Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, August 4, 2015

Rumah manis

Gambar senget dan rumah kecil

Aku dah lama tak balik rumah, tidur kat rumah. Dari start sehari sebelum raya hari tu. Baru Isnin semalam aku balik rumah manis. Lebih kurang hampir tiga minggu travel dari rumah family kat Banting ke tempat kerja. Jauh tu memang jauh tapi sebab dah biasa, aku tak terasa jauh mana pun. Cuma rasa penat sikitlah. Entahlah rasa seronok pulak lepak rumah family. Ibu rajin masak macam-macam. Balik kerja je terus laju menuju ke dapur. Apa lagi makanlah. Bertuah punya anak. Hahaha.

Ayah dan ibu pun jenis rajin layan kerenah cucu-cucu. Ibu lagi suka kitaorang lepak duduk Banting. Itu yang asyik tertangguh-tangguh je nak balik Shah Alam. Kalau aku balik rumah pun, singgah sekejap, baring kejap, kadang-kadang sampai tertidur jugak. Lepas tu kemaslah apa yang patut. Lepas dah settle semua terus gerak balik Banting. Saiful kadang-kadang je balik Banting sebab dia jenis kerja pun balik lewat. Memang tak laratlah dia nak ikut aku hari-hari balik Banting.

Semalam kiranya hari pertama aku tidur kat rumah setelah sekian lama tak tidur kat rumah. Tapi aku tidur lewat. Nak tahu kenapa? Kunci kereta anak-anak buat main masa aku sibuk memasak kat dapur. Lepas tu hilang. Jadi tarzan jugak aku semalam. Gelabah ayamlah aku kunci kereta boleh hilang. Dah terfikir macam mana aku nak pergi kerja. Dahlah nak siapkan report untuk payroll. Adik aku bagi doa khas untuk cari barang hilang. Aku pun asyiklah baca doa tu dengan harapan kunci kereta dapat dijumpai.   Puas geledah sana sini, cari setiap ceruk, akhirnya aku putus asa. Tertidurlah aku semalam dalam keadaan yang tak aman memikirkan kunci kereta hilang. 

Pagi tadi elok tengah kemas plastik Ikea yang penuh baju-baju yang aku tak kemas lagi, tup-tup elok je kunci tu ada dalam plastik Ikea. Aku kalau balik Banting memang main sumbat je baju-baju aku anak-beranak dalam plastik Ikea. Kan plastik Ikea tu besar. Macam-macam boleh isi. Alhamdulilah jumpa jugak kunci kereta. Ni Rainalah suka sangat biarkan Raifa main benda kecil molek. Kalau tanya Raifa, manalah dia tahu mana dia campak kunci kereta tu.

Hari ni, balik rumah plan nak kemas rumah sikit-sikit. Aku perasan habuk kemain banyak setiap ceruk. Rumah aku memang banyak habuk. Pasrah je lah bersihkan habuk. Maklumlah rumah kecil tingkat satu memang tak boleh lari dari habuk. Bayangkan kita baru je lap bersihkan habuk, tak sampai beberapa jam habuk ada lagi.

Tahun ni, aku tak ada buat makan-makan sempena hari raya pun. Aku rasa ada sekali je aku buat makan-makan tahun 2012 kot. Lupa dah. Payahlah nak buat sebab rumah kecil sangat. Ruang tak berapa luas. Lagi-lagi sekarang barang dalam rumah makin bertambah. Bak kata orang rumah sekangkang kera je. Dulu duduk rumah ruang luas sikit sekejap tapi di kelilingi oleh orang Sabah dan foreign worker. Pastu pindah rumah comel ni. Aku lagi suka sebab senang nak deko dan nak kemas.

Sebenarnya aku dalam proses nak tukar konsep deko dalam rumah tu. Tapi tak habis lagi aku deko. Sebab pulus tak berapa meriah. Sebelum bulan Ramadhan hari tu, kemain dalam bajet nak beli barang kat Ikea nak spent lebih kurang dalam 1k. Sebab aku dah aim satu,dua barang. Sekali tu beberapa minggu nak raya hari tu, pergi Ikea terus cut apa yang patut. Bajet tiba-tiba jadi dalam RM500. Memang silaplah kau Nurul nak shopping kat Ikea time nak raya. Time nak rayalah kena guna duit banyak kan. Beli itu beli ini, eh eh dah nipis pulus dalam bank. Hahaha.

Eh okalah aku kena siapkan report ni. Aku update blog ni sebab nak hilangkan mengantuk. Dari tadi asyik menguap depan pc. Eh entri raya full version tak update lagi kan? Bilalah tu aku nak update. Tunggu aku free InsyaAllah aku update okeh

4 comments:

  1. singgah pagi di sini nurul.. salam perkenalan.. :))

    ReplyDelete
  2. gambar full dalam rumah takde ke...cecite sikit pasal deko umh nurul.....tak best lah main tunjuk gmbr skit2 nie hahahaa

    ReplyDelete
  3. Mun : Deko rumah aku simple biasa-biasa je Mun. Tu yang malas nak ambil gambar rumah sangat. Hahaha

    ReplyDelete