Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, January 14, 2016

Raina dan ujian diagnostik darjah satu

Raina dan kawan-kawan masa kat Genius Aulad. Aku tahu nama kawan dia rapat Syaza je. Yang sorang lagi Raina pernah bagitahu nama tapi aku lupa. Kemain nampak hepi je anak dara aku ni

Aku daftarkan Raina sekolah rendah melalui pendaftaran online tahun 2014. Masa tu tak silap aku, baru habis pantang kot. Itupun ada kawan bagitahu. Kalau tak aku pun tak tahu kena daftar online. Zaman sekarang ni canggih sangat semuanya online. Aku terfikir kalau mak bapak yang duduk jeruk kampung tak reti online. Macam manalah agaknya. Sebelum aku registerkan sekolah Raina, aku refer babysitter anak-anak aku dulu. Sebab dah confirm nanti Raina kena transit kat rumah babysitter. Bila Kak Zurin bagitahu suruh pilih sekolah area Bukit Rimau so aku pun terus pilih sekolah area Bukit Rimau. Lagipun anak-anak Kak Zurin semua sekolah area Bukit Rimau. Nasib baik aku tanya babysitter. Kalau tak aku dah nyaris-nyaris nak pilih sekolah area Kota Kemuning. Lagipun senang kalau Raina satu sekolah dengan anak-anak babysitter,  senang nak carikan transport.

Selepas pendaftaran online, kena pulak buat pengesahan kat sekolah yang di pilih. Apalah banyak sangat step nak masukkan anak sekolah. Siap kena sediakan sampul surat bersetem. lepas buat pengesahan kenalah tunggu surat dari pihak sekolah sama ada berjaya ke tak anak dapat tempat kat sekolah yang di pilih tu. Masa ni aku berharap sangat Raina dapat sekolah yang aku pilih tu.

Aku pun dengan sabar menunggu surat dari pihak sekolah. Sampailah satu hari tu, mak Syaza (mak kepada kawan baik Raina kat Genius Aulad), whatsapp aku. Mak Syaza kata dia dah dapat surat minta Syaza hadir ke ujian diagnostik. Tempoh surat yang mak Syaza dapat tu beberapa hari sebelum tarikh ujian diadakan. Masa tu aku tak dapat lagi surat tu. Tak ke aku gelabah ayam tak senang duduk. Tak silap aku, surat tu aku dapat sehari sebelum ujian diagnostik tu. Pastu mulalah risau macam mana Raina masa ujian diagnostik tu. Kemain zaman sekarang ada ujian penilaian macam ni sebelum masuk darjah satu. Rupa-rupanya ujian diagnostik ni di buat untuk menentukan kelas anak kita nanti. Kasihan kat budak-budak je. Tak sepatutnya umur macam diaorang ni nak ada ujian penilaian nak tentukan kelas. Bila tanya Raina, soalan pasal apa. Raina kata ada bahasa melayu, matematik dan bahasa inggeris. Aku terfikir macam mana kalau budak sebaya Raina yang masih tak boleh membaca. Tak ke kasihan. Sebab tu aku rasa tak patut ujian diagnostik ni.  Masa aku darjah satu dulu, baru nak terkial-kial kenal huruf. Tapi zaman sekarang masuk je sekolah rendah dah kena pandai membaca dan mengira.

Hamboi kemain masing-masing. Baru pergi ujian dianostik tapi gaya macam dah senior kat sekolah tu

Sebelum sesi persekolahan bermula, aku dah dapat tahu Raina kelas mana. Masa tu kebetulan aku laki bini bawak anak-anak keluar nak beli keperluan sekolah Raina sambil berjalan. Singgah sekolah Raina dengan niat nak pergi koperasi beli buku sekolah. Tapi koperasi tutup pulak. Jalan-jalan terbaca kat papan kenyataan senarai nama pelajar darjah satu dan kelas. Nak kepastian masa kat office, aku gugel cari maklumat sekolah. Terjumpa blog pusat sumber sekolah update senarai nama pelajar dan kelas. Tak kisahlah Raina kelas mana. Janji dia pergi sekolah dan belajar. Lagipun Kak Zurin cakap selalunya pertengahan tahun akan ada ujian untuk pertukaran kelas. So aku rasa masa ni barulah sesuai budak-budak di nilai tahap penggajian diaorang selepas beberapa bulan bersekolah. Bukannya awal-awal dah ada ujian pastu dah tentukan kelas.

Aku cuma harap Raina serasi dengan sekolah baru dan dapat belajar ikut keselesaan dia sendiri. InsyaAllah. Sekarang Raina sekolah sesi pagi dan sesi petang. Sebab Raina sekolah agama sesi pagi dan sekolah kebangsaan sesi petang. Next time aku cerita perihal Raina di sekolah baru dia pulak

7 comments:

  1. tq nurul utk info ni. tahun ni baru nak daftar Arreesa. Ainul pun tak setuju pasal ujian diagnostik. kecik2 dah kena hadap exam. adoi kita dah masuk U pun tak suka exam.

    ReplyDelete
  2. nurul..kalau takde online..boleh je pegi sekolah terus.tak yah online pun boleh...hihi.sbb bukan smua pun reti guna internet ni.
    lepas register tu dlm bulan 3..nanti next year bulan 8 kita kena sah kan pulak.shima tak dpt surat pun.check online je tgk kita dpt x sekolah yg kita mintak..hehhe... masa bulan 8 tu g wat pengesahan.biasa sekolah akan bg senarai surat yg perlu..bila nak dtg lagi..utk ujian/orientasi

    ReplyDelete
  3. sHIMA : tempat nurul memang pihak sekolah nak copy register online. dia minta. sebab tu nurul kena online jugak. pastu dalam bulan 8 ke 9 ke lupa dah baru tahu anak dapat sekolah yang kita minta tu untuk pengesahan kali kedua yang ada cop-cop kat surat beranak tu. masa yang mula-mula buat pengesahan tu pun ada cop-cop jugak rasanya. Dalam bulan 11 dapat surat untuk ujian darjah satu tu.

    ada kawan tu sekolah dia tak payah online terus pergi ke sekolah. lain-lain agaknya

    ReplyDelete
  4. Ainul : Kan bebudak kecik lagi dah kenapa nak ujian awal-awal tentukan kelas

    ReplyDelete
  5. raina tak macam darjah 1.. macam dah matang sgt tau

    ReplyDelete
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete