Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, May 19, 2015

Sleepwear murah, selesa dan cantik


Aku order sleepwear The Children Place (TCP) ni beberapa minggu lepas. Lebih kurang lepas tiga minggu barang yang di tunggu-tunggu pun sampai. Kena bersabar banyak kalau beli baju kat website US ni. Aku memang dah lama cari sleepwear yang jenis tak tutup bahagian kaki. Raifa kan dah pandai berjalan so agak susah dia nak bergerak kalau still pakai sleepwear yang jenis tutup bahagian kaki. Aku kurang pasti apa nama jenis sleepwear ni. Orang panggil jumpsuit kot.

Sebelum ni aku selalu beli sleepwear jenis jumpsuit ni kat merata-rata tempat. Mana aku jumpa cantik dan berkenan, aku terus beli. Ada yang aku beli kat Mothercare, Cap GM Klang pun ada. Tak kisah murah atau mahal. Selagi dalam kemampuan aku memang aku rembat beli. Entahah aku dari dulu memang suka tengok budak pakai sleepwear jenis jumpsuit. Dari time Raina kecik-kecik lagi. Kebanyakan sleepwear Raifa pakai sekarang ni pun kepunyaan sleepwear Raina masa kecik-kecik dulu. Tapi koleksi sleepwear stail jumpsuit Raina semuanya bertutup bahagian kaki. Punyalah payah nak cari kat Malaysia ni.

Ada sekali tu aku jumpa orang jual online. Masa tu Raifa kecik lagi dan aku pun masih dalam pantang kot. Disebabkan aku minat sangat aku terus rembat beli beberapa helai. Nampak tak perangai aku? Aku kalau dah minat  aku memang akan terus beli. Lepas tu, usha sana sini orang jual online dah payah nak jumpa. Cari kat GM Klang pun nan ado.

Bila dapat tahu TCP ada jual sleepwear jenis jumpsuit yang tak tutup bahagian kaki, laju-lajulah aku usha website TCP. Tak fikir panjang, terus borong beli. Alhamdulilah material best. Lagi best dari Mothercare kot sebab kain jenis sejuk dan tak tebal sangat. Kira oklah untuk cuaca kat Malaysia yang tak berapa sejuk ni. Harga pun tak mahal macam brand lain. Bagi aku harga murah dan masih mampu milik. Masa aku beli tu baru $10 dollar. Itu harga sale tau. Kalau tak harga dia $14.50 dollar kalau tak silap aku. If convert ke rate Malaysia pun sehelai dalam RM30+ je. Kalau termasuk kos shipping, ground shipping, tax dan apa-apa kejadah yang lain pun tak sampai pun RM40 sehelai. Murahkan? Tapi kat instagram ada orang jual sleepwear TCP almost RM50. Perghhhhh banyak sangat bezanya tu.



Jangan ingat aku suka beli baju anak-anak yang branded je. Tidak sama sekali. Memang tak nafikan, aku agak cerewet orangnya. Salah-satu perangai cerewet aku adalah bab pakaian anak-anak. Itu aku jujurlah mengaku . Tak baik nak sorok-sorok perangai aku ni. Mengaku je lah. Hahaha. Aku  jenis suka baju yang tak nampak serabut, kemas dan simple. Tak kisahlah branded atau cap ayam sekali pun. Cap GM Klang pun aku layan jugak. Tapi memang tak nafikan selalu aku beli kat kedai yang agak branded sikit sebab yang branded ni fesyennya agak up to date. Up to date kat sini maksud aku biasanya baju tu bukanlah jenis yang beropol-ropol, bling-bling memancar-mancar, gambar kartun-kartun yang serabut bla bla bla. Biasanya jenis yang sangat simple kat mata aku. Biasanya aku beli time sales. As a mother kita kenalah bijak bershopping. Shopping time sales lebih berbaloi-baloi. Hamboi ayat tak boleh blah. Hahaha.

Biasalah mak budak, masa anak-anak masih kecil ni kemain nak menggayakan stail pakaian anak-anak. Dah besar nanti diaorang dah ada citarasa masing-masing. Pepandailah nak pakai stail fesyen macam mana janji tutup aurat dan pakai tudung. Selalu berangan nanti anak-anak dah besar pakai tudung pastu stail ala-ala blogger fesyen hijabista macam Yuyu Zulaikha atau Fatin Suhana contohnya. Ewah ewah ewah aku kalau bab berangan kemain lagi. Kuat berangan sangat aku ni. Cisssss.

Oh ye Raina tak berapa gemar pakai sleepwear jenis jumpsuit ni. Raina cakap susah dia nak pergi toilet.  Raina bukan tak suka lagsung, tapi dia cakap nanti susah nak bukak zip kat baju nak pergi toilet. Hahaha. Macam Raifa sebab masih pakai diapers lagi so tak adalah masalah. Disebabkan Raina tak berapa gemar sleepwear jenis jumpsuit ni, jadi lepas ni aku cuba belikan sleepwear yang jenis lain. Aku dah aim jenis sleepwear untuk Raina yang lebih sesuai untuk Raina. Tapi dalam pada Raina tak berapa gemar tu, dia request jugak nak pakai baju sama dengan adik dia. Memang biasanya apa-apa barang pun kalau boleh Raina nak sama dengan adik dia. Nampaklah Raina sayang kat adik dia.

Ok berbalik ke tajuk asal, sleepwear TCP bagi aku memang murah dari segi harga, selesa pun selesa dan yang pastinya cantik. Semalam aku terjah website TCP, harga sleepwear yang aku beli ni dah turun harga $7.25 dollar je. Ada sales baik punya. Tapi sales TCP tu tak silap aku sampai malam ni je. Mak dah tak senang duduk ni. Makin hadap website US makin panjang list untuk baju raya anak-anak aku. Macam banyak duit berkepuk-kepuk je gayanya. Hahaha. Tapi aku akan cuba shopping dengan berhemah mengikut peruntukan aku dan Saiful. Anak dah dua orang ni peruntukan pun bertambah. Jadi memang kena bijak berbelanja

8 comments:

  1. comel sgt!!! jeles jelesss,
    *bayangkan mika ngn aneem pkai sedondon gni gak* wakakkaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok sgt kalau mika dengan aneem nak pakai sedondon kalau sleepwear ni ke baju t-shirt ke yang boleh diaorang pakai sedondon ok je bagi aku wei

      Delete
  2. u pakai hopshopgo ke shipping? biasanya rate shipping berapa ek? mahal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut personal shopper yang biasa saya guna ni dia kabo pakai usps. sebab tu murah sikit. tak tahulah apa kejadahnyau usps tu. tapi personal shopper ni memang murah. saya pernah guna personal shopper lain kalau compare harga dia memang murah.

      rate shipping berubah2 tak menentu

      Delete
    2. means kita boleh pilih la courier apa nak pakai.. usps tu courier jgk rasanya.. berbaloi ke kalau beli sket2 sendiri.. ke lebih baik order kat ps je.. i selalu dengan ig happyslalu..tp kena tggu dia bukak order.. kadang2 terlepas pandang...

      Delete
    3. oh ni ps yg kita guna nama dia zura. bukan order sikit2 tapi kumpul kongsi dengan kawan blog yang lain. tapi ada je kitaorg pernah beli sikit2 tapi harga memang murah lah zura ni kenakan. oh si emi tu kan. tahu dia.

      yang bestnya ps kitaorang ni kan tak payah bayar full payment. banyar separuh dulu pun boleh, kadang2 30% je kitaorg bayar dulu. dia memang sporting habis. memang kami aorder dengan dia je. ni kita orang ada bukak satu group shopping oversea untuk order raya punya. tengah kumpul order

      Delete
  3. Syoknya shopping ! Addicted ok. Bila anak dara dah besar sikit, kurang banyak dah terjahan online mahupun GM

    ReplyDelete