Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, October 15, 2015

Anak-anak kena warded

Lama tak update blog. Busy dengan audit. Anak-anak pulak on off demam, batuk, flu dan terbaru siap muntah macam air paip mencurah-curah. Dugaan sungguh. Sebenarnya apa yang aku perasan, Raina dan Raifa start tak sihat masa bulan raya aidilfitri hari tu ke masa bulan puasa kot. Aku pun dah lupa sebab lately macam kerap sangat Raina dengan Raifa tak sihat. Dah sihat beberapa minggu pastu demam balik. Biasanya demam pastu kalau dah demam mesti pakej sekali dengan batuk dan flu. Maybe aku kena bagi anak-anak makan vitamin kot. Sebelum ni tak pernah pulak macam ni kerap tak sihat. Biasanya ok je.

Kadang-kadang Raina kena dulu. Pastu berjangkit dengan Raifa pulak. Atau Raifa kena dulu pastu tak lama tu mesti berjangkit dengan Raina. Dah pesan banyak kali kalau salah-sorang tak sihat jangan rapat antara satu sama lain. Sebab aku takut berjangkit. Sebab apa yang aku perasan anak-anak aku ni agak sensitif. Nanti sekejap je dah berjangkit. Tapi makin kita larang makin mereka buat. Dah nama pun adik-beradik. Apa-apa pun mesti nak sama-sama.

Sebenarnya, aku tak pernah terfikir yang anak-anak aku akan ada pengalaman tidur kat hospital. Biasanya aku tengok anak-anak kawan aku kena warded. Dalam hati aku berharap janganlah anak-anak aku kena warded. Kalau tak sihat pun, pergi klinik atau hospital dapatkan pemeriksaan doktor dan ubat pastu kita monitor je kesihatan anak-anak kat rumah. Tapi siapalah kita nak menolak ketentuan Allah S.W.T. 

Akhirnya apa yang aku takutkan dan apa yang aku tak inginkan terjadi. Raina kena tahan masuk wad pada bulan April tahun lepas. Masa tu aku agak blur. Masa tu aku rasa down. Perasaan bercampur baur. Bayangkan bulan April tahun lepas tu aku baru je habis pantang. Masa tu aku baru beberapa minggu masuk kerja selepas cuti bersalin dua bulan. Raifa masa tu kecik lagi baru dua bulan lebih umurnya kalau tak silap aku.

Gambar tahun lepas 2014. Masa ni Raina dah agak sihat. Wayar yang berselirat baru je di buka kot masa ni. Kalau tak agak payah jugak nak mandi ke atau pergi toilet kena usung tiang yang tempat gantung wayar tu. Apa nama entah benda tu

Raina kena tahan wad sebab demam panas suhu yang agak tinggi dan ada jangkitan kuman dalam darah dia. Nantilah kalau aku rajin aku cerita detail kejadian masa Raina tak sihat dulu. Nak cerita sekarang mood tengah tak ada. Aku masih rasa letih dan sengal-sengal satu badan ni jaga Raifa kat hospital beberapa hari lalu. 

Selepas kejadian Raina kena warded, aku berharap tidak ada lagi kejadian anak-anak kena warded. Siapa ada pengalaman anak-anak kena warded mesti tahu bukan mudah ye. Tapi sangkaan aku meleset. Pada awal tahun ni bulan Februari 2015, Raifa pulak kena warded. Doktor kata lung inflection. Dahlah masa tu tengah sibuk buat persiapan majlis aqiqah Raina dan Raifa dengan majlis birthday party pertama untuk Raifa. Disebabkan Raifa kecik lagi masa tu umur pun baru menginjak setahun, jadi doktor memang nasihatkan Raifa masuk wad untuk memudahkan doktor pantau kesihatan Raifa. Puncanya Raifa demam pakej batuk dan flu. Tapi batuk dengan flu tu macam dah agak lama. Dah bagi ubat pun tak berapa kurang batuk dan flu. Sebab tu lung inflection.

Itu pun aku dengan Saiful minta keluar wad awal. Ikutkan tak boleh. Tapi sebab masa tu aku tengah sibuk buat persiapan majlis aqiqah dengan birthday party, jadi doktor benarkan Raifa discharge awal dari hari yang sepatutnya. Lagi pun masa tu, aku masih fully menyusukan Raifa. So aku rasa tak selesa nak duduk hospital lama-lama. Dahlah masa tu Raifa asyik nak mengempeng je. Tengah menyusukan Raifa, doktor pakar datang nak check. Pastu datang pulak doktor pelatih. Huh! serius masa tu aku tak selesa. Asyiklah berzikir kat Saiful suruh pujuk doktor minta discharge Raifa awal. Nasib baik doktor setuju.
Gambar bulan Februari 2015 yang lepas. Masa ni tak silap aku masa aku laki bini dah berjaya merayu kat doktor nak minta discharge awal. Nampak tak aku dah siap-siap pakaikan Raifa kasut. Kemain tak sabar aku nak Raifa discharge

Tapi apa yang aku perasan, antara Raina dan Raifa ni, aku rasa Raifa lebih sensitif. Contoh kalau Raifa makan buah limau, sekejap je nanti dia akan batuk. Pastu bila dia batuk, mesti nafas dia berbunyi dan dada berombak. Pasal ni lah jugak antara punca Raifa kena warded untuk pertama kali dulu. Sejak tu ya ampun aku takut sangat nak bagi dia makan buah limau. Biarlah dia nak menangis berguling-guling pun memang aku tak akan bagi. 

Lagi satu, Raifa ni kalau kena hujan sikit pun dah boleh demam atau badan dedar. Padahal aku dah pakai payung atau dah tutup kepala dia dengan kain tau. Tapi maybe air hujan tu terkena sikit kat dia, nanti sekejap tu dia boleh demam atau dedar. Bila demam atau dedar mesti sekali pakej batuk dan flu. Aku sejak Raifa pernah kena warded tu, aku paling takut kalau dia dah start demam. Sebab bila dia demam mesti batuk dengan flu. Bila batuk dan flu, mesti nafas Raifa berbunyi pastu berombak. Aku takut sangat jadi balik kes lung inflection tu. Kalau jadi macam tu, bila bawak jumpa doktor, aku mesti tanya doktor, paru-paru anak aku ok ke tak. Bila doktor check kata ok. Tapi aku masih tak puas hati, mesti aku tanya banyak kali sampai aku puas hati. Mak bapak mana yang tak risau bila anak-anak tak sihat.

Dua minggu lepas, dua-dua anak aku muntah-muntah. Satu hari aku rasa lebih 5 kali kot diaorang muntah. Mula-mula Raifa je yang muntah-muntah. Asal minum susu muntah. Asal makan muntah. Minum air kosong pun muntah jugak. Pagi tu jugak aku dengan Saiful bawak pergi klinik. Doktor kata tak ada apa-apa. Mungkin virus je. Balik klinik, Raina pulak muntah-muntah. Bayangkan, dalam kereta Raifa muntah kat seat depan. Yang Raina muntah kat seat belakang. Kereta pun dah bau muntah. 

Lepas beberapa hari selepas kejadian Raina dengan Raifa muntah-muntah tu, Raifa start demam, batuk dan flu. Aku syak Raifa berjangkit dengan Raina. Sebab sebelum tu, Raina memang ada batuk pastu demam. Tapi sekejap je Raina dah ok. Aku rasa jerebu pun salah satu punca. Raifa demam tak lama dalam dua hari je kot. Itu pun malam je demamnya. Siang dia ok je. Tapi batuk dengan flu menjadi-jadi. Makin lama makin teruk. Aku dah risau bila nafas Raifa dah start berbunyi pastu dada dia berombak. Kali ni macam teruk sangat aku rasa. Bawak pergi klinik. Doktor buat surat suruh terus bawak pergi hospital. Aku dah agak kalau pergi hospital mesti kena masuk wad.  

Bila sampai hospital, terus kes Raifa di refer ke bahagian asma dan sakit jantung. Masa tu aku dah rasa sebak. Bayangkan masa tu aku bertiga je dengan anak-anak. Masa tu malam okeh. Bukan siang. Saiful dapat call dari tempat kerja kena masuk kerja ada kerja urgent. Jadi nak tak nak aku kena ke hospital sendiri dengan anak-anak. Nasib baik anak-anak elok je tak meragam. Raina banyak bantu aku masa nak handle adik dia tengah tak sihat tu. Dan malam hari khamis minggu lepas, Raifa kena warded untuk kali kedua atas sebab broncho pneumonia dan lung inflection. Nanti aku cerita detail pasal kejadian ni. Nak cerita panjang sangat. Kena cerita kat entri lain. InsyaAllah harap-harap aku rajin nak update blog.

Gambar Sabtu lepas. Masa ni hari ketiga kat hospital dan Raifa kena ambil neb every 3 hour. Aku yang tengok anak aku ambil neb pun rasa sebak sangat. Raifa baru discharge dua hari lepas. Itu pun Saiful merayu minta discharge awal sebab rasa dah lama sangat duduk kat hospital. Tapi doktor minta kami pantau kesihatan Raifa sebab Raifa masih belum sihat sepenuhnya lagi. Aku masih monitor kesihatan Raifa

Nampaknya kedua-dua anak dara aku dah ada pengalaman tidur kat hospital. Memanglah diaorang pernah tidur kat hospital masa newborn dulu. Itu kira lainlah sebab dah memang aku bersalin kat hospital. Nak tak nak memang kena tidur kat hospitallah dalam sehari dua kan. Maksud aku kat sini, aku tak sangka yang anak-anak aku akan ada pengalaman tidur kat hospital sebab diaorang tak sihat. Bila anak tak sihat, walaupun hanya batuk dan flu je, jangan ambil ringan. Kadang-kadang luaran nampak ok. Tapi dalaman kita tak tahu.

Oklah dah panjang sangat entri ni. Nanti kalau rajin aku cerita lebih detail lagi ye

10 comments:

  1. eeekk..paling aku risau kalau anak2 tak sihat kena warded..aku pengalaman sekali la setakat ni..ngam2 habis pantang jugak..genap arfan dua bln..ni hospital mana ni nurul?

    ReplyDelete
  2. masa anak saye kene refer hospital dan kene duduk kat wad saringan dua jam pon dah rase kesian kat anak..kalau warded apatahlagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye cabaran dengan anak menangis meragam sebab tak sihat pastu warded kan. pengalaman tu

      Delete
  3. Bila anak warded ni seram je rasa. Buka seram hantu kat hospital, tapi seram nak dengar anak menangis sebab sakit dan kena cucuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu time nak amik darah ke neb ke masa tu meronta-ronta menangis kena sabar banyak

      Delete
  4. ksiannye budak2 bsr tu dh diuji sakit mcm2,
    cuaca xshat sgt skrg,
    kurangkan xtvt luar la cmtu,
    semoga cpt sembuh anak2 semua..
    aku pon xde pengalaman lg anak2 msuk wad ni,
    hopefully xkan la. risau plak membayangkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aktiviti luar jarang sangat. ada pun pergi mall itu pun jarang. tu lah anak-anak aku ni sensitif agaknya. cuaca jerebu pulak tu

      Delete
  5. Kesiannnyaaaaa. Alfiy dgn Asiya pun sensitif dgn jerebu. Kitorang anak-beranak ade tonsil. Memang nak kena kuarantin je kalau boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni musim jerebu lagilah macam takutnyalah. harap anak-anak kita ok lah dan cepat-cepatlah jerebu ni blah. semak betul. hahaha

      Delete