Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, August 6, 2015

Cerita basi : Shopping di Ikea

Ok ni cerita basi. Cerita bulan lepas masa lagi beberapa minggu nak raya. Tak silap aku lagi dua minggu nak raya kot. Sebenarnya aku memang plan lama nak sediakan sikit peruntukan beli barang kat Ikea untuk persiapan hari raya. Walaupun aku tahu aku beraya dan melepak mesti kat rumah family kat Banting, tapi aku tetap ada hati nak hias lawa-lawa rumah kecil molek tu. Bukanlah sebab nak raya baru nak hias lawa-lawa. Tapi sebab minat pun iye jugak. Kalau bukan musim raya pun, kalau ada peruntukan aku tetap akan beli sikit-sikit barang untuk rumah. Tak kisahlah walaupun setakat bunga plastik sekali pun. Sebab memang aku minat benda-benda macam ni.

Peruntukan aku tak besar. Ciput je pun. Mula-mula kemain panjang list barang yang aku nak beli. Bila tiba masa nak membeli aku cut satu-persatu barang yang nak di beli. Aku beli ikut peruntukan sedia ada. Masa pergi Ikea tu, aku bawak ibu aku. Saiful biasalah dia kerja. Kebetulan masa tu, kami memang plan nak shopping raya. Ibu pagi-pagi dah sampai rumah aku. Kemain tau ibu aku semangat nak shopping raya. So pagi-pagi tu bergeraklah kitaorang keluar rumah dengan misi utama adalah shopping raya. 

Mula-mula sekali, lokasi kitaorang adalah The Strand, Damansara. Misi utama pergi situ nak cari legging untuk Raina dan Raifa. Sambil-sambil tu ibu cuci-cuci mata kot-kot ada yang dia berkenan kat situ. Tapi tak ada apa yang berkenan pun kat situ. Cuma beli lengging dan skirt untuk Raina dan Raifa. Ada yang ibu aku bayarkan sebab dia cakap memang ada peruntukan untuk cucu-cucu dia. Beruntung Raina dan Raifa dapat tok wan macam tu. 



Lepas ke The Strand, barulah kitaorang gerak ke Ikea. Aku bayangkan Ikea ttak ramai orang sebab kiranya aku sampai Ikea pun masih awal lagi kot. Tapi perghhh ramai betul umat manusia. Nak pilih barang pun tak berapa selesa okeh. Nasib baiklah aku dah listkan apa yang aku nak beli. So aku pergi kat tempat barang, laju-laju pilih barang. Tapi ada jugak barang yang tak ada dalam list, aku rembat beli jugak. Hahaha. Tapi aku taklah beli banyak barang. Setakat karpet, langsir, pokok bunga pastu apa lagi entah. Ibu aku pun shopping sekali. Kemain ibu aku dah sampai Ikea tiba-tiba dia nak beli barang untuk letak kat rumah Banting. Terpengaruh dengan akulah tu. Hahaha.

Disebabkan aku dah cut banyak list, jadi tak dapatlah aku nak beli rak idaman aku. Hoi bertahun-tahun aku aim rak tu okeh. Tapi tak beli sampai sekarang. Rak idaman tu aku plan nak beli sebab nak susun koleksi novel-novel aku kekdahnya. Banyak lagi barang yang aku aim kat Ikea tu. Tapi tu lah pulus tak berapa banyak. Nantilah aku kumpul duit lagi. Perangai aku apa yang aku target, aku akan cuba dapatkan sampai dapat. InsyaAllah. Yang penting usaha. Ayuh kita kerja sekuat-kuatnya.




Bila dah settle pilih-pilih barang, misi beratur nak bayar pulak. Aku dah agak mesti kena beratur panjang nak bayar. Sebab memang ramai umat manusia kat Ikea masa tu. Bila tiba beratur nak bayar, aku tak sangkalah yang aku akan beratur panjang berjela. Dalam sejarah kot aku beratur sepanjang tu. Selama ni kalau pergi Ikea tak pernah sepanjang tu aku beratur rasanya. Bayangkan siap dah berpusing masa beratur tu. Nak terangkan pun aku tak reti. Tapi memang aku beratur panjang masa tu. 

Raina dah berzikir lapar dan haus nak air. Raina kalau cuti sekolah liat je nak puasa. Masa time sekolah elok je puasa. Kesihan jugak tengok Raina. Memang nampak dia dah tak larat. Tapi Raina taklah meragam sangat cuma stress jugak aku sebab mulut asyik cakap tak tahan lapar dan haus. Raifa pulak mula-mula elok je tak meragam pun duduk dalam troli. Tapi bila dah hampir sejam beratur, Raifa dah start nak turun dari troli. Aku pun turunkan aje Raifa dari troli. So eloklah dua beradik tu main sama-sama sementara tunggu turn aku bayar.




Aku rasa adalah kot sejam aku beratur nak bayar. Acah-acah gigih beratur nak bayar sebab aku memang nak barang tu. Tapi aku perasan ramai jugak yang dah elok beratur, pastu letak balik barang-barang yang diaorang ambil pastu blah keluar Ikea. Maybe tak sanggup nak beratur panjang.

Lepas pergi Ikea, aku pergi Ipc kat sebelah Ikea pulak. Tapi tak beli apa-apa sebab masa ni Raina kot dah start meragam. Plus masa tu aku dengan masih tolak troli Ikea yang penuh barang, jadi bila nak masuk satu-satu kedai kat situ, pak guard macam tak bagi. Aku perasan sebab ramai orang kat situ bawak plastik Ikea tapi tunggu luar kedai. Nak patah balik pergi letak barang kat kereta malas. Dengan tengah puasanya. Memang mencabar jugak shopping time kita tengah puasa. Aku dengan tak bangun bersahur lagi masa tu. Tapi gigih jugak nak puasa. Pastu terus aku cadangkan ibu pergi Paradigm Mall. Lepas shopping kat Pradigm Mall, buka puasa kat Shah Alam. Pastu balik rumah kejap mandikan anak-anak dan buat apa yang patut, tak sampai setengah jam, keluar balik pergi Putrajaya ambil kuih raya. Pastu pergi Ayer 8, Putrajaya jumpa geng blogger dan shopping tudung pulak. Memang masa tu, sehari suntuk aku keluar dengan ibu bawak Raina dan Raifa. Penat wei tapi seronok.

Oh sekarang ni Ikea tengah ada sale. Dari semalam aku tak senang duduk fikir pasal sale Ikea ni. Sebab katil yang dah bertahun aku aim turun harga. Banyak pulak tu turun harga. Sebenarnya, aku dah beli katil untuk Raina. Katil tu pun beli kat Ikea beberapa tahun lepas. Tapi jenis kayu. Aku sebenarnya tak berapa suka katil tu tapi masa beli tu Saiful yang beriya pilih katil tu. Aku plan nak jual katil tu dan nak beli katil yang tengah sale tu sebab aku suka design katil tu sebab warna putih. Pastu nak rembat dua terus katil tu untuk Raina dan Raifa. Berangan je kau kan Nurul. Hahaha. 

Tapi masalahnya sekarang ni peruntukan tak ada. Tapi hati meronta-ronta dari semalam. Aku masih berkira-kira ni nak rembat ke tak katil tu. Huwaaaaa Ikea kenapa kau suka sangat buat sale tak kena masa. Stress mak tau. Buatlah sale tu time lepas raya ke. Bulan raya ni peruntukan memang banyak ke raya lah wei. Mulalah aku tak duduk senang duduk fikir mesti orang berpusu-pusu kat Ikea tu rembat katil idaman aku tu. Nanti habis pulak katil idaman tu. Perangai sangat kau ni Nurul. Suka sangat berangan pastu suka banyak fikir. Hahaha

4 comments:

  1. i nak pergi malam ni..hahahaha..nasib baik i tunggu tak beli hari tu.. sbb last month dah jual baby cot mel nak beli katil ni..tp duit x cukup..sbb baby cot jual rm300 je.. sekali sale ni, memang cun la..duit ade ngam2..hahahah..tak yah top up...

    ReplyDelete
  2. lawak betul imaginasi orang beli sampai habis katil idaman ituu... selalu terjadi imaginasi tu kalau tudung yg aku suka..

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete