Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, April 27, 2015

Anak perempuan biasanya lebih rapat dengan papa dari mama

Bapak budak anak dua orang. Kemain payah nak ajak laki aku bergambar sekarang ni. Ni pun gambar gegar hah. Bolehlah tu asal ada gambar. Hahaha

Banyak kali aku dengar, orang bagitahu yang anak perempuan kebanyakan lebih rapat dengan bapak dari emak. Dan aku setuju dengan diaorang. Sebab apa, dua-dua anak dara aku memang rapat dengan Saiful berbanding dengan aku. Cuma Raifa ni rapat jugaklah dengan aku sebab dia dari baby menyusu badan, so sebab tu dia agak rapat dengan aku. Tapi lepas menyusu, dia memang cari Saiful. Berkepit tengok tv ke nak makan ke apa-apa je lah kalau Saiful ada kat rumah selalunya Raifa akan cari Saiful. Macam tu jugak dengan Raina. 

Dulu masa anak sorang lagi, aku pernah jugak kecik hati. Selalu terfikir kenapa Raina rapat sangat dengan papa dia dari mama dia. Aku yang mengandung usung perut sana sini, bersusah payah bersalin nak keluarkan Raina, tup-tup Raina rapat dengan papa dia. Raina ni tahap rapat dengan papa dia sampai boleh menangis-nangis cari papa dia. Pernah aku kat Banting beberapa hari tapi Saiful kat Shah Alam, Raina menangis-nangis cari papa dia. Suruh aku call Saiful nak cakap dengan papa dia. Lama-lama tu aku pasrah dan dah lali bila Raina rapat dengan Saiful berbanding aku.

Bila ada anak nombor dua ni pulak, aku bajet mesti si adik rapat dengan aku. Mula-mula tu aku happy sangat sebab memang nampak tanda-tanda Raifa lebih rapat dengan aku dari Saiful. Sampai Saiful cabar aku katanya Raifa akan rapat dengan dia jugak sama macam Raina. Main cabar-cabar pulak laki aku ni. Hamboiiiii. Mula-mula aku malas nak ambil pusing cakap laki aku. Dah sah-sah kot Raifa memang rapat dengan aku sebab aku yang breastfeed dia. Memang masa mula-mula dulu Raifa rapat dengan aku. Sikit-sikit Raifa cari aku. Tapi sangkaan aku meleset, bila Raifa dah besar sikit ni, bila macam-macam akal dia dapat, nampak agak ketara yang dia lebih rapat dengan papa dia. Tahap rapatnya Raifa dengan Saiful, boleh dikatakan tiap-tiap hari dia sanggup tahan mata dia walaupun dia dah mengantuk tunggu papa dia balik kerja. Saiful pulak jenis balik kerja tak tentu masa. Kalau Raifa dah tertidur pun. dia boleh terjaga bila papa dia balik kerja. Kadang-kadang je dia betul-betul terlena tidur tak sedar langsung yang papa dia dah balik kerja.

So betullah kata-kata orang, anak perempuan biasanya rapat dengan bapak dari emak. Sebab dulu masa aku kecik-kecik, aku pun rapat dengan ayah aku. Nak apa-apa pun aku lagi selesa minta dengan ayah aku berbanding ibu aku. Ayah aku pun jenis layan je permintaan anak-anak. Aku ingat lagi, aku teringin nak kasut raya stail tali-tali. Tapi ibu aku macam tak suka kasut stail macam tu. Tapi ayah aku belikan jugak.  Pastu aku teringin nak pergi fun fair kat pekan Banting, ibu aku jenis malas nak layan permintaan kitaorang, tapi ayah aku bawakkan jugak aku dan adik-adik pergi fun fair. Memang kami dulu kecik-kecik lebih rapat dengan ayah berbanding ibu.

Bila dah makin meningkat dewasa, automatik aku jadi segan dengan ayah aku sebab aku perempuan kot. So kalau nak cerita apa-apa aku lagi selesa cerita dengan ibu aku. Tapi satu je perangai aku dari dulu sampai sekarang, aku dengan ayah aku tetap rajin berborak. Ayah aku suka sangat borak hal zaman dia muda-muda dulu. Seronok jugak dengar cerita ayah aku tu walaupun cerita tu sebenarnya dah berulang-ulang kali ayah aku ceritakan kat aku dan adik-adik. Cuma ada topik yang aku rasa selesa cerita dengan ibu, aku akan cerita dengan ibu je. Sebab ibu aku tahu naluri aku sebagai anak perempuan berbanding ayah aku.

Aku fikir, mungkin nanti sampai masa anak-anak aku akan rapat dengan aku jugak. Masa tu diaorang dah meningkat dewasa, nak cerita hal-hal perempuan mungkin anak-anak aku akan cari aku untuk bercerita sama macam situasi aku sekarang dengan ibu aku. Tak mengapalah walaupun sekarang Raina dan Raifa lebih rapat dengan papa diaorang, tapi ada masa-masanya diaorang tetap cari aku bila diaorang perlu

6 comments:

  1. jom nurul..usaha utk baby boy..mana tau boy rapat ngan mama pulak

    ReplyDelete
  2. anak2 aku sama rata je dedua rapat ngan mak pak nya nurul.

    ReplyDelete
  3. hahahahahaha teori ko ni belum tentu sahih la babe sbb anak aku boy & girl dua, rapat dengan Papa sbb Papa rajin melayan, suka belanja jajan. Mama tukang jadik singa (-_-")

    ReplyDelete
  4. Elly : Kadang-kadang teringin jugak nak baby boy. Tapi tunggu Raifa besau dulu Elly. Sekarang Raifa tengah melasak

    ReplyDelete
  5. Xeea : Hahaha so maknanya teori ni tak boleh di gunapakai lah beb. Aku pun asyik jadi tarzan. Mana anak-anak tak scary tengok mama dia jadi tarzan ye dak? Hahaha

    ReplyDelete
  6. Yun : Oh tengok budak agaknya ye Yun

    ReplyDelete