Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, April 23, 2015

Fattah Amin, kenapa kau kacak sangat?

Fattah Amin. Gambar dari makcik gugel

Aku ni jarang layan drama melayu. Bukan langsung tak layan tapi jarang-jarang. Sejak ada anak ni, masa tu macam terkejar-kejar. Kalau hari bekerja tu bila balik kerja pun dah lewat. Nak masak, kemas rumah, ajar Raina membaca pastu check homework Raina dan macam-macam kerjalah. Kalau hari cuti Sabtu Ahad pun sama jugak. Kemas rumah, layan anak-anak dan kadang-kadang keluar bawak Raina dan Raifa jalan-jalan hujung minggu. Jadi disebabkan kesibukan aku tu, aku jadi jarang tengok tv. 

Tapi disebabkan Raina kaki tengok cerita drama, kadang-kadang aku sama terjebak layan tengok drama melayu. Raina ni bukan setakat drama melayu je dia layan, cerita hindustan pun dia layan okeh. Pernah sekali tu aku dah mengantuk nak tidur tapi anak dara aku tu boleh kusyuk layan tengok cerita hindustan. Raina ni perangai dia, kalau tidur lambat macam mana pun, selalunya dia senang nak bangun pagi pergi school lagi-lagi sejak dia tukar sekolah Genius Aulad ni. Sebab tu aku tak kisah sangat Raina jenis tidur lambat. Sebab kalau aku sekat dia tak bagi tengok tv sampai malam pun, dia akan terkebil-kebil mata tak boleh nak tidur. Bangsa tidur lewat anak-anak aku ni. Raifa pun sama dah terikut-ikut cara kakak dia. Tidur lambat tapi bangun cepat. Hah itulah perangai anak-anak aku.

Kalau korang nak tahu, baru-baru ni aku dah terjebak layan cerita drama kat tv 3 tau. Tajuk cerita drama tu 'Bencinta'. Sebelum tu aku ada terjebak tengok cerita 'Istiharah Cinta' dan 'Teman Lelaki Upahan'. Bila layan tengok cerita-cerita drama melayu tu, boleh pulak aku syok tengok hero-hero dalam cerita drama tu. Bila aku cakap kat laki aku pasal hero dalam cerita drama tu, kemain laki aku cakap tak hensem langsung. Laki aku cakap, dia lagi hensem. Sila muntah hijau. Mamat tu jeleslah tu. Hahaha.

Tapi sekarang ni, aku betul-betul syok habislah kat pelakon Fattah Amin hero dalam drama 'Bencinta' tu. Adoiii kacak betul kau ni Fattah. Tapi sebab kau ni hanya pangkat adik-adik aku je pasal umur kau pun baru 24 tahun kot, so akak buat kau jadi adik angkat je lah. KahKahKah. Kalau korang nak tahu siapa Fattah Amin tu, malam ni dalam pukul 9.30 ke 10 macam tu, pergi laju-laju buka tv 3 dan korang tengok drama 'Bencinta' tu. Lagu dalam cerita drama tu pun best wei. Aku siap boleh berangan-angan tu. Serius best cerita ni. Tahap best cerita ni sama macam cerita 'Istiharah Cinta' dan 'Teman Lelaki Upahan'.

Jom tengok cerita drama 'Bencinta' ni. Gambar dari makcik gugel

Sebelum ni aku ada perasan Fattah ni pernah berlakon dalam beberapa drama. Ada satu drama tu, tajuk drama aku tak amik port, aku siap kutuk Fattah ni. Masa tu dia kurus sangat. Macam tak sesuai jadi hero. Tapi sekarang tengoklah badan dia dah macam badan Aaron Aziz pulak aku tengok. Cuma dia kecik sikit je dari Aaron Aziz. 

Aku ni tak ada pelakon drama yang betul-betul aku boleh suka sampai tak pandang orang lain kot setakat ni. Dulu masa kecik-kecik suka Rusdi Ramli dengan Azhar Sulaiman. Pastu dah tua-tua bangka ni suka Aaron Aziz pastu tak minat dah sebab Aaron putih sangat. Mak tak berkenan sangat lelaki kulit cerah macam tu. Pastu aku minat sangat dengan Remy Ishak. Tengok kulit Remy Ishak, melambangkan kekacakan seorang lelaki okeh. Hahaha. Pastu aku minat pulak kat Zul Ariffin. Tapi kejap je aku minat Zul Ariffin tu. Minat masa tengah hangat cerita drama 'Istiharah Cinta' tu je. Lagipun Zul Ariffin tu pun kulit cerah jugak Tak cukup macho bagi aku kalau lelaki kulit cerah ni. Jangan marah Zul Ariffin. Lepas Zul Ariffin, terbaru ni aku minat dengan Fattah Amin. Aku rasa tahap minat aku kat Fattah Amin ni memang betul-betul minat kot. Banyak ciri-ciri yang aku suka tengok dia ni. Eh ni minat sebagai peminat je. Mak kan dah ada laki. Heppppp! Jangan laki aku jumpa entri ni baca blog aku sudahlah. Hahaha.

Ni aku baru je gugel tau, hah tu IG Fattah Amin. Nanti kalau aku ada mood layan IG aku nak follow IG Fattah Amin. Saja suka-suka. Aku memang tak ramai follow artis tau kat IG. Aku rasa aku cuma follow artis Fazura je kot. Artis lain tak sure. Mak lupalah. Maklumlah jarang layan IG.

Instagram Fattah Amin. Silalah follow. Gambar dari makcik gugel

Geng jangan lupa malam ni buka tv 3 tengok cerita drama 'Bencinta'. Dari tadi asyik teringat pasal drama 'Bencinta' ni. Serius cerita ni best bagi akulah. Kalau orang lain tak tahulah pulak. Tak percaya tengok dulu cerita drama ni. Best sebab kau minat hero dalam cerita drama ni kan Nurul? Hahaha

6 comments:

  1. aku layan bencinta ni..
    aku 1st tgk dia berlakon dlm playboy itu suami aku..
    mula2 tgk mang sumpah seranah la..hahah..sapa la hero dia ni..muka bole tahan tp berlakon mcm xleh blah jee..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beb dulu maa dia berlakon drama apa entah pun mcm kayu tak pandai sangat berlakon satu hal pastu kurus. tapi sekarang aku rasa dia banyak perubahanlah. dalam drama bencinta ni dia macam pandai berlaok. badan pun dah sasa ala-ala Aaron Aziz. Gittewww

      Delete
  2. oohh namanya Fattah Amin.. baru tau.. tengok gak drama yang u sebut kat atas tu, ehh.. hero malaya baru ni.. ok jugak kan dia berlakon :))

    ReplyDelete
  3. Lia : A'ah saya pun baru tahu nama dia tu. Hahaha

    ReplyDelete
  4. lakiku yang layan cite ni..
    katenye sebab fattah amin dah sadooo...(sikit je kot sadonyee)..
    ;p

    beriye menengoknyee..
    ku tak kuase!..

    ReplyDelete
  5. hehehehe..dah berkenan ker kat Fattah Amin..ila dah lama dah minat dia..kekekekek..sejak criter Playboy Itu Suami Aku.. =)

    ReplyDelete