Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, April 21, 2015

Cara-cara aku mengajar anak membaca

Belajar rajin-rajin, nanti guru besar rotan kamu. Faham tak Raina? Hahaha

Aku start ajar Raina membaca secara konsisten sejak Raina mula sekolah kat Genius Aulad. Masa tu aku betul-betul gelabah ayam sebab anak aku tak reti membaca. Tengok anak kawan aku Iris sebaya Raina dah pandai membaca, memang buat aku gelabah tahap apa je masa tu. Lepas tu bila aku tanya dengan geng sekolah kat group whatsapp, kebanyakan anak-anak kawan aku semua dah pandai membaca. Lagi gelabah ayam aku wei. Huruf ABC pun Raina macam blur-blur bila aku tanya. Aku agak Raina menghafal selama ni bukannya faham. Sebab apa tau bila aku suruh Raina baca ABC, Raina laju je baca ABC tu sampai Z. Maknanya Raina menghafal bukannya faham untuk kenal huruf. Cuba kita tanya Raina satu-persatu.

Raina, mana huruf R?

Raina tunjuk kat mama mana huruf N?

Raina ini huruf apa?

Tergaru-garu kepala, tergaru-garu sana sini sambil buat muka blur nak ingat itu huruf apa. Apa lagi tak mengelabah kau bila anak kau tak tahu jawab itu huruf apa. Dah sekolah tadika setahun tapi boleh pulak budak ni tak kenal huruf. Mengelabah ayamlah aku hoi. Ada lah satu, dua huruf tu Raina kenal tapi tak semua huruf Raina kenal.

Apa lagi, terus aku buat jadual untuk Raina. Dengan segera ajar Raina membaca. Jangan main-main Raina, awak tahun depan dah sekolah rendah masuk darjah satu. Mula-mula aku ajar Raina membaca guna buku sekolah PASTI. Sebab Raina dulu sekolah PASTI, so aku bajet mesti senang Raina nak faham konsep belajar guna buku sekolah PASTI. Aku jugak sediakan buku tulis kosong dan aku tulis satu-persatu huruf dan ajar Raina kenal huruf menggunakan buku tulis tersebut.

Ingat senang nak ajar Raina? Memang masa mula-mula dulu boleh dikatakan hari-hari aku jadi tarzan. Menangis-nangislah Raina. Bila lepas sesi belajar, aku minta maaf kat Raina dan terangkan kenapa aku buat macam tu kat Raina. Aku tahu Raina stress. Bila dia stress dia tak boleh nak faham apa yang aku ajar. Aku pun lama-lama jadi stress. Sampai satu tahap aku rasa nak menangis. Kenapa anak aku macam ni? Kenapa? Bayangkan aku ajar Raina bukan sekejap. Kadang-kadang dekat satu jam. Kadang-kadang satu jam lebih. Mana tak stress masing-masing. Raifa duduk sebelah aku tengok je mama dia ajar kakak dia. Pandai pulak tu Raifa duduk diam je tengok aku ajar Raina membaca.

Sampailah aku terjumpa satu set buku 'Bacalah Anakku'. Aku memang dah lama nak beli buku ni tapi bila aku gugel, ada yang jual online.Tapi aku tak beli online sebab yang aku jumpa orang jual online, macam leceh je ada step-step dia kalau nak beli set buku tu dengan dia. Tak kuasa mak. Aku kan jenis tak menyabau. KahKahKah. So satu hari tu aku pergi kedai buku kat Banting. Kebetulan aku balik Banting sebab nak buat persiapan birthday party Raifa dan aqiqah untuk Raina dan Raifa bulan lepas. Rezeki aku, kat kedai buku tu ada jual set buku yang aku nak tu.

Set buku 'Bacalah Anakku'. Gambar hasil makcik gugel

Set buku 'Bacalah Anakku' ni yang suggestkan kat aku  tu Ojel kawan sekolah aku. Anak dia, Iris pandai baca buku guna set buku ni. So aku rasa terpegun dengan cerita kawan sekolah aku ni. Bila aku gugel dan baca, rupa-rupanya ramai yang suggest suruh beli set buku ni. Jadi secara rasminya aku secara konsisten ajar Raina membaca guna set buku ni sejak bulan lepas. Tak silap aku ada 8 siri buku. Raina baru baca buku siri no 3. Buku siri no 3 tu pun dah nak habis Raina baca. InsyaAllah tak lama lagi masuk buku siri no 4 pulak. Perangai aku biar lambat asalkan anak aku faham betul-betul.

Bila aku kaji balik, rupanya aku banyak buat silap bila mengajar Raina. Aku baca dan gugel di tambah dengan nasihat dari kawan-kawan geng blogger, jadi aku perbaiki mana silapnya aku ajar Raina. Dan taraaaaa tak sampai dua bulan anak aku dah pandai membaca. Aku percaya sekarang Raina tak menghafal lagi. Dia faham satu-persatu apa yang aku ajar. Sebab apa, bila aku uji buku siri baru contohnya, aku tak ajar terus. Aku suruh Raina baca je setakat mana yang Raina tahu. Hasilnya dia boleh membaca walaupun aku belum ajar buku tu lagi. Lagi satu kalau kat dalam kereta ke atau kat luar, Raina suka baca tulisan kat signboard. Mana-mana yang dia faham dan tahu tu, dia akan baca. Masa tu rasa nak menangis terharu sebab anak aku dah boleh membaca.

Ok kat sini aku nak share cara-cara aku ajar anak aku membaca. Mungkin orang lain ada cara lain. Tapi ni cara aku ajar anak aku. Alhamdulilah tak sampai dua bulan Raina dah boleh baca walaupun masih merangkak-rangkak dan belum lancar sepenuhnya. Tapi aku kira ini satu kejayaan buat Raina dan buat aku jugak.

1) Bila nak mengajar anak kenal huruf jangan guna huruf besar. Guna huruf kecik. Contoh ABC tu korang guna abc. Dulu aku silap tau. Aku ajar Raina guna huruf besar. Tapi bila dah sedar kesilapan tu, laju-laju ajar Raina guna huruf kecik. Sebab apa kena ajar anak guna huruf kecik, sebab kebanyakkan kat sekeliling kita menggunakan huruf kecik. So ajar anak huruf kecik dulu then baru ajar anak huruf besar.

2) Ajar anak 5-7 minit je. Pastu rehat sekejap then kalau nak sambung lepas tu boleh sambung. Jangan ajar lama-lama nanti anak stress dan bosan terus dia tak boleh nak tumpukan pada apa yang kita ajar. Dulu masa aku ajar Raina berjam, memang nampak muka Raina stress. Bila aku ajar Raina dalam 5-7 minit memang nampak Raina happy je nak belajar.

3) Jangan gunakan kekasaran time ajar anak seperti nak marah-marah anak. Perbuatan ni akan menambahkan tahap stress anak. Bukan anak je stress. Kau pun sama stress nanti bila ajar anak. Aku masa mula-mula ajar Raina asyik nak jadi tarzan je. Tapi hasilnya memang tak memuaskan aku. Pastu aku terus tukar cara aku ajar Raina. Aku control tahap kemarahan aku. Aku cool je. Bila Raina tak faham dan tak ingat, kita kena rileks dan betulkan dan bagitahu si anak tu apa yang dia tak faham dan apa yang dia tak ingat. Senyum je. InsyaAllah anak akan happy nak belajar. Percayalah cakap aku.

4) Cuba guna bunyi-bunyi yang boleh si anak ingat dan kaitkan bunyi-bunyian tu dengan suku kata. Contoh suku kata 'Na'. Raina Na Na Na Na sambil menyanyi. So Raina akan ingat suku kata 'Na' tu macam nama dia Raina Na Na Na Na. Macam aku kan aku ajar Raina siap beralun-alun siap macam menyanyi kadang-kadang tu. Biar Raina senang ingat.

5) Cuba kaitkan bunyi suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. Contoh 'Su' tu kita kaitkan dengan 'botol susu'. Kalau boleh tunjuk botol susu. Selalunya budak akan cepat ingat kalau kita cuba kaitkan suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita.

6) Tepuk tangan dan puji si anak bila anak faham dan ingat apa yang kita ajarkan kat dia. Kalau boleh kita ciumlah si anak. Raina paling suka kita puji dia. Kalau aku tepuk tangan, Raina pun tepuk tangan sekali. Bukan Raina je. Raifa pun ikut sekali tepuk tangan.

7) Uji si anak bila-bila masa. Macam kalau keluar nampak signboard terus tanya anak : 'Itu huruf apa? Cuba eja dan baca Raina? Raina ingat tak?' So kiranya macam ulang kaji apa yang kita belajar. Sambil-sambil tu nak uji minda anak. Kadang-kadang aku tengah masak kat dapur pun, aku suka uji minda Raina. Sebab Raina rajin teman aku masak kat dapur sambil tolong aku apa yang patut.

8) Bagi reward kat anak supaya anak lebih semangat nak belajar lagi. Baru-baru ni aku bawak Raina tengok wayang dan belikan apa saja yang dia minta. Raina minta cincin, gelang dan macam-macamlah. Aku cakap kalau Raina rajin lagi belajar, nanti mama belanja Raina lagi. Terus lepas tu tak payah nak di suruh lagi, laju je ambil buku baca sendiri. Mana yang dia tak faham, baru dia tanya aku. Memang nampaklah Raina lebih bersemangat.

9) Terangkan tujuan kita ajar anak membaca. Kenapa dia perlu pandai membaca. Kena terangkan supaya anak lebih jelas dan faham.

Rasanya itu je kot cara-cara yang boleh aku kongsi. Kalau korang ada cara lain yang nak di kongsi dengan aku pun boleh jugak. Raina pun masih belajar membaca lagi sebab dia belum lancar sepenuhnya pun. Tapi yang buat aku terharu gembira sangat sekarang ni sebab aku percaya anak aku dah tak menghafal macam dulu tapi dia faham apa yang aku ajar kat dia. Syukur Alhamdulilah

Budak happy sebab mama dia bawak tengok wayang dan bawak pergi jalan-jalan pergi Mid Valley sebab dia dah pandai membaca

36 comments:

  1. wahh Raina.... aku nak g beli buku tu jugakla...

    ReplyDelete
  2. Ana : Ko kena beli buku tu Ana. Berbaloi sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam...kak nurul jamian,apa nama set buku 2?ank sy dh darjah 1 tp lum pndai baca...bleh mngeja yg mudah2 je mcm bola..tiga..rumah..nombor2 bleh la gak...pening gak sb english pn dia x reti eja lg..skrg kn nk lulus linus..😕

      Delete
    2. Assalam...kak nurul jamian,apa nama set buku 2?ank sy dh darjah 1 tp lum pndai baca...bleh mngeja yg mudah2 je mcm bola..tiga..rumah..nombor2 bleh la gak...pening gak sb english pn dia x reti eja lg..skrg kn nk lulus linus..😕

      Delete
    3. Anak kawan sy pun ade masaalah dr membaca..eja pun xtahu.dia kenal huruf tp xtahu nk vokal.

      Delete
    4. Anak kawan sy pun ade masaalah dr membaca..eja pun xtahu.dia kenal huruf tp xtahu nk vokal.

      Delete
    5. salam..kami ada jual BUKU Bacalah Anakku..boleh wasap 0177442826
      page kami - Didik Genius MOFAZ Centre

      Delete
    6. salam..kami ada jual..blh wasap 0177442826

      Delete
  3. Nurul...nanti balik banting tolong belikan..
    eh mana lagi ada jual buku ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai buku ko cuba cari. kalau tak jumpa nanti kabo lah boleh aku tolong belikan

      Delete
  4. Berapa harga 1 set buku tu? Sama la jd tarzan ajar arreessa. Kena ubah diri ni.huhu

    ReplyDelete
  5. singgah sini..membantu sangat entry awak ni. Baguskan sharing good thing..dapat pahala^^

    ReplyDelete
  6. lupa nak Tanya, kedai buku kat banting? apa nama kedai ye..kita pun orang banting, boleh cari :)

    ReplyDelete
  7. Saya pun nak tau jugak kedai buku area mana kat banting tu.... nak jugak...

    ReplyDelete
  8. saya down sgt ari ni.. menangis sorang2.. sama mcm awak.. anak saya menghafal bukan faham... thanks tips yg amat berguna.. saya cuba ubah cara saya yg salah ajar dia..

    ReplyDelete
  9. Thanks untuk tips yang berguna. Sama la kita jadi Tarzan xtentu pasal. Hahahah.. Sudahnye sama2 menangis

    ReplyDelete
  10. tips yang bagus..inshaAllah akan dipraktikkan

    ReplyDelete
  11. Anak saya kenal huruf, bkn kayegori menghafal, tp membaca sambung ayat, Allah ya Allah melalak mama, tp sy usaha ajar jugak,sambil mlm anto tuisyen dan tadika ank mmg guna buku yg awk beli tu...saya x sng hati, 2017 de dajah 1, saya takut de tertinggal.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih
    Tips yg baik sy pun selalu jd tarzan gak
    Bila anak x faham cpt jer rasa nak marahkan
    Huhu

    ReplyDelete
  13. Bestnya kan.


    Nini pon tak sabsr nak ajar baby...hihihi

    ReplyDelete
  14. Thanks sbb share tips, terbaik sangat, salute dgn puan.

    ReplyDelete
  15. good entry..tengah mencari2 bahan bacaan untuk anak juga n kepada momies yang nk cari education toys boleh masuk sini ye montessoriestoys.com.. harga murah juga toys nye

    ReplyDelete
  16. Assalam...kak nurul jamian,apa nama set buku 2?sy nk bli gak..anak sy darjah 1 pn lum pndai mmbaca..bleh mngeja yg senang2 je mcn bola...rumah..nombor2😯

    ReplyDelete
  17. Kak nurul....masalh yg sama berlaku kat anak saya juga....nie dh beli buku siri bacalah anakku..harap2 saya berjaya mcm kak nurul juga...doakan saya ye...😊

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas perkongsian.Saya memang tengah google untuk ajar intensif anak saya.Tahun depan anak saya darjah satu.Dream juga anak saya belum lancar membaca.

    ReplyDelete
  19. salam..kami ada jual buku Bacalah Anakku..jika berminat blh wasap 0177442826
    page fb : Didik Genius Mofaz Centre

    ReplyDelete
  20. salam puan Jamian. Saya ada mesej puan di FB, mungkin masuk ke other inbox. boleh puan semak? ada perkara yang ingin bincangkan dengan puan. TQ

    ReplyDelete