Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 5, 2015

1 tahun 6 bulan Raifa Evaqaleefa


Rasanya lama sangat aku tak cerita pasal perkembangan Raifa. Dulu masa Raina, kemain aku rajin update pasal perkembangan anak. Bukan tak nak update, tapi sibuk. Kat office payah nak cari masa nak update blog. Kerja melambak. Kerja aku tak macam dulu boleh duduk rileks lagi. Sekarang ada je kerjanya. Bila tengah free malas pulak nak update blog. Macam-macam betul alasan aku kan? Hahaha.

Alhamdulilah Raifa dah pun berumur 1 tahun 6 bulan. Sekejap sangat aku rasa Raifa ni membesar. Sampaikan satu hari tu aku cakap kat ibu aku. Ibu, ibu perasan tak yang Raifa ni cepat sangat membesar? Ibu aku pun cakap memang dia perasan Raifa cepat membesar. Rasa macam baru melahirkan Raifa. Kadang-kadang macam tak percaya Raifa dah membesar dan dah pandai macam-macam.

Raifa sekarang ni masih dalam proses belajar bercakap. Dia banyak cakap bahasa German. Hahaha. Adalah beberapa word yang aku faham. Sekarang ni bertambahlah beberapa word yang Raifa boleh sebut. Yang lain tu masih bercakap dalam bahasa German gitu. Antara word yang biasa Raifa sebut :

1) Nanak : Tak Nak
2) Nak atau wan (want) : Nak / mahu
3) Mimik : Milk
4) Umm mah : Umar (Kawan dia kat rumah babysitter)
5) Papa
6) Mama
7) Nana : Raina
8) Lit : Light
9) Ngah : Ummie Ngah
10) Wen : Tok Wan
11) Cat
12) Tata : Bye-bye
13) Sho : Shoe
14) Babu : ibu
15) kong : Dukung

Ada lagi beberapa word yang boleh Raifa sebut. Masih sebut pelat lagi. Tapi masih boleh difahami. Sebenarnya dengan Raifa ni aku macam banyak bercakap in english. Tapi taklah sepenuhnya. Campur-campur bahasa rojak jugak. Sebab tu Raifa selalu sangat keliru. Contoh kalau Tok Wan dia cakap 'susu', memang nampak Raifa keliru. Sebab aku dah biasa guna word 'milk' bila bercakap dengan Raifa.

Raifa dah kenal beberapa anggota badan. Kalau kita tanya dia where your eye Raifa? Nanti dia kelip-kelip mata dia. Where your tummy Raifa? Nanti dia tepuk-tepuk perut dia. Begitu jugak dengan telinga, mulut, tangan dan lain-lain. Tapi dia hanya faham word dalam english. Kalau kita cakap word dalam bahasa melayu, dia buat tak tahu je.





Raifa dah pandai nak melaram sama macam kakak dia Raina. Cuma tak ketara je. Contoh kalau nak keluar berjalan, nanti dia duduk senyap je, bila kita nak ikatkan rambut dia, pakaikan kasut dia. Kiranya macam dia mengikut je apa kita buat kat dia. Pastu kalau nak keluar pergi mana-mana, biasanya dia nak pakai bedak dan minyak wangi. Lagi satu kalau ambil gambar dia dengan kakak Raina, dia selalu nak ikut apa gaya kakak dia bergambar walaupun dia tak reti nak buat tapi dia tetap bersungguh-sungguh nak cuba buat.

Raifa jugak sekarang dalam proses suka nak makan sendiri. Dia tak berapa nak kita suapkan dia makan. Tapi tak selalulah dia buat perangai nak makan sendiri tu. Ikut mood dia. So aku pun macam dah terbiasa bila lantai bersepah dengan makanan dia, pasrah je lah bersihkan lantai. Biasalah tu anak tengah nak membesar.

Yang terbaru aku perasan, kalau kita bagi arahan kemas barang mainan dia contohnya, Raifa akan cuba kutip semua mainan dia dan masuk dalam bakul. Hari tu dia sepahkan kasut-kasut raya dia. Aku minta dia kemas balik kasut-kasut raya dia tu. Automatik, laju dia kemas letak tempat yang asal.

Raifa masih makan bubur atau nasi lembik. Dia sekarang baru dalam proses belajar makan nasi biasa tu. Raifa tak berapa suka nasi biasa tu. Dia lagi suka nasi yang lembik-lembik atau makan bubur je. Tapi aku tetap tak putus asa ajar dia makan nasi biasa. Sekarang ni Raifa dah boleh nak makan nasi biasa tapi mesti kena lauk yang berkuah macam sup ayam atau masak sayur berkuah contohnya. Asalkan berkuah.

Banyak lagi perkembangan Raifa ni. Kalau nak cerita tu, mesti kena buat entri yang panjang lebar. Tapi sebab aku tengah nak siapkan report ni, jadi aku update yang ni lah dulu. Nanti kalau aku free-free aku update kat entri lain pulak ye. Oklah aku nak sambung buat kerja

4 comments:

  1. sebaya beb anak kite...tarikh pun sama hehehee

    ReplyDelete
  2. amboiii gmbr bawah tu xmenahan tgk perot. ekeke
    tp raifa mgm berisi, mcm kakak dia ms kecik dlu gak jer,
    stahun 6bulan dah, korang dh g cucuk lom?

    ReplyDelete
  3. Mun : Raifa dengan Marissa kan sama tarikh lahir. Senang nak ingat kan

    ReplyDelete
  4. Na : Raifa sejak dah campur susu ni baru nampak badan dia naik Na. Pastu dia ni pemakan orangnya. Apa kita bagi biasa dia makan. Kalau nak bandingkan dengan Raina masa kecik dulu rasanya Raina besar sikit dari Raifa kot

    ReplyDelete