Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, June 19, 2015

Cerita bulan Ramadhan aku

Alhamdulilah dah hari kedua kita berpuasa. Semalam aku terlajak bangun sahur. Kemain lagi aku masak beriya-iya malam tu. Siap melantak makan nasi dengan Raina pukul 12 tengah malam. Hamboi kata diet Nurul. Makan tengah malam diet ke tu? Faham-fahamlah mak kan biasanya tinggal harapan kalau cerita pasal diet. Pastu penat sangat agaknya sampai terlajak tidur. Bangun-bangun dah pukul 6 pagi. Terkejut hoi dengan bubur Raifa tak buat lagi. Memang kelang-kabut aku pagi semalam. Nasib baik aku dah makan malam tu. So semalam tak adalah rasa tak bertenaga walaupun tak bangun sahur. Raina pulak sebab tak bangun sahur semalam, dia lupa yang dia kata nak belajar puasa agaknya, sampai rumah babysitter minta air. Hahaha. Kemain malam sebelum tu semangat belajar baca niat puasa. Tup-tup pagi tu sebelum pergi school dah minta air kat babysitter. Hahaha.

Hari ni Alhamdulilah, pukul 4.30 pagi aku dah bangun. Kejutkan Raina bangun sahur pun elok je anak dara tu bangun bersemangat makan pagi-pagi. Aku memang nampak yang Raina bersemangat nak belajar puasa. Aku tak paksa pun. Tanya dia nak belajar puasa ke tak sambil pujuk-pujuk dia belajar puasa. Terus Raina jawab :

Raina : 'Nena nak kuasa mama. Nanti kalau kita dah kuasa kita boleh raya kan mama'

Hamboi dah besar panjang anak dara aku ni sampai dah tahu lepas bulan Ramadhan nanti boleh raya. Bab perkataan 'kuasa' tu dah jenuh aku betulkan. Dia tetap nak sebut 'kuasa' bukannya puasa. Apa-apa je lah Raina. Hari ni, pagi-pagi Raina dah buka peti ais. Bila aku tanya dia jawab :

Raina : 'Nena dahaga. Mama cakap pagi tadi boleh minum air tapi kena laju-laju'

Aku : Memanglah kena minum laju-laju sebab dah nak habis waktu sahur pagi tadi. Puasa tak boleh  minum air ke makan ke waktu siang. Faham tak?'

Raina : Macam tu Nena telan air liur je lah

Tergelak aku dengar jawapan Raina pagi tadi. Ada je idea anak dara aku ni jawab. Petang nanti aku nak tanya babysitter macam mana Raina berpuasa hari ni. Takpe kalau permulaan ni belajar puasa setengah hari pun aku rasa ok sangat dengan umur Raina yang belum lagi masuk 6 tahun tu. Raina kan lahir hujung tahun walaupun hakikatnya kalau ikut tahun kelahiran dia dah berumur 6 tahun. Aku tak naklah paksa anak puasa. Dalam islam pun tak ajar kita paksa anak kecil berpuasa tapi diwajibkan menyuruh anak-anak bersolat. Ewahhh mood ustazah pulak aku kan? Hahaha.

Oh ye aku nak cerita ni, aku masuk group whatsapp 'one day one juzuk'. Aku rasa berminat nak join group ni. Ahli-ahli group ni pun geng kawan-kawan blogger aku jugak. Admin group blogger Jue. Alhamdulilah hari ni dah hari kedua berpuasa, aku dapat selesaikan satu juzuk satu hari. Kalau ikutkan aku memang agak busy. Kat office memang agak payah nak cari masa free baca Al-Quran kecuali waktu lunch hour. Balik rumah dah macam-macam kerja nak buat dengan sekarang ni nak kena uruskan order baju customer. Terfikir boleh ke aku baca Al-Quran satu juzuk satu hari ni? Tapi nak seribu daya tak nak seribu dalih. Ewahhh berperibasa pulak kau Nurul. Aku cuba jugak cari masa untuk baca Al-Quran.

Macam semalam lepas solat Maghrib aku start baca Al-Quran. Lastu tu rehat sekejap sambil ajar Raina baca buku 'Bacalah Anakku' then check homework Raina. Settled semua tu baru solat Isyak, lepas solat terus aku sambung baca Al-Quran. Dapatlah habis satu juzuk. Macam semalam dekat pukul 12 tengah malam baru selesai baca satu juzuk. Cuma aku tak start buat solat terawih lagi. Biasa aku solat terawih kat masjid bila aku balik rumah family kat Banting. Sejujurnya aku tak pernah solat terawih sendiri kat rumah. Tapi tahun ni aku ingat aku nak try belajar solat terawih sendiri kat rumah. Nak pergi masjid bawak Raina dengan Raifa tu kena fikir banyak kali wei. Raina ok lagi sebab dia pun selalu ikut aku solat sama-sama. Kalau Raifa ni mahu kacau orang lain solat. Tapi tak tahulah boleh ke tak nak buat solat terawih sendiri sebab tak pernah solat terawih sendiri kat rumah. InsyaAllah harap-harapnya aku bolehlah laksanakan solat terawih kat rumah. Kena study dulu apa yang patut. Ini berangan dulu sebab biasanya memang aku solat terawih kat masjid area Banting.

Salam Ramdhan untuk semua kenalan dan pembaca blog aku yang tak seberapa ni. Apa menu berbuka puasa korang hari ni? Ewahhh dah tanya menu berbuka pulak kau ni Nurul ye

Selamat berpuasa dari Raina dan Raifa

2 comments: