Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, January 20, 2015

Raina Evaqairina is five

Lama aku peram cerita ni. Dari bulan November tahun lepas aku peram cerita ni. Tadi tengah lunch terfikir entri apa yang aku patut tulis. Fikir punya fikir baru teringat aku nak buat entri pasal birthday Raina. Kejap je masa berlalu. Tup-tup anak dara aku ni dah 5 tahun umurnya. Tapi sekolah tahun ni masuk kelas 6 tahun. Padahal baru je sambut birthday dia bulan November hari tu. Bulan lepas bawak dia pergi Hello Kitty Town sebagai hadiah birthday dia. Beginilah anak lahir hujung-hujung tahun ni. Kawan-kawan sebaya Raina dah lama genap 5 tahun. Tapi Raina baru je genap 5 tahun. Kalau ikut bulan kelahiran dia, Raina baru 5 tahun 2 bulan. Kalau ikut tahun kelahiran dia dah 6 tahun. Tapi aku lagi suka kira umur anak ikut bulan kelahiran. Muda sikit kan. Hahaha.

Teringat masa nak daftar sekolah Raina pada tahun 2013 yang lepas, cikgu tanya nak masukkan Raina kelas 4 tahun atau 5 tahun. Boleh pilih. Tapi Tok Wan dia cakap ikutlah tahun kelahiran Raina. masukkan Raina ke kelas 5 tahun walaupun masa daftarkan Raina sekolah tu, dia baru genap 4 tahun. Nanti masuk darjah satu pun ikut tahun kelahiran. So aku pun pasrah ikut cakap ibu aku daftarkan Raina masuk kelas 5 tahun. Masa tu malas nak fikir sangat sebab tengah sarat pregnant Raifa. Masa tu fikir janji settle hal sekolah Raina dan Raina boleh pergi sekolah macam biasa.



Disebabkan aku dan Saiful plan nak holiday ke Johor bulan lepas dan salah satu misi nak bawak Raina pergi Hello Kitty Town sempena hadiah birthday dia, jadi aku laki bini tak adalah nak belikan kek untuk Raina. Sebab Raina tak berapa gemar makan kek berkrim. Ikut mood kalau nak makan kek berkrim. Aku pun puaslah fikir apa nak buat. Aku suka benda atau perkara yang rare. Nampak unik. Masa kat office, tengah buat kerja dapat idea nak beli donut. Sebab Raina penggemar donut. Dia memang suka sangat makan donut. Kalau pergi sekolah boleh dikatakan hari-hari nak donut. Cuma lately bila dia dah besar ni, bila aku tanya kat Raina samada dia nak kuih donut ke tak? Dia jawab tak nak donut. Tak nak kuih apa-apa pun. Nak makan bekal yang mama bagi je. Tapi kalau donut depan mata dia, memang laju anak dara ni makan. Dia paling suka donut kosong.

Dah dapat idea, terus aku pergi beli donut masa lunch hour. Pastu aku pun  ambil kertas tulis sendiri (tulisan aku buruk), gunting dan tampal. Taraaaaa siap label flag untuk deko letak atas donut. Masa tunjuk kat Raina, dia suka sangat. Sebab donut depan mata dia siap ada deko lagi tu. Walaupun deko aku tak seberapa, tapi sebab aku buat dengan penuh kasih sayang untuk anak aku, so aku rasa sangat puas hati.

Lepas beberapa hari birthday Raina, Tok Wan Raina belikan kek untuk Raina. Kemain Ton Wan beli kek kat secret recipe saiz besau gabak terus bagi kat Raina. Kek apa entah aku kurang pasti. Aku bukan tahu sangat nama-nama kek ni. Hahaha. Tapi masa Tok Wan tunjuk resit hari tu, rasanya choc indulgence cake kot. Serius sedap. Raina yang tak suka makan kek pun, bertambah-tambah dia makan. Ummie Ngah dan Pak Usu pulak bagi hadiah kat Raina semua tema Frozen. Terima kasih Ummie Ngah dan Pak Usu.



Bila Raina dah besar ni, memang tak nafikan yang Raina banyak dah boleh di harap. Dah boleh tolong aku macam-macam walaupun tak memuaskan sebab dia masih peringkat belajar, tapi senang kata dia boleh di harap. Sapu rumah, bersihkan carpet sebab Raifa suka buat sepah makan kat atas karpet, lipat baju, basuh pinggan mangkuk, jagakan adik walaupun kadang-kadang dia buli adik, suapkan adik makan dan macam-mcam lagi.

Untuk Raina,

Mama harap Raina belajar rajin-rajin. Jadi anak yang solehah. Kalau papa dan mama ada tegur dan marah sikit-sikit kat Raina semuanya sebab papa dan mama sayang Raina demi untuk kebaikan Raina. Mama tahu, Raina perlukan perhatian. Raina selalu mengadu, kenapa sikit-sikit adik. Adik kecil lagi Raina. Adik perlukan lebih perhatian. Tapi dalam masa yang sama mama tak abaikan Raina. Mama cuba berlaku adil untuk anak-anak mama. Cuma mungkin mama kurang sikit bagi perhatian kat Raina sebab mama nak kena bagi lebih perhatian kat adik. Raina pun tahu kan, adik makin melasak sekarang ni. Sebab tu mama kena bagi lebih perhatian kat adik. 

Tapi percayalah mama sayang semua anak-anak mama. Mama sanggup buat apa je untuk anak-anak mama. Mama tulis entri ni, sebab mama rasa mama dah lama tak tulis entri pasal Raina. Mama rasa tahun lepas masa birthday Raina pun mama tak tulis satu pun pasal birthday Raina. Sebab masa tu adik masih dalam perut. Mood mama tak stabil. Harap Raina faham. Kalau kot-kot dah besar nanti Raina terbaca entri mama ni, mama harap Raina faham apa yang mama tuliskan kat sini ye

Tuesday, January 13, 2015

Tentang baby carrier brand Ergobaby

Masa anak sulung, keterujaan aku lebih pada nak stroller yang best-best. Sampai termimpi-mimpi nak stroller yang best-best. Itu yang aku deciced beli Maxi Cosi dan Quinny Zapp. Kemain dulu selagi tak dapat stroller idaman selagi tu aku termimpi-mimpi dan tak senang duduk. Gambar stroller siap jadi wallpaper computer kat office. Hahaha. Alhamdulilah Maxi Cosi dan Quinny Zapp tu dah banyak berjasa. Pakai dari zaman Raina dan sekarang menurun ke Raifa pulak pakai. Aku rasa berbaloi-baloi walaupun dulu aku beli tahun 2010 harga stroller ribuan ringgit tapi sebab aku guna stroller tu ke sana sini so aku tak rasa membazir pun. Alasan kukuh sangat aku bagi ni. Kena ada alasan kukuh. Nanti laki iolls membebel. Hahaha.

Selain stroller, aku teringin nak sambar carrier. Masa tu suka sangat dengan brand Bjorn. Kalau tak dapat Bjorn dapat carrier brand yang ada jual kat Mothercare pun kira ok dah bagi aku. Tak silap aku, dulu aku tahu jugak pasal carrier Ergobaby ni. Tapi sebab harga Ergobaby ni mahal so aku pendam je keinginan tu. Keinginan tu aku pendam sampai Raina dah besar. So bila anak dah besar tak adalah timbul lagi isu aku nak beli carrier untuk anak.

Bila dah ada anak kecik semula ni setelah lama tak ada anak kecik, keinginan tu timbul balik. Mulalah aku gugel sana sini. Pastu cari seller yang jual harga carrier dengan harga yang berpatutan. Macam yang aku katakan sebelum ni, sejak aku pregnant time Raifa aku memang suka sangat gugel sana sini kumpul ilmu dan belajar. Asal ada masa terluang, aku akan gugel dan baca macam-macam topik berkaitan pregnancy, breastfeeding termasuklah pasal carrier. Dari situ aku tahu yang tak semua carrier adalah ergonomik. Dan aku dapat tahu brand Bjorn yang aku minat-minat sangat dulu pun tak ergonomik. Dari situ aku korek-korek makcek gugel baca setiap review bermacam-macam jenis carrier macam Ergobaby, Boba, Pognae, Snuggybaby dan lain-lain brand. Ada brand yang aku sendiri tak pernah dengar pun ada sebelum ni.

Aku bersyukur satu hari Reen kawan dari geng blogger whatsapp aku cerita pasal Lin Ghazale jual carrier brand Ergobaby. Lin ni duduk kat Jepun dan aku kenal Lin kat twitter. Reen bagitahu Lin boleh dapatkan harga Ergobaby yang murah kat Jepun. Apalagi aku rasa tak senang duduk bila dengar cerita Reen tu. Sejak dari hari tu, kami asyik berwhatsapp dan cerita pasal carrier. Hahaha. Alhamdulilah ada rezeki, terus aku rembat beli Ergobaby kat Lin. Siapa tak nak kan Ergobaby yang boleh di beli dengan harga yang sedikit murah tapi orginal.  Yang penting original. Nak kata murah tu tak lah murah mana sebab harganya beratus jugak. Tapi kira boleh dapat harga murah sedikit berbanding harga kat Malaysia. 


Aku nak Ergobaby yang macam design batik warna hitam putih tu. Apa jadah nama design Ergobaby yang tu aku tak tahulah. Tapi memang cantik okeh design tu. Tapi sebab banyak design Ergobaby yang dah discontinued termasuk design yang aku nak tu, so aku pun decided pilih Ergobaby design Purple Mystic ni. Tanya adik aku dan Reen, diaorang pun kata yang design Purple Mystic ni lawa. So aku tak teragak-agak pilih Ergobaby Purple Mystic ni.

Lepas settle bayar, dalam seminggu lebih kot, sampailah parcel dari Jepun. Teruja iolls bila parcel dari Jepun sampai. Aku dah agak mesti carrier Ergobaby dalam parcel tu. Bila dapat kat tangan, try belek-belek dan pakai, memang aku puas hati. Berbaloi-baloi jugaklah habis beratus beli Ergobaby ni. Sejak dah berbabywearing, minat aku dalam dunia babywearing makin menjadi-jadi. So aku decided untuk join group Malaysian babywearing kat FB dengan alasan utama nak belajar dan kumpul ilmu dalam dunia babywearing. Banyak ilmu yang aku belajar kat group tu.




Pada pendapat aku, Ergobaby memang selesa bila di pakai. Material sejuk dan selesa di pakai. Tak rasa panas pun. Tapi body panel Ergobaby ni sedikit rendah. Tak tinggi macam body panel Boba. Tapi tak jadi masalah sebab ok je bagi aku. Raifa siap tidur nyenyak dalam carrier. Aku pernah baca review kat satu blog ni, yang mengatakan golongan kecik molek sesuailah dengan Ergobaby sebab body panel tak tinggi so bila golongan kecik molek ni pakai sedang elok je kot untuk diaorang.

Cara nak pakai Ergobaby pun senang. Aku kadang-kadang keluar bertiga dengan anak-anak, aku dah boleh pakai dan buka sendiri carrier Ergobaby ni. Senang nak pakai dan senang nak adjust tali. Kalau bawak pergi outdoor, if hujan ada kain cover untuk tutup kepala baby. Dan aku rasa Ergobaby sesuai di pakai untuk indoor dan outdoor sebab material dia sejuk dan lembut. Agaknya itu yang membuatkan Raifa selesa je kot duduk dalam Ergobaby tu.

Lepas ni, kalau ada rezeki aku nak rembat Boba atau Tula. Aku siap simpan gambar carrier Boba dan Tula dalam hp aku ni. So boleh tukar-tukar pakai dengan Ergobaby aku ni. Aku tetap pakai stroller walaupun dah ada carrier. Kalau pergi mall selalunya aku akan pakai stroller. Pastu standby bawak carrier jugak. Agak-agak Raifa boring duduk dalam stroller, aku letaklah Raifa dalam carrier.

Aku memang banyak keluar bertiga dengan anak-anak. Pergi beli barang dapur, pergi pasar malam atau nak pergi mana-mana tempat yang memerlukan aku pakai carrier, memang aku pakai carrier je. Maklumlah Saiful busy dengan kerja. Jadi bila aku keluar bertiga dengan anak-anak tu, berpeluh ketiak aku nak bukak tutup stroller. So nak mudah aku pakai carrier je sekarang ni. Saiful pun suka pakai carrier. Kemain teruja laki aku pakai carrier. Biasalah mula-mula dapat carrier tu aku laki bini jakunlah sikit. Hahaha. Kesimpulannya carrier Ergobaby memang best. 

Geng, jom beli Ergobaby. Hahaha

Monday, January 12, 2015

Menu-menu solid food Raifa Evaqaleefa

Patutnya aku nak buat entri pasal cerita detail solid food ni dah lama. Peram punya peram baru sekarang teringat nak taip pasal entri ni. Raifa pun dah 11 bulan umurnya. Tak lama lagi Raifa dah nak setahun. Kejap je masa berlalu. Sorry adik mama jarang cerita pasal adik kat blog mama ni. Busy kekdahnya.

Keterujaan aku menyediakan solid food Raifa sama macam masa zaman Raina makan solid food dulu. Cuma kali ni lebih sikit tahap teruja aku tu. Aku rajin gugel sana sini. Kali ni aku memang banyak membaca dan belajar. Tak jemu aku korek ilmu dari makcik gugel. Aku banyaklah belajar dari kesilapan. Mana boleh perbaikan aku perbaiki. Contohnya no cerelec kali ni. Time Raina dulu aku ada jugak bagi cerelac. Time Raifa memang aku tak bagi langsung cerelac. Beli blander khas untuk buat solid food pun sampai dua bijik aku beli.  Hah nampak tak betapa aku teruja nak sediakan solid food anak.

Raifa memang pemakan orangnya. Dan Raifa memang suka makan. Pantang nampak orang lain makan. Dia pun nak makan sama. Setakat ni apa-apa menu yang aku buat untuk Raifa elok je dia makan. Berak pun ok. Adalah sekali dua berak keras sikit. Aku still pantau tapi bila try balik menu yang sama ok je bila Raifa berak. So aku agak Raifa kurang minum air. Sebab bila aku banyak bagi Raifa minum air memang elok je bila Raifa berak. So aku pun enjoy nak masakkan macam-macam menu untuk Raifa.

Raifa masih makan bubur. Makanan Raifa masih di blend. Pernah beberapa kali aku bagi Raifa nasi lembik. Tapi Raifa makan macam terpaksa je. Makan pun sikit je. Kadang-kadang dia keluarkan balik makanan tu. So aku ambil keputusan untuk terus blend makanan Raifa walaupun Raifa sekarang dah 11 bulan. Dulu time kakak dia Raina pun, Raina makan bubur lenyek sampai setahun lebih kot. Pastu slow-slow baru Raina nak makan nasi lembik. Tapi kalau bagi biskut Raifa elok je kunyah. Dia kunyah guna gusi dia. Sebab Raifa masih tak tumbuh gigi. Tapi bab nasi memang dia nak nasi yang di blend. Pada aku takpelah janji anak nak makan.

Ok tak mahu tulis panjang lebar. Jadi marilah aku kongsikan menu-menu Raifa yang pernah aku buat. Sebenarnya banyak sangat menu aku dah buat tapi ni aku kongsi menu-menu yang ada aku ambil gambar je lah ye. Aku ni ikut mood. Kalau datang rajin aku, adalah aku ambil gambar. Kalau tak ada mood, memang aku malas nak ambil gambar. Nanti bila-bila aku nak share pasal finger foods Raifa pulak. Kalau aku rajin lah. Biasalah tengok mood rajin ke tak rajin. Hahaha.

Menu 1
Puree buah kiwi dan avocado

Senang je nak buat puree ni. Potong je buah kiwi dan avocado. Avocado ni if dah masak ranum tak payah nak steam atau rebus. Tapi kalau belum masak ranum aku suggestkan korang steam atau rebus dulu. Pastu korang blend halus. Kiwi pulak tak payah steam atau rebus. Tadaaa dah boleh makan. Serius sedap. Aku pun tumpang sekali makan puree Raifa ni. Hahaha.



Menu 2
Puree mango

Puree mango ni Raifa suka sangat selain puree pumpkin. Puree mango ni senang je. Tak payah dah nak steam atau rebus. Korang buang kulit dan potong. Pastu blend atau lenyek. Tapi mango ni kan banyak bersirat-sirat. Aku prefer lenyek. Kemain bersungguh aku lenyek mango ni nak buat puree untuk Raifa. Serius puree manggo sedap sangat. Dalam banyak-banyak puree yang aku buat untuk Raifa, puree mango ni paling aku suka. Raifa pun suka makan. Selalu aku dengan Raina tumpang sekali makan puree mango ni. Hahaha.



Menu 3
Ikan tenggeri, carrot, macaroni with kiwi and organic cheese flavour

Menu ni aku buat masa umur Raifa dah nak masuk 10 bulan kot. Aku pun dah lupa. Tengok jadual pemakanan ikan dah boleh bagi masa umur baby 10 bulan. Tapi aku dah terbuat menu ikan ni masa umur Raifa lagi beberapa hari je lagi nak masuk 10 bulan. Kira oklah awal beberapa hari je pun. Aku bukanlah mak yang skima sangat. Menu ni paling excited aku nak cuba buat. Raifa pun suka makan menu ni.

Ikan tenggiri tu kena steam atau rebus dulu. Macaroni tu pulak kena rebus. Bila macaroni tu dah agak kembang aku masukkan semua bahan macam kiwi, carrot dan organic cheese. Perangai aku campak-campak je semua bahan yang dah di steam atau rebus tu. Tak payahlah nak rumitkan kerja. Sebab nanti aku nak blend jugak. Mudah kan? Masa ni aku lupa beli brokoli tu yang aku try letak kiwi dan sayur lain. Tapi rasa dia perghhh sedap je kat tekak aku. Raifa makan pun sambil tersengih-sengih suka.



Menu 4
Organic oat, organic kismis dan buah-buahan

Menu ni menu yang aku dah lama amalkan buat dari zaman Raina lagi. Menu ni pun simple. Potong-potong buah pastu campak-campak je dalam oat tu then blend. So tak ada alasan busy nak buat makanan anak ye. Rajin dengan malas je nak buat. Silalah rajinkan diri. Cewahhh kemain lagi ayat. Hahaha.

Semua buah tu aku blend sebab Raifa still makan makanan yang di blend. Oat perlu di rendam beberapa jam ye. Aku rendam oat lebih kurang 8 jam. Dan buah strawberi tu pulak kena rendam dulu dengan soda bikarbonat. Sebab biasanya buah macam strawberi ni di sembur dengan pesticide. So kena rendam dulu.

Masak oat dengan api yang paling kecik sambil kacau-kacau. Lepas tu campurkan oat dan semua buah-buahan tu then blend. Lepas tu tadaaa dah boleh makan. Rasanya memang superb. Aku pernah beberapa kali buat oat dengan buah pisang saja. Tapi tak ambil gambar pulak. Rasanya pun sedap. Macam rasa cekodok pisang pulak aku rasa. Hahaha. Masa holiday pergi Johor hari tu, menu oat menjadi menu utama Raifa. Kononnya nak say no to cerelac kan? Alhamdulilah setakat ni memang Raifa tak pernah makan cerelac. Semuanya homemade.

Menu 5
Pasta with ikan dory cheese flavour, carrot dan brokoli

Menu ni aku buat sempena umur Raifa 10 bulan. Cara masak sama macam menu no 3. Ikan kena steam atau rebus dulu. Steam atau rebuslah bahan-bahan yang lain jugak macam carrot dan brokoli. Pasta aku rebus dulu. Then campur semua sekali bahan-bahan yang ada carrot, brokoli dan cheese. Rasanya memang sedap. Ada rasa ikan. Ada rasa cheese. Ada rasa sayur. Raifa memang laju je makan sebab ada rasa cheese kot.



Lepas ni aku plan nak campurkan minyak zaitun. Sebenarnya dah boleh lama dah makanan baby campurkan sikit minyak zaitun. Tapi aku memang saja postpone nak campur minyak zaitun dalam solid food Raifa. Aku pun tak start lagi menu tumis-menumis ni kat Raifa. Ada sebab kenapa aku postpone. InsyaAllah aku ingat aku nak start kenalkan Raifa menu yang dah di tumis menggunakan minyak zaitun nanti. Ada tiga jenis minyak zaitun iaitu : 

 1) Extra virgin olive oil (Evoo) -Perahan pertama. Dititis atau renjis kat makanan
 2) Virgin oilive oil (Voo) - Perahan kedua. Dititis atau direnjis kat makanan
 3) Pure olive oil (Poo) - Untuk menumis

Nanti kalau aku rajin aku update lagi pasal menu Raifa. Kalau aku rajinlah. Ni share menu anak kat blog tapi tak cerita secara panjang lebar kan. Aku taip paling ringkas je aku rasa ni. Hahaha. Asalkan korang faham kan? Oklah aku ada kerja nak buat ni