Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, June 3, 2015

Memasak bukan jiwa aku

Aku memang tak suka memasak. Tak suka masak satu hal. Tak berapa pandai masak pun satu hal. Rasanya memasak ni tak sesuai dengan jiwa aku. Jiwa aku mungkin pada deko-deko mengemas rumah ataupun membasuh baju. Sebab benda-benda tu yang aku suka buat asalkan jangan memasak. Tapi yang peliknya aku suka masak untuk anak-anak aku. Rasa seronok bila dapat pelbagaikan masakan untuk budak-budak ni. Macam mana tu wei tak suka masak tapi suka masak untuk anak-anak. Mak pun tak faham jiwa mak ni macam mana. Arghhh layankan je. Hahaha.

Ingat lagi dulu masa aku masih jadi tunang orang, banyak kali aku cakap kat Saiful yang aku tak suka masak. Macam ellegic sangat kalau cerita pasal masak.  Nasiblah laki aku dulu nak pinang aku. Kalau tak mahunya aku kena paksa jiwa aku suka masak demi orang tersayang. Ewahhh nak termuntah pulak statement. Dah tua-tua ni tak payah nak fefeling romantik sangatlah Nurul. Hahaha.

Sampailah aku dah kahwin, pregnant anak sulung, boleh dikatakan aku memang tak masak. Percaya tak? Boleh dikatakan hari-hari Saiful masak. Kalau Saiful tak masak dia tapau food kat luar. Nasiblah dapat bini tak suka masak. Mula-mula baru kahwin memanglah laki ikutkan je rentak bini. Lama-lama Saiful bersuara jugak. Kau ingat laki kau nak berdiam diri je tengok bini tak suka masak Nurul? Harapanlah. Hahaha. Tapi Saiful tak pernahlah paksa aku masak. Cuma Saiful bersuara suruh belajar masak pastu hint kat aku beli buku masakan. Bila Raina dah start makan bubur, masa tu lah aku belajar masak slow-slow. Aku bukan tak pandai langsung cuma taklah hebat macam orang lain memasak tu. Setakat masak simple-simple sup ayam, ikan masak kicap ke bolehlah.

Lepas beberapa tahun belajar masak dengan laki sendiri dan ibu aku, Alhamdulilah sekarang aku dah boleh masak macam-macam cuma taklah setanding dengan kawan-kawan aku yang pandai masak tu. Kadang-kadang aku belajar masak melalui makcik gugel. Sebab mak kedekut nak beli buku masak. Hahaha. Tapi walaupun aku dah boleh masak macam-macam sekarang ni, tapi aku tetap rasakan jiwa aku bukanlah jiwa memasak. Walaupun tak kena dengan jiwa aku, tapi aku tetap masak macam biasa. Kecuali kalau Saiful yang offer nak masak sebab laki aku memang suka masak. Saiful siap berangan nak masuk Masterchef okeh. Kuat berangan jugak mamat tu. Samalah tu perangai laki bini. Hahaha.

Ok kat bawah ni aku kasi belanja gambar menu lauk yang biasa aku masak. Masak yang simple-simple je pun. Banyak lagi gambar tapi aku rasa ni je gambar yang semenggah sikit. Yang lain gambar tak berapa semenggah sebab hp mak hp tak canggih. Hahaha.



Sup ayam dan ikan masak lemak cili api 

 
Sotong masak kunyit bercili kot nama lauk ni. Mak main taram je letak nama lauk. Tapi lauk ni aku belajar dari ibu aku


Tomyam campur, telur dadar dan timun. Telur dadar ni budak sekolah pun reti masak Nurul. Hahaha


Jemput-jemput ikan bilis dan kentang

Sup ikan merah dan ayam masak karamel tak berapa jadi tapi sedap. Sedap bagi aku sebab manis-manis tak pedas. Budak-budak sukalah makan kot. Ayam masak karamel tu belajar dari geng blogger

Oklah itu je entri untuk hari ni. Aku tengah busy sangat-sangat ni. Dah beberapa minggu tidur pukul 1,2 pagi. Ada sekali tu dekat pukul 4 pagi baru tidur. Settlekan order beberapa batch order baju oversea dan beberapa batch order baju Poney. Dalam masa yang sama ada report nak kena submit. Kadang-kadang stress jugak layan pertanyaan customer. Aku ada iklankan kat group FB yang aku jual baju Poney ni. Kat iklan dalam group tu rasanya dah bagitahu detail tapi tanya lagi soalan yang kita dah bagitahu secara detail tu. Takpelah aku kena layan jugak sebab mereka customer. Ini pun sebenarnya entri dah lama aku draf. Aku tengok dah dua minggu tak update blog, jadi marilah kita cari draf yang sesuai untuk dipublishkan. Tunggulah nanti bila aku free InsyaAllah aku cuba rajinkan diri update blog okeh

4 comments:

  1. amboi2 bukan jiwa pon terliurrrrr aku nengoknyeeee

    ReplyDelete
  2. bukan jiwa tapi macam2 gak ko masak tu nurul.... tabik spring!

    ReplyDelete
  3. Na : Biasa-biasa je beb. Ko lagi pandai masak

    ReplyDelete
  4. salam ramadhan, sedap masakan makk tuu ;p

    ReplyDelete