Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, July 29, 2015

Raya 2015 : Bukan full entri

Gambar raya 2015. Gambar ni paling semenggah. Raifa kalau Pak Usu ambil gambar guna kemera gabak elok je dia nak pandang kemera. Cuba pakai kemera hp, payah kemain Raifa nak pandang kemera. Kalau Raina pulak, tak payah di suruh. Raina sekarang dalam fasa suka bergaya depan kemera. Automatik dia posing kalau orang nak ambil gambar dia

Sebenarnya aku tengah banyak kerja  ni. Tapi aku cubalah update apa yang patut. Macam dah lama sangat tak update blog.  Mood nak update blog tak berapa nak ada. Masih ada saki-baki mood raya. Tu yang tajuk entri aku letak 'Raya 2015 : Bukan full entri'. Nantilah kalau rajin aku update full entri. Itu pun kalau aku rajin. Kat office pun, buat kerja kemain lambat-lambat. Padahal kerja tengah banyak. Bilalah mood bekerja tu nak ada. Kalaulah aku kaya tak payah kerja. Duduk rumah goyang kaki je. Hahaha.

Ok aku letak sekeping dulu gambar raya. Tahun ni tak banyak gambar raya. Lagipun baju raya yang betul-betul bertema sama warna satu family tu satu warna je. Nampak sangat dah tua. Asal ada je baju raya. Kalau nampak gambar aku macam bertema sama warna dengan Saiful dan anak-anak selain warna yellow mustard dan pink ni, selalunya kebetulan je tu. Bukan plan nak sama tema warna. Contoh Saiful dan anak-anak pakai baju warna hijau. Kebetulan aku pun ada baju lama warna hijau. So pakailah baju warna hijau. Macam tu je lah aku. Kan aku dah bagitahu kat entri yang lepas, baju raya aku sehelai je tahun ni. Tapi lagi beberapa hari nak raya hari tu, tiba-tiba baju raya aku dah jadi dua helai. Hahaha. Kiranya baju raya aku dua helai je lah tahun ni.

Nantilah kalau rajin aku cerita detail pasal raya 2015 ni ye. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. Siapa buat open house tu kalau sudi jemputlah aku. Kalau aku free, InsyaAllah aku datang. Ewahhh kalau pasal makan kemain kau Nurul ye. Hahaha

Monday, July 13, 2015

Persiapan raya aku yang biasa-biasa saja

Ok tinggal beberapa hari lagi nak raya. Jadi aku nak cerita serba sedikit tentang persiapan raya aku tahun ni.  Kalau bercerita pasal persiapan raya tahun ni, aku rasa persiapan kali ni macam agak sempoi bagi aku kalau nak dibandingkan dengan persiapan raya tahun-tahun lepas. Serius ni. Banyak sebab kenapa aku cakap persiapan raya tahun ni agak sempoi.

Biasanya baju raya aku mesti lebih dari sehelai. Maksud aku baju tradisional macam baju kurung atau baju kebaya labuh. Biasanya aku akan sediakan 2 atau 3 helai. Tapi tahun ni baju raya aku cuma sehelai je setakat ni. Itu pun jubah bukan baju kurung mahupun baju kebaya labuh yang biasa aku pakai okeh. Entahlah sekarang ni lagi selesai pakai jubah. Tapi jubah aku tu aku order saiz besar gedabak. Bila hantar alter pun, tailor tak kecikkan sepenuhnya ikut apa yang aku nak. Jadi sekarang ni aku macam dah tak berapa nak ada mood beraya bila memikirkan jubah aku yang agak besar gedabak tu. Maybe kalau aku rajin nanti, aku trylah alter sendiri. 

Selain tu, aku mesti ada baju casual iaitu baju standby nak pergi open house atau beraya rumah saudara mara. Sebab kadang-kadang datang mood aku memang malas sarung baju kurung. Baju casual aku biasanya blouse dan skirt. Tapi tahun ni tak tahu mana silapnya, hampir kesemua blouse yang aku beli mesti ada je yang tak kena dengan aku. Tak sedap di pakai atau saiz tak bersesuaian. Ada sehelai blouse aku tu dah pun aku bagi ibu. Dari aku peram dalam almari baik aku bagi ibu aku pakai.

 Ni gambar tahun lepas, masa masing-masing tengah excited dengan skirt abang kawasan Ashhannas. Percaya tak tahun lepas, aku sanggup beratur dengan Reen hampir 6 jam kat depan butik abang kawasan nak sebab nak beli skirt abang kawasan dan belikan kiriman kawan-kawan. Tahun ni sempoi okeh tak ada skirt baru atau nak beratur panjang-panjang nak dapatkan skirt abang kawasan

Plan aku dari tahun lepas kot, kalau baju raya aku tahun ni jubah, aku nak beli kasut converse warna hitam. Kekonon nak ikut stail ala-ala Fynn Jamal. Ewah ewah ewah kau Nurul. Kemain lama aku berangan dan pasang impian dari tahun lepas lagi. So sekarang ni, dah sah-sah baju raya aku memang sehelai jubah, tapi sampai ke sudah aku tak beli kasut Converse yang aku nak tu. Nak tahu aku beli kasut apa? Aku beli sandle biasa kat Payless dengan Reen Sabtu lepas. Punyalah kitaorang bantai gelak Sabtu lepas, sebab kemain kami orang berangan macam-macam tapi tiba masa benda lain yang kami beli. Hahaha.

Ok sebab lain aku kata persiapan aku sempoi tahun ni, baju melayu Saiful sampai sekarang tak beli lagi. Perghhh dalam sejarah aku rasa. Biasanya baju melayu Saiful aku akan hantar tempah kat tailor area kampung ibu aku atau pun ada dua kali kot minta mak Reen jahit. Tapi memang biasanya dengan makcik kat kampung ibu aku je aku hantar tempah baju melayu. Tapi tahun ni, makcik yang biasa jahit baju melayu Saiful tu dah tak berapa sihat. Lagi seminggu nak puasa kot, kami laki bini main terjah cari tailor area Shah Alam, tapi tailor dah tak ambil tempahan. Sebenarnya Saiful tak berapa gemar beli baju melayu siap. Lagi suka tempah. Lagipun ada potensi warna baju yang aku nak tu tak ada. Sebab tu lagi suka beli kain dan hantar jahit kat tailor je. Sekarang ni Saiful asyik busy dengan kerja. Aku ingat minggu ni aku nak heret jugak laki aku tu cari baju melayu. Kalau dia tak boleh nak cuti jugak, aku rasa memang aku sendiri yang redah cari baju melayu dia. Stress mak tau lagi beberapa hari nak raya ni baju laki tak setel lagi. Aku tengok Saiful rileks je. Kalau tanya dia pun, dia mana nak kisah sangat baju raya dia. Kalau aku tanya, mesti dia jawab, tak ada baju raya pun takpe pakai je apa yang ada. Mana boleh wei. Mak nak sedondon. Kita yang perempuan ni je yang beriya-iya sangat. Laki rileks je. Hahaha.

Sebab lain, baju-baju casual Raina dan Raifa yang aku beli direct from oversea ada beberapa helai yang tak kena saiz dengan mereka. Ada yang bila sampai Malaysia, design tu sehelai je di hantar. Lagi sehelai out of stock. Padahal aku dah plan baju ni nak match dengan skirt ni. Baju tu pulak nak matchkan dengan seluar tu. Contohnya. Hal ni pun buat mak stress. Terpaksalah hari tu keluar dengan ibu aku sambil-sambil cari baju casual lain nak top up mana-mana yang patut. Tapi tu lah kat sini kalau beli masalahnya mesti agak payah nak cari saiz yang boleh nak sedondonkan Raina dan Raifa tu. Pedulilah orang nak cakap apa. Aku memang suka anak-anak dara aku pakai sedondon. Disebabkan kat sini agak terhad nak cari saiz salah sorang dari anak aku tu, maka tak banyaklah yang aku beli baju casual diaorang kat sini. Lagi satu aku ni maybe cerewet sikit kalau bab design baju budak. Kalau ada pun saiz mesti design tak menarik. Memang tak adalah aku beli. So sila jangan membazir ye Nurul.

Tahun lepas, aku punya handbag raya kemain lagi laki belikan yang setakat ni dalam sejarah hidup aku itulah handbag aku yang boleh aku katakan katagori yang agak mahal. Kalah harga handbag masa hantaran kahwin dulu. Tahun ni Saiful cakap tak ada handbag raya sebab tahun lepas baru je beli. Tak payah membazir. Kena berjimat. Sentap mak kat bucu meja. KahKahKah. It's ok kalau laki tak nak belikan handbag raya, mak boleh beli pakai duit mak sendiri. Statement nak pujuk diri-sendiri. Hari tu Coach ada buat sale kaw-kaw tau. Tapi sebab masa tu aku balik Banting sebab Saiful nak belanja satu family aku berbuka puasa, jadi aku terlepas nak bayar deposit. Janji nak bayar before berbuka puasa. Tapi sebab kami terkejar-kejar masa, memang tak dapatlah aku bayar deposit kat personal shopper tu. Sebab hari tu hari last day submit order. Terlepaslah beli handbag raya. Sekarang gambar handbag idaman aku tu, aku simpan dalam hp aku. Takpelah tengok je lah gambar handbag  tu dalam hp. Hahaha. Tapi aku rasa ada hikmahnya tu. Hikmahnya supaya jangan membazir, kena dengar kata suami tak payah membazir beli handbag beratus ringgit. Duit tu kasi simpan dalam bank okeh.

Nak pujuk hati, sebab nak jugak handbag raya, aku belilah handbag murah-murah je tahun ni. Bukan handbag yang order direct from oversea. Beli handbag biasa je tapi haruslah besar sebab boleh sumbat barang anak-anak. Saiful sampai perli, berapa banyak handbag aku nak ni. Eh aku mana banyak handbag. Yang nampak banyak tu, semua handbag untuk bawak pergi kerja okeh. Pergi kerja kena pakai handbag biasa-biasa je. Alasan sangat kau ni kan Nurul. Perempuan dan handbag seperti kawan baik. Hihihi.

 
Ini pun gambar tahun lepas jugak bergambar dengan owner butik tudung Shawlbyvsnow, Mira. Lepas berjam-jam beratur kat butik abang kawasan, aku dan Reen terus pergi terjah butik tudung paling aku suka Shawlbyvsnow. Kalau korang perasan dalam entri ni aku banyak sebut nama Reen. Reen ni rakan blogger aku yang paling aku ngam. Sebab tu kitaorang plan nak shopping raya sama-sama dari sebelum puasa lagi. Banyak berangan kitaorang ni. Asal whatsapp mesti berangan. Pastu bantai gelak. Hahaha. Sabtu lepas shopping berdua je dengan Reen. Belum masuk Mid lagi tu. Kalau ada Mid lagi havoc agaknya. Sabtu lepas pergi butik Shawlbyvsnow ni lagi. Mira ada kat butik. Aku siap berborak dengan Mira minta dia buat shawl lebar dan panjang banyak sikit. Baik dan lembut sangat Mira ni dengan customer dia. Pastu suka senyum. Sebab tu, aku dan Reen setia dengan shawl dia dah bertahun-tahun lamanya

Tahun lepas kemain berhelai-helai tudung raya aku. Tahun ni sebab baju raya pun sehelai je, jadi tudung raya aku beli pun Sabtu lepas dengan Reen cuma tiga helai. Sebab apa aku tak banyak borong tudung kali ni, sebab shawl yang aku nak jenis lebar dan panjang tak ada warna yang aku berkenan. Lately aku memang suka pakai shawls saiz XL sebab boleh tutup bahagian dada sepenuhnya. Takpelah pakai je lah tudung apa yang ada nanti. 

Aku ni masih berharap, nanti adalah kot terjumpa blouse ke baju yang aku berkenan yang sesuai dengan aku. Rasa macam tersentap dengan diri-sendiri je sebab baju raya sehelai je. KahKahKah. Aku patutnya bersyukur ada jugak baju raya. Oklah bersyukur dengan apa yang ada. Mood ustazah is on. Kemain statement. Sabtu lepas ingat nak rembat jubah Calaqisya, tapi tak banyak pilihan yang tinggal. Ramai pulak tu orang kat situ. Tak sampai setengah jam kot, aku dengan Reen dah keluar dari Butik Calaqisya tu. 

Eh eh panjang pulak aku menaip hari ni. Ok nanti kita cerita hal lain pulak ye

p/s : Tahun ni tak ada gambar best nak tempek. Ada gambar sabtu lepas pergi shopping dengan Reen, tapi gambar tu banyak tak semenggah sebab banyak gambar blur. So tempek gambar tahun lepas je ye

Thursday, July 9, 2015

Cermin dinding murah di Kaison


Cermin dinding Ikea yang aku aim

Sebenarnya dah lama aku cari cermin dinding jenis panjang yang kayunya warna putih. Sebab konsep aku bila nak mendeko rumah, memang aku kalau boleh nak bermain warna putih tu lebih sikit. Bukan apa tau nanti ruang rumah boleh nampak lebih luas. Rumah aku dahlah kecik molek je bukan besar mana pun. Sebab tu aku suka mendeko banyak bermain warna putih. Selain tu, aku rasa cool dan rasa aman je bila dalam rumah banyak barang warna putih. Cuma bab nak menjaga tu agak leceh sikit.

Aku sebenarnya dah lama aim cermin dinding Ikea. Hari tu dah hampir-hampir nak beli tapi disebabkan aku sorang-sorang kot masa tu pergi Ikea, aku try pegang-pegang cermin tu, mak ai berat wei. Tak terdaya pulak aku sorang-sorang nak angkut cermin tu. Lagi berat dari segulung carpet kot. So aku pun postpone beli cermin dinding Ikea tu. Nak ajak Saiful pergi Ikea, bercintalah wei. Mamat tu sekarang, Ahad pun bantai kerja. Jarang sangat ada kat rumah. Kalau dia cuti mesti dia asyik tidur dengan alasan nak ganti tidur. Tapi memang tak boleh salahkan dia pun sebab kalau hari bekerja kadang-kadang pukul 2 pagi dia baru sampai rumah. Aku pun lama-kelamaan dah jadi biasa handle anak-anak time dia tak ada kat rumah. Cuma kadang-kadang tu jadi tarzanlah. kadang-kadang ke jadi tarzan? Selalu jugak kot. Hahaha.

Bila dah lama sangat postpone beli cermin dinding yang aku aim, lama-kelamaan mak pun tak kuasa nak fikir. Utuhlah situ. Tapi bila tengah free tu tengah baring-baring kat ruang tamu, terpandang ruang yang kosong tu, mulalah hati rasa sakit bebenau. Sakit pulak mata tengok ruang kosong tu. Wei Nurul bilanya nak beli cermin dinding ni? Rimas pulak aku tengok ruang kosong macam ni. Sendu je. Ini tak boleh jadi. Kena beli jugak walau apa cara sekalipun.

Sampailah satu hari, aku dapat tahu Kaison dah di buka kat Setia City Mall. Terus aku terjah Kaison dengan misi aku nak cari cermin dinding. Sebab setahu aku kalau cermin dinding kat Kaison harganya lagi murah dari Ikea. Mana yang boleh berjimat tu kita berjimat okeh. Aku kan suka je benda yang murah dan nampak berbaloi-baloi. Sebenarnya memang aku plan nak pergi Kaison kat Paradigm Mall sebab nak survey cermin dinding. Tapi masa dapat tahu kat Setia City Mall dah ada Kaison, jadi aku terjahlah Kaison kat Setia City Mall je sebab dah dekat dengan office aku pun.

Dan hasilnya aku dapat rembat cermin dinding yang sangat murah. Nak tahu harganya berapa? Cuma RM29.90 je. Murahkan? Kalau kat Ikea cermin dinding yang aku aim tu RM129 tau. Perghhh jauh sangat beza harga. Walaupun cermin dinding Kaison tak sepanjang cermin dinding Ikea, tapi still berbaloi-baloi untuk di beli. Sebab apa tau, selain harganya yang murah, cermin ni ringan je, pastu kayunya warna putih. Bolehlah kalau setakat nak mendeko rumah yang simple-simple tu.

Cermin dinding Kaison

Aku belum lagi pasang cermin dinding ni. Suruh Saiful drill dinding, Saiful cakap ada barang yang tak ada. Kena beli dulu baru boleh pasang. Apa kebenda barang tu entah aku pun tak tahu. InsyaAllah weekend ni Saiful janji nak drill dinding dan pasang cermin dinding Kaison tu. Harap-harap bila cermin dinding ni dah di pasang, ianya kelihatan seperti yang aku mahukan. Kalau tak ok kenalah beli cemin dinding Ikea kot. Harap-harap oklah. 

Tak sabar nak tunggu cermin dinding tu di pasang. Sebab ruang yang aku nak mula mendeko tu dah lama terbiar kosong. Dahlah bahagian bawah dinding tu Raifa dah conteng buat lukisan seni kat situ. Nak cat balik malas sebab banyak kerja kot bila nak cat ni. Nak alihkan perabotlah pastu nak kemas balik. Huh memang malaslah mak walaupun yang cat tu laki mak. Tapi bab nak mengemas tu mestilah aku yang kena buat.  Sorrylah mak tak ada mood sekarang nak cat rumah. Sebab utama adalah malas. Hahaha.

So sesiapa yang minat mendeko, bolehlah terjah Kaison yang berdekatan dengan korang. Banyak barang-barang perhiasan rumah yang murah-murah kat situ. Memang rambang mata okeh. Aku bila masuk Kaison boleh jadi berjam-jam kat dalam tu. Bila keluar Kaison barang yang di beli bukan banyak mana pun tapi aku boleh berjam-jam kat dalam Kaison tu. Sebab apa tau sambil membelek barang sambil berangan. Hahaha

Wednesday, July 8, 2015

Kedai kasut Payless yang murah dan berbaloi-baloi

Entri kali ni aku nak cerita pasal kedai kasut murah. Sesuailah entri ni sempena nak menyambut hari raya tak lama lagi.  Okeh mari aku cerita lebih lanjut tentang kedai kasut murah ni untuk rujukan semua. Nama kedai kasut ni Payless. Setahu aku, Payless ni ada kat Sunway Pyramid dan Paradigm Mall. Selain dua tempat ni aku tak sure kat mana lagi ada kedai kasut Payless ni. 

Dulu masa anak masih sorang, biasanya aku pergi Payless kat Sunway Pyramid. Tapi sekarang sejak dah ada Paradigm Mall, aku biasa tuju ke Paradigm Mall je. Aku lagi suka menuju ke Paradigm Mall sebabnya entahlah tak sesak sangat kot berbanding Sunway Pyramid. Kat Payless ni ada jual kasut untuk semua kategori. Kasut orang dewasa lelaki dan perempuan, kasut budak saiz seawal setahun macam Raifa sampai budak saiz Raina pun ada. Rasanya saiz lebih besar dari umur Raina pun ada. Dan kalau tak silap aku kasut saiz newborn pun ada kot. 

Harga memang berbaloi bagi aku. Nak kata mahal sangat pun tidak. Nak kata murah sangat pun tak. Kalau kasut orang dewasa tu ada yang harga dari puluhun ringgit hingga ratusan ringgit. Kasut budak pulak biasanya memang bawah harga RM100. Kalau beli time tak ada sales biasa RM60+ ke atas. Tapi sekarang ni aku nak cerita pasal harga kasut payless bila tengah sale.

Kesemua 4 pasang kasut ni tak sampai pun RM100. Murah dan berbaloi-baloi

Sekarang ni Payless ada buat sale dari 50% hingga 70%. Memang angaulah bila tengok sale macam tu. Kisahnya, ibu aku nak belanja cucu-cucu dia kasut raya. Suka sangat ibu aku ni belikan anak-anak aku kasut. Kalau bukan nak raya pun memang ibu aku biasanya belikan Raina dan Raifa kasut. Perangai ibu aku ni memang sebijik macam aku suka beli kasut. Macam aku memang suka beli kasut then kumpul kasut anak-anak aku tu.

So Sabtu lepas, pagi-pagi aku, Raina dan Raifa dah keluar dengan ibu aku dengan misi utama nak shopping raya. Bukan aku je shopping tapi ibu aku pun sama nak belikan keperluan ibu dan ayah aku. Bila dah settle semua shopping, barulah misi mencari kasut raya Raina dan Raifa. Aku cadangkan kat ibu pergi kedai kasut Payless je. Macam tahun lepas ibu belanja Raina dan Raifa kasut Converse. Terkejut jugak aku sebab ibu aku sanggup habiskan duit beratus ringgit semata-mata mengikut kehendak Raina nakkan kasut Converse. Demand kan anak aku? Siapa entah ajar tu.  Babap baru tahu. Hahaha. Tahun ni tak payah nak beli Converse bagai okeh. Sebab kasut Converse tu pun elok lagi boleh pakai kecuali kasut Converse Raifa dah sedikit ketat. aku suggest kat ibu aku kali ni belikan kasut Raina dan Raifa yang bercirikan feminin kekononnya.

Ibu tak kisah sebab memang niat ibu aku nak belikan kasut kat cucu-cucu dia. Sampai je kedai kasut, ibu aku suruh pilih je mana berkenan. Tapi apakan daya, anak sulung mak dah besar dah ada citarasa dia. Raina lagi laju pilih kasut dari aku. Raina terus spontan ambil kasut warna pink. Sabau je lah aku. Pujuk suruh pilih warna lain tak nak okeh. Siap peluk kasut tu lagi. Ok ok pink pun pinklah Raina. Mama is pasrah. Hahaha.

Bukan itu saja, Raina siap pilihkan kasut adik dia pun warna pink. Nak sama design macam Raina tapi saiz Raifa tak ada pulak. So ambillah design lain tapi warna pink jugak. Adik pun kemain lagi suka kasut pink tu. Siap dah try pakai tak nak bukak kasut tu. Inilah namanya anak perempuan. Warna pink tak dapat dipisahkan. Wahai anak-anak, korang tahu tak mama allergic betul dengan warna pink. Pilihlah warna biru ke. Kau ni Nurul tak sudah-sudah nak warna biru. Hahaha. 

Bila time bayar, kakak kaunter bagitahu total untuk dua pasang RM39+. Aku tanya semula RM39+ tu untuk sepasang atau dua pasang. Kakak kaunter jawab untuk dua pasang. Wow biar betul ni. Ibu aku terus offer ambil lagi dua pasang. Kali ni ibu aku yang pilih design kasut cucu-cucu dia. Ibu aku berkenan design kasut sarung warna brown. Mula-mula ibu aku nak ambil warna hitam tapi aku cakap trylah ambil warna brown baru nampak rare sikit. Aku pun berkenan dengan pilihan ibu aku. Serius kasut pilihan ibu aku tu nampak rare okeh. Tapi sayangnya saiz Raifa tak ada. Saiz Raina pun ikutkan tak ada. Tinggal saiz besar. So sebab ibu aku dah minat sangat dengan kasut tu, kitaorang decided beli jugak tapi ambil saiz besar sikit. So Raina pakai agak longgarlah sikit kasut sarung warna brown tu.

Untuk Raifa pulak belikan sandle je sebab saiz untuk Raifa banyak dah tak ada. Mana design yang aku minat tak ada saiz. Ada satu design tu aku minat sangat tapi tak ada sale untuk design tu. Ibu aku suruh ambil je sebab dia nak belanja kan. Tapi aku tak naklah ambil kesempatan so ambil je apa yang ada. Kali kedua bayar untuk dua pasang lagi kasut tu, hanya RM53+ je. Murah kan? Kalau nak tahu harga kasut sarung warna brown tu, RM109 tau. Boleh tahan jugak harga kasut tu before sale.

So total semua sekali untuk 4 pasang kasut tu hanya lebih kurang RM93+. Tak sampai pun RM100 untuk 4 pasang kasut. Murah dan berbaloi-baloi. Hari tu beli kasut untuk ayah aku sekali. Harga kasut ayah aku before sale dalam RM139. After sale jadi RM41+. Terkejut okeh sebab harga turun jadi macam tu murah. Berbaloi-baloi sangat bagi aku.

Kasut pilihan Tok Wan Raina dan Raifa. Tapi sayangnya saiz Raifa tak ada untuk design ni. Harap next time ada saiz Raifa untuk design ni. Abaikan tali putih kat kasut tu. Itu tali price tag. Raina tak tanggalkan. Anak dara tu tak sabar nak pakai kasut baru

Sesiapa yang belum beli kasut raya anak-anak, bolehlah terjah Payless. Bukan setakat nak beli kasut raya anak-anak je, kasut bapak mak budak pun boleh beli kat situ. Oh ye kat situ pun ada jual handbag. Cantik-cantik jugak aku tengok. Bolehlah korang terjah Payless yang berdekatan. Harap-harap masih banyak stok kasut yang cantik-cantik lagi untuk korang yang belum beli kasut raya tu. Eh eh aku pun tak beli kasut raya lagi tau. Mak pergi kerja pun kekadang sarung selipar Jepun. Punyalah pemalas kalau mood nan ado. Hahaha.

Biasa aku tak adalah nak beli kasut raya bagai sejak dah jadi mak budak ni. Kecuali kalau memerlukan. Tapi aku rasa macam perlu jugak beli kasut baru ni. Nak beli kasut jenis bersarung sebab macam hajap benau pulak ke hulur ke hilir pakai selipar Jepun. Dalam kereta tu banyak je kasut tapi kebanyakan jenis wedges. Alasan sangat kau ni Nurul. Hahaha

Thursday, July 2, 2015

Bila aku ada mood nak join contest : Mahsuri


Header facebook Mahsuri

Aku dapat tahu pasal contest Mahsuri ni dari Dayu. Kawan aku Dayu ni memang rajin join contest. Banyak kali jugak dia dah menang macam-macam. Paling best Dayu menang tix pergi Disneyland Hong Kong  satu family contest susu Friso. Aku pun hari tu masuk contest susu Friso ni tapi cuma dapat tix pergi Aquaria KLCC je satu family. Jadilah benda free kan? Siapa yang tak nak. Hahaha.

Entah macam mana aku bersemangat nak masuk contest Mahsuri ni. Padahal tak suka masak tapi rasa nak cuba nasib. Jadi bermulalah berhari-hari aku gugel sana sini cari gambar decoration makanan yang paling unik. Bila aku gugel tu dapatlah satu, dua gambar yang aku berkenan sangat. Aku tengok rata-rata peserta contest Mahsuri submit gambar berunsurkan lauk-pauk. Agak kurang yang submit gambar makanan yang simple macam kuih-muih atau roti sandwich. Aku punya idea nak cuba submit menu yang simple dan kalau boleh aku nak buat menu untuk si kecil. Aku dah bagitahu kat entri yang lepas, walaupun aku tak suka memasak tapi satu je aku memang suka masak menu untuk anak-anak.

Comelkan? Jumpa gambar ni terus jatuh cinta dan tak sabar nak buat sama macam gambar ni 

Gambar yang ni pun unik. Aku suka. Sebab idea aku nak gabungkan roti dan telur. Sebab itu aku pilih gambar ni

Lepas dah dapat idea terus aku cari barang. Paling penting kenalah cari Sos Tiram dan Sos Perapan Ayam brand Mahsuri. Memang aku tak pilih kicap Mahsuri sebab menu aku ni aku nak gabungkan Sos Tiram dan Sos Perapan Ayam je. Aku beli kat Tesco tu pun tinggal beberapa botol je. Ramai sangat orang beli brand Mahsuri ni kot. Aku dah beli barang-barang nak masak tu dari minggu lepas. Tapi biasalah mak kekadang datang perangai malas. Balik kerja dah penat pastu macam-macam nak buat memang jadi malaslah aku  nak luangkan masa mendeko menu yang aku inginkan tu.

Sampailah malam semalam aku bertekad nak buat jugak. Apa guna dah beli bahan macam-macam tapi malas nak masak dan mendeko. Dengan Raifa yang asyik menangis meragam malam semalam, gigih jugaklah aku siapkan mendeko menu aku tu. Raina tidur awal semalam. So dengan sambil layan Raifa semalam aku sedaya-upaya mendeko menu aku tu. 

Dan inilah hasilnya. Hasil yang tak seberapa. Tak boleh nak lawan peserta-peserta contest yang lain. Tapi takpelah aku cuba nasib je sambil saja suka-suka nak join contest.

Roti Telur Cheese Hirisan Ayam Terapan Tos Tiram Tom Tom Bak

Nama menu tu aku main taram je letak. Dapat idea masa kat office. Patutnya idea aku nak letak tomato dan daun salad sekali tu. Tapi boleh pulak aku lupa nak letak semalam. Kelang-kabut kejar masa tarikh tutup contest untuk minggu ni pun ye jugak semalam. Tak tahulah diterima ke tak peyertaan aku tu sebab ikutkan terlewat sikit aku submit sebab line internet aku semalam buat hal berjam-jam nak upload gambar. Punyalah stress. Takpelah percaya pada rezeki. InsyaAllah kalau ada rezeki tak ke mana. Kalau tak ada rezeki it's ok nanti kita boleh cuba lagi.

Tak silap aku ada lagi satu minggu kot contest ni. Sebab Mahsuri akan umumkan pemenang setiap minggu. Kalau still ada lagi contest ni, bolehlah aku cuba submit gambar lain pulak. Menu dah ada. Dapat idea masa tengah drive pergi kerja pagi tadi. Kemain tengah drive pun boleh dapat idea. Nampak benau aku suka berangan. Hahaha.

Jom geng join contest Mahsuri ni. Like je page Mahsuri kat facebook. Korang taip je MyMahsuri nanti keluarlah page Mahsuri ni. Boleh submit gambar kat page diaorang. Jomlah saja cuba nasib sambil suka-suka mengisi masa lapang. Cewahhhhh