Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, May 19, 2015

Sleepwear murah, selesa dan cantik


Aku order sleepwear The Children Place (TCP) ni beberapa minggu lepas. Lebih kurang lepas tiga minggu barang yang di tunggu-tunggu pun sampai. Kena bersabar banyak kalau beli baju kat website US ni. Aku memang dah lama cari sleepwear yang jenis tak tutup bahagian kaki. Raifa kan dah pandai berjalan so agak susah dia nak bergerak kalau still pakai sleepwear yang jenis tutup bahagian kaki. Aku kurang pasti apa nama jenis sleepwear ni. Orang panggil jumpsuit kot.

Sebelum ni aku selalu beli sleepwear jenis jumpsuit ni kat merata-rata tempat. Mana aku jumpa cantik dan berkenan, aku terus beli. Ada yang aku beli kat Mothercare, Cap GM Klang pun ada. Tak kisah murah atau mahal. Selagi dalam kemampuan aku memang aku rembat beli. Entahah aku dari dulu memang suka tengok budak pakai sleepwear jenis jumpsuit. Dari time Raina kecik-kecik lagi. Kebanyakan sleepwear Raifa pakai sekarang ni pun kepunyaan sleepwear Raina masa kecik-kecik dulu. Tapi koleksi sleepwear stail jumpsuit Raina semuanya bertutup bahagian kaki. Punyalah payah nak cari kat Malaysia ni.

Ada sekali tu aku jumpa orang jual online. Masa tu Raifa kecik lagi dan aku pun masih dalam pantang kot. Disebabkan aku minat sangat aku terus rembat beli beberapa helai. Nampak tak perangai aku? Aku kalau dah minat  aku memang akan terus beli. Lepas tu, usha sana sini orang jual online dah payah nak jumpa. Cari kat GM Klang pun nan ado.

Bila dapat tahu TCP ada jual sleepwear jenis jumpsuit yang tak tutup bahagian kaki, laju-lajulah aku usha website TCP. Tak fikir panjang, terus borong beli. Alhamdulilah material best. Lagi best dari Mothercare kot sebab kain jenis sejuk dan tak tebal sangat. Kira oklah untuk cuaca kat Malaysia yang tak berapa sejuk ni. Harga pun tak mahal macam brand lain. Bagi aku harga murah dan masih mampu milik. Masa aku beli tu baru $10 dollar. Itu harga sale tau. Kalau tak harga dia $14.50 dollar kalau tak silap aku. If convert ke rate Malaysia pun sehelai dalam RM30+ je. Kalau termasuk kos shipping, ground shipping, tax dan apa-apa kejadah yang lain pun tak sampai pun RM40 sehelai. Murahkan? Tapi kat instagram ada orang jual sleepwear TCP almost RM50. Perghhhhh banyak sangat bezanya tu.



Jangan ingat aku suka beli baju anak-anak yang branded je. Tidak sama sekali. Memang tak nafikan, aku agak cerewet orangnya. Salah-satu perangai cerewet aku adalah bab pakaian anak-anak. Itu aku jujurlah mengaku . Tak baik nak sorok-sorok perangai aku ni. Mengaku je lah. Hahaha. Aku  jenis suka baju yang tak nampak serabut, kemas dan simple. Tak kisahlah branded atau cap ayam sekali pun. Cap GM Klang pun aku layan jugak. Tapi memang tak nafikan selalu aku beli kat kedai yang agak branded sikit sebab yang branded ni fesyennya agak up to date. Up to date kat sini maksud aku biasanya baju tu bukanlah jenis yang beropol-ropol, bling-bling memancar-mancar, gambar kartun-kartun yang serabut bla bla bla. Biasanya jenis yang sangat simple kat mata aku. Biasanya aku beli time sales. As a mother kita kenalah bijak bershopping. Shopping time sales lebih berbaloi-baloi. Hamboi ayat tak boleh blah. Hahaha.

Biasalah mak budak, masa anak-anak masih kecil ni kemain nak menggayakan stail pakaian anak-anak. Dah besar nanti diaorang dah ada citarasa masing-masing. Pepandailah nak pakai stail fesyen macam mana janji tutup aurat dan pakai tudung. Selalu berangan nanti anak-anak dah besar pakai tudung pastu stail ala-ala blogger fesyen hijabista macam Yuyu Zulaikha atau Fatin Suhana contohnya. Ewah ewah ewah aku kalau bab berangan kemain lagi. Kuat berangan sangat aku ni. Cisssss.

Oh ye Raina tak berapa gemar pakai sleepwear jenis jumpsuit ni. Raina cakap susah dia nak pergi toilet.  Raina bukan tak suka lagsung, tapi dia cakap nanti susah nak bukak zip kat baju nak pergi toilet. Hahaha. Macam Raifa sebab masih pakai diapers lagi so tak adalah masalah. Disebabkan Raina tak berapa gemar sleepwear jenis jumpsuit ni, jadi lepas ni aku cuba belikan sleepwear yang jenis lain. Aku dah aim jenis sleepwear untuk Raina yang lebih sesuai untuk Raina. Tapi dalam pada Raina tak berapa gemar tu, dia request jugak nak pakai baju sama dengan adik dia. Memang biasanya apa-apa barang pun kalau boleh Raina nak sama dengan adik dia. Nampaklah Raina sayang kat adik dia.

Ok berbalik ke tajuk asal, sleepwear TCP bagi aku memang murah dari segi harga, selesa pun selesa dan yang pastinya cantik. Semalam aku terjah website TCP, harga sleepwear yang aku beli ni dah turun harga $7.25 dollar je. Ada sales baik punya. Tapi sales TCP tu tak silap aku sampai malam ni je. Mak dah tak senang duduk ni. Makin hadap website US makin panjang list untuk baju raya anak-anak aku. Macam banyak duit berkepuk-kepuk je gayanya. Hahaha. Tapi aku akan cuba shopping dengan berhemah mengikut peruntukan aku dan Saiful. Anak dah dua orang ni peruntukan pun bertambah. Jadi memang kena bijak berbelanja

Monday, May 18, 2015

Malam tadi punya cerita


Gambar Isnin lepas masa nak bawak anak-anak pergi klinik

Malam tadi aku bawak Raifa jumpa doktor kat UMRA. Disebabkan Saiful kerja semalam, jadi ibu aku temankan aku dengan anak-anak ke klinik. Terima kasih ibu. Sebenarnya anak-anak aku baru baik demam minggu lepas. Mula-mula Saiful demam pastu melarat ke Raifa dan selang sehari macam tu Raina pulak demam. Raina dengan Raifa bukan setakat demam je siap pakej batuk dan selsema. Dugaan betul.  Dah bawak pergi klinik kesihatan Seksyen 19 Isnin lepas. Kebetulan nak bawak Raifa check up sekali. Doktor cuma bagi ubat demam je. 

Selalunya kalau pergi klinik kesihatan Seksyen 19 ni, memang jarang sangat dia bagi macam-macam jenis ubat. Selalu satu jenis je. Tapi yang peliknya kalau bawak check kat klinik kesihatan Teluk Datok, Banting siap ada 2,3 jenis ubat doktor bagi. Sebab tu aku sanggup balik Banting check kat klinik sana. Kadang-kadang kalau aku tak sihat nak ambil MC pun aku balik Banting. Kenapa tak pergi klinik panel? Entahlah aku rasa aku lagi suka pergi klinik kat Banting. Boleh gitu? Hahaha. Taklah lagipun aku dah biasa. Kata orang Banting. Aku macam tak berapa berkenan dengan doktor panel. Itu sebab jarang pergi panel.

Berbalik cerita malam tadi, mula-mula aku decided nak bawak pergi Hospital Klang je. Tapi ibu aku cakap bawak je lah pergi UMRA. Sebab hari tu dah bawak pergi klinik goverment. So kali ni ibu cadangkan bawak pergi klinik private pulak. Sebenarnya Raina dengan Raifa dah pun baik demamnya. Tapi Raifa ni pulak batuk dan selsema macam makin teruk pulak aku tengok. Siap ada keluar lelehan kat telinga kiri Raifa. Mula-mula tu aku lap je lah. Tapi biasalah mak budak, gelabah dan risau lain macam. Itu cerita kat ibu. Ibu aku memang perangai cepat risau lagi-lagi kalau dengar cucu-cucu dia tak sihat. Tup-tup semalam ibu aku dah sampai rumah suruh siap-siap pergi klinik.

Bila doktor check, doktor cakap jangan risau. Tak ada apa yang serius dengan telinga Raifa. Lelahan tu pun dah mula kering tapi dalam telinga Raifa sedikit merah dan adalah bekas lelehan yang dah kering kat dalam telinga Raifa tu. Lega dengar penjelasan doktor. Macam-macam ubat aku dapat kat UMRA kecuali ubat batuk sebab budak umur bawah dua tahun mana boleh minum ubat batuk kan. Tapi tak ada pulak doktor bagi ubat macam nak melegakan dada budak akibat dari batuk macam aku dapat kat klinik Teluk Datok. It's ok doktor ada bagi ubat-ubat lain. Kos semua sekali semalam RM124+. Harga boleh tahan tapi normallah kot kos perubatan zaman sekarang.

Kalau cerita pasal kos, memang nampak ketara kos perubatan time Raina dulu dengan time Raifa sekarang. Dulu kalau Raina tak sihat, kalau aku bawak pergi UMRA, kos perubatan dalam RM60 ke atas macam tu. Sekarang jangan harap nak dapat kos perubatan macam tu. Kalau setakat demam biasa pun, kos perubatan almost RM90 biasanya. Jangan kata aku tak bawak pergi klinik atau hospital goverment. Selalunya perangai aku, akan bawak jumpa doktor kat goverment dulu. Pada aku klinik atau hospital goverment bukan tak bagus. Bagus sangat bagi aku. Sebab biasanya diaorang check lagi detail. Kalau budak kecik demam dan batuk contohnya, pengalaman aku, diaorang check memang detail siap ambil darah dan buat pemeriksaan x-ray. 

Lepas beberapa hari kalau masih tak sihat selepas dapat pemeriksaan kat klinik atau hospital goverment, barulah aku ke klinik atau hospital private. Biasanya macam tu lah perangai aku laki bini. So aku ok je mana-mana goverment atau private. Pada aku sama je. Cuma kalau tak sabar menunggu turn nak jumpa doktor jangan pergi klinik atau hospital goverment. Sebab service diaorang memang agak lambat sikit. Maklumlah ramai orang. Bukan kau je sorang nak jumpa doktor. So kena bersabar. Tapi percayalah ianya mengajar kita erti kesabaran. Aku pernah pergi Hospital Klang, tunggu dari pagi around 11 pagi macam tu sampai nak maghrib baru settel dapat ubat semua. Masa tu lambat sebab ada pemeriksaan susulan kot. Kalau orang tak sabar memang dah blah kot. Kiranya aku ni penyabarlah jugak orangnya. Ewah ewah ewah. Hahaha.

Bagi aku mana-mana pun sama je. Goverment atau private pilih je lah mana yang korang suka. Janji anak-anak sihat. Syukur Alhamdulilah

Friday, May 15, 2015

Tentang Nuffnang

Petang semalam terbaca dalam group whatsapp, ada beberapa orang geng dalam group whatsapp dapat jemputan dari Nuffnang. Tergerak hati nak check email aku. Kot-kot aku dapat jemputan dari Nuffnang best jugak. Masa tu aku tengah drive on the way balik rumah. Ngam-ngam sampai traffic light Seksyen 7 pintu belakang UiTM, perlahan-lahan ambik hp dan check email. Wahhh aku pun dapat jemputan dari Nuffnanglah. Event untuk Courts. Teruja mak. Rasa nak berjoget-joget dalam kereta. Mak jakun. Hahaha. Tapi bila geng dalam group whatsapp bagitahu date tu awal bulan depan, macam susah jugak sebab date tu tak silap aku sepupu aku kahwin. Nantilah aku fikirkan nak join ke tak event Nuffnang tu.

Sebenarnya aku baru masuk office. Apply time off nak pergi school Raina sempena sambutan hari guru kat school Raina. Sebab nak hantar hadiah dan food untuk acara potluck sekali. Nanti kalau Raina naik van, kasihan pulak dia nak angkut barang berat-berat tu. Sebab tu aku ambil time off hantar Raina ke school pagi tadi. Tapi bila dah jumpa pengetua, minta kebenaran nak tengok sekejap sambutan hari guru, tengok pulak ramai mak budak join tengok, apa lagi berjam-jam aku kat situ. Penyudahnya aku masuk office half day hari ni. Bila sampai office, tergerak hati nak check email semula. Tak puas hati baca email pasal jemputan Nuffnang semalam kat screen hp.

Pastu tergerak hati nak check email yang lama-lama. Ada jugak email yang lama-lama aku tak baca pun tapi aku terus delete sebab macam banyak sangat email entah siapa yang email aku. So tadi aku check mana email yang belum aku baca dan belum kena delete lagi. Rupa-rupanya banyak email dari Nuffnang sebelum ni. Ada yang Nuffnang email aku tanya berminat atau tak nak buat food review dan macam-macam lagi. Serius selama ni aku mana nak baca sangat email dari Nuffnang. Aku selalu fikir tak ada apa yang penting pun kot kalau Nuffnang email aku. Tapi sejak tengok geng blogger lain aktif dengan event Nuffnang, baru aku macam tersedar diri nak baca setiap email dari Nuffnang.

Maafkan aku Nuffnang. Lepas ni kalau pihak Nuffnang email aku lagi, aku akan pastikan aku baca setiap butir email tersebut. Jangan serik email aku lagi okeh Nuffnang. Ok tak boleh nak taip panjang-panjang, tangan aku yang melecur kena periuk panas tu masih berdenyut-denyut sakit. Aku ingat nanti nak kena pergi klinik jugak ni minta ubat. Ok selamat bercuti hujung minggu

Thursday, May 14, 2015

Adakah kita dah cukup matang?

Sumber gambar  : Dari kenalan kat twitter

Kalau tanya aku sama ada aku dah cukup matang ke belum, aku sendiri tak pasti aku layak ke tak bagi jawapan untuk soalan tu. Bukan tak nak jawab, tapi nanti orang cakap aku syok sendiri. Aku rasa orang lain sendiri boleh menilai diri aku untuk jawapan pada soalan tersebut. Kalau berdasarkan gambar kat atas tu, tanda kalau kau dah matang, kau lebih banyak berdiam diri dan kurang marah. 

Ye, perangai aku yang aku rasa tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang, aku kalau tengah marah aku banyak berdiam diri. Kalau aku kat office contohnya, kalau ada benda yang buat aku naik angin, biasanya aku akan duduk diam-diam kat meja aku. Jangan ada orang kacau aku. Aku diam buat hal aku je. Orang ajak berborak atau nak bergurau dengan aku masa aku tengah marah, memang aku cuba elak. Itu perangai aku. Kecuali kalau aku dah betul-betul tak tahan, rasa tak boleh nak duduk diam lagi, barulah aku mula lepaskan semuanya dan mula bercakap. Tapi masa bercakap selalunya mesti rasa sedih. Dasar mudah menangis macam ni lah agaknya.

Sebab tu kalau aku tengah marah, aku elakkan nak update status kat media sosial. Maybe adalah terlepas satu, dua status yang mungkin masa tu di luar kawalan aku. Tapi rasanya memang aku jarang-jarang sangat update status dalam keadaan marah. Kadang-kadang ada orang tengah bergaduh pun nak update status. Nak bagi semua orang tahu yang kau tengah marah ke? Tak semua benda kita boleh cerita. simpan sikit untuk diri-sendiri lagi-lagi hal-hal peribadi. Bila dah jadi mak budak ni, perangai aku lebih cool. Kita rileks-rileks je okeh jangan kuat melenting. Ewah ewah ewah kemain statement.
 
Nota : Sebenarnya nak update cerita lain. Tapi sebab tangan aku ni tengah sakit berdenyut-denyut kena periuk panas masa buat bubur Raifa Isnin hari tu, jadi hari ni aku update entri paling ringkas. Asalkan update blog. Hahaha

Wednesday, May 13, 2015

Stok Drypers untuk Raifa

Merujuk kepada entri yang lepas, misi aku nak memborong Drypers murah kat Tesco diteruskan. Selagi tak dapat apa yang aku nak selagi tu aku tak senang duduk. Akhirnya aku buat keputusan, aku main redah pergi Tesco yang berdekatan dengan Stadium Shah Alam. Masa tu berdoa, adalah stok saiz kecik. Tolak troli perlahan-lahan ke rak Drypers, taraaaaa itu dia ada jugak stok Drypers saiz kecik. Masa tu pun rak dah hampir kosong. Teruslah capai beberapa pack. Disebabkan masa tu beli sekali barang dapur, troli pun penuh dengan barang dapur, jadi aku hanya ambil 3 pack untuk permulaan. Masa tu confident je fikir stok Drypers banyak lagi. Nanti boleh terjah beli lagi.

Tengok orang sekeliling tolak troli borong Drypers, rasa macam pesta memborong diapers anak pulak. Seronok pulak aku rasa. Macam satu kepuasan apa yang aku nak dah dapat. Masa beli tu tak pandang brand lain. Terus pergi kat rak Drypers je sebab dah tahu ada promo harga murah.


Lepas selang sehari kot, aku pergi Tesco lagi. Kali ni pergi dengan Raina dan Raifa. Misi utama memborong Drypers lagi. Lama okeh aku kat depan rak Drypers tu. Fikir nak rembat berapa pack lagi. Sebab stok Pet Pet pun ada lagi masa tu. Aku bukan apa, takut Saiful bising beli banyak-banyak sebab dia baru beli stok Pet Pet. Rumah bukan besar mana. Ruang nak menyimpang tu tak berapa nak ada. Nanti beli banyak-banyak dah rupa macam kedai cina sengsei jual lampin pakai buang pulak. Hahaha. Tapi masa tu aku macam tak peduli ambik je lah dulu beberapa pack. Nanti pandailah aku cakap kat Saiful. Nanti aku susunlah cantik-cantik dalam bilik. Lagipun dia sendiri yang bagi duit untuk beli stok diapers anak.

Sekarang dalam bilik anak, dipenuhi dengan stok diapers Raifa. Sebelum aku kemas semua stok diapers tu, dalam bilik aku pun ada stok Pet Pet. Dah kenapa diapers sana sini dalam rumah. Dah dah dah marilah kita kemas dan susun elok-elok sebelum laki mak membebel. Saiful masuk bilik, dia diam je tak cakap apa pun. Diam tak kena bebel tu kira okehlah kot. Hahaha. Alaaaaa ok apa di zaman barang tengah mahal ni, masa ni lah kita kena rebut peluang bila harga tengah murah. Tak kisahlah murah berapa ringgit sekali pun. Yang penting dapat berjimat. Kalau satu pack boleh jimat dalam RM10. Kalau kita beli 5 pack dah jimat RM50. Kalau kita beli 7 pack dah jimat  RM70. Banyak tu. Macam-macam boleh buat dengan duit yang dah kita jimatkan tu.



Sekarang apa yang aku nak dah dapat. Rasa best pulak masuk bilik anak tengok penuh stok diapers Raifa. Macam satu kepuasan gitu. Siap tersengih-sengih lagi tu. Dah kenapa kau Nurul. Mak budak sangat. Borong diapers anak pun boleh nak tersingih-sengih. Hahaha. Aku berharap sangat next time Tesco buat promo macam ni lagi. Nanti bolehlah aku memborong diapers anak lagi. Yang penting dapat berjimat

Tuesday, May 12, 2015

Bila aku kuat makan, marilah berdiet

Gambar masa berniaga kat booth The Strands, Damansara masa bulan March yang lepas tak silap aku. Tengok dalam gambar ni, betapa gemuknya aku. Kemain mengembang badan aku dalam gambar ni. Stress okeh

Kalau nak tahu, masa awal tahun 2013 macam tu, aku dalam proses berdiet. Masa tu dah siap beli nestum pek kecik-kecik tu. Kalau tak siap aku, masa tu aku siap beli stok green tea. Punyalah nak berdiet bersungguh-sungguh masa tu. Entah macam mana, tak lama tu aku demam teruk. Demam teruk  yang betul-betul teruk sampai terbaring hampir seminggu. Rasanya tak pernah aku demam seteruk macam tu sebelum ni. Itulah kali pertama aku demam yang betul-betul teruk terbaring sampai tak boleh nak buat apa-apa. Huh serius kalau ingat balik kesakitan demam masa tu memang seriaulah. Dan rupanya tak lama tu lepas beberapa minggu aku baik dari demam tu, aku dapat tahu aku pregnant. Bila tahu aku pregnant, teruslah aku stop berdiet. Memang tak sangka aku pregnant. Sebab aku dalam proses berdiet masa tu. Rezeki Allah nak bagi. Alhamdulilah.

Masa pregnant kali kedua tu, aku tak kuat makan pun. Lagi pun di awal-awal kandungan, aku mabuk teruk. Nak telan nasi pun payah sangat. Kalau dapat telan sesuap dua suap tu pun dah kira bersyukurlah tu. Lepas beberapa bulan mabuk aku pun hilang. Selera makan dah mula ada dan aku makan macam biasa. Tapi yang pasti pregnant kali kedua aku memang tak kuat makan. Masa proses berpantang pun aku control apa aku makan. Masa tu selera makan aku normal je. Bayangkan berat aku turun dan aku boleh dapat balik berat asal masa sebelum aku pregnantkan Raina dulu. 

Masuk kerja semula lepas habis cuti berpantang, tak sedar diri makan tak agak-agak. Alasan menyusukan Raifa. Masa tu terfikir, alaaaaa rilekslah berat dah turun banyakkan. Apa ada hal nak makan banyak. Ewah ewah ewah kau Nurul tak sedar diri. Aku bantai nasi lemak, nasi kerabu pastu berketul-ketul kuih. Pastu siap ada stok mengunyuh untuk lepas lunch lagi. Senang kata, mulut aku asyik nak mengunyah je. Sampailah aku dapat rasakan badan aku dah mula mengembang dengan ketara. Naik atas mesin penimbang, hah itu dia jarum ke kanan lebih. Menangislah kau kat tepi mesin penimbang tu. Mulalah masa tu stress macam apa je.

Sejak kebelakangan ni, aku fikir hal ni agak serius. Boleh dikatakan hari-hari aku fikir pasal ni. Mulalah aku terfikir, kenapa aku kuat makan kebelakangan ni? Kenapa? kenapa? Padahal boleh je nak control apa yang aku nak makan. Sampaikan aku tanya Saiful soalan cepumas.

'Awak, saya nak tanya ni. Awak tengok saya ni gemuk tak?'

Saiful biasalah jawapan nak jaga hati aku ke apa entah. Sakit pulak hati aku. Cuba bagi jawapan jujur je. Eh eh nanti laki kau bagi jawapan jujur kau pulak stress marah kat laki kau Nurul. Huehuehue.

'Sayang mana ada gemuk. Ok je Saiful tengok'

Hah tengoklah jawapan laki aku. Malas dah nak tanya banyak kali. Jawapan selamat je dia bagi.

Bila berdiri kat depan cermin, tengok diri-sendiri kat depan cermin, mak aihhh gemuknya aku ni. Punggung kemain dah melebar balik. Pinggang pun dah melebar. Huh! Terus rasa sedih dan mulalah cakap sorang-sorang depan cermin. Apa kejadah kau Nurul. Salah sendiri makan banyak tak agak-agak kan. Jadi sejak beberapa hari yang lepas aku mula melancarkan diet semula. Tapi aku taklah diet beriya-iya pun. Cuma control apa yang aku makan je. Ada jugak stok mengunyah kat office tapi aku bawak buah je bukan kuih, jenis kekacang atau kerepek. Marilah kita makan buah. Lebih sihat. Hahaha kemain statement. Pastu aku siap beli botol air saiz besar. Kemain sekarang aku bantai minum air masak banyak-banyak sampai sehari entah berapa kali nak pergi toilet. Aku malaslah nak diet beriya-iya pastu ke laut diet aku tu. Aku nak diet kali ni diet jenis berhemah gitu. Control apa kita makan. Tak nak stress tak boleh makan itu ini. Makan tetap makan. Cuma kita control je apa kita nak makan.

Semoga diet kali ni menjadi. Semoga aku kental control apa yang aku makan