Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, June 19, 2015

Penghantaran terus ke Malaysia untuk brand Next Direct

Next Direct dah ada harga in RM. Sila serbu

Sebenarnya aku nak buat entri ni pagi tadi. Tapi biasalah mak kan malas nak cari gambar tempek kat blog. Entri tak letak gambar rasa macam tak best je rasanya kan. So aku fikir nanti-nantilah buat entri ni. Suka sangat kau peram cerita kan Nurul. Disebabkan Dayu dah update entri pasal Next Direct ni, so mak pun tiba-tiba datang semangat nak update pasal Next Direct ni jugak. Bagus jugak Dayu sepantas kilat update terus bagi semangat kat aku nak update. Ayuh mari aku cerita satu-persatu. Ewahhh rajin sangat ke kau nak taip Nurul sampai nak cerita satu-persatu. Hahaha.

Sebenarnya aku dah tahu dalam bulan lepas kot pasal Next Direct ni dah ada price in RM kalau tengok website dia. Before ni aku kalau buka website Next Direct aku tengok harga in USD je tak pun kadang-kadang gatal tangan tengok harga in Pound. Tapi entah macam mana last month kalau tak silap aku ke last two month macam tu, ada seorang ahli group whatsapp yang aku tubuhkan untuk group shopping oversea ni bagi link kat aku bagitahu nak beli Next Direct. Aku pun saja buka link tu, masa tu lah macam baru perasan dah ada harga in RM. Terkejut jugak masa tu. Bila tanya personal shopper aku, dia cakap pun dia baru tahu dah ada harga in RM.

Hari tu, dalam group shopping oversea ni, kami tak cukup quota pembelian nak beli Next Direct in USD untuk dapatkan free shipping. Sebab masa tu kami main harga in USD. So kami cancel pembelian kat Next Direct dan tukar ke Old Navy dan GAP. Sebab permintaan Old Navy dan Gap lagi ramai dari Next Direct. Padahal aku memang fanatik sangat dengan brand Next Direct ni okeh. Tahun lepas kira banyak jugak aku beli baju kat Next Direct. Pada aku Next Direct ni paling best kalau nak dibandingkan dengan Oshkosh dan Carters. Sebab permainan warna Next Direct lebih ceria. Design baju dia pun lebih cantik. Aku paling suka cardigan Next Direct. Kebanyakan cardigan Raina dan Raifa semua aku beli kat Next Direct.

Antara sebab lain terpaksa cancel beli baju kat Next Direct bulan lepas, baju yang aku nak semua out of stock. Sedih mak. Dahlah mak minat sangat design baju tu. Check Next Direct UK ada stock tapi bila check Next Direct US tak ada stock. Nak beli in pound mak tak mampu pasal kalau convert harga in RM mahal kemain. Sedangkan kalau convert UDS ke RM pun telan air liur so tak payah nak mimpi beli baju in pound ye Nurul. So pendam perasaanlah aku tak dapat beli baju idaman sebab dah out of stock.

Baju idaman aku yang aku belikan untuk Raina dan Raifa. Biasalah aku kan suka belikan sedondon
Baju ni aku beli bukan untuk Raina dan Raifa tapi untuk seseorang. Siapa tu? Biarlah rahsia. Hahaha 

Sampailah aku tengok Fad dan Ena beli baju kat Next Direct tanpa menggunakan personal shopper. Fad pun pada asalnya hanya nak cuba nasib. Yeahhh percubaan Fad berjaya okeh. Dalam masa 4 hari baju yang di order dah sampai Malaysia. Perghhhhh. Mak terus jakun okeh. Apa jadah ni baju yang aku order bulan lepas pun tak sampai Malaysia lagi tapi member yang order 4 hari lepas dah dapat. Ini tak boleh jadi. Terus tak senang duduk. Hahaha. Dan yang bestnya pembelian RM110 ke atas dah dapat free shipping. Kalau in USD nak dapat free shipping jenuh nak kumpul order wei. Mana mak tak senang duduk. Best kan?

Bila aku tanya secara detail kat personal shopper, barulah aku faham. Next Direct ada buat penghantaran direct ke Malaysia sebab itu barang yang di order cepat sampai. Macam brand Oshkosh, Carters, Gymboree, The Children Place, GAP, Old Navy dan brand yang lain tak buat service penghantaran direct ke Malaysia. Jadi personal shopper kena park barang tersebut ke alamat kenalan yang duduk di USA. Then kenalan tersebut yang akan tolong pos ke Malaysia. Nak bawak keluar barang dari wearhouse pun dah makan masa berhari-hari. Sebab tu ada international cost dan ground cost. Dan sebab itu barang yang kita order makan masa antara 3 minggu ke 4 minggu baru sampai Malaysia. Mana-mana yang kita beli dengan personal shopper lain pun sama je konsepnya. Yang penting kesabaran menunggu barang sampai Malaysia. Sebab brand lain tak buat perkhidmatan direct ke Malaysia. Itu sebab aku buat group kongsi kos shipping. Still murah berbaloi aku rasa. Boleh je dapat baju harga RM20+ sehelai. So jangan ingat baju oversea mahal-mahal. Ada je yang murah. Kena pandai pilih.

 Aku suka sangat dengan cardigan oren ni. Pattern dia lebih kurang sama macam cardigan Raina dan Raifa yang aku beli sebelum ni. Tapi disebabkan out of stock terus aku beli cardigan brand Oshkosh ke Carters. Lupa dah pasal bajunya belum sampai Malaysia lagi

Semalam dalam group whatsapp hangat dengan topik barang yang Fad dan Ena order dah sampai Malaysia selepas 4 hari order, terus laju aku buka website Next Direct yang dah siap-siap harga in RM. Bila buka website eh eh baju yang mak nak tu dah ada stock. Bila di kaji selidik baru tahu website tu link dengan website Next Direct UK. Memang patutlah ada stock wei. Terus tak sabar nak beli. Lama kot aku aim baju tu. Terus ajak Dayu beli. Minah tu memang cepat terpengaruh. Hahaha. So semalam aku dan Dayu submit order sama-sama. Aku beli 4 helai je pun. Sebab before ni dah submit order kat personal shopper brand lain. Cukup-cukuplah tu baju raya untuk anak-anak. Baju yang aku order tu boleh pulak sama design dengan Dayu. Minat kami sama. Hahaha. Dayu siap tanya aku boleh ke dia nak pilih baju sama macam aku pilih. Boleh je lah geng.

Aku dah tak sabar nak dapat ke tangan aku baju yang aku aim tu. Kita tunggu ye stock baju tu sampai Malaysia. Lepas ni bolehlah beli baju Next Direct tanpa guna perkhidmatan personal shopper. Tapi untuk brand yang lain-lain tu memang kena guna perkhidmatan personal shopper sebab masih kena convert dari USD ke RM. Oh ye paling best boleh beli pakai debit card tau. Apa lagi jomlah shopping wei. Senang kerja kalau pakai debit card je kan.

Jom shopping raya. Sila terjah website Next Direct kat www.nextdirect.com. Ewahhh baru puasa hari kedua dah cerita shopping raya. Hahaha. Mak budak biasalah excited kalau cerita pasal perihal shopping raya kan. Yang penting amal ibadah jangan dilupakan. Kena buat jugak

6 comments:

  1. ingat lagi masa mula2 dulu brand next takde org kenal..masa tu my sister antara yang terawal buat order untuk next ni..sebabnya masa tu dia google dok cari baju anak dia, terjumpa lah website next ni.. skrg ig2 yang nak mula start bisnes sume start buat next..mcm cendawan tumbuh hihi.. sebabnya next la paling senang nak beli coz ada direct shipping to malaysia

    ReplyDelete
  2. Cujen : Kita tahu brand ni dari personal shopper kita rasanya beberapa tahun lepas. Masa tu tengah pregnant tanak no dua ni rasanya. Tapi sekarang kat IG memang banyak sangat orang jual brand Next Direct kan

    ReplyDelete
  3. Menggugat keimanan sungguh info shopping ni

    ReplyDelete
  4. International Shoppers,
    whether you want to shop at your favorite boutiques in the EU, we make it easy for you to get the products you love anywhere in the Europa. Simply, let me do it for you, we specialise in finding items that may not be available to you. We have close connections with high-end retails store and boutiques.Your online boutiqus sites don’t ship to your location? No worries ...We’ll receive your packages and ship them to you anywhere in the world –It’s that easy!

    Follow my ig : @shopwithpuspitaspronk

    Cheers,
    Puspita Spronk
    BBM : 747ECF3C
    Line : bu_bas_spronk
    WeChat : puspita_spronk
    FB : Giok house to home
    Ig : giokhouse2home
    Ig : shopwithpuspitaspronk
    Email : puspita@giok-house2home.nl

    ReplyDelete
  5. memang secepat 4 hari eh brg smpai... nak jugok

    ReplyDelete
  6. Assalam,nk tnya selain next tau x any web yang direct shipping to malaysia.sbb mls nk kumpul oder guna usa address.. terima kasih

    ReplyDelete