Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, July 13, 2015

Persiapan raya aku yang biasa-biasa saja

Ok tinggal beberapa hari lagi nak raya. Jadi aku nak cerita serba sedikit tentang persiapan raya aku tahun ni.  Kalau bercerita pasal persiapan raya tahun ni, aku rasa persiapan kali ni macam agak sempoi bagi aku kalau nak dibandingkan dengan persiapan raya tahun-tahun lepas. Serius ni. Banyak sebab kenapa aku cakap persiapan raya tahun ni agak sempoi.

Biasanya baju raya aku mesti lebih dari sehelai. Maksud aku baju tradisional macam baju kurung atau baju kebaya labuh. Biasanya aku akan sediakan 2 atau 3 helai. Tapi tahun ni baju raya aku cuma sehelai je setakat ni. Itu pun jubah bukan baju kurung mahupun baju kebaya labuh yang biasa aku pakai okeh. Entahlah sekarang ni lagi selesai pakai jubah. Tapi jubah aku tu aku order saiz besar gedabak. Bila hantar alter pun, tailor tak kecikkan sepenuhnya ikut apa yang aku nak. Jadi sekarang ni aku macam dah tak berapa nak ada mood beraya bila memikirkan jubah aku yang agak besar gedabak tu. Maybe kalau aku rajin nanti, aku trylah alter sendiri. 

Selain tu, aku mesti ada baju casual iaitu baju standby nak pergi open house atau beraya rumah saudara mara. Sebab kadang-kadang datang mood aku memang malas sarung baju kurung. Baju casual aku biasanya blouse dan skirt. Tapi tahun ni tak tahu mana silapnya, hampir kesemua blouse yang aku beli mesti ada je yang tak kena dengan aku. Tak sedap di pakai atau saiz tak bersesuaian. Ada sehelai blouse aku tu dah pun aku bagi ibu. Dari aku peram dalam almari baik aku bagi ibu aku pakai.

 Ni gambar tahun lepas, masa masing-masing tengah excited dengan skirt abang kawasan Ashhannas. Percaya tak tahun lepas, aku sanggup beratur dengan Reen hampir 6 jam kat depan butik abang kawasan nak sebab nak beli skirt abang kawasan dan belikan kiriman kawan-kawan. Tahun ni sempoi okeh tak ada skirt baru atau nak beratur panjang-panjang nak dapatkan skirt abang kawasan

Plan aku dari tahun lepas kot, kalau baju raya aku tahun ni jubah, aku nak beli kasut converse warna hitam. Kekonon nak ikut stail ala-ala Fynn Jamal. Ewah ewah ewah kau Nurul. Kemain lama aku berangan dan pasang impian dari tahun lepas lagi. So sekarang ni, dah sah-sah baju raya aku memang sehelai jubah, tapi sampai ke sudah aku tak beli kasut Converse yang aku nak tu. Nak tahu aku beli kasut apa? Aku beli sandle biasa kat Payless dengan Reen Sabtu lepas. Punyalah kitaorang bantai gelak Sabtu lepas, sebab kemain kami orang berangan macam-macam tapi tiba masa benda lain yang kami beli. Hahaha.

Ok sebab lain aku kata persiapan aku sempoi tahun ni, baju melayu Saiful sampai sekarang tak beli lagi. Perghhh dalam sejarah aku rasa. Biasanya baju melayu Saiful aku akan hantar tempah kat tailor area kampung ibu aku atau pun ada dua kali kot minta mak Reen jahit. Tapi memang biasanya dengan makcik kat kampung ibu aku je aku hantar tempah baju melayu. Tapi tahun ni, makcik yang biasa jahit baju melayu Saiful tu dah tak berapa sihat. Lagi seminggu nak puasa kot, kami laki bini main terjah cari tailor area Shah Alam, tapi tailor dah tak ambil tempahan. Sebenarnya Saiful tak berapa gemar beli baju melayu siap. Lagi suka tempah. Lagipun ada potensi warna baju yang aku nak tu tak ada. Sebab tu lagi suka beli kain dan hantar jahit kat tailor je. Sekarang ni Saiful asyik busy dengan kerja. Aku ingat minggu ni aku nak heret jugak laki aku tu cari baju melayu. Kalau dia tak boleh nak cuti jugak, aku rasa memang aku sendiri yang redah cari baju melayu dia. Stress mak tau lagi beberapa hari nak raya ni baju laki tak setel lagi. Aku tengok Saiful rileks je. Kalau tanya dia pun, dia mana nak kisah sangat baju raya dia. Kalau aku tanya, mesti dia jawab, tak ada baju raya pun takpe pakai je apa yang ada. Mana boleh wei. Mak nak sedondon. Kita yang perempuan ni je yang beriya-iya sangat. Laki rileks je. Hahaha.

Sebab lain, baju-baju casual Raina dan Raifa yang aku beli direct from oversea ada beberapa helai yang tak kena saiz dengan mereka. Ada yang bila sampai Malaysia, design tu sehelai je di hantar. Lagi sehelai out of stock. Padahal aku dah plan baju ni nak match dengan skirt ni. Baju tu pulak nak matchkan dengan seluar tu. Contohnya. Hal ni pun buat mak stress. Terpaksalah hari tu keluar dengan ibu aku sambil-sambil cari baju casual lain nak top up mana-mana yang patut. Tapi tu lah kat sini kalau beli masalahnya mesti agak payah nak cari saiz yang boleh nak sedondonkan Raina dan Raifa tu. Pedulilah orang nak cakap apa. Aku memang suka anak-anak dara aku pakai sedondon. Disebabkan kat sini agak terhad nak cari saiz salah sorang dari anak aku tu, maka tak banyaklah yang aku beli baju casual diaorang kat sini. Lagi satu aku ni maybe cerewet sikit kalau bab design baju budak. Kalau ada pun saiz mesti design tak menarik. Memang tak adalah aku beli. So sila jangan membazir ye Nurul.

Tahun lepas, aku punya handbag raya kemain lagi laki belikan yang setakat ni dalam sejarah hidup aku itulah handbag aku yang boleh aku katakan katagori yang agak mahal. Kalah harga handbag masa hantaran kahwin dulu. Tahun ni Saiful cakap tak ada handbag raya sebab tahun lepas baru je beli. Tak payah membazir. Kena berjimat. Sentap mak kat bucu meja. KahKahKah. It's ok kalau laki tak nak belikan handbag raya, mak boleh beli pakai duit mak sendiri. Statement nak pujuk diri-sendiri. Hari tu Coach ada buat sale kaw-kaw tau. Tapi sebab masa tu aku balik Banting sebab Saiful nak belanja satu family aku berbuka puasa, jadi aku terlepas nak bayar deposit. Janji nak bayar before berbuka puasa. Tapi sebab kami terkejar-kejar masa, memang tak dapatlah aku bayar deposit kat personal shopper tu. Sebab hari tu hari last day submit order. Terlepaslah beli handbag raya. Sekarang gambar handbag idaman aku tu, aku simpan dalam hp aku. Takpelah tengok je lah gambar handbag  tu dalam hp. Hahaha. Tapi aku rasa ada hikmahnya tu. Hikmahnya supaya jangan membazir, kena dengar kata suami tak payah membazir beli handbag beratus ringgit. Duit tu kasi simpan dalam bank okeh.

Nak pujuk hati, sebab nak jugak handbag raya, aku belilah handbag murah-murah je tahun ni. Bukan handbag yang order direct from oversea. Beli handbag biasa je tapi haruslah besar sebab boleh sumbat barang anak-anak. Saiful sampai perli, berapa banyak handbag aku nak ni. Eh aku mana banyak handbag. Yang nampak banyak tu, semua handbag untuk bawak pergi kerja okeh. Pergi kerja kena pakai handbag biasa-biasa je. Alasan sangat kau ni kan Nurul. Perempuan dan handbag seperti kawan baik. Hihihi.

 
Ini pun gambar tahun lepas jugak bergambar dengan owner butik tudung Shawlbyvsnow, Mira. Lepas berjam-jam beratur kat butik abang kawasan, aku dan Reen terus pergi terjah butik tudung paling aku suka Shawlbyvsnow. Kalau korang perasan dalam entri ni aku banyak sebut nama Reen. Reen ni rakan blogger aku yang paling aku ngam. Sebab tu kitaorang plan nak shopping raya sama-sama dari sebelum puasa lagi. Banyak berangan kitaorang ni. Asal whatsapp mesti berangan. Pastu bantai gelak. Hahaha. Sabtu lepas shopping berdua je dengan Reen. Belum masuk Mid lagi tu. Kalau ada Mid lagi havoc agaknya. Sabtu lepas pergi butik Shawlbyvsnow ni lagi. Mira ada kat butik. Aku siap berborak dengan Mira minta dia buat shawl lebar dan panjang banyak sikit. Baik dan lembut sangat Mira ni dengan customer dia. Pastu suka senyum. Sebab tu, aku dan Reen setia dengan shawl dia dah bertahun-tahun lamanya

Tahun lepas kemain berhelai-helai tudung raya aku. Tahun ni sebab baju raya pun sehelai je, jadi tudung raya aku beli pun Sabtu lepas dengan Reen cuma tiga helai. Sebab apa aku tak banyak borong tudung kali ni, sebab shawl yang aku nak jenis lebar dan panjang tak ada warna yang aku berkenan. Lately aku memang suka pakai shawls saiz XL sebab boleh tutup bahagian dada sepenuhnya. Takpelah pakai je lah tudung apa yang ada nanti. 

Aku ni masih berharap, nanti adalah kot terjumpa blouse ke baju yang aku berkenan yang sesuai dengan aku. Rasa macam tersentap dengan diri-sendiri je sebab baju raya sehelai je. KahKahKah. Aku patutnya bersyukur ada jugak baju raya. Oklah bersyukur dengan apa yang ada. Mood ustazah is on. Kemain statement. Sabtu lepas ingat nak rembat jubah Calaqisya, tapi tak banyak pilihan yang tinggal. Ramai pulak tu orang kat situ. Tak sampai setengah jam kot, aku dengan Reen dah keluar dari Butik Calaqisya tu. 

Eh eh panjang pulak aku menaip hari ni. Ok nanti kita cerita hal lain pulak ye

p/s : Tahun ni tak ada gambar best nak tempek. Ada gambar sabtu lepas pergi shopping dengan Reen, tapi gambar tu banyak tak semenggah sebab banyak gambar blur. So tempek gambar tahun lepas je ye

4 comments:

  1. eh tiba2 selit gambar aku lak..hahah
    adik ipar aku smlm g vendor vendville beli sekewt abam kawasan..3 helai rm100..jelos kakak ipar yg tgk ni tau..hahaha
    aku pon baju raya sehelai..sob..sob..

    ReplyDelete
  2. mak mak sangattt.....dahulukan anak anak daripada diri sendiri hehehe

    ReplyDelete
  3. Tengku Ana : Aku pun macam teringin nak pergi Vendville tu. Nanti boleh lah try terjah Vedville tu

    ReplyDelete
  4. Mun : Tu lah kita ni biasa dahulukan keperluan anak-anak dulu. Keperluan sendiri kemudian baru fikir dan beli. Hahaha

    ReplyDelete