamdulilah ada rezeki, terus aku rembat beli Ergobaby kat Lin. Siapa tak nak kan Ergobaby yang boleh di beli dengan harga yang sedikit murah tapi orginal.  Yang penting original. Nak kata murah tu tak lah murah mana sebab harganya beratus jugak. Tapi kira boleh dapat harga murah sedikit berbanding harga kat Malaysia. 


Aku nak Ergobaby yang macam design batik warna hitam putih tu. Apa jadah nama design Ergobaby yang tu aku tak tahulah. Tapi memang cantik okeh design tu. Tapi sebab banyak design Ergobaby yang dah discontinued termasuk design yang aku nak tu, so aku pun decided pilih Ergobaby design Purple Mystic ni. Tanya adik aku dan Reen, diaorang pun kata yang design Purple Mystic ni lawa. So aku tak teragak-agak pilih Ergobaby Purple Mystic ni.

Lepas settle bayar, dalam seminggu lebih kot, sampailah parcel dari Jepun. Teruja iolls bila parcel dari Jepun sampai. Aku dah agak mesti carrier Ergobaby dalam parcel tu. Bila dapat kat tangan, try belek-belek dan pakai, memang aku puas hati. Berbaloi-baloi jugaklah habis beratus beli Ergobaby ni. Sejak dah berbabywearing, minat aku dalam dunia babywearing makin menjadi-jadi. So aku decided untuk join group Malaysian babywearing kat FB dengan alasan utama nak belajar dan kumpul ilmu dalam dunia babywearing. Banyak ilmu yang aku belajar kat group tu.




Pada pendapat aku, Ergobaby memang selesa bila di pakai. Material sejuk dan selesa di pakai. Tak rasa panas pun. Tapi body panel Ergobaby ni sedikit rendah. Tak tinggi macam body panel Boba. Tapi tak jadi masalah sebab ok je bagi aku. Raifa siap tidur nyenyak dalam carrier. Aku pernah baca review kat satu blog ni, yang mengatakan golongan kecik molek sesuailah dengan Ergobaby sebab body panel tak tinggi so bila golongan kecik molek ni pakai sedang elok je kot untuk diaorang.

Cara nak pakai Ergobaby pun senang. Aku kadang-kadang keluar bertiga dengan anak-anak, aku dah boleh pakai dan buka sendiri carrier Ergobaby ni. Senang nak pakai dan senang nak adjust tali. Kalau bawak pergi outdoor, if hujan ada kain cover untuk tutup kepala baby. Dan aku rasa Ergobaby sesuai di pakai untuk indoor dan outdoor sebab material dia sejuk dan lembut. Agaknya itu yang membuatkan Raifa selesa je kot duduk dalam Ergobaby tu.

Lepas ni, kalau ada rezeki aku nak rembat Boba atau Tula. Aku siap simpan gambar carrier Boba dan Tula dalam hp aku ni. So boleh tukar-tukar pakai dengan Ergobaby aku ni. Aku tetap pakai stroller walaupun dah ada carrier. Kalau pergi mall selalunya aku akan pakai stroller. Pastu standby bawak carrier jugak. Agak-agak Raifa boring duduk dalam stroller, aku letaklah Raifa dalam carrier.

Aku memang banyak keluar bertiga dengan anak-anak. Pergi beli barang dapur, pergi pasar malam atau nak pergi mana-mana tempat yang memerlukan aku pakai carrier, memang aku pakai carrier je. Maklumlah Saiful busy dengan kerja. Jadi bila aku keluar bertiga dengan anak-anak tu, berpeluh ketiak aku nak bukak tutup stroller. So nak mudah aku pakai carrier je sekarang ni. Saiful pun suka pakai carrier. Kemain teruja laki aku pakai carrier. Biasalah mula-mula dapat carrier tu aku laki bini jakunlah sikit. Hahaha. Kesimpulannya carrier Ergobaby memang best. 

Geng, jom beli Ergobaby. Hahaha

12 comments:

  1. Assalamualaikum akak, sheila pun excited tengok stroller masa mula-mula. sekarangg dah bertukar ke babywearing. ahahhaha. tengah tunggu carrier baru siap, yeayyyyy. support babywearing... lawa ergobaby akak ~~

    ReplyDelete
  2. Sheila : Wahhh neli carrier baru ke tu. Hihihi

    ReplyDelete
  3. Samalaa kita. hehe. I pun ada Ergobaby tapi kaler hitam. Cumanya sekarang cam jatuh cinta dgn Tula pulak. Adoi bankrap hihi.

    ReplyDelete
  4. iols beli yang ergobaby tiruan je..hahahah..tp panas la pakai ergobaby tiruan tu.nama pun tiruan kan.. btw, beli dh lama..masa mel kecik tp x pernah pakai.. baru2 ni je husband pakai...suka pulak dia pakai ergo tu..sebab senang..lagipun mel pun macam selesa...dia tidur je dok dlm tu..kalau dlm strolller bukan main payah nak tido..

    i pulak baru semalam try pakai ergo tu bawak mel keluar.. ya ampun..rasanya ni la last and first pakai babywearing ni sebabnya x larat...haahaha..dengan handbag dah berat..mel pulak tak reti dok diam.. pastu x bape pandai sgt pakai benda tu sebenarnya.. main hentam je... kesian tgk mel mcm terseksa je kat dlm tu..

    tp sebenarnya mmg lagi selesa pakai babywearing cuma tu la..iols mmg x larat... serabut sebab banyak sgt benda bergantungan kat badan.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Aku dulu si amira aku suka babycarrier, si amina ni aku nak stroller pula hehehe

    ReplyDelete
  6. Salam, tumpang tanya..bagaimana nak tahu ergobaby carrier beli dr jepun tu fake ke ori? Ada warranty bape lama? Adik saya ada kat jepun..sy berminat nak beli ergobaby ni.kalau murah..nak mntak tlg adik blikan dr jepun..tia

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Salam puan blog. Saya pun dah terjebak dengan ssc ni. Lepas satu, satu. Kalau boleh semua nak beli... Sedap carry anak dgn carrier :)

    feel free to visit my blog mazlinamr.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. salam puan,

    saya ada nak let go baby carrier tula..mana tau ada yang mencari boleh whatsap saya 011-28840768

    ReplyDelete
  10. tengah start study3 tentang baby carrier. singgah sini :)

    ReplyDelete
  11. This is a great inspiring article.I am pretty much pleased with your good work.You put really very helpful information. Keep it up. Keep blogging. Looking to reading your next post.
    baby carriers

    ReplyDelete