Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 26, 2015

Perangai Raina dan Raifa

Raina dan Raifa

Masih belum lagi cerita pasal raya. Masih malas nak cari gambar dalam hp aku yang rosak tu. So salahkan perangai malas aku. Hahaha. Ok hari ni cerita pasal anak-anak lagilah ye. Ini pun lepas lunch tadi dok godek-godek pc, terjumpa satu folder penuh gambar yang belum aku edit lagi. Semua gambar ni dari kemera gabak adik aku Bani. Tapi sebab malas nak edit gambar aku peram je gambar ni. So tadi jugak acah-acah rajin pilihlah satu gambar untuk di edit. Itu pun sebab nak tempek masuk dalam entri ni. Makin melampau-lampau kan perangai pemalas aku.

Ok entri ni aku nak cerita perbezaan perangai antara Raina dan Raifa. Ok kita cerita pasal Raina dulu. Raina ni walaupun dah jadi kakak tapi dia kuat merajuk. Kalau merajuk dia terus sorokkan diri dalam bilik ke atau tempat yang tersorok. Hah duduk diam je bila merajuk. Kalau nak ikutkan dia ni manja kemain dengan papa dia. Apa-apa pun dia mesti mengadu dengan papa dia. Kecuali adalah 1,2 perkara yang dia tak akan berkongsi cerita dengan papa dia. Cerita tu dia cerita kat aku sorang. Hah nampak tak kat sini serapat mana anak kita dengan bapaknya tapi apa-apa pun dia mesti cari mak jugak. Hahaha. 

Raina seorang yang agak kedekut nak kongsi barang dia. Kalau barang dia tu, memang kalau boleh dia elak bagi adik dia usik. Tapi sebab dia dah jadi kakak, dia selalu mengalah dalam keadaan terpaksa. Pastu merajuk. Kesihan jugak kat Raina sebab sejak ada adik, dia je nak mengalah. Tapi apa boleh buat dah dia kakak. Kenalah mengalah dengan adik. Raina seorang yang tak takut orang. Sebab tu dia rileks je kalau masuk sekolah baru. Kalau bawak Raina pergi mana-mana pun dia mudah dan cepat berkawan. Senang kata peramah kemain. Dia jenis boleh bawak diri. Tak tahulah ikut perangai siapa. Ikut perangai Saiful kot. Kalau tengok tv tu mulut dia sesaja yang pot pet pot pet tanya itu ini. Banyak bercakap pun iye jugak Raina ni. Tapi kalau dia rasa tak selesa dengan sesuatu keadaan dia automatik tak banyak cakap. Dia diam je.

Macam Raifa pulak, dia kuat merajuk jugak tapi cara Raifa merajuk lain dari kakak dia. Dia akan berguling-guling atas lantai sampai hentak-hentak kaki. Kalau time Raifa merajuk sambil mengamuk menangis, kita bagi barang pun dia akan baling barang tu. Siap menjerit-jerit sambil menangis tu. Nampak tak perbezaan perangai Raifa dengan kakak dia. Raifa ni suka berebut barang dengan kakak dia. Walaupun kadang-kadang Raifa tak nak mengalah dengan kakak dia, sampaikan kakak dia terpaksa mengalah tapi lama-kelamaan tu adik akan dengan rela hati bagi barang tu kat kakak dia. Contoh hari minggu hari tu mereka berebut mainan. Kat dua-dua tangan Raifa ada mainan tu. Raifa tak nak bagi satu pun kat Raina. Tapi selepas beberapa minit Raifa dengan rela hati bagi salah-satu mainan tu kat Raina. Dari situ aku nampak Raifa ni cepat berlembut hati. 

Raifa dia seoarang yang peramah jugak tapi tak peramah kakak dia. Apa yang aku nampak sekarang ni, kalau kita bawak dia pergi mana-mana dia memang nampak nak berkawan dengan orang tapi dia masih tetap bergantung dengan aku. Dia cepat cari aku atau Saiful. Maksud aku kat sini dia nak mak bapak dia ada depan mata dia. Hah gitulah maksudnya. 

Tapi banyak jugak persamaan perangai dua beradik ni. Dah kata adik-beradik kan? Nanti kalau aku rajin aku cerita lagi. Kejap lagi aku nak kena pergi meeting kat luar. Malas nak pergi sebenarnya tapi audit tu aku yang buat. Nak tak nak kenalah pergi meeting tu. Ni pun laju-laju update blog. Nanti kita cerita lagi okeh. Iolls nak pergi meeting ni. Tadaaaaa

Monday, August 24, 2015

Aku dan Raina Evaqairina

Aku dan anak sulung

Aku sayang anak-anak aku. Tak ada nak berat sebelah. Apa Raina dapat biasanya Raifa pun dapat. Contoh, kalau aku beli baju untuk Raina, dalam masa yang sama aku beli jugak untuk Raifa. Baru-baru ni belikan diaorang spek mata. Padahal aku tahu Raifa mana reti sangat nak pakai spek mata. Mahu dia patahkan je spek mata tu. Tapi hati mak budak kan, aku tetap belikan untuk Raifa. Walaupun aku tahu nanti mesti Raina je melaram pakai spek mata tu. Walaupun aku beli barang diaorang lain-lain, tapi aku tetap akan belikan jugak walaupun lain sikit. Yang penting dua-dua mesti dapat barang. 

Aku mengaku, sejak aku jadi mak beranak dua ni, aku banyak bagi perhatian kat Raifa. Kurang sikit beri perhatian kat Raina. Sebab Raifa kecik lagi dan dalam fasa melasak. Memang aku kena beri perhatian kat Raifa lebih. Macam Raina, dia dah pandai berdikari sendiri. Dah besar dan boleh buat macam-macam. Senang kata Raina dah boleh di harap. Raina dah boleh mandi sendiri, dah boleh pakai baju sendiri, dah boleh makan sendiri (walaupun datang manja dia minta di suap makan), dah boleh pakai kasut sendiri, dah boleh sidai dan lipat baju, dah boleh bersihkan sinki dan basuh pinggan sendiri. Paling best Raina dah boleh jaga adik walaupun kadang-kadang datang perangai malas dia nak jaga adik dia. Raina dah boleh dodoikan adik sampai adik tertidur. Raina dah boleh suapkan adik dia makan. Senang kata macam-macam yang Raina dah boleh buat. Syukur Alhamdulilah.

Tapi kebelakangan ni, aku perasan yang aku kerap marahkan dia. Bila dah marah mulalah rasa menyesal. Sebab Raina ni kadang-kadang suka buat benda yang menguji kesabaran aku. Contohnya baru-baru ni, dia ajak adik dia main serbuk kunyit dan garam. Habis berterabur bahagian dapur sampai ke ruang makan. Betul-betul menguji kesabaran aku. Itu yang kadang-kadang aku marahkan dia. Pastu Raina merajuk. Sejujurnya Raina ni seorang anak yang agak manja. Mungkin sebab dia dulu solo agak lama. Lebih kurang 4 tahun lebih dia solo then baru dapat adik. Raina paling manja dengan papa dia. Sebenarnya anak-anak aku memang rapat dengan Saiful pun.

Bila Raina merajuk, aku selalunya biarkan dulu. Bagi aku cool dulu. Baru aku panggil dia then aku terangkan kenapa aku marah dia. Kenapa aku buat macam tu. Pastu minta maaf then peluk dia sekuat hati aku. Sebak. Sejak jadi mak budak ni memang aku cepat rasa sebak. Serius aku tak ada niat nak marah-marah. Kalau di ingatkan balik, muhasabah diri, bukanlah perangai aku suka nak marah-marah tak tentu pasal ni. Aku ni nampak je muka garang. Tapi perangai aku bukanlah macam tu. Tapi kenapa kebelakangan ni aku cepat nak marah Raina? Bayangkan aku ni dulu tahap nak jentik anak pun aku tak boleh okeh. Nampak tak perangai aku macam mana? Hati aku ni macam tisu mudah tersentuh. Sensitif orangnya.

Tapi sekarang ni kalau anak-anak nakal kadang-kadang aku terjentik mereka. Kadang-kadang terbabap mereka walaupun kadang-kadang tu acah-acah nak babap je pun. Padahal bukanlah perangai aku macam tu dulu. Maafkan mama anak-anak. Walaupun Raina selalu menguji kesabaran aku, tak boleh ke aku acah-acah cool? Paling terharu dan terkesan kat hati aku, baru-baru ni, Raina tanya soalan kat aku.

Mama, kenapa mama asyik marah Ena. Kenapa mama sikit-sikit adik. Mama sayang adik. Mama tak sayang Ena (Tanya dengan muka sedih. Mata sayu. Raina kadang-kadang bahasa diri dia Nena atau Ena).

Perghhh serius aku terkesan dengan kata-kata Raina. Sebak then terus tarik dia peluk dan cium Raina.

Mama sayang anak-anak mama. Mama sayang Raina. Mama sayang adik. Tapi Raina selalu notty. Mama marah sebab apa? Sebab Raina notty. Raina janji jangan buat lagi. Tolonglah Raina. Mama penat tau. Kasihanlah kat mama (Lebih kurang beginilah ayat aku)

Biasanya Raina akan angguk-angguk kepala. Tapi sekejap je dia dengar nasihat aku. Pastu macam biasa buatlah perangai. Sabar je lah ye Nurul. Anggap je lah cabaran nak besarkan anak-anak. Tapi Raina taklah senakal mana. Biasa dia suka main benda yang di luar jangkaan aku. Macam dia sedaya upaya ambil gunting kat dapaur then gunting rambut sendiri sampai dah nak separuh botak bahagian depan Rambut dia tu. Atau dia main shower gel sampai habis licin satu botol. Padahal shower gel tu baru beli tup-tup tak sampai beberapa hari habis licin. Atau main bedak masuk mangkuk pastu campur air then dia ajak adik dia tempeklah mana-mana bedak tu. Main foundation aku sampai nak habis dikerjakan. Main serbuk sabun then dia teraburkanlah serbuk sabun tu. Macam-macam.

Sekarang ni, kalau aku dah malas nak membebel marah, aku biarkan je. Macam minggu lepas dua beradik ni main serbuk kunyit dengan garam, aku bebel gitu pastu aku diamkan je. Kemas mana aku larat je. Yang aku tak larat aku biarkan je. Aku terbangun tidur tengah malam tengok-tengok Saiful tengah bersihkan semua tu. Thanks awak. Kasihan awak balik kerja tengah malam kena bersihkan lantai semua.

Raina sekarang dah tidur bilik sendiri sorang-sorang. Memang dia request nak tidur sendiri. Sebelum tu, dia biasa tidur depan tv kat ruang tamu sebab dia takut nak masuk bilik tidur sorang-sorang. Dah bertahun-tahun Saiful belikan katil untuk dia, nama nak tidur kat katil tu memang Raina tak nak. Takut katanya. Sanggup dia tidur kat ruang tamu depan tv. Raina kan suka tengok drama. So lepas tengok drama dia akan pandai sendiri tutup tv dan tidur. Sampailah satu hari, dia bagitahu aku dan Saiful, dia nak tidur kat katil dia. Dia kata dia dah tak takut tidur dalam bilik sorang-sorang. Tak silap aku adalah dah 4,5 bulan kot dia dah mula tidur kat bilik dia. Masa ni, aku rasa anak aku dah besar sangat. Sebak. Hah tengok aku ni sensitif. Pasal ni pun nak sebak. Memanglah sebak sebab anak nak tidur bilik sendiri sorang-sorang. Rasa dia dah besar sangat. Raina jugak pendengar masalah aku paling setia. Raina selalu je perasan bila aku tengah sedih. Dia mesti tanya :


Mama sedih ke? Kenapa mama sedih?


Bila aku cerita masalah aku sambil menangis, Raina akan turut sama menangis. Pernah satu hari, aku menangis bagai nak rak dalam kereta. Tup-tup Raina boleh tersedu-sedan ikut aku menangis. Walaupun Raina agak notty, tapi dialah peneman aku paling setia. Kadang-kadang bukan tak nak cerita kat Saiful. Tapi Saiful pun busy sesaja so aku luahkan kat Raina walaupun aku tahu Raina bukan faham sangat masalah aku. Macam semalam, tengah layan tengok tv satu family, Raina datang kat aku bisik kat aku. Nanti Saiful nampak kadang-kadang dia tanya apa Raina bisik kat mama ni? Eh biasalah ni hal perempuan okeh. Hahaha.

Anak-anak aku ni ibarat kawan baik anugerah terindah buat aku. Terima kasih ya Allah atas kurnia ini

Ke mana mood menulis?

Bulan Syawal baru je berlalu. Tapi cerita raya yang aku kekonon nak cerita full entri tu sampai ke sudah aku tak update lagi. Tak tahulah mana mood menulis aku. Mahu nanti jadi macam tahun lepas. Berangan nak cerita pasal open house dan potluck raya tapi sampai dah masuk tahun berikutnya tak update-update. Hahaha. Nasib baik tahun lepas ada jugak aku cerita pasal raya tu pun aku malas nak taip. Cerita pun ringkas-ringkas je. Sebenarnya aku memang banyak sangat nak update. Banyak sangat cerita. Tapi itulah malas. Jadahlah kan? Malas tak sudah-sudah. Bila nak rajin ni?

Oh aku nak bagitahu ni, hp aku rosak. Sedih okeh. Touch screen tetiba buat hal. Stress je bila nak taip tapi huruf tak keluar-keluar. Tu yang malas bukak whatsapp hari tu. Sekarang pinjam hp ibu aku. Nasib baik ibu ada hp lebih. So pinjamlah dulu. Tak rasa nak beli hp baru pun. Aku nak hantar repair je hp tu. Sebab hp tu pun kira baru je lagi aku pakai. Cuma biasalah dah calar banyak tempat. Hp tu dah banyak kali jatuh. Aku kot yang ganas sangat pakai. Mula-mula je rajin nak jaga. Pastu ke laut malas jaga. Hahaha.

Tiba-tiba macam bosan sebab tak boleh nak edit gambar. Aku kan kalau boring-boring memang suka edit gambar pakai Snapseed ke Vscom ke. Apa-apa je lah apps yang untuk edit gambar. Macam hobi gitu. Hp ibu aku ni skima sikit. Tak ada apps nak edit gambar, instagram atau apps yang best-best. Aku hari tu try lah download apps baru tapi sampai ke sudah tak boleh. Stress mak okeh. So mak pun macam dah putus asa so malas dah nak download apa-apa. Tunggulah sampai hp aku tu kasi repair.

Gambar pun banyak dalam hp aku. Gambar raya semua dalam hp tu. Boleh je kot ambil memory card masuk dalam hp ibu aku then transfer je gambar tu kat mana-mana. Tapi itulah malas. Alasan sangat. Nantilah kalau rajin aku updatelah pasal raya. Kalau tak rajin tak adalah entri full tentang raya. Biarlah aku peram cerita tu. Gituuu. Hahaha.

Ok bagi aku masa cari idea untuk update blog. Kot-kotlah petang nanti ada idea aku update blog ye. Kalau tak datang-datang idea tu, anggaplah aku ni sebanarnya tak ada mood nak update blog. Pada hal kau malas kan Nurul? Hahaha.

Ok bai

Thursday, August 6, 2015

Cerita basi : Shopping di Ikea

Ok ni cerita basi. Cerita bulan lepas masa lagi beberapa minggu nak raya. Tak silap aku lagi dua minggu nak raya kot. Sebenarnya aku memang plan lama nak sediakan sikit peruntukan beli barang kat Ikea untuk persiapan hari raya. Walaupun aku tahu aku beraya dan melepak mesti kat rumah family kat Banting, tapi aku tetap ada hati nak hias lawa-lawa rumah kecil molek tu. Bukanlah sebab nak raya baru nak hias lawa-lawa. Tapi sebab minat pun iye jugak. Kalau bukan musim raya pun, kalau ada peruntukan aku tetap akan beli sikit-sikit barang untuk rumah. Tak kisahlah walaupun setakat bunga plastik sekali pun. Sebab memang aku minat benda-benda macam ni.

Peruntukan aku tak besar. Ciput je pun. Mula-mula kemain panjang list barang yang aku nak beli. Bila tiba masa nak membeli aku cut satu-persatu barang yang nak di beli. Aku beli ikut peruntukan sedia ada. Masa pergi Ikea tu, aku bawak ibu aku. Saiful biasalah dia kerja. Kebetulan masa tu, kami memang plan nak shopping raya. Ibu pagi-pagi dah sampai rumah aku. Kemain tau ibu aku semangat nak shopping raya. So pagi-pagi tu bergeraklah kitaorang keluar rumah dengan misi utama adalah shopping raya. 

Mula-mula sekali, lokasi kitaorang adalah The Strand, Damansara. Misi utama pergi situ nak cari legging untuk Raina dan Raifa. Sambil-sambil tu ibu cuci-cuci mata kot-kot ada yang dia berkenan kat situ. Tapi tak ada apa yang berkenan pun kat situ. Cuma beli lengging dan skirt untuk Raina dan Raifa. Ada yang ibu aku bayarkan sebab dia cakap memang ada peruntukan untuk cucu-cucu dia. Beruntung Raina dan Raifa dapat tok wan macam tu. 



Lepas ke The Strand, barulah kitaorang gerak ke Ikea. Aku bayangkan Ikea ttak ramai orang sebab kiranya aku sampai Ikea pun masih awal lagi kot. Tapi perghhh ramai betul umat manusia. Nak pilih barang pun tak berapa selesa okeh. Nasib baiklah aku dah listkan apa yang aku nak beli. So aku pergi kat tempat barang, laju-laju pilih barang. Tapi ada jugak barang yang tak ada dalam list, aku rembat beli jugak. Hahaha. Tapi aku taklah beli banyak barang. Setakat karpet, langsir, pokok bunga pastu apa lagi entah. Ibu aku pun shopping sekali. Kemain ibu aku dah sampai Ikea tiba-tiba dia nak beli barang untuk letak kat rumah Banting. Terpengaruh dengan akulah tu. Hahaha.

Disebabkan aku dah cut banyak list, jadi tak dapatlah aku nak beli rak idaman aku. Hoi bertahun-tahun aku aim rak tu okeh. Tapi tak beli sampai sekarang. Rak idaman tu aku plan nak beli sebab nak susun koleksi novel-novel aku kekdahnya. Banyak lagi barang yang aku aim kat Ikea tu. Tapi tu lah pulus tak berapa banyak. Nantilah aku kumpul duit lagi. Perangai aku apa yang aku target, aku akan cuba dapatkan sampai dapat. InsyaAllah. Yang penting usaha. Ayuh kita kerja sekuat-kuatnya.




Bila dah settle pilih-pilih barang, misi beratur nak bayar pulak. Aku dah agak mesti kena beratur panjang nak bayar. Sebab memang ramai umat manusia kat Ikea masa tu. Bila tiba beratur nak bayar, aku tak sangkalah yang aku akan beratur panjang berjela. Dalam sejarah kot aku beratur sepanjang tu. Selama ni kalau pergi Ikea tak pernah sepanjang tu aku beratur rasanya. Bayangkan siap dah berpusing masa beratur tu. Nak terangkan pun aku tak reti. Tapi memang aku beratur panjang masa tu. 

Raina dah berzikir lapar dan haus nak air. Raina kalau cuti sekolah liat je nak puasa. Masa time sekolah elok je puasa. Kesihan jugak tengok Raina. Memang nampak dia dah tak larat. Tapi Raina taklah meragam sangat cuma stress jugak aku sebab mulut asyik cakap tak tahan lapar dan haus. Raifa pulak mula-mula elok je tak meragam pun duduk dalam troli. Tapi bila dah hampir sejam beratur, Raifa dah start nak turun dari troli. Aku pun turunkan aje Raifa dari troli. So eloklah dua beradik tu main sama-sama sementara tunggu turn aku bayar.




Aku rasa adalah kot sejam aku beratur nak bayar. Acah-acah gigih beratur nak bayar sebab aku memang nak barang tu. Tapi aku perasan ramai jugak yang dah elok beratur, pastu letak balik barang-barang yang diaorang ambil pastu blah keluar Ikea. Maybe tak sanggup nak beratur panjang.

Lepas pergi Ikea, aku pergi Ipc kat sebelah Ikea pulak. Tapi tak beli apa-apa sebab masa ni Raina kot dah start meragam. Plus masa tu aku dengan masih tolak troli Ikea yang penuh barang, jadi bila nak masuk satu-satu kedai kat situ, pak guard macam tak bagi. Aku perasan sebab ramai orang kat situ bawak plastik Ikea tapi tunggu luar kedai. Nak patah balik pergi letak barang kat kereta malas. Dengan tengah puasanya. Memang mencabar jugak shopping time kita tengah puasa. Aku dengan tak bangun bersahur lagi masa tu. Tapi gigih jugak nak puasa. Pastu terus aku cadangkan ibu pergi Paradigm Mall. Lepas shopping kat Pradigm Mall, buka puasa kat Shah Alam. Pastu balik rumah kejap mandikan anak-anak dan buat apa yang patut, tak sampai setengah jam, keluar balik pergi Putrajaya ambil kuih raya. Pastu pergi Ayer 8, Putrajaya jumpa geng blogger dan shopping tudung pulak. Memang masa tu, sehari suntuk aku keluar dengan ibu bawak Raina dan Raifa. Penat wei tapi seronok.

Oh sekarang ni Ikea tengah ada sale. Dari semalam aku tak senang duduk fikir pasal sale Ikea ni. Sebab katil yang dah bertahun aku aim turun harga. Banyak pulak tu turun harga. Sebenarnya, aku dah beli katil untuk Raina. Katil tu pun beli kat Ikea beberapa tahun lepas. Tapi jenis kayu. Aku sebenarnya tak berapa suka katil tu tapi masa beli tu Saiful yang beriya pilih katil tu. Aku plan nak jual katil tu dan nak beli katil yang tengah sale tu sebab aku suka design katil tu sebab warna putih. Pastu nak rembat dua terus katil tu untuk Raina dan Raifa. Berangan je kau kan Nurul. Hahaha. 

Tapi masalahnya sekarang ni peruntukan tak ada. Tapi hati meronta-ronta dari semalam. Aku masih berkira-kira ni nak rembat ke tak katil tu. Huwaaaaa Ikea kenapa kau suka sangat buat sale tak kena masa. Stress mak tau. Buatlah sale tu time lepas raya ke. Bulan raya ni peruntukan memang banyak ke raya lah wei. Mulalah aku tak duduk senang duduk fikir mesti orang berpusu-pusu kat Ikea tu rembat katil idaman aku tu. Nanti habis pulak katil idaman tu. Perangai sangat kau ni Nurul. Suka sangat berangan pastu suka banyak fikir. Hahaha

Wednesday, August 5, 2015

1 tahun 6 bulan Raifa Evaqaleefa


Rasanya lama sangat aku tak cerita pasal perkembangan Raifa. Dulu masa Raina, kemain aku rajin update pasal perkembangan anak. Bukan tak nak update, tapi sibuk. Kat office payah nak cari masa nak update blog. Kerja melambak. Kerja aku tak macam dulu boleh duduk rileks lagi. Sekarang ada je kerjanya. Bila tengah free malas pulak nak update blog. Macam-macam betul alasan aku kan? Hahaha.

Alhamdulilah Raifa dah pun berumur 1 tahun 6 bulan. Sekejap sangat aku rasa Raifa ni membesar. Sampaikan satu hari tu aku cakap kat ibu aku. Ibu, ibu perasan tak yang Raifa ni cepat sangat membesar? Ibu aku pun cakap memang dia perasan Raifa cepat membesar. Rasa macam baru melahirkan Raifa. Kadang-kadang macam tak percaya Raifa dah membesar dan dah pandai macam-macam.

Raifa sekarang ni masih dalam proses belajar bercakap. Dia banyak cakap bahasa German. Hahaha. Adalah beberapa word yang aku faham. Sekarang ni bertambahlah beberapa word yang Raifa boleh sebut. Yang lain tu masih bercakap dalam bahasa German gitu. Antara word yang biasa Raifa sebut :

1) Nanak : Tak Nak
2) Nak atau wan (want) : Nak / mahu
3) Mimik : Milk
4) Umm mah : Umar (Kawan dia kat rumah babysitter)
5) Papa
6) Mama
7) Nana : Raina
8) Lit : Light
9) Ngah : Ummie Ngah
10) Wen : Tok Wan
11) Cat
12) Tata : Bye-bye
13) Sho : Shoe
14) Babu : ibu
15) kong : Dukung

Ada lagi beberapa word yang boleh Raifa sebut. Masih sebut pelat lagi. Tapi masih boleh difahami. Sebenarnya dengan Raifa ni aku macam banyak bercakap in english. Tapi taklah sepenuhnya. Campur-campur bahasa rojak jugak. Sebab tu Raifa selalu sangat keliru. Contoh kalau Tok Wan dia cakap 'susu', memang nampak Raifa keliru. Sebab aku dah biasa guna word 'milk' bila bercakap dengan Raifa.

Raifa dah kenal beberapa anggota badan. Kalau kita tanya dia where your eye Raifa? Nanti dia kelip-kelip mata dia. Where your tummy Raifa? Nanti dia tepuk-tepuk perut dia. Begitu jugak dengan telinga, mulut, tangan dan lain-lain. Tapi dia hanya faham word dalam english. Kalau kita cakap word dalam bahasa melayu, dia buat tak tahu je.





Raifa dah pandai nak melaram sama macam kakak dia Raina. Cuma tak ketara je. Contoh kalau nak keluar berjalan, nanti dia duduk senyap je, bila kita nak ikatkan rambut dia, pakaikan kasut dia. Kiranya macam dia mengikut je apa kita buat kat dia. Pastu kalau nak keluar pergi mana-mana, biasanya dia nak pakai bedak dan minyak wangi. Lagi satu kalau ambil gambar dia dengan kakak Raina, dia selalu nak ikut apa gaya kakak dia bergambar walaupun dia tak reti nak buat tapi dia tetap bersungguh-sungguh nak cuba buat.

Raifa jugak sekarang dalam proses suka nak makan sendiri. Dia tak berapa nak kita suapkan dia makan. Tapi tak selalulah dia buat perangai nak makan sendiri tu. Ikut mood dia. So aku pun macam dah terbiasa bila lantai bersepah dengan makanan dia, pasrah je lah bersihkan lantai. Biasalah tu anak tengah nak membesar.

Yang terbaru aku perasan, kalau kita bagi arahan kemas barang mainan dia contohnya, Raifa akan cuba kutip semua mainan dia dan masuk dalam bakul. Hari tu dia sepahkan kasut-kasut raya dia. Aku minta dia kemas balik kasut-kasut raya dia tu. Automatik, laju dia kemas letak tempat yang asal.

Raifa masih makan bubur atau nasi lembik. Dia sekarang baru dalam proses belajar makan nasi biasa tu. Raifa tak berapa suka nasi biasa tu. Dia lagi suka nasi yang lembik-lembik atau makan bubur je. Tapi aku tetap tak putus asa ajar dia makan nasi biasa. Sekarang ni Raifa dah boleh nak makan nasi biasa tapi mesti kena lauk yang berkuah macam sup ayam atau masak sayur berkuah contohnya. Asalkan berkuah.

Banyak lagi perkembangan Raifa ni. Kalau nak cerita tu, mesti kena buat entri yang panjang lebar. Tapi sebab aku tengah nak siapkan report ni, jadi aku update yang ni lah dulu. Nanti kalau aku free-free aku update kat entri lain pulak ye. Oklah aku nak sambung buat kerja

Tuesday, August 4, 2015

Rumah manis

Gambar senget dan rumah kecil

Aku dah lama tak balik rumah, tidur kat rumah. Dari start sehari sebelum raya hari tu. Baru Isnin semalam aku balik rumah manis. Lebih kurang hampir tiga minggu travel dari rumah family kat Banting ke tempat kerja. Jauh tu memang jauh tapi sebab dah biasa, aku tak terasa jauh mana pun. Cuma rasa penat sikitlah. Entahlah rasa seronok pulak lepak rumah family. Ibu rajin masak macam-macam. Balik kerja je terus laju menuju ke dapur. Apa lagi makanlah. Bertuah punya anak. Hahaha.

Ayah dan ibu pun jenis rajin layan kerenah cucu-cucu. Ibu lagi suka kitaorang lepak duduk Banting. Itu yang asyik tertangguh-tangguh je nak balik Shah Alam. Kalau aku balik rumah pun, singgah sekejap, baring kejap, kadang-kadang sampai tertidur jugak. Lepas tu kemaslah apa yang patut. Lepas dah settle semua terus gerak balik Banting. Saiful kadang-kadang je balik Banting sebab dia jenis kerja pun balik lewat. Memang tak laratlah dia nak ikut aku hari-hari balik Banting.

Semalam kiranya hari pertama aku tidur kat rumah setelah sekian lama tak tidur kat rumah. Tapi aku tidur lewat. Nak tahu kenapa? Kunci kereta anak-anak buat main masa aku sibuk memasak kat dapur. Lepas tu hilang. Jadi tarzan jugak aku semalam. Gelabah ayamlah aku kunci kereta boleh hilang. Dah terfikir macam mana aku nak pergi kerja. Dahlah nak siapkan report untuk payroll. Adik aku bagi doa khas untuk cari barang hilang. Aku pun asyiklah baca doa tu dengan harapan kunci kereta dapat dijumpai.   Puas geledah sana sini, cari setiap ceruk, akhirnya aku putus asa. Tertidurlah aku semalam dalam keadaan yang tak aman memikirkan kunci kereta hilang. 

Pagi tadi elok tengah kemas plastik Ikea yang penuh baju-baju yang aku tak kemas lagi, tup-tup elok je kunci tu ada dalam plastik Ikea. Aku kalau balik Banting memang main sumbat je baju-baju aku anak-beranak dalam plastik Ikea. Kan plastik Ikea tu besar. Macam-macam boleh isi. Alhamdulilah jumpa jugak kunci kereta. Ni Rainalah suka sangat biarkan Raifa main benda kecil molek. Kalau tanya Raifa, manalah dia tahu mana dia campak kunci kereta tu.

Hari ni, balik rumah plan nak kemas rumah sikit-sikit. Aku perasan habuk kemain banyak setiap ceruk. Rumah aku memang banyak habuk. Pasrah je lah bersihkan habuk. Maklumlah rumah kecil tingkat satu memang tak boleh lari dari habuk. Bayangkan kita baru je lap bersihkan habuk, tak sampai beberapa jam habuk ada lagi.

Tahun ni, aku tak ada buat makan-makan sempena hari raya pun. Aku rasa ada sekali je aku buat makan-makan tahun 2012 kot. Lupa dah. Payahlah nak buat sebab rumah kecil sangat. Ruang tak berapa luas. Lagi-lagi sekarang barang dalam rumah makin bertambah. Bak kata orang rumah sekangkang kera je. Dulu duduk rumah ruang luas sikit sekejap tapi di kelilingi oleh orang Sabah dan foreign worker. Pastu pindah rumah comel ni. Aku lagi suka sebab senang nak deko dan nak kemas.

Sebenarnya aku dalam proses nak tukar konsep deko dalam rumah tu. Tapi tak habis lagi aku deko. Sebab pulus tak berapa meriah. Sebelum bulan Ramadhan hari tu, kemain dalam bajet nak beli barang kat Ikea nak spent lebih kurang dalam 1k. Sebab aku dah aim satu,dua barang. Sekali tu beberapa minggu nak raya hari tu, pergi Ikea terus cut apa yang patut. Bajet tiba-tiba jadi dalam RM500. Memang silaplah kau Nurul nak shopping kat Ikea time nak raya. Time nak rayalah kena guna duit banyak kan. Beli itu beli ini, eh eh dah nipis pulus dalam bank. Hahaha.

Eh okalah aku kena siapkan report ni. Aku update blog ni sebab nak hilangkan mengantuk. Dari tadi asyik menguap depan pc. Eh entri raya full version tak update lagi kan? Bilalah tu aku nak update. Tunggu aku free InsyaAllah aku update okeh