Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, September 15, 2015

Hei, selekeh ke aku?

Hari ni aku masuk office lambat sikit. So pagi tadi aku yang hantar Raina pergi sekolah. Biasanya Raina naik van sekolah. Ingatkan sekolah Raina tutup sebab adik aku bagitahu malam tadi ada keluar arahan penutupan semua sekolah di beberapa negeri sebab jerebu. Tapi baca dalam group whatsapp, pengetua kata sekolah di buka macam biasa. Lagi pun hari ni ada program 'Haji Cilik'. Tak ramai yang pergi pun. Aku tengok gambar dalam group whatsapp sekolah Raina tadi, adalah beberapa orang wakil dari Genius Aulad Kota Kemuning.

Pengetua bagitahu program ni satu Selangor. Tak silap aku hari tu pengetua bagitahu ada lebih kurang 2000 student terlibat program ni. Tapi Raina tak join pun program 'Haji Cilik' ni. Bukan tak nak join, tapi aku terlepas pandang due date pembayaran program ni. Masa belek-belek messages book Raina, baru perasan dah terlepas due date nak bayar. Tanya pengetua, dia cakap dah tak boleh bayar dah, sebab senarai nama student dah di hantar ke pihak penganjur. Tak ada rezeki Raina nak join program tu. Aku whatsapp teacher kelas Riana tanya, ramai ke yang join untuk kelas Raina. Dia kata cuma dua orang je. Ok lega so Raina boleh sekolah macam biasa hari ni.

Hari ni sekolah macam biasa ye Raina

Eh dah lari topik pulak. Ok sebenarnya aku nak cerita hal pagi tadi aku hantar Raina ke sekolah. Terserempak dengan seorang mak budak. Borak-borak. Aku tak tahu nama. Dan tak tahu anak dia kelas yang mana satu pun. Genius Aulad banyak sangat kelas. Yang aku tahu anak aku 6 Madeenah. Itu je lah kau tahu ye Nurul. Ingat nama kelas anak sendiri je. Tapi aku borak macam orang dah kenal. Nampak tak betapa kemain aku peramah. Peramah ke? Erkk? Hahaha. Tengah borak tu aku boleh rasa teruja sangat tengok penampilan mak budak tu. Cantik, bergaya siap pakai kasut jenis boot gitu. Stailo habis. Aku pandang kasut aku. Sandal je aku sarung. Selekehnya aku. Kahkahkah.

Sebenarnya tiap kali aku ke sekolah Raina, memang kebanyakan mak bapak budak kat sekolah situ jenis bergaya habis. Sebab tu aku sedaya upada cuba tak nampakkan diri aku selekeh kalau pergi sekolah Raina. Masalahnya selekeh sangat ke aku ni? Bila tanya laki sendiri ok tak penampilan aku. Saiful jawab ok je. Tak tahulah maybe dia nak jaga hati aku je. Tapi aku kenal Saiful, kalau dia rasa tak suka cara pemakaian aku, dia akan tegur sambil buat lawak. Biasanya itu perangai dia. Dia buat lawak tu sebab tak nak bagi aku tersentap. Tapi aku tetap akan tersentap. Huh! mahu tak sentap. KahKahKah. So bila laki dah tegur sambil melawak tu, biasanya aku dah malas nak pakai baju atau apa-apa yang dia dah komen tu. Ye lah kalau laki dah tegur kita mana boleh diam diri je. Maybe apa yang dia tegur tu betul.

Hei, selekeh tak? Nak kurus please

Sejak jadi mak budak, aku sedaya upaya elakkan pemakaian yang ala-ala macam makcik. Takut sangat aku kalau orang nampak stail aku macam ala-ala makcik. Sebab tu aku suka pakai shawl walaupun pakai shawl ni agak rumit. Aku tak sesuai pakai tudung awning. Adik aku pun pernah tegur. Sebab tu tudung Fareeda aku tu elok je aku peram. Hahaha. Kadang-kadang je lah kalau aku dah malas sangat, baru sarung tudung jenis awning. Itu pun biasanya kalau aku nak pergi beli barang dapur setakat nak pergi Econsave yang jaraknya dengan rumah bukan jauh mana pun. Biasanya macam tu je lah kalau nak pakai tudung awning pun. Pakai sebab bersebab. Sebab apa? Mood malas nak iron dan lilit shawl. Gittewww.

Bila aku tenung sandal aku pagi tadi, alahai sedih je rupanya. Dah lama aku rasa selesa hanya sarung sandal. Padahal sebelum ni kalau ke mana-mana aku sanggup pakai bertumit. Tak pun kasut bersarung sebab nak elakkan diri aku nampak selekeh. Nampak gayanya aku kena cari kasut barulah. Barulah rasa tak selekeh. Alasan sangat nak kasut baru. Yang banyak-banyak kasut dalam bonet kereta dengan dalam rak kasut kat rumah tu nak buat apa Nurul? 

Ok aku nak keluar lunch. Jom lunch nasi separuh je. Tak boleh lebih-lebih. Babap kang

8 comments:

  1. Exactly. Sama la kita pun, tak suka pakai tudung awning, nampak makcik sangat. Sandal pun biasa juga pakai, tapi maybe bila anak dah sekolah nanti nak bercantik cantik sikit hantar anak hehe. Sebab faham perasaan anak kan, taknak anak malu dengan kita *sobs*

    ReplyDelete
  2. tapi awak memang dah cantik lawa Husna. Suka tengok

    ReplyDelete
  3. tang mane yg selekehnye,
    janji xde rabak berlubang2 sana sni dah, kehkeh.
    tp kdang2 faktor badan kite ni buatkan kite cpt down bila banding2 kan ngn org kot,
    masaaaaalahhnye, nak kurus, tp mkn sedak je ni, cane? grrrrr... huhu

    ReplyDelete
  4. nurul, sy pun tak suka selekeh amik anak sebab jumpe parent lain..lagi pun alya suka puji mama kawan2 cantik..so mesti budak2 lain pun samakn? so kena jaga air muka alya..

    hihihihi..

    Raina tak join haji cilik? alya join coz cikgu sekolah dia cam besemangat sangat...excited sgt dia..tak sabar nk balik rumah nak dgr cerita alya.

    ReplyDelete
  5. Tak ada la selekh..ok je aku tgk..
    aku pon xsuka pakai tudung awning..sbb rasa mcm xsesuai..tp ada gak la shelai dua utk sarung masa malas nanti..
    aku memang suka pakai shawl..

    ReplyDelete
  6. Na : Kalau kurus pakai apa pun rasa macam yakin ye dak

    ReplyDelete
  7. Lylie : Raina tak join haji cilik sebab terlepas due date bayar. Betul tu kan. As momma kena jugak jaga penampilan supaya anak tak malu dengan mak dia

    ReplyDelete
  8. Ana : Hahaha aku yang terasa macam tu beb. Tudung awning pakai time malas je beb

    ReplyDelete