Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, July 8, 2015

Kedai kasut Payless yang murah dan berbaloi-baloi

Entri kali ni aku nak cerita pasal kedai kasut murah. Sesuailah entri ni sempena nak menyambut hari raya tak lama lagi.  Okeh mari aku cerita lebih lanjut tentang kedai kasut murah ni untuk rujukan semua. Nama kedai kasut ni Payless. Setahu aku, Payless ni ada kat Sunway Pyramid dan Paradigm Mall. Selain dua tempat ni aku tak sure kat mana lagi ada kedai kasut Payless ni. 

Dulu masa anak masih sorang, biasanya aku pergi Payless kat Sunway Pyramid. Tapi sekarang sejak dah ada Paradigm Mall, aku biasa tuju ke Paradigm Mall je. Aku lagi suka menuju ke Paradigm Mall sebabnya entahlah tak sesak sangat kot berbanding Sunway Pyramid. Kat Payless ni ada jual kasut untuk semua kategori. Kasut orang dewasa lelaki dan perempuan, kasut budak saiz seawal setahun macam Raifa sampai budak saiz Raina pun ada. Rasanya saiz lebih besar dari umur Raina pun ada. Dan kalau tak silap aku kasut saiz newborn pun ada kot. 

Harga memang berbaloi bagi aku. Nak kata mahal sangat pun tidak. Nak kata murah sangat pun tak. Kalau kasut orang dewasa tu ada yang harga dari puluhun ringgit hingga ratusan ringgit. Kasut budak pulak biasanya memang bawah harga RM100. Kalau beli time tak ada sales biasa RM60+ ke atas. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal harga kasut payless bila tengah sale.

Kesemua 4 pasang kasut ni tak sampai pun RM100. Murah dan berbaloi-baloi

Sekarang ni Payless ada buat sale dari 50% hingga 70%. Memang angaulah bila tengok sale macam tu. Kisahnya, ibu aku nak belanja cucu-cucu dia kasut raya. Suka sangat ibu aku ni belikan anak-anak aku kasut. Kalau bukan nak raya pun memang ibu aku biasanya belikan Raina dan Raifa kasut. Perangai ibu aku ni memang sebijik macam aku suka beli kasut. Macam aku memang suka beli kasut then kumpul kasut anak-anak aku tu.

So Sabtu lepas, pagi-pagi aku, Raina dan Raifa dah keluar dengan ibu aku dengan misi utama nak shopping raya. Bukan aku je shopping tapi ibu aku pun sama nak belikan keperluan ibu dan ayah aku. Bila dah settle semua shopping, barulah misi mencari kasut raya Raina dan Raifa. Aku cadangkan kat ibu pergi kedai kasut Payless je. Macam tahun lepas ibu belanja Raina dan Raifa kasut Converse. Terkejut jugak aku sebab ibu aku sanggup habiskan duit beratus ringgit semata-mata mengikut kehendak Raina nakkan kasut Converse. Demand kan anak aku? Siapa entah ajar tu.  Babap baru tahu. Hahaha. Tahun ni tak payah nak beli Converse bagai okeh. Sebab kasut Converse tu pun elok lagi boleh pakai kecuali kasut Converse Raifa dah sedikit ketat. aku suggest kat ibu aku kali ni belikan kasut Raina dan Raifa yang bercirikan feminin kekononnya.

Ibu tak kisah sebab memang niat ibu aku nak belikan kasut kat cucu-cucu dia. Sampai je kedai kasut, ibu aku suruh pilih je mana berkenan. Tapi apakan daya, anak sulung mak dah besar dah ada citarasa dia. Raina lagi laju pilih kasut dari aku. Raina terus spontan ambil kasut warna pink. Sabau je lah aku. Pujuk suruh pilih warna lain tak nak okeh. Siap peluk kasut tu lagi. Ok ok pink pun pinklah Raina. Mama is pasrah. Hahaha.

Bukan itu saja, Raina siap pilihkan kasut adik dia pun warna pink. Nak sama design macam Raina tapi saiz Raifa tak ada pulak. So ambillah design lain tapi warna pink jugak. Adik pun kemain lagi suka kasut pink tu. Siap dah try pakai tak nak bukak kasut tu. Inilah namanya anak perempuan. Warna pink tak dapat dipisahkan. Wahai anak-anak, korang tahu tak mama allergic betul dengan warna pink. Pilihlah warna biru ke. Kau ni Nurul tak sudah-sudah nak warna biru. Hahaha. 

Bila time bayar, kakak kaunter bagitahu total untuk dua pasang RM39+. Aku tanya semula RM39+ tu untuk sepasang atau dua pasang. Kakak kaunter jawab untuk dua pasang. Wow biar betul ni. Ibu aku terus offer ambil lagi dua pasang. Kali ni ibu aku yang pilih design kasut cucu-cucu dia. Ibu aku berkenan design kasut sarung warna brown. Mula-mula ibu aku nak ambil warna hitam tapi aku cakap trylah ambil warna brown baru nampak rare sikit. Aku pun berkenan dengan pilihan ibu aku. Serius kasut pilihan ibu aku tu nampak rare okeh. Tapi sayangnya saiz Raifa tak ada. Saiz Raina pun ikutkan tak ada. Tinggal saiz besar. So sebab ibu aku dah minat sangat dengan kasut tu, kitaorang decided beli jugak tapi ambil saiz besar sikit. So Raina pakai agak longgarlah sikit kasut sarung warna brown tu.

Untuk Raifa pulak belikan sandle je sebab saiz untuk Raifa banyak dah tak ada. Mana design yang aku minat tak ada saiz. Ada satu design tu aku minat sangat tapi tak ada sale untuk design tu. Ibu aku suruh ambil je sebab dia nak belanja kan. Tapi aku tak naklah ambil kesempatan so ambil je apa yang ada. Kali kedua bayar untuk dua pasang lagi kasut tu, hanya RM53+ je. Murah kan? Kalau nak tahu harga kasut sarung warna brown tu, RM109 tau. Boleh tahan jugak harga kasut tu before sale.

So total semua sekali untuk 4 pasang kasut tu hanya lebih kurang RM93+. Tak sampai pun RM100 untuk 4 pasang kasut. Murah dan berbaloi-baloi. Hari tu beli kasut untuk ayah aku sekali. Harga kasut ayah aku before sale dalam RM139. After sale jadi RM41+. Terkejut okeh sebab harga turun jadi macam tu murah. Berbaloi-baloi sangat bagi aku.

Kasut pilihan Tok Wan Raina dan Raifa. Tapi sayangnya saiz Raifa tak ada untuk design ni. Harap next time ada saiz Raifa untuk design ni. Abaikan tali putih kat kasut tu. Itu tali price tag. Raina tak tanggalkan. Anak dara tu tak sabar nak pakai kasut baru

Sesiapa yang belum beli kasut raya anak-anak, bolehlah terjah Payless. Bukan setakat nak beli kasut raya anak-anak je, kasut bapak mak budak pun boleh beli kat situ. Oh ye kat situ pun ada jual handbag. Cantik-cantik jugak aku tengok. Bolehlah korang terjah Payless yang berdekatan. Harap-harap masih banyak stok kasut yang cantik-cantik lagi untuk korang yang belum beli kasut raya tu. Eh eh aku pun tak beli kasut raya lagi tau. Mak pergi kerja pun kekadang sarung selipar Jepun. Punyalah pemalas kalau mood nan ado. Hahaha.

Biasa aku tak adalah nak beli kasut raya bagai sejak dah jadi mak budak ni. Kecuali kalau memerlukan. Tapi aku rasa macam perlu jugak beli kasut baru ni. Nak beli kasut jenis bersarung sebab macam hajap benau pulak ke hulur ke hilir pakai selipar Jepun. Dalam kereta tu banyak je kasut tapi kebanyakan jenis wedges. Alasan sangat kau ni Nurul. Hahaha

17 comments:

  1. lawa2 kasut ha... aku malas nak g paradigm tu jauh jem federal hahha tapi sana kalau sale mmg murah pun

    ReplyDelete
  2. comel jgk kasut dia. nak ke sunway pyramid & paradigm mall tu malas. skrg shopping shah alam je. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Shah Alam nak cari kasut budak macam payah kan Ainul

      Delete
  3. ngape la kuantan ni tade kedai2 cmni, bli kasut slipar psr mlm je anak aku. haha sokay la. pre walker pon still blh pkai. belasahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bebila ko turun KL boleh terjah payless. tapi pergi payless time sale baru berbaloi-baloi

      Delete
  4. lawa kasur raifa.. dulu selalu gak masuk payless tu..yg kat sunway pyramid.. tp dah lama sgt tak beli kasut...rasanya ni mcm nak pegi nnt.. lupa lak kat situ ade kasut lelaki tak?

    ReplyDelete
  5. salam
    nak Tanya kalau kasut yg ada dlm website ada kat kedai hehe tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Maksudnya kasut yang ada kat website ada kat kedai ke soalan awak ni?

      Delete
  6. ye ye pernah beli kat situ mmg murah pastu terus rambang mata..ni kena ajk hubs pegi sane ni..nasib awak up entry ni kalau tak dah lupa pasal kedai tu

    ReplyDelete
  7. Kasut Payless mmg comel2.. Murah pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi berbaloi kalau beli time sale awak

      Delete
  8. Fie baru pergi semalam Nurul. Unfortunately for boys takde banyak pilihan. Sodih mak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kasut girl kan Fie? Macam tu kena cari kedai kasut lainlah Fie

      Delete