Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, November 7, 2016

Jalan-jalan main terjah : Cameron Highland

Dua minggu lepas, aku ajak Saiful pergi Cameron Highland. Sebenarnya dari minggu sebelum tu lagi aku ada kabo kat Saiful yang aku teringin nak pergi Cameron. Lama sangat kot aku tak jejak Cameron. Aku pun tak ingat tahun bila aku pergi Cameron. Tapi yang pasti masa tu aku masih sekolah menengah kot. Yang aku ingat aku pernah jejak Cameron masa rombongan sekolah dengan ikut rombongan tempat kerja ibu aku. Masa tu ibu aku masih kerja kat Kolej MARA Banting. Masa ibu aku kerja under Kolej MARA Banting memang merata kot kitaorang satu family berjalan. Tak sesudah ada je rombongannya.

So boleh bayangkan tak betapa lamanya aku tak jejak Cameron. Lama siot tak jejak Cameron. Bila tengok orang upload gambar kat FB ke IG kat ladang teh tu, terus membara-bara aku nak pergi Cameron. Siap screenshoot simpan kat dalam hp tu gambar orang bergambar kat ladang teh. Padahal setakat Cameron je kot Nurul. Tapi tahap terujanya aku tu lain macam sungguh.

Tahun lepas kot, dah planning nak pergi Cameron. Masa tu kemain tengok hotel sana sini. Sekali postpone. Sampai membawa ke tahun berikutnya. Tak jugak pergi Cameron. Tu lah berangan je lebih. Hahaha. Sampailah satu tahap, aku cakap kat Saiful yang aku nak jugak pergi Cameron. Tak payah tidur hotel pun tak pe. Redah je asalkan jadi pergi Cameron. Saiful pun masa tu mood tengah ok. Dia layankan je kerenah aku. Agagaga.





So masa cuti public Deepavali hari tu, terus aku cakap lagi sekali hasrat aku nak pergi Cameron. Saiful terus kata ok je. Aku masa tu debar-debar gak kotlah mamat tu reject hasrat aku. Maklumlah cuti public. Confirmlah jalan macam tin sardin jem teruk kan? Aku dapat tahu kalau cuti public Cameron memang akan jem teruk. Tapi masa tu aku nak jugak pergi Cameron. Peduli apa aku jalan jem macam siput. Aku nak ambik gambar kat lading teh okeh. Kahkahkah.

Berangan nak keluar subuh-subuh dari rumah. Tapi around pukul 7 lebih kot baru gerak. Tapi kira oklah tu kira pagilah jugak kitaorang gerak dari rumah. Aku siap standby bawak baju lebih Raina dengan Raifa. Kotlah gedik kang sampai atas cari hotel nak check in hotel. Aku dengan Saiful ni kekadang suka buat kerja tanpa di rancang.

Alhamdulilah kat highway taklah jem mana pun. Elok je jalan lancar. Tup tup dah sampai kat ladang teh. Masa ni memang elok je jalan tak jem langsung. So aku macam terfikir jugak kenapa tak jem elok je lancar. Bila dah sampai ladang teh tu mulalah aku tergedik lebih nak ambik gambar. Maklumlah aku kan dah kabo memang nak amik gambar kat ladang teh. Sekali baru nak tergedik bergambar, mula hujan renyai-renyai. Terus Saiful kabo tak payah nak ambik gambar sangat kat ladang teh tu. Tapi dalam hati harap sekejap je lah hujan ni. Mak nak amik gambar ni. Alhamdulilah hujan sekejap je pastu elok je. Bolehlah sambung menggedik balik bergambar. Kahkahkah.




Lepas setel bergambar kat ladang teh, kitaorang decided nak terus naik atas pergi je lah memana tempat yang best kat Cameron. Padahal masa ni aku tak puas hati lagi bergambar tapi laki malas nak layan dah mak bergambar. Sebenarnya masa tu aku nak ajak Saiful minum makan kat tepi ladang teh tu. Nak amik gambar aku tengah pegang cawan menikmati air teh panas-panas kat tepi ladang teh. Tapi Saiful mana nak layan. Lagi masa tu macam nak hujan balik je. Memang taklah dia nak melayan.

Dalam masa yang sama dalam kepala otak nak pergi kat tempat warna warni apa entah nama tempat tu. Tapi memang lawalah tempat tu. Tapi entah tak jumpa so malas nak fikir. Yang penting dah pergi amik gambar kat ladang teh.

Masa kereta nak keluar dari kawasan ladang teh, masa ni lah jalan dah start jem macam siput. Rasanya kalau naik basikal pun, dah sampai atas tu. Masa ni Saiful ada tanya aku nak teruskan ke naik sampai atas. Aku cakap alang-alang dah sampai kasi redah je lah. Nasib baik mamat tu melayan dan bersabar drive dalam keadaan jalan jem gitu. Lama jugak aku rasa. Berjam jam baru sampai Brinchang. Rasakan. Hahaha.

Lepas dah sampai pekan Brinchang, makan dulu sebab perut dah lapar. Lepas makan, barulah pergi singgah apa tah nama tempat tu yang banyak pokok kaktus tu. Masa tu dah mula hujan renyai-renyai tapi kitaorang redah je. Tapi Saiful macam boring je kat situ sebab dia kabo jomlah cari tempat petik strawberry. Masa tu dah petang. Takut tempat tu tutup so lelaju kitaorang keluar dari tempat pokok kaktus tu.

Cari-cari tempat dalam keadaan jalan licin sebab hujan, akhirnya Alhamdulilah jumpa tempat petik strawberry. Tapi yang kelakarnya, kitaorang punyalah nak kejar masa, sampai tersalah beli tiket pergi beli tiket nak masuk muzium apa tah. Hahaha. Ikut aku ok je layan tengok apa menarik dalam muziun tu. Tapi laki aku mana suka muzium-muzium ni. Aku lupalah nama tempat tu. Rasanya nama tempat tu TimeTunnel kot. Pastu masuk tak sampai 10 minit kitaorang dah keluar balik. Membazir je beli tiket tu.







Tanya-tanya orang rupanya kat sebelah je tempat petik strawberry tu. So bayarlah RM30 kot nak petik strawberry tu punya pasal. Tapi tak rugi. Best sangat. Aku suka je tempat tu boleh dedahkan anak-anak dengan pengalaman petik strawberry. Siap makan lagi strawberry kat situ. Ikutkan tak boleh. Kena petik je. Tapi Saiful Tanya penjaga ladang tu boleh rasa ke tak. Dia kata boleh tapi kena sorok-sorok. Apa lagi kitaorang belasahlah makan strawberry kat situ sambal petik strawberry. Lepas dah setel petik dan makan rasa strawberry kat situ, terus pergi makan kat area situ sebab ada diskaun pakai tiket yang muzium Time Tunnel tu.

Masa keluar dari situ, dah maghrib. Masa tu Saiful cakap nak turun balik ke check in hotel. Tapi time cuti public ni confirmlah susah cari hotel. Kalau ada pun mesti mahal sebab cuti public. Tapi kitaorang try jugak ushar hotel area situ. Jawapannya full. Yang tinggal hotel yang mahal-mahal. Aku nak cari hotel murah je setakat nak tidur semalam esok paginya terus gerak balik. Fikir punya fikir, kitaorang decided turun balik jugak malam tu. Masa tu memang dah malam.

Alhamdulilah kitaorang sampai rumah. Tak ingat pukul berapa sebab aku dah tertidur dalam kereta. Sampai-sampai pun memang otak fikir nak tidur sebab penat. Itulah plan main terjah gini lah. Tapi serius aku happy. Rasa next time nak ajak Saiful naik Cameron lagi nak ambik gambar banyak-banyak. Tak sudah-sudah kau ni Nurul nak amik gambar. Hahaha

Thursday, October 20, 2016

Tiket murah Air Asia

Sejak kebelakangan ni, aku macam rajin je ushar tiket murah bila tiap kali Air Asia buat promo. Kekadang tu saja-saja je ushar tiket murah tapi tak beli pun. Macam satu kepuasan je walaupun tak beli tiket. Kadang-kadang tu, terbeli jugak tiket bila tengok murah sangat. Macam rugi pulak kalau tak rembat beli.

Apa yang aku perasan promo Air Asia sekarang tak semurah promo Air Asia dulu. Kalau dulu, aku pernah grab tiket ke Sabah dan Sarawak dengan harga RM10 je untuk sehala. Sekarang mana ada tiket ke Sabah atau Sarawak RM10. Biasa aku tengok sekarang RM69 ke atas untuk sehala. Mahal kan? Bagi aku mahal sebab pernah rasa beli tiket harga RM10. Hihihi.

Adik aku dulu pernah grab tiket ke Medan  dengan harga 0.10 sen je. Di ulangi 0.10 sen bukan RM10 okeh. Promo sekarang macam tak ada kot tiket 0.10 sen tu. Iklan je Nampak hebat. Hakikatnya nan ado tiket semurah yang diiklankan tu.

Tiket aku dan geng travel aku untuk tahun ni. Ada tiket yang kita orang beli asing-asing tapi Alhamdulilah dapat sama satu flight

Tiket yang ni pulak aku baru je beli bulan lepas. Masa tu ada promo free seats ke apa entah lupa dah. Aku rembat beli tiket nak bawak anak-anak berjalan. Lagipun Saiful dah suruh cari tiket untuk next year so aku carilah yang murah-murah. Pastu terbeli sekali tiket aku dengan geng travel aku untuk misi backpakers next year. Murah sangat tak boleh tahan wei terbeli jugak tiket

Walaupun promo Air Asia sekarang tak semurah dulu, tapi bagi aku masih lagi murah kalau nak compare dengan syarikat penerbangan yang lain. Kiranya masih mampu lagi aku rembat tiket murah kalau Air Asia buat promo. Bersyukurlah merasa jugak rembat tiket murah. Teringin jugak nak merasa naik MAS tapi belum rezeki lagi. Nantilah kot-kot ada rezeki lebih bolehlah try naik MAS. Atau kita up tinggi sikit naik Emirates Airlines. Wahhh gitu. Hahaha.

Biasanya aku jenis beli je dulu tiket pastu nanti baru bagitahu Saiful. Bertuah punya bini. Hahaha. Biasa Saiful ok je follow je. Atau kekadang Saiful ada jugak cakap try carikan tiket sekian tempat sekian tempat. Tapi kalau ikut aku memang nak beli tiket yang murah je. Kalau murah dan berbaloi memang aku cuba untuk rembat beli.

Teringin nak pergi Aussie. Sebab nak pergi Kmart. Orang pergi Aussie sebab nak berjalan tengok negara orang. Tapi aku sebab nak pergi Kmart. Hahaha. Siapa suka mendeko mesti tahu Kmart tu apa. Barang-barang Kmart lawa-lawa okeh. Kalau mendeko combinekan Ikea dengan Kmart tu kira cun lah bagi aku. Wahhh gitu.

Jom menabung kita beli tiket ke Aussie. Kemain lagi kau Nurul

Wednesday, October 19, 2016

Sesekali lepak berdua


Mata aku bengkak dalam gambar ni, sebab baru lepas menangis. Menangis sebab aku laki bini baru perasan yang gelang emas anak-anak aku hilang ke mana aku lupa letak mana. Laki aku pujuk keluar makan nasi lemak sedap

Aku memang jarang keluar berdua dengan Saiful. Kitaorang kalau keluar mesti nak bawak anak-anak. Adalah sesekali keluar deting berdua tapi bukanlah selalu. Biasanya ibu aku nak jaga Raina dengan Raifa kalau ibu aku tengah cuti panjang masa cuti PLKN. Ibu aku kan kerja kat PLKN. So memang ada time-time tu PLKN cuti panjang. Hah masa ni kalau ibu aku nak jaga Raina dengan Raifa memang keraplah kitaorang keluar berdua. Kekadang best jugak. Layan movie tengah malam, lepak minum makan tengah malam kat luar. Dah serupa macam zaman bujang dulu je. Hahaha.

Biasanya anak-anak aku memang suka duduk rumah atok dan tok wan time cuti sekolah. Ibu aku suka masak sedap-sedap pastu suka layan kerenah cucu-cucu dia. Sama jugak dengan ayah aku. Kalau anak-anak aku kat rumah family aku, biasanya dua hari sekali mesti aku balik Banting tengok anak-anak. Kadang-kadang tu hari-hari aku balik. Tak boleh wei teringat-ingat.

Pernah beberapa kali tu, masa tu bulan puasa baru-baru ni. Ibu aku cuti panjang. Jaga Raifa. Ibu aku selalu kata boring kat rumah kalau tengah cuti. Ada bebudak tu boleh buat teman-teman dia kat rumah katanya. Masa tu Raina sekolah so tak bolehlah duduk dengan atok dan tok wan. So ibu aku jaga Raifa je. Masa berbuka puasa, meleleh air mata aku. Dah Saiful gelabah ayam tengok aku menangis. Lepas solat terawih terus balik Banting. Itu nasib baik rumah family dekat je kat Banting.

Bagi aku kalau sesekali spend time keluar berdua tu elok jugak. Kot-kot ada benda nak bincang ke. Masa tu lah kita boleh cakap macam-macam topik. Pastu masa ni biasanya Saiful suka melayan je apa aku nak. Aku ajak pergi mana-mana dia ikutkan je. Hihihi.

Aku ni sejujurnya bukanlah lembut dan romantik orangnya nak berkasih sayang bagai dengan laki. Sebab perangai aku macam kasar sikit orangnya. Macam tak best pulak guna perkataan kasar. Senang kata aku ni orangnya jenis selamber. Biasanya kalau keluar berdua, laki aku yang beriya-iya tarik tangan aku nak pegang tangan ke suapkan aku makan. Kekadang datang perangai kelakar dia, memang tak jangka apa dia buat. Contoh pernah Saiful tinggalkan nota selit letak dalam purse aku. Terharu je kalau baca nota tu. Hah itu kalau datang perangai ala-ala romantik dia lah tu kekononnya. Itu lah perangai laki aku yang aku kenal. Kalau ikut aku sempoi je orangnya. Tak payah nak acah-acah lembut kalau dah memang bukan diri kau macam tu. Ye dak? Hahaha.

Sejak kebelakangan ni, aku macam cukup terharu dengan Saiful. Lately dia rajin ajak aku solat jemaah dengan anak-anak. Pastu lepas solat baca doa pastu doakan aku dan anak-anak macam-macam. Makin rajin masak. Kekadang aku basuh baju tapi penat tertidur kat sofa. Nanti terjaga dari tidur tengok Saiful dah sidaikan baju semua siap. Lately aku perasan perangai dia macam rajin semacam. Bukan nak puji sebab perangai aku tak sukalah nak puji laki sendiri bukan dapat apa pun. Tapi apa yang aku perasan perangai dia banyak berubah sekarang. Tak tahu macam mana aku nak gambarkan dengan penulisan. Tapi ini yang aku rasa yang laki aku banyak berubah.

Untuk awak Comel,

Hari Isnin hari tu awak ada tanya saya, kenapa saya jarang sangat sekarang panggil awak Comel macam dulu-dulu.

Walaupun saya jarang panggil awak Comel sekarang, tapi saya tetap panggil awak Comel jugak kan walaupun tak sekerap dulu. Saya pernah cakap kat awak, yang awak tetap Comel kat mata saya. Senyum sikit. Senyum sampai telinga tau (Pinjam ayat laki aku kalau pujuk aku)

Ewahhh. Gedik tak jawapan aku. Tapi inilah realitinya aku memang panggil Saiful dengan panggilan Comel dari zaman kami belum bertunang lagi. Cuma sekarang sejak dah ada anak-anak tu, kekadang rasa segan nak panggil Comel sebab anak-anak suka mengikut apa aku cakap. Hahaha

Tuesday, September 20, 2016

Rambut baru Raina dan Raifa

Rambut dua beradik sebelum di potong

Sebenarnya dah lama Raina berzikir nak potong rambut. Katanya dia rimas rambut kena kat mata. Dah panjang rambut dia pun ye jugak lagi-lagi bahagian depan tu sampai kena mata dia. Pastu selalu ada adegan pepagi nak pergi sekolah menangislah, membebel kat aku kabo rambut Raina dah panjang. Susah nak pakai tudung pergi sekolah katanya. Suruh ikat rambut pun kemain payah Raina sekarang ni. Ibu aku cakap potong je lah rambut Raina tu senang nak urus pergi sekolah kalau rambut pendek. Sebab tu aku nak potong rambut Raina biar nampak kemas sikit. Asyik postpone je sebab biasa aku kalau nak potong rambut memang balik Banting potong rambut kat saloon Banting je. Kat Shah Alam tu macam tak biasa pun ye. Lagi selesa potong rambut kat saloon tempat kelahiran aku sendiri.

So last week kebetulan balik Banting, terus ajak Saiful pergi pekan Banting nak potong rambut Raina. Kemain sekarang dah pandai nak pilih potongan rambut macam mana. Nampak dah besar sangat anak dara aku ni dah ada citarasa dia sendiri.
Kemain budak kecik ni nak potong rambut jugak macam kakak dia
Rambut baru Raina
Masa amoi cina tengah potong rambut Raina tu, Raifa asyik cakap kat papa dia adik nak potong rambut jugak. Bukan tak nak potong rambut Raifa. Tapi rambut Raifa ni nipis dan pendek sejak lahir lagi. Nak potong macam mana. Budak kecik tu dah pandai merayu-rayu kat aku dengan Saiful. So kami decided potong je lah sikit rambut Raifa. Sebab nampak Raifa excited nak potong rambut bila tengok kakak dia potong rambut. 

Rambut baru dua beradik. Raifa tu sebab rambut memang dah sedia pendek so tak lah nampak ketara beza pun lepas potong rambut. Raina lepas potong rambut aku rasa ketara macam anak dara sangat


Hari ni sampai dua entri aku update. Sebab tengah tak ada mood nak buat kerja hari ni. Tu yang kemain rajin update blog hari ni

Mood bekerja makin merundum

Stress buat report


Lately apa yang aku perasan, mood bekerja aku makin merundum. Paling teruk aku rasa start bulan Julai hari tu. Masa tu company aku decided tukar semua sistem baru untuk department aku. Sistem payroll, sistem HR record dan sistem thumb print. Bayangkan sekali serentak tukar sistem. Masa tu bila manager aku tanya aku boleh atau tak boleh aku control dan handle. Aku cakap aku cuba. Sebab perangai aku suka jugak belajar benda dan perkara baru. Sekurang-kurangnya aku dapat ilmu baru.

Tapi dalam pada aku kata boleh dan cuba tu, aku gelabah ayam jugak wei. Pastu macam menyesal pulak cakap kat manager aku yang aku boleh dan cuba buat. Kenapa aku tak cakap tak naklah tukar sistem. Pakai sistem lama je senang. Kahkahkah.

Walaupun aku ada assistant baru untuk new staff yang banyak jugak tolong kerja-kerja aku lately, tapi segala report semua atas tanggungjawab aku jugak. Aku bukan buat bahagian HR saja. Tapi aku bertanggungjawab dalam payroll system. Kalau setakat 10-20 pekerja aku rasa aku boleh duduk rileks je kot. Ini beratus-ratus pekerja yang mana aku kena bertanggunjawab segala kaitan report payroll sebelum di hantar ke bahagian account. Serius aku benci sistem baru ni. Bagi aku, sistem ni agak payah untuk aku. Puas dah aku study dan explore, hasilnya sama je. Aku jadi give up.

Dan dalam sejarah masa bulan Julai yang lepas, aku kena marah teruk dengan manager aku. Bayangkan apa perasaan korang kalau seorang manager kata report aku macam 'sampah'! Meleleh air mata wei. Tapi aku tak macam dulu menangis depan orang. Aku tahan-tahan nak keluar air mata. Dalam kereta atau kat rumah baru aku menangis. Sistem semua sistem baru, report aku tak sama dengan report manual aku. Gaji dah set nak kena keluarkan sebelum 7hb. Tak ke kau menggelabah ayam. Berpeluh nak check satu-persatu mana silapnya report aku tu. 

Dalam masa yang sama, aku banyak audit nak kena settle kan. Korang ingat kerja macam aku tak ada audit. Terlalu banyak audit okeh. Audit berkait-kait semuanya. Audit pasal HR lah pasal EHS lah pasal overtime pekerja lah bla bla bla. Serius aku stress.

Memang aku dah buat kerja ni bermain dengan sistem hampir 10 tahun dari company lama. Tapi bila mana kau dah biasa dengan sistem lama dan alih-alih tukar sistem baru, pastu orang atasan akan push kau tak kiralah alasan kau  apa pun, tak ke kau jadi stress tahap tertinggi. Dalam sejarah aku rasa sepanjang aku bekerja dalam bidang ni, aku stress sampai macam ni sekali.

Dengan aku nak handle bisnes online, nak handle group kutu lagi. Aku kadang-kadang tak tahu mana aku boleh kumpul kekuatan aku, bangkit semula untuk aku terus kuat. Ikutkan aku tak kuat mana nak hadap semua benda-benda ni. Tapi nak tak nak aku kena hadap jugak. Dah namanya kehidupan.

Ada satu tahap, aku rasa aku nak berhenti kerja pastu nak cari kerja yang senang-senang yang tak banyak fikir. Tapi nak kerja apa? Kerja mana-mana pun ada tahap stressnya. Cuba banyak dengan tak banyak je lah kau rasa stress tu. Tapi dalam keadaan aku ni, aku rasa tahap stress aku dah paras hidung ni. Kahkahkah.

Aku rasa aku nak beralih angin. Tapi masih terfikir-fikir. Aku tak naklah buat keputusan terburu-buru. Harapnya aku boleh serasi dengan sistem baru tu dan masih bertahan kat sini. Kalau tak tahan sangat moh lah kita cuba beralih angin. InsyaAllah rezeki ada kat mana-mana. Yang penting usaha. Ewahhh gitu

Thursday, September 8, 2016

Entri baru setelah lama tak update

Assalamualaikum

Hai korang. Lamanya aku tak update blog. Patutnya ada entri raya ni. Biasa tiap tahun aku rajin update entri raya. Tapi ni raya pun dah habis. Dah berbulan-bulan dah lepas raya Nurul. So macam tak best je nak update entri pasal raya. Hahaha. Kita update cerita lainlah ye.

Sebenarnya aku busy sangat. Sejak aktif niaga tudung pastu aku handle group kutu cash ni kehidupan aku memang agak busy. Handle group kutu cash bukan sikit-sikit. Tapi berpuluh group whatsapp tau. Pastu entah macam mana dapat idea buat kutu perabot Ikea pulak. Sebelum buat kutu perabot Ikea tu aku dah mula aktif jadi personal shopper untuk barang Ikea dan Kaison. Nak cerita macam mana aku boleh terjebak dengan semua ni panjang sangat kisahnya. Nak taip mak malas. Nantilah kalau aku rajin aku cerita. Kalau aku tak rajin aku tak cerita sini. Kahkahkah.

Dahlah busy berniaga, kat office pun busy jugak. Sejak tukar sistem baru ni, aku memang busy sangat. Bukan setakat satu sistem kena tukar. Tapi dua sistem kena tukar sekaligus. Busy siap stress tahap tak boleh nak cakaplah. Bulan lepas aku hampir-hampir letak surat. Sebab dah tak tahan sangat dengan tahap stress yang aku hadap kat office ni. Tapi bila keadaan tu dah tenang sikit aku tak jadi letak surat. Boleh gitu? Hahaha.

Salah-satu sebab aku aktif berniaga sekarang sebab semua ni back up plan aku. Sebab aku ada plan nak letak surat jugak dari company ni. Aku rasa aku tak boleh nak adapt lah dengan sistem baru yang betul-betul menguji tahap potensi aku sepanjang aku bekerja ni. Kerja makin banyak. Audit makin banyak sejak ada sorang staff ni resign. Ada kerja dia aku kena ambil alih. Mana aku tak stress. Dahlah bukan bidang aku, pastu aku nak ambil alih kerja dia. Aku tak kisah nak belajar benda baru. Tapi bila salah aku kena marah, aku dipersalahkan, mana-mana manusia pun stress wei. Ya Allah permudahkanlah kerja aku selagi aku bekerja kat company sekarang ni.

Raina dan Raifa

Kalau nak cerita pasal anak-anak pulak, mereka macam biasalah. Raina Alhamdulilah dah mula serasi dengan hal sekolah dia. Cuma setiap kali balik sekolah petang tu dia mesti letih sangat sebab sekolah pagi dan petang kan? Macam Raifa pulak dah makin banyak mulut. Makin peramah. Dari dulu pun budak ni memang terlebih peramah. Semua orang pun dia nak hai hai. Sabau je lah aku.

Kalau ada trip ke Ikea, kadang-kadang diaorang ni ikut aku, dah faham sangat mama dia bekerja sampingan jadi personal shopper. Memula tu buat jugak perangai. Sekarang dah kurang dah. Malah diaorang rajin tolong sesama angkat barang yang ringan-ringan atau tolak sesama tolak troli. Nanti aku bagilah upah kat diaorang. Heeeee.

Ok nanti rajin aku update blog lagi ye. Aku nak siapkan report  nak submit kat HQ Samsung Malaysia ni. Target hari ni aku nak kena siapkan. Ini entri carca marba namanya ni. Janji update blog. Gittewww

Thursday, June 23, 2016

Persiapan raya aku yang simple


Gambar masa kat Sungai Wang rasanya. Masa ni temankan adik aku Bani buat spek baru dan dia nak shopping raya. Banyak jugak Bani shopping hari tu. Bani kabo dia lately busy so ada masa free hari tu sekali harung shopping. Bukan senang nak jumpa Bani sekarang ni. Asyik busy je. Hari tu berkonvoi satu Malaysia program kerajaan pastu cover news pilihanraya kecil kat Sungai Besar. Pastu dah jarang nampak dia sebab dia jarang balik Banting sekarang

Teruja pulak aku tengok kawan-kawan cerita pasal persiapan raya masing-masing. Tak kisahlah kat facebook, blog mahupun group whatsapp. Lately aku kurang aktif kat twitter dan instagram. Macam instagram tu ada jugak upload gambar kat situ cuba jarang mengodek sangat. Kang terlebih godek terjebak pulak shopping online kat situ. Kohkohkoh. So aku banyak tengok kawan-kawan bercerita berkaitan bersiapan raya biasanya di group whatsapp.

Tahun ni aku tak tahulah kenapa aku tak berapa teruja nak buat persiapan raya macam tahun-tahun lepas. Salah-satunya maybe aku busy berniaga. Tapi tahun lepas pun aku busy berniaga jugak. Sama je busy dengan jual baju Poney dan jual tudung. Walaupun ada sampingan produk lain yang aku jual. Tapi tahap busy jual tudung ni lain macam aku rasa. Maybe itulah salah-satu sebab aku tak teruja nak buat persiapan raya. Bayangkan aku hantar tailor jahit baju raya time dah masuk bulan Ramadhan. Bayar je lah berapa upah yang tailor cas. Itu pun rasa macam malas-malas benau nak hantar tempah baju raya.

Nak beli baju readymade, aku macam kurang berkenan walaupun sekarang dah macam-macam design baju raya ada. Pilih je mana yang berkenan. Sebab apa tau, aku selalu ada masalah baju sentenglah lengan baju terlebih panjanglah, jahitan tak sedap dipakailah dan beberapa isu baju readymade yang jadikan aku tak berapa suka beli baju readymade.

Lagi satu, maybe aku baru pindah rumah. Banyak jugak barang yang belum betul-betul kemas lagi. Banyak barang yang belum berkemas tu semua Saiful letak kat bilik belakang dan bilik anak-anak. Mood mendeco tu dah ada. Tapi tak sepenuhnya datang mood mendeco tu. Tergendala sebab busy berniaga. So aku decided tahun ni aku malas nak mendeco rumah. Plan tu dah ada siap nak buat itu ini berangannya. Tapi hari tu pergi Ikea, ingat nak sambar carpet idaman tapi dah sold out. Pastu ingat nak belilah benda lain. Baru nak ambil, Saiful bising katanya tahun ni tak payahlah semua nak baru. Pakai je apa yang ada kat rumah tu. Terus mak letak balik dengan buat muka sedih. Tapi ok jugak selamat duit boleh berjimat. Oklah lepas raya nantilah kita pikir pasal hal mendeco rumah ni ye. Sekarang ni kita kemas rumah simple-simple je lah dulu.

Tahun ni aku  dan Saiful decided baju melayu Saiful tak beli baru. Bukan tak nak beli baru, kebetulan Saiful dah ada baju melayu warna ikut tema tahun ni. Saiful pun jarang sangat pakai baju melayu. Pakai sesekali je. Pergi masjid pun dia biasanya pakai T-shirt je. Saiful pun kabo janganlah membazir. Baju melayu Saiful tu dah ada macam-macam warna ada. Sebab dari zaman kami bertunang lagi, asal raya je kami pakai baju raya warna sedondon. Sebelum bertunang pun tak silap aku kitaorang dah amalkan pakai baju raya warna sedondon. Sebab tu baju melayu Saiful dah ada macam-macam jenis warna.


Gambar minggu lepas. COD tudung kat customer terus pergi Ikea then pergi Empire Gallary shopping mall. Berbuka kat luar pastu sambung shopping raya. Kat situ Saiful balas dendam shopping baju casual dia

Tapi Saiful lepaskan dendam dia tak beli baju melayu baru, dengan borong baju casual minggu lepas. Beratus jugak habis beli baju dan seluar baru dia. Aku siap kabo, pakailah ikut stail patung tu (Merujuk patung kat butik). Eh eh laju je dia cakap ok boleh dan terus try baju dan seluar macam patung tu pakai dan terus decided beli. Bila dia try pakai tu dah serupa artis Kpop pulak mak tengok. Layan je lah. Kahkahkah.

Untuk anak-anak pulak, tahun ni baju yang beli kat website oversea rasanya tak sampai 10 helai. Entahlah mood nak membeli tu tak ada wei. Ushar punya ushar bila listkan mana nak beli eh ini je ke aku nak beli. Gitulah kekdahnya. Ada yang aku berkenan tak ada saiz. Ada yang ada saiz design tak berkenan pulak. Penyudahnya mohlah anak-anak kita beli kat shopping mall je. Lagi pun, Raifa dah besar ni senang sikit nak cari saiz dia kalau nak pakaikan mereka sedondon. Sedia maklum anak-anak aku ni masih kuat lagi perasaan diaorang untuk pakai sedondon. 

Kadang- kadang aku pulak dah bosan tengok diaorang pakai sedondon. Beberapa kali jugaklah aku beli baju sama design warna lain atau design lain tapi warna sama. Saja nak tukar citarasa. Tapi kadang-kadang tu diaorang boleh bergaduh wei pasal benda ni. Rainalah selalu kabo kenapa tak sama dengan adik? Raifa pun dah pandai komplen. Nak sama dengan kakak katanya. So layan je lah.

Macam biasa, untuk anak-anak selalu aku dan Saiful memnag lebihkan. Kami biasa-biasa je pun tak pe. Alhamdulilah kalau campur baju yang shopping kat website oversea, baju yang beli kat shopping mall dan baju yang hantar tempah tailor jahit termasuk gaun yang Dayu (geng blogger) jahitkan, lebih 10 helai sorang. Tapi beli banyak tu sebab beli time sales. Pastu siap ada offer tiga helai RM50. Memang memborong je lah aku kat situ.

Hari tu masa nak beli baju casual Saiful, sajalah gatal masuk butik Guess Kids, Nyaris-nyaris nak sambar kat situ. Dah siap pegang-pegang nak pergi bayar dah. Nasib baik tersedar awal, iman pun kuat lagi terus letak balik. Dulu masa anak sorang bolehlah aku layan beli baju anak  kat Guess Kids tu. Sekarang anak dua orang, rasa macam sayang benau duit nak membeli kat situ. Tak baik membazir. Ewahhhhh.


Ni gambar lagi beberapa hari nak masuk bulan Ramadhan. Masa ni dapatlah beli beberapa helai baju anak-anak sebab tengok ada sales. Jimat dan berbaloi-baloi. Ajak ibu dengan angah keluar. Kitaorang memang macam ni. Kalau tengah bosan ke tengah stress ke ajak ibu, ayah dan adik-adik keluar. Tapi biasanya ayah malas nak ikut. Sebab ayah tahu kitaorang berjalan sana sini sehari suntuk nanti mesti banyak berjalan. Ayah kan tengah sakit kaki. Yang bestnya suami masing-masing tak ikut tau. Diaorang bagi pelepasan kat kitaorang keluar jalan. Biasanya kitaorang jalan dari siang sampai malam baru balik. Ibu aku pun terjebak sama. Siap ajak ibu aku tengok wayang tapi ibu aku kabo tak payah nak wayang-wayang bagai. Kalau jalan-jalan boleh. Layankan aje perangai anak-anakmu ibu. Kahkahkah

Bukan senang kalau shopping bawak anak-anak. Jenis berlari-lari dalam shopping mall. Pastu nanti ada adegan berguling atas lantai. Siapa lagi kalau bukan Raifa. Raifa sekarang kuat merajuk tau. Tapi senang nak pujuk dia. Masa pilih baju anak-anak hari tu, pilih laju-laju. Pilih-pilih lebih kurang tanya pendapat ibu dengan angah terus bayar. Ini anak baru dua orang dah kelang-kabut peluh ketiak mak. Heeeee

Rasanya persiapan raya aku dah settle. Tinggal nak belikan kasut anak-anak je. Nak beli yang murah-murah je kali ni. Sebab bila beli yang mahal-mahal macam tahun lepas, ikut mood diaorang sarung seliper jugak diaorang. Sabau je lah. So tahun ni kita beli yang murah-murah tapi mama mestilah cari yang cantik-cantik untuk korang okeh. Murah tapi cantik. Aku dah aim nak beli kat Pertama Complex je. Sebab situ hari tu, aku belikan kasut boots Raina dan Raifa kat situ murah kemain. Pastu macam-macam jenis kasut ada kat situ. So rasanya memang aku beli kat situ je lah nanti.

Pastu baju basahan anak-anak tahun ni macam malas pulak nak membeli. Kebiasaan tiap tahun asal nak raya je aku memang memborong baju basahan untuk anak-anak. Tapi aku rasa macam lama sangat aku tak beli baju bahasan anak-anak. Tengoklah nanti macam mana. Ada mood shopping bolehlah membeli. Masalahnya mood shopping tu tak ada.Kalau keluar shopping mall pun aku belek-belek tapi tak beli. Macam hari tu pergi Sungai Wang dan Kenanga kat KL, banyak je blouse lawa-lawa, baju budak-budak yang lawa-lawa. Macam-macamlah ada kat situ. Tapi tak membeli sangat kat situ. Belek-belek je lebih. Adik aku Bani pulak yang banyak shopping hari tu. Ibu aku pun macam pelik je tengok aku. Biasa aku yang teruja lebih bab nak shopping-shopping ni.

Tapi bila tengok kawan-kawan upload gambar shopping sana sini teruja mak. Seronok tau. Walaupun hanya tengok gambar. Boleh mendatangkan semangat nak raya gitu walaupun mood nak raya aku ni tak tahu mana hilangnya. Lagi satu aku sebenarnya tengah risau pasal stock tudung Neelofa ni. Tak sampai-sampai lagi. Customer aku dah berderet whatsapp tanya. Itu pun punca aku stress sampai tak fikir pasal nak beraya ni. Harap dipermudahkanlah urusan berniaga aku ni. InsyaAllah

Tuesday, June 7, 2016

Selamat berpuasa geng

Selamat berpuasa geng. Raina dari sebelum bulan Ramadhan dah excited nak puasa katanya. Raifa pun kemain dengar kakak kata nak puasa dia pun nak sama puasa. Hamboi sangat. Macam tahun lepas tak silap aku Raina dapat berpuasa 10 ke 11 hari macam tu. Tahun ni kita tengok berapa hari Raina dapat berpuasa. Time cuti sekolah ni rasanya senanglah Raina nak puasa sebab tak penat sangat pagi petang pergi sekolah

Semalam bermulanya bulan Ramadhan. Aku rasa macam cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je puasa tahun lepas. Tup-tup masuk tahun baru dah masuk bulan Ramadhan. Alhamdulilah masih dapat berpuasa dan semoga puasa di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah.

Hari pertama puasa, aku hanya berdua dengan Saiful bersahur. Berbuka puasa semalam pun berdua je dengan Saiful. Sekolah kan tengah cuti dua minggu kan? Jadi ibu aku nak jaga cucu-cucu dia buat teman-teman ayah dan ibu kat rumah. So aku hantarlah Raina dan Raifa kat rumah atok dan tok wan diaorang. Kebetulan ibu aku pun tengah cuti panjang sebelum buka semester baru.

Kalau tanya Raina dan Raifa, nak pergi rumah atok dan tok wan tak? Mereka akan jawab nakkkkk dengan nada yang tak sabar-sabar. Suka sangat diaorang duduk dengan atok dan tok wan diaorang. Lagipun atok dan tok wan diaorang rajin melayan. Bawak pergi jalan-jalanlah. Pastu kalau nak apa-apa selalu boleh dapat. Lagi-lagi bab makan. Cakap je nak makan apa. Ibu aku mesti masak punya. Aku biasanya dua atau tiga hari sekali akan balik Banting tengok anak-anak. Rindu wei. Nasib baik rumah family dekat. Dalam setengah jam je dah sampai Banting kalau ikut jalan dalam Jenjarom tu dari Shah Alam.

Bulan Ramadhan aku biasa-biasa je. Macam biasa aku jenis jarang terjah bazar. Sesekali je kalau teringin. Biasa masak je. Masak pun simple-simple je. Macam semalam aku balik kerja, tengok Saiful dah siap masak dah. Aku tinggal nak makan je. Hahaha. Ate aku sampai rumah lewat. So kalau Saiful yang sampai rumah awal, dialah masak. Saiful ni sedia maklum memang suka memasak. Bukan aku yang paksa dia masak. Dia sendiri nak masak. Macam semalam dia masak ikan cencaru masak sambal. Masak sekali banyak pulak tu. Katanya untuk sahur sekali. Pagi tadi bangun sahur panaskan aje lauk berbuka semalam. Kitaorang laki bini memang jenis sempoi je bab menu berbuka dan sahur. Asal makan je. Cuma Saiful kena ada air panas macam kopi panas masa sahur. Itu memang wajib ada kalau bersahur. Pagi tadi masa bersahur, Saiful siap tanya aku nak makan apa buka nanti. Itu rasanya confirm dia yang nak masak menu berbuka hari ni. Senang kerja mak kalau hari-hari macam ni. Hahaha. 

Di sini, aku nak ucapkan kat semua pembaca blog aku selamat menyambut bulan Ramdhan. Semoga bulan Ramadhan kali ini lebih diberkati. InsyaAllah

Monday, June 6, 2016

Pengalaman pertama Raifa naik kapal terbang


Raifa jenis suka tiru apa yang Raina buat. Tengok gambar ni. Kakak menongkat dagu dia pun nak buat jugak

Cerita ni cerita dah basi. Tapi nak tulis jugak kat sini. Dalam blog ni jarang sangat cerita pasal Raifa. Dulu time Raina memang sentiasa ada mood nak menulis. Asal tak update blog seminggu tu rasa lain macam je. Sentiasa nak cari bahan untuk menulis. Tapi sekarang berbulan-bulan tak update blog pun rileks je. Hahaha.

Ok kali ni aku nak ceritakan pasal Raifa. Sebenarnya dua minggu lepas aku dan Saiful bawak anak-anak berjalan ke Kota Bharu, Kelantan. Macam biasa pengangkutan menggunakan perkhidmatan Air Asia je. Itu je yang mampu. Beli tiket pun time promo. Rasanya macam tahun lepas kot aku beli tiket tu. Dah lupa pasal dah lama sangat. Hahaha. 

Sebenarnya masa beli tiket masa Air Asia buat promo tu, aku plan nak repeat pergi Sabah. Rindu nak ke Kundasang. Tapi kira-kira bajet macam terlari bajet pulak. Sebab masa tu aku bercadang nak beli sekali tiket untuk ayah dan ibu aku. Saja nak bawak mak bapak berjalan sekali. Ushar lagi tiket plan asal nak ke Sabah terus bertukar nak ke Penang. Tapi date tiket banyak date nak masuk bulan  Ramadhan dan bulan raya. Kalau ada available pun time hujung tahun kot. Aku mencari date before puasa. So ushar punya ushar dapatlah tiket ke Kota Bahru pada bulan Mei bulan lepas untuk 6 orang kesemuanya.

Tapi nak dijadikan cerita, ibu aku tak dapat cuti. Hotel semua aku dah book awal. Lagi beberapa hari nak ke Kota Bharu tu, aku tanya betul-betul dengan ibu aku boleh cuti ke tak? Macam tak puas hati pulak ibu aku tak boleh cuti kan. Hahaha. Bila ibu aku confirm kata tak dapat cuti, maka musnahlah impian aku nak bawak ayah dan ibu aku bercuti sama-sama naik kapal terbang. Ayah aku confirm tak nak ikut kalau ibu aku tak boleh pergi bercuti sama. Nasib baiklah before ke Kota Bharu tu, aku ada bawak ayah dan ibu aku jalan-jalan ke Melaka dan Port Dickson. So taklah ralat sangat tak dapat bercuti sama ayah dan ibu.


Masa ni dia main lipstik pastu paksa kakak dia pakai lipstik. Aku suruh Raina layankan aje apa adik dia nak buat asalkan jangan dia menangis lega hati mama korang. Hahaha

Macam biasa yang excited nak naik kapal terbang ni Raina. Dah banyak kali naik pun, kemain excited aku tengok. Kalau tengok Raifa excited jugak. Tapi tak excited mana. Raifa jenis suka buat hal dia je. Main lipstik lah. Berdiri tengok gelagat orang pastu main tegur-tegur orang seat belakang. Sabar je lah aku. Alhamdulilah Raifa tak menangis. Aku risau dia menangis je. Anak dara sorang ni bukan boleh di jangka ragam dia.

Masa kat airport, Raifa jenis tak reti duduk diam. Jenis semua orang pun dia nak say hai pastu tetiba nanti dia bye bye orang. Sampaikan minah dan mat salleh pun melayan kerenah Raifa. Ate semua orang dia nak lambai say hai pastu bye-bye orang sekeliling. Aku pun nak cover malu sengih-sengih sambil control ayu layan kerenah anak-anak dara. Dalam hati perghhh geram jugak. Dah kenapa semua orang awak nak tegur adik? Pastu plus dengan kerenah anak-anak yang suka berlari-lari. Penat mak korang nak kejar. Nampak tak betapa excitednya anak-anak dara aku ni nak naik kapal terbang.

Kakak dia pakai beg. Dia pun nak pakai beg. Nasib baiklah ada beg sandang lama Raina punya masa Raina kecik-kecik dulu. Bagi Raifa pakai baru dia tersengih-sengih. Masa ni dia asyik menegur orang keliling. Hai hai pastu bye bye sambil lambai kat orang. Sabau je lah aku dengan Raifa ni

Masa ni berebut memasing macam jakun nak naik troli ni. Raina pun tak padan dah besar nak jugak naik. Tapi aku rasa lagi bagus diaorang berdua duduk kat troli ni dari asyik berlari-lari je kat airport. Letih aku nak kejar. Kalau boleh kurus macam model tu takpe gak. Ni dah penat kejar aku rasa lapar. Macam mana tu? Hahaha

Tapi bila tengok anak-anak happy dan excited tu, aku rasa happy semacam. Sebenarnya salah-satu sebab aku beli tiket ke Kota Bahru ni pun sebab aku dah berjanji pada diri aku sendiri dan Saiful jugak, yang aku akan cuba spend time bercuti dengan family dan bawak anak-anak bercuti sebelum dua misi aku hujung tahun ini. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan.

InsyaAllah ada rezeki lagi mama akan bawak anak-anak mama berjalan dan kita tidur hotel ye. Anak-anak aku ni memang jenis suka tidur hotel. Kadang-kadang bawak diaorang tidur hotel area dekat-dekat dengan rumah je pun, tapi diaorang punya excited kemain lagi. InsyaAllah ada rezeki lebih mama akan bawak Raina dan Raifa jalan-jalan lagi ye

Wednesday, May 18, 2016

Busy ketika ini

Assalamualaikum

Lamanya tak update blog. Sekarang pun jarang-jarang sangat nak jenguk blog. Tengah busy sangat-sangat ni. Rasa macam terkejar-kejar masa. Ok hari ni aku update blog. Kasihan blog aku ni lama tak update. Hahaha.

Apa yang kau sibukkan sangat Nurul? Aku sekarang tengah sibuk uruskan group kutu. Now ada lebih kurang 17 batch kutu yang aku handle. InsyaAllah now tengah cari player untuk batch 18 pulak. Macam mana aku boleh terjebak dengan semua ni? Kisahnya aku sebelum ni join kutu yang aku kategori sifu aku sebab diaorang ni semua kebanyakan tokeh emas dan tokeh bisnes dari pelbagai aliran bisnes. Dari situ aku kenal diaorang tengok cari diaorang handle bisnes then tetiba aku jadi mak kutu. Macam tokeh emas Kak Yanty ni aku rasa dia hebat dalam uruskan group kutu emas. Batch group kutu emas dia pun dah beratus-ratus okeh. Trusted admin. Sebab aku dah join beberapa kali kutu emas dengan dia dapat je emas aku. Dah serupa makcek-makcek dah ni terjebak beli emas. Agagaga.

Ada yang tanya tak pening ke handle banyak batch? Pening jugak tapi setakat ni Alhamdulilah masih boleh handle. Aku ada buat jadual khas untuk group kutu aku ni untuk memudahkan aku handle setiap batch. Dan aku bersyukur sebab ada jugak player-player aku yang ingatkan aku due payment setiap batch. Sebab kadang-kadang mak kutu terlepas pandang.

Dalam masa yang sama, aku busy meniaga tudung. Macam-macam tudung ada. Ada Neelofa, ada shawl Keknis, ada instant Kate by The Grandahlia dan macam-macam. Sebenarnya meniaga tudung dah lama cuma dua tahun lepas kalau tak silap, aku dan adik aku stopkan dulu. Pastu kami tumpukan meniaga kain cotton tapi tak larat nak handle lagi satu kain cotton ni biasa bermusim so kami stop meniaga kain cotton. Sampailah kami busy meniaga kat booth. Dalam setahun tu, biasa 4,5 kali pun ada meniaga kat booth. Kat booth kami suka berniaga dalam bentuk makanan dan minuman yang nampak rare. Sebab sales lagi laju dari meniaga tudung atau baju biasanya. Itulah pengalaman aku dan adik aku dalam berniaga di booth.

Sekarang ni kami slowkan berniaga kat booth. Nak berniaga kat booth ni modal bukan sikit-sikit ye. Paling murah satu tapak booth normal RM500. So boleh bayangkan tak sales kami kena lebih dari itu untuk keuntungan berniaga. Kadang-kadang kami ambil dua tapak booth dan pecahkan slot by vendor. Kami yang jualkan produk vendor. Ni semua idea adik akulah ni. Alhamdulilah ada sales tapi kena bekerja keras. Balik rumah pun pagi-pagi okeh. Aku dah biasa sangat kalau berniaga kat booth drive balik rumah pukul 1,2 pagi sesorang. Saiful dulu bising jugak tapi sebab aku minat berniaga sekarang dia banyak jugaklah bagi aku support.

Entahlah aku dari dulu memang suka berniaga. Kalau diingatkan balik, dulu masa sekolah rendah aku dah mula berniaga menjual penanda buku. Aku beli kertas manila card tu then aku potong kecik-kecik bersaiz empat segi dan aku lukis. Dulu aku suka melukis dan mewarna. Pastu aku tebuk penanda buku tu then aku letak tali atau reben. Pastu aku jual kat kawan-kawan kat sekolah. Harga tak ingat rasanya 0.20 sen je setiap penanda buku tu. Masa tu aku darjah 2 atau darjah 3 kot aku dah mula berniaga. Percaya tak? Sebab tu sampai sekarang ni pun aku suka je ambil peluang berniaga secara kecik-kecik. Nak meniaga secara besar-besaran tu tak bersedia lagi. Itulah sejarah aku berniaga.

Dan lagi best sekarang aku dapat ramai dapat kawan baru. Ada cikgu, ada doktor praktikal, ada dari rangkaian agensi pelancongan eh senang kata sekarang macam dah ramai kawan baru. Kebanyakan mereka ni player yang join kutu group aku pastu kami kerap borak-borak dalam group atau personal whatsapp terus rasa macam serupa kenal lama. Agagaga. Ada yang aku kenal sebab mereka borong beli tudung dari aku. Ada sorang ni asal dari Brunei. Dia memborong shawl Keknis dan Neelofa dalam kuantiti yang sangat banyak. Katanya ada yang akan dihantar ke Brunei utnuk kakak dia berniaga. Aku baru je kenal dia ni tapi kami dah berborak macam dah lama kenal. Siap borak topik macam-macam lagi. Seronok jugak dapat luaskan social networking ni.

Sesiapa nak join group kutu aku atau nak beli tudung dari aku meh lah add Facebook aku : Nurul Jamian

Ini gambar baru aku dengan shawl Keknis warna coffee. Banyak lagi warna ada. Nak order meh tengok kat facebook aku ye. Hamboiii promote nampak kau Nurul. Agagagaga

Wednesday, April 13, 2016

Perangai

Aku suka warna biru. Warna biru kan cool. Gittewww

Perangai orang ni kadang-kadang kita tak boleh nak jangka. Walaupun kita dah kenal seseorang bertahun-tahun sekali pun, boleh jadi ada satu hari kita rasa dia macam buat perangai lain dari kebiasaan. Ada orang perangai suka gigit kuku (macam akulah tu. Huehuehue). Ada orang suka termenung sebelum tidur. Ada orang suka melabur dalam jamban dulu tiap-tiap pagi sebelum mandi. Ada orang suka cium ketiak suami untuk tunjukkan kesetiaan dia. Eh? Hahahaha. Apa pun perangai kita, itu dah memang hakikinya sikap dan perangai kau. Biasanya perangai yang memang dah sebati dari kecik ni payah sikit nak berubah. Kecuali memang kau rasa nak berubahlah.

Kalau perangai tu molek je tak payahlah nak berubah apa-apa demi orang lain. Jadi diri-sendiri sudahlah. Lainlah kalau perangai kau haprak, (guna ayat ni lepas baca entri Husna Hadzarami) memang kalau boleh tu cubalah berubah demi kebaikan orang sekeliling. Kalau kau rasa tak nak berubah, pastu tertanya-tanya kenapa orang menyampah dengan kau. Kat situ, kau bolehlah scan balik keseluruhan diri kau kenapa orang menyampah dengan kau. Ada faham?

Aku ada satu perangai. Boleh dikatakan perangai aku ni dah sebati dalam diri aku. Sebabnya ini memang perangai dari aku masih dari zaman hingusan sampai sekarang dah jadi mak budak pun kadang-kadang aku buat perangai ni. Kau pernah tak rasa down sampai satu tahap tu kau rasa malas nak ambil tahu pasal hal kat sekeliling kau? Masa tu kau akan memencilkan diri kau. Kononnya 'me time'. Masa tu kau buatlah apa-apa cuba sibuk-sibukkan diri walaupun hanya sibuk basuh kasut sekolah dan iron baju sekolah anak mungkin. Hahaha. Masa tu kau rasa baik jaga hati sendiri dari nak ambil tahu hal sekeliling kau. Perangai sangat kan? Inilah salah-satu perangai aku.

Dulu masa zaman hingusan, aku suka memencilkan diri aku bawah katil ayah dan ibu aku. Kan katil tu saiz besar saiz king ke queen mak pun tak pasti. So aku akan baring senyap-senyap bawah katil tu. Maybe masa tu kena marah dengan ayah atau ibu aku ke? Atau berselisih faham dengan adik-adik pastu aku sebagai kakak sulung kena mengalah ke? Memang bawah katil tu port aku biasanya. Pastu aku kumpul segala kekuatan keluar dari tempat persembunyian aku then aku akan diam diri tak peduli pun keadaan sekeliling aku. Huh perangai sangat ni. Memberontak ke apa entah? Hahaha.

Kalau sekarang ni sebab aku pun dah jadi mak budak pun dan bukanlah muda remaja macam dulu, so bila aku rasa down biasanya aku akan banyak diam dan akan kurang bercakap. Kalau ada member ajak borak dan buat lawak depan aku pun, nanti aku acah-acah gelak. So member tu kena faham kalau tengok reaksi muka aku kelat semacam pastu kau nak jugak buat lawak, lu fikirlah sendiri. Dan biasanya bila keadaan aku down aku tak akan aktif dalam sebarang social networks tak kisahlah whatsapp ke Facebook ke Instagram ke dan seangkatan dengannya. Biasanya facebook pun aku deactivate sementara waktu. Bagi aku facebook ni paling berserabut kalau kau hadap time kau tengah down. Hahaha.

Part paling kelakar, aku pernah diamkan diri kat belakang bakul kain tau. Aku menyorok kat situ. Masa tu down pasal apa entah. Lupa dah. Saiful dengan anak-anak aku cari aku. Tapi boleh pulak mamat tu jumpa port baik aku menyorok tu. Masa tu masing-masing bantai gelakkan aku termasuk anak-anak aku. Adoiii. Hahaha. Itu yang selalu Saiful kabo ke aku. Ada masalah suka pendam sorang-sorang. Aku rasa perangai aku yang satu ni taklah teruk mana. Boleh dikategorikan bagus jugak. Hamboi hamboi hamboi. Hahaha. Bukan apa dari kita down pastu buat perkara yang bukan-bukan, baiklah kita diam je. Istiqhamah dan muhasabah diri namanya ni. Cewahhh. 

Oklah dah nak masuk waktu lunch. Mak nak makan nasi impit dengan kuah lontong. Sedap wooo. Belum rasa dah kabo sedap. Mak beli je pagi tadi. Harap-harapnya sedaplah seperti ibuku masak. Gittuwww. Jom lunch

Monday, April 11, 2016

Raina dah sekolah darjah satu

Raina semasa di perhimpunan di sekolah kebangsaan

Tak tahu nak letak tajuk apa. Itu yang jadi tajuk kedengarannya agak skima : 'Raina dah sekolah darjah satu'. Tak kisahlah letak tajuk apa pun. Yang penting entri ni aku nak cerita pasal Raina yang dah pun melangkah masuk ke sekolah rendah beberapa bulan lepas. Orang lain dah lama update pasal anak sekolah. Aku baru terhengeh-hengeh nak update. Maklumlah mood menulis tu macam biskut. Kehkehkeh.

Anak aku dah darjah satu wei. Rasa macam tak percaya. Kadang-kadang bila aku belek-belek gambar Raina masa dia baby, tersentuh jiwa raga. Terdetik dalam hati yang anak aku cepat sangat membesar. Tup-tup sekarang dah darjah satu. Kalau tengok muka Raina sekarang ni pun dah terserlah muka anak dara. Ramai cakap muka Raina sekarang dah ke arah muka aku tak ikut muka papa dia macam masa dia kecik dulu. 

Seperti yang aku jangkakan, hari pertama persekolahan Raina ke sekolah rendah agak mudah. Alhamdulilah dipermudahkan. Raina tak menangis atau meragam. Dia lagi excited nak pergi sekolah. Sebelum sesi persekolahan bermula, boleh dikatakan hari-hari Raina tanya bila nak pergi sekolah. Tak tahulah Raina ni ikut perangai siapa sebab dia memang jenis tak takut dan tak menangis bila ke sekolah. Dari zaman dia ke weekend class iaitu kelas Elmo kat Bangi dulu then ke sekolah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan seterusnya ke Genius Aulad, Alhamdulilah Raina tak menangis. Lagi dia suruh aku balik adalah. Padahal dia tak tahu mama dia kemain risau siap ambil cuti beberapa hari nak monitor dia pergi balik sekolah dan nak tahu keadaan dia kat sekolah.

Raina sekolah agama di sebelah pagi dan sekolah kebangsaan di sebelah petang. Cuma Raina biasanya meragam bila balik sekolah petang. Sebab dia selalu kabo kat aku dia penat sangat. Kasihan jugak sebab Raina tak biasa sekolah dari pagi sampai petang. Biasa aku balik kerja ambil anak-anak kat rumah babysitter, mulalah Raina buat muka nak tunjuk kat aku yang dia penat. Kadang-kadang masa aku nak ambil Raina dan Raifa kat rumah babysitter, Raina dah tertidur. Biasanya balik sekolah Raina mandi siap-siap kat rumah babysitter tu yang lepas mandi syok terus tertidur sementara tunggu aku ambil dia dan Raifa.. Itu yang terjadi kes buat homework waktu subuh. Hahaha. Ateee malam kejutkan buat homework meragam. Bangun pagi, baru terhengeh-hengeh kabo ada homework. Aku pun malas nak paksa sangat sebab faham dia belum dapat sesuaikan lagi diri dia sekolah pagi sampai petang. Penat sangat gayanya. Aku percaya lama-kelamaan Raina dapat sesuaikan diri dia dengan waktu persekolahan dia ni.

Raina dalam kelas di sekolah agama

Bila dah masuk ke sekolah rendah ni, kita memang kena double pantau keadaan anak kita. Sebab anak kita bukan lagi sekolah tadika yang boleh cikgu tengokkan itu ini. Jadi part paling aku risau adalah part Raina nak membeli kat kantin waktu rehat, part Raina nak ke toilet, part Raina naik transport ke sekolah dan banyak lagi hal yang remeh-temeh pun aku risau. Mak budak biasalah kan. Tapi perlahan-perlahan aku ajar satu-persatu kat Raina. Walaupun ambil masa sebab kadang-kadang Raina tak ingat arahan dan pesan aku, tapi bila dah hari-hari aku cakap benda yang sama, InsyaAllah Raina dapat uruskan diri dia kat sekolah.

Sebenarnya, Raina biasanya bawak bekal ke sekolah. Walaupun Raina bawak bekal ke sekolah, aku tetap bagi duit belanja hari-hari kat Raina. Ada sebab kenapa aku buat macam ni. Sebabnya aku tak nak anak aku meminta-minta duit kawan. Manalah tahu kot-kot anak kita teringin nak beli sesuatu kat kantin bila tengok kawan dia beli. Jadi sama ada Raina bawak bekal atau tak bawak pun duit belanja tetap aku bagi hari-hari. Kalau ada baki duit biasanya aku ajar Raina masuk tabung dia. Aku saiko Raina. Kalau nak naik kapal terbang, kena rajin simpan duit dalam tabung. 

Kadang-kadang, Raina bagitahu aku dia gunaka duit belanja dia beli barang kat book shop. Pernah jugak Raina request duit belanja lebih sebab nak beli barang kat book shop sekolah. Nanti balik sekolah dia tunjuk kat aku barang apa dia beli. Kadang-kadang beli tali pengikat bukulah pastu beli apa alatan sekolah yang sebenarnya tak perlu pun beli tapi dia terikut-ikut kawan beli. Hahaha.

Raina sebenarnya masih kompius lagi dalam urusan membeli sesuatu di kantin atau book shop. Dia biasanya hanya faham nilai duit kertas macam seringgit, dua ringgit contohnya. Kalau duit syiling, Raina masih tak berapa faham. Boleh tu bolehlah tapi kadang-kadang dia kompius jugak. Ok part ni aku dah start ajar urusan membeli dari zaman dia sebelum masuk sekolah rendah lagi. Aku dedahkan seawal mungkin urusan membeli dalam persediaan dia untuk masuk ke sekolah rendah. Caranya, kadang-kadang kat kedai runcit, aku bagi Raina duit then aku bagi kebebasan kat Raina nak beli apa dan Raina sendiri yang bayar barang yang dia pilih. Biasanya aku saja bagi duit kertas lebih dan baki duit mesti dalam duit syiling. Dari situlah aku ajar Raina. Kadang-kadang kat rumah pun aku praktikkan dengan Raina. Kami saja main jual beli barang pakai duit kertas dan syiling. Cara ni membantu serba sedikit Raina untuk gunakan skill dia membeli di kantin mahupun book shop.

Pada awal sesi persekolahan bermula, untuk sekolah kebangsaan, Raina pakai tudung. Kalau sekolah agama tu memang wajiblah pakai tudung kan. Tapi untuk sekolah kebangsaan, pelajar diberi pilihan samaada nak bertudung atau tidak. Mula-mula dulu aku tak tahu tau. Aku ingatkan pelajar-pelajar muslim sekarang ni wajib bertudung. So memang aku dah beli berhelai-helai tudung untuk sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Tapi masuk minggu ketiga kot, Raina makin kerap request kat aku yang dia tak nak pakai tudung. Ini semua terikut-ikut kawan. Tak silap aku dalam kelas Raina, memang ramai jugak rakan sebaya dia tak bertudung. Pada asalnya aku memang tak berapa setuju. Saiful dan ibu aku pun tak benarkan dan pujuk Raina untuk bertudung di sekolah kebangsaan. Tapi aku tak suka nak paksa anak. Sebab aku percaya tiba masa dia ready dengan ikhlas hati dia akan pakai. Itu macam aku dulu lah. Aku dulu memberontak protes masa sekolah rendah dan menengah tak nak pakai tudung. Belakang ibu ayah, sorok-sorok bukak tudung. Sampailah ibu ayah aku tahu sendiri. Tapi lama-kelamaan mereka dah tak paksa aku sebab diaorang tahu sampai masanya aku sendiri ikhlas nak berubah pakai. Biasanya budak yang sedang membesar ni lagi kita paksa lagi dia memberontak. Aku tak suka macam tu. Aku suka pujuk slow-slow sampai anak tu ikhlas sendiri nak buat sesuatu. Dalam masa yang sama kita cuba sekerap mungkin terapkan bagitahu kenapa kita suka sangat dia bertudung contohnya.

So now, Raina dah tak pakai tudung di sekolah kebangsaan. Tapi kalau pergi mana-mana sekarang ni kadang-kadang Raina nak jugaklah pakai tudung. Taklah kerap mana tapi kiranya Raina nak jugaklah sesekali tu pakai tudung. Contohnya macam malam tadi nak pergi Giant, Raina sendiri nak pakai tudung.  Dengan Raifa sekali ikut pakai tudung. Padahal aku cuma tanya je :  'Raina dengan adik tak nak pakai tudung ke? Pakai tudung kan cantik Allah mesti suka'. Terus laju je dua beradik tu cari tudung masing-masing. So pada aku jangan paksa anak. Biar anak buat ikut ikhlas hati dia.

Ni sebenarnya gamabr masa Raina balik dari orientasi di sekolah kebangsaan. Nampak macam anak dara sangat Raina dalam gambar ni

Baru-baru ni, Raina ada ujian awal tahun di sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Untuk sekolah kebangsaan, result boleh tengok secara online di website pendidikan Selangor kalau tak silap aku. Aku masa tu jakun jugaklah sebab sekarang dah canggih nak tengok result peperiksaan anak tengok melalui online je tak macam zaman aku dulu semua manual. Hahaha. Result Raina biasa-biasa je. Tak teruk sangat dan taklah cemerlang sangat. Sederhana. Aku puas hati untuk result Raina kali ni. Sebab aku nampak ada kemajuan berganda berbanding masa dia di peringkat tadika dulu. Tapi aku tengok Raina ni macam ikut jejak aku je. Subjek berkaitan pemahaman dan membaca dia dapat A. Bila tanya Raina, dia cakap dia suka subjek tu. Yang lain-lain kebanyakan berderet dapat B. Ada satu je kot C. Subjek apa entah aku dah lupa. Untuk sekolah agama pulak rata-rata keputusan untuk setiap subjek memuaskan. Alhamdulilah.

Baru-baru ni, Raina dapat hadiah dari cikgu dia. Bila tanya Raina, kenapa cikgu bagi hadiah? Dia jawab sebab Raina dah boleh membaca dan cikgu minta Raina ajar kawan-kawan membaca kat kelas. Bila ada parent dalam group whatsapp sekolah tanya cikgu kenapa ada antara anak mereka dapat hadiah. Cikgu pun bagi jawapan lebih kurang yang sama macam Raina bagitahu aku. Tiba-tiba aku rasa sebak pulak sebab bukan senang aku nak ajar Raina. Dulu dia huruf pun tak kenal. Aku sendiri berusaha sampai Raina boleh membaca walaupun kadang-kadang ada part yang Raina tak lancar lagi. 

Raina semasa di minggu awal persekolahan di sekolah kebangsaan. Masa ni minggu orientasi so kena pakai baju sukan

Bila dah sekolah rendah ni, kita sebagai mak bapak memang kena sentiasa pantau perihal anak. Kalau anak kita mengadu hal kat sekolah cuba tanya sebaik mungkin tapi jangan cepat naik angin. Cuba personal whatsapp cikgu ke tanya hal sebenar. Jangan tanya dalam group whatsapp. Lebih manis personal whatsapp. Kalau berkaitan kawan-kawan sekolah, try bagi solution kat anak. Kalau anak boleh control lagi keadaan tu kita biarkan dia belajar selesaikan hal tu. Kalau makin melarat baru kita ambil tindakan. Aku tak nafikan sejak Raina dah masuk sekolah rendah ni, ada macam-macam cerita Raina mengadu. Selalunya aku suruh Raina bersabar dan aku bagi solution kat Raina. Contoh kes kawan cubit Raina. Kawan ejek Raina. Aku biasanya suruh Raina tegas dalam hal ni. Kalau kawan tu buat sekali lagi, aku suruh Raina tanya kawan tu :

- Kenapa nak cubit saya? Mama saya bagitahu Allah tak suka orang macam ni
- Terima kasih sebab ejek saya. Semoga Allah balas apa awak buat kat saya (aku suruh Raina senyum) 

Biasanya aku suruh Raina guna pendekatan cara macam ni. Kalau Raina kata kawan dah tak cubit atau ejek dia lagi. Alhamdulilah. Kalau melarat masih buat perkara yang sama kita cuba solution yang lain pulak.

Sebab tu salah-satu alasan kenapa aku masukkan Raina ke kelas tekwando. Aku nak Raina kuat dan belajar sikap tegas dengan keadaan sekeliling dan ada pendirian. Dan aku plan lepas ni nak masukkan Raina ke kelas swimming. Ada sebab kenapa aku nak masukkan ke kelas swimming. Bukan untuk suka-suka. Tapi maybe bukan dalam masa terdekat ni. Sebab jadual Raina sekarang agak padat dengan kelas mengaji dia lagi. Tunggu slow-slow Raina dapat sesuaikan diri dengan keadaan baru sesi persekolahan dia ni baru aku pertimbangkan untuk kelas swimming ni. Awal tahun hari tu, dah jumpa kelas swimming yang sesuai dekat dengan rumah pulak tu. Tapi masa tu macam kelang-kabut sebab masa kelas swimming tu hampir dengan masa kelas tekwando Raina. So aku holdkan dulu wishlist aku ni.

Oklah dah panjang sangat entri ni. Nanti ada mood update blog aku update lagi

Tuesday, March 15, 2016

Dari Hati (9) : Dari hati seorang mak budak

Nampak tak Raina duduk kat kerusi dan yang Raifa duduk kat bawah. Kadang-kadang benda macam ni pun jadi bergaduh dua beradik ni. Bergaduh berebut kerusi contohnya. Padahal kerusi macam tu ada dua kat rumah. Tapi apa yang disakitnya hati nak jugak berebut satu kerusi tu jugak

Aku nak cerita pasal Raina dengan Raifa. Sejak kebekangan ni Raina dengan Raifa asyiklah bergaduh. Bergaduh rebut barang, Bergaduh berebut tempat duduk nak tengok tv, bergaduh berebut makanan. Senang kata ada je yang tak kena mesti nak bergaduh. Aku sampai satu tahap berfikir macam mana nak bagi diaorang ni duduk aman dua beradik.

Walaupun aku tahu, diaorang sayang antara satu sama lain sebab aku nampak bila Raina dodoikan adik dia time nak tidur, bila Raina suapkan adik dia makan, bila Raifa kongsi makan ais krim sama-sama kakak dia. Tapi keadaan tu time diaorang berbaik je. Bila bergaduh mulalah dengar masing-masing menangis. Hari-hari macam ni. Kadang-kadang ada terdetik rasa sayu kat lubuk hati aku. Sebab aku tak nak diaorang macam ni sampai ke besar. Aku nak Raina dengan Raifa bersatu tolong-menolong dan berbuat baik antara satu sama lain macam mana aku dengan adik-adik aku sekarang. Alhamdulilah aku bersyukur macam mana ayah dan ibu aku didik anak-anak diaorang sampai aku dengan adik-beradik aku rapat antara satu sama lain. Aku nak Raina dengan Raifa pun macam ni.

Apa yang aku perasan sekarang ni, Raina kuat memberontak. Lagi-lagi sejak dia dah bersekolah rendah ni. Memang ketara perangai dia bila memberontak. Biasanya aku kena gunakan cara lembut selembutnya nak pujuk Raina. Lagi-lagi bila Raina bergaduh dengan Raifa hanya pasal berebut barang contohnya. Aku sebenarnya risau takut Raina terpengaruh cara kawan-kawan kat sekolah yang tak sesuai untuk dia. Aku berharap sangat Raina dengan Raifa sentiasa jadi adik-beradik yang penuh dengan kasih sayang antara satu sama lain. Aku tulis pasal entri ni sebab pasal hal ni selalu sangat berlegar dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan ni. Aku  memang macam ni benda kecik-kecik pun suka fikir secara serius. Aku percaya perkara ni kena di pupuk dari mereka masih kecil lagi. Aku harap sangat aku boleh terapkan nilai-nilai yang baik dalam diri diaorang. InsyaAllah.

Monday, March 14, 2016

Untuk tahun 2016 ini


Assalamualaikum 2016. Semoga tahun 2016 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah

Patut entri ni aku nak buat masa awal tahun hari tu. Tapi sebab sibuk dengan hal sekolah anak, hal kerja dan hal-hal lain, itu yang buat aku tertangguh-tangguh. Jadi hari ini aku cuba jugak nak tulis pasal entri ni. Aku tahu sekarang dah masuk bulan March. Dah tahap basi sangat nak cerita pasal tahun baru. Tapi aku tak peduli. Nak jugak cerita. Hahaha.

Macam biasalah, aku jarang nak cerita pasal azam baru. Bagi aku biarlah aku simpan je apa azam baru aku. Pasal mak segan. Azam pun biasa-biasa je. So simpan je lah dalam hati. Kalau tercapai, Alhamdulilah. Itu kira satu bonus pencapaian dalam hidup. Tapi biasanya aku tak adalah beriya-iya nak listkan apa azam aku. Dulu-dulu masa zaman anak dara, aku rajin jugak listkan dalam buku. Kemain panjang list azam aku. Hahaha. Tapi sekarang sejak dah jadi mak budak ni, list yang aku tulis dalam buku tu sikit je pun. Kadang-kadang aku tak tulis dalam buku tapi aku tulis dan save dalam hp atau calender.

Tahun 2016 ini, anak sulung aku, mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Aku berharap sangat Raina dapat belajar dengan lebih baik. Aku selalu pesan kat Raina, yang dia bukan budak kecil lagi macam zaman sekolah tadika. Perangai dan tingkah laku harus lebih matang. Raina sekarang dalam fasa belajar macam-macam. Kalau ada yang kita buat dia berkecil hati, merajuk atau tak puas hati mulalah dia memberontak. Memang kena banyak bersabar dengan ragam anak yang sedang membesar.

Tahun 2016 ini, aku dan Saiful decided untuk beli motor. Di zaman sekarang, apa je yang murah. Semuanya mahal kemain. Saiful pulak sekarang dah kerja kat Petaling Jaya (PJ). Sejak bulan November tahun lepas, dia kena tukar HQ Shah Alam ke branch PJ. Dari Shah Alam ke PJ, sedia maklum pagi-pagi tu jem kemain kat Federal Highway tu. Aku dah rasa semua tu masa aku kerja kat company lama kat Kelana Jaya dulu. Jadi bila Saiful cakap nak beli motor aku pun setuju je lah walaupun dalam hati ada rasa risau. Tapi dengan bawak motor boleh menjimatkan kos minyak, tol dan masa, jadi ada baiknya jugak Saiful beli motor tu.

Untuk 2016 ini jugak, aku dan Saiful buat keputusan drastik. Untuk pengetahuan korang, aku sekarang tengah sibuk dengan urusan pindah rumah. Dari akhir Februari lepas dah mula sibuk dengan hal pindah rumah ni. Tak sangka rezeki tu datang dalam keadaan yang sebenarnya kami laki bini tak berapa bersedia. Awal tahun dah banyak keluar duit. Alahai. Tapi ibu aku cakap ini rezeki jadi jangan lepaskan peluang. Aku pun bersyukur. Alhamdulilah. InsyaAllah lepas ni aku nak settlekan kereta aku pulak. Aku plan nak melobi rumah atas nama aku pulak. Slow and steady. Aku berharap semoga dipermudahkan.

Masih duduk kawasan Shah Alam. Rumah aku baru pindah ni dekat dengan sekolah agama Raina. Cuma rumah baru aku ni atas tanah lot dan suasana rumah ala-ala konsep 'rumahku kampungku' gitu. Rumah baru ni biasa-biasa je. Keluasan pun tak besar mana. Senang kata rumah ni sempoi dan simple je. Kawasan rumah pun berpasir lagi. Nantilah kalau mak rajin mak cerita. Kalau mak tak rajin mak peram je lah cerita ni sampai basi. Hahaha.
 
Jadi sekarang aku memang kelang-kabut sikit. Sabtu lepas aku pergi Pahang, jadi wakil proses merisik untuk adik bongsu aku Bani. Jadi Saiful sesorang uruskan lori pindah rumah. Malam tadi aku baru balik Shah Alam masih tidur kat rumah Bukit Rimau. Alhamdulilah dah 80% clear Saiful uruskan. Urusan kemas barang-barang aku, perabot dan segala macam hal kebanyakan Saiful yang uruskan. Aku memang tak ambil tahu sangat. Sebab aku macam blur tak tahu nak buat dari mana. Terima kasih awak.
 
Dan Alhamdulilah minggu lepas jugak, aku dan geng aku berjaya dapatkan tix murah Air Asia untuk misi hujung tahun kami nanti. Kami ada beberapa destinasi yang kami listkan. Tapi untuk permulaan ni kami mulakan dengan destinasi yang kami tetapkan dari tahun lepas lagi. Banyak cabaran. Dengan ada ahli yang tarik diri. Dengan nak yakinkan Saiful dan ahli keluarga tentang misi aku ni. Tapi semua tu tak patahkan semangat aku. Aku berharap sangat misi ni Berjaya. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah

Itu je lah antara cerita-cerita untuk permulaan tahun 2016 ini. Tak banyak cerita best nak diceritakan. Cerita aku semua biasa-biasa je. Adalah beberapa cerita baru untuk permulaan 2016 yang aku tak ceritakan kat sini. Mak segan nak cerita kat sini. Kalau ikutkan cerita-cerita kat atas tu pun aku tak nak cerita sebenarnya. Tapi macam aku pernah tulis sebelum ni, aku anggap blog aku ni macam diari hidup aku. Ada cerita tak best. Ada cerita best. Itu lumrah hidup. Mana mungkin hidup ini sentiasa best tanpa kita melalui bengkang bengkok lurus kehidupan. Kalau dah namanya manusia semuanya sama je. Ada cerita tersendiri. Cuma aku berharap sangat semoga tahun 2016 ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Itu harapan aku. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah

Thursday, February 18, 2016

Keletah Raifa Evaqaleefa

Masih tak dapat idea nak mulakan cerita perihal Raina darjah 1 dan sekolah Raina. Aku cerita pasal Raifa dulu untuk entri ni. Sebab aku rasa banyak sangat dah keletah-keletah Raifa yang mencuit hati sejak kebelakangan ni. 

Raifa dah genap umurnya 2 tahun 23hb Januari bulan lepas. Sekejap je Raifa dah 2 tahun. Nanti kalau rajin aku cerita pasal ni. Celebrate kecil-kecilan je tahun ni. Tak ada birthday party macam tahun lepas. Sebab plan aku memang nak bawak anak-anak holiday this year sempena birthday diaorang. Senang kata bawak pergi jalan-jalan. Jalan dekat-dekat je pun. Tapi tak kisah asalkan diaorang happy. Hari tu  masa cuti panjang chinese new year dah bawak diaorang pergi ke Melaka, Port Dickson dan Genting Highland. InsyaAllah ada rezeki aku nak bawak diaorang next holiday pulak. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Raifa sekarang ni dalam proses belajar bercakap menggunakan ayat yang agak panjang-panjang. Kalau dulu Raifa bila bercakap sepatah-sepatah. Tapi sekarang ni dia dah pandai menggabungkan 2,3 patah perkataan bila bercakap. Aku perasan sejak ibu aku jaga Raina dan Raifa masa cuti sekolah sebelum Raina masuk darjah 1 hari tu. Kebetulan ibu aku cuti panjang so masa musim cuti sekolah tu memang ibu aku banyak jaga Raina dengan Raifa. Ibu aku memang pantang kalau cuti panjang mesti kabo kat aku nak jaga Raina dengan Raifa. Masa ni lah aku perasan Raifa dah banyak perkataan baru yang dia guna bila bercakap.

Contohnya :

- Ya, nak susu (Tok wan nak susu. Raifa sekarang panggil tok wan dia dengan panggilan 'ya'. Dulu dia panggil 'wen' atau 'wa' . Tapi sekarang dia panggil 'ya'. Lagi satu dulu dia sebut susu tu 'mimilk' sekarang dia lagi selesa sebut susu)

- Naaa, asuklah (Raina masuklah)

- Mama nak kut (Mama nak ikut)

- Ya nak udu (Tok wan nak sudu)

- Mama kak ju (Mama buka baju)

- Nak gi ne? Olah ye? ( Nak pergi mana? sekolah ye?)



Raifa dah pandai memilih. Baju atau kasut yang dia tak berkenan nak pakai dia akan menangis semahunya tak nak pakai. Kita paksalah macam mana pun. Dia tetap dengan pendirian dia. Payah biasanya mak pujuk suruh dia pakai benda yang dia tak suka pakai contohnya kasut. Raifa ni sekarang lagi suka pakai seliper. Aku ni dahlah macam ada kepantangan tengok budak kecik pakai seliper bila keluar berjalan. Tapi sekarang ni dah tahap pasrah je bila anak-anak aku kekadang tu nak jugak pakai seliper daripada pakai kasut. Apa-apa je lah anak-anak. Mak korang malas nak jadi tarzan dah. Mak korang layankan je kerenah korang. Hahaha.

Raifa ada satu perangai yang dia macam pendengki dengan Raina. Apa yang Raina pegang barang atau apa-apa je lah dia automatik akan jadi pendengki dengan kakak dia. Contohnya Raina pegang buku mewarna. Padahal sebelum tu dia tak hairan pun dengan buku mewarna tu. Tapi bila kakak dia pegang je terus dia nak buku tu. Kadang-kadang dia rampas je dari Raina. Masa ni lah terjadinya pergaduhan adik-beradik. Adoiii aku pulak stress tengok dua beradik ni bila berebut barang. Raina pulak jenis tak nak mengalah. Biasa aku suruh jugak Raina mengalah bagi kat adik dia. Dah dua-dua menangis. Anak baru dua orang ni. Dah macam ni keadaannya. 

Pastu bila barang dah dapat ke Raifa, dia belek-belek kejap je pastu dia tak nak dah barang tu. Itu yang aku cakap Raifa ada macam perangai dengki dengan Raina. Hai anak-anak not good okeh perangai ni. Tapi aku selalu jugak pujuk Raifa cakap macam-macam, tak lama tu biasanya Raifa lembut hati dia bagi balik kat kakak dia. Tapi ikut mood dia jugak. Rainalah kena pasrah pasal dia kakak. Bertabahlah Raina ye.





Raifa suka ikut apa yang kita cakap. Contohnya aku tengah borak dengan Saiful. Nanti dia pun ikutlah apa yang kita cakapkan. Maybe dia tertarik nak cuba belajar apa yang kita cakapkan walaupun pelat dan tak berapa faham apa yang dia cuba cakapkan.

Raifa ada dua benda yang dia paling suka. Satu kucing. Dari sebelum umur dia setahun memang dah perasan dia minat kucing. Sebab tu tahun lepas birthday party dia thema Hello Kitty. Sampai sekarang Raifa suka dengan kucing. Pantang nampak nanti mulalah dia menjerit 'catttttt'. Lagi satu dia suka sudu. Sekarang ni kalau tidur pun dia nak pegang sudu. Apatah lagi nak makan ke nak main ke nak keluar berjalan ke. Biasanya dia request nak pegang sudu. Pelik jugak aku ni. Kalau balik rumah family aku, ibu aku siap dah sediakan satu bekas penuh sudu untuk Raifa pegang. Ke hulur ke hilirlah Raifa bawak bekas baldi palstik penuh sudu. Dia boleh menangis beriya-iya kalau kita tak bagi pegang sudu. So janganlah pelik kot nampak anak aku pegang sudu kat shopping mall. Hahaha. Tapi selalunya aku pujuklah kalau nak keluar sudu tinggal dalam kereta ke letak dalam beg ke. Mak segan kang orang tengok dah kenapa budak ni pegang sudu. Hahaha.

Raifa sekarang ni dah mula kenal nombor. Kalau huruf tu dalam proses nak belajar-belajar lagi. Kalau nombor ni dia macam laju je ingat walaupun susunan nombor tu tak betul. Aku syak dia belajar bila aku tengah ajar Raina. Dia kan biasa duduk sebelah. So dia belajar dari situ. Nanti kalau pegang sudu contohnya, dia tengah main sudu sambil dia kira. Kalau nak apa-apa dan kita tanya adik nak berapa. Dia pun kekonon kira-kira pastu jawab.

Lagi satu, Raifa ni penggeli dengan habuk ke pasir. Perangai ni sama macam kakak dia. Kalau ada habuk ke pasir melekat dia boleh bantai menangis-nangis kekadang tu. Ada hari tu habuk melekat kat tangan dia. Menangis-nangis sambil cakap ma...lat,lat. Maksudnya ada ulat melekat kat tangan dia. Padahal habuk je pun. Sabau je lah. Kalau kasut ke seliper dia ada habuk sikit memang dia tak mahu pakai sebab dia kabo ada ulat. Pastu siap buat muka geli sambil menangis. Ikut perangai siapa tu. Macam ikut perangai aku je. Hahaha. Banyak lagi keletah Raifa cuma aku dah malas nak taip. Boleh gitu? Hahaha. Mood nak update blog ni up and down lah sekarang ni. Tapi aku try untuk update jugak okeh