Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, February 18, 2016

Keletah Raifa Evaqaleefa

Masih tak dapat idea nak mulakan cerita perihal Raina darjah 1 dan sekolah Raina. Aku cerita pasal Raifa dulu untuk entri ni. Sebab aku rasa banyak sangat dah keletah-keletah Raifa yang mencuit hati sejak kebelakangan ni. 

Raifa dah genap umurnya 2 tahun 23hb Januari bulan lepas. Sekejap je Raifa dah 2 tahun. Nanti kalau rajin aku cerita pasal ni. Celebrate kecil-kecilan je tahun ni. Tak ada birthday party macam tahun lepas. Sebab plan aku memang nak bawak anak-anak holiday this year sempena birthday diaorang. Senang kata bawak pergi jalan-jalan. Jalan dekat-dekat je pun. Tapi tak kisah asalkan diaorang happy. Hari tu  masa cuti panjang chinese new year dah bawak diaorang pergi ke Melaka, Port Dickson dan Genting Highland. InsyaAllah ada rezeki aku nak bawak diaorang next holiday pulak. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Raifa sekarang ni dalam proses belajar bercakap menggunakan ayat yang agak panjang-panjang. Kalau dulu Raifa bila bercakap sepatah-sepatah. Tapi sekarang ni dia dah pandai menggabungkan 2,3 patah perkataan bila bercakap. Aku perasan sejak ibu aku jaga Raina dan Raifa masa cuti sekolah sebelum Raina masuk darjah 1 hari tu. Kebetulan ibu aku cuti panjang so masa musim cuti sekolah tu memang ibu aku banyak jaga Raina dengan Raifa. Ibu aku memang pantang kalau cuti panjang mesti kabo kat aku nak jaga Raina dengan Raifa. Masa ni lah aku perasan Raifa dah banyak perkataan baru yang dia guna bila bercakap.

Contohnya :

- Ya, nak susu (Tok wan nak susu. Raifa sekarang panggil tok wan dia dengan panggilan 'ya'. Dulu dia panggil 'wen' atau 'wa' . Tapi sekarang dia panggil 'ya'. Lagi satu dulu dia sebut susu tu 'mimilk' sekarang dia lagi selesa sebut susu)

- Naaa, asuklah (Raina masuklah)

- Mama nak kut (Mama nak ikut)

- Ya nak udu (Tok wan nak sudu)

- Mama kak ju (Mama buka baju)

- Nak gi ne? Olah ye? ( Nak pergi mana? sekolah ye?)



Raifa dah pandai memilih. Baju atau kasut yang dia tak berkenan nak pakai dia akan menangis semahunya tak nak pakai. Kita paksalah macam mana pun. Dia tetap dengan pendirian dia. Payah biasanya mak pujuk suruh dia pakai benda yang dia tak suka pakai contohnya kasut. Raifa ni sekarang lagi suka pakai seliper. Aku ni dahlah macam ada kepantangan tengok budak kecik pakai seliper bila keluar berjalan. Tapi sekarang ni dah tahap pasrah je bila anak-anak aku kekadang tu nak jugak pakai seliper daripada pakai kasut. Apa-apa je lah anak-anak. Mak korang malas nak jadi tarzan dah. Mak korang layankan je kerenah korang. Hahaha.

Raifa ada satu perangai yang dia macam pendengki dengan Raina. Apa yang Raina pegang barang atau apa-apa je lah dia automatik akan jadi pendengki dengan kakak dia. Contohnya Raina pegang buku mewarna. Padahal sebelum tu dia tak hairan pun dengan buku mewarna tu. Tapi bila kakak dia pegang je terus dia nak buku tu. Kadang-kadang dia rampas je dari Raina. Masa ni lah terjadinya pergaduhan adik-beradik. Adoiii aku pulak stress tengok dua beradik ni bila berebut barang. Raina pulak jenis tak nak mengalah. Biasa aku suruh jugak Raina mengalah bagi kat adik dia. Dah dua-dua menangis. Anak baru dua orang ni. Dah macam ni keadaannya. 

Pastu bila barang dah dapat ke Raifa, dia belek-belek kejap je pastu dia tak nak dah barang tu. Itu yang aku cakap Raifa ada macam perangai dengki dengan Raina. Hai anak-anak not good okeh perangai ni. Tapi aku selalu jugak pujuk Raifa cakap macam-macam, tak lama tu biasanya Raifa lembut hati dia bagi balik kat kakak dia. Tapi ikut mood dia jugak. Rainalah kena pasrah pasal dia kakak. Bertabahlah Raina ye.





Raifa suka ikut apa yang kita cakap. Contohnya aku tengah borak dengan Saiful. Nanti dia pun ikutlah apa yang kita cakapkan. Maybe dia tertarik nak cuba belajar apa yang kita cakapkan walaupun pelat dan tak berapa faham apa yang dia cuba cakapkan.

Raifa ada dua benda yang dia paling suka. Satu kucing. Dari sebelum umur dia setahun memang dah perasan dia minat kucing. Sebab tu tahun lepas birthday party dia thema Hello Kitty. Sampai sekarang Raifa suka dengan kucing. Pantang nampak nanti mulalah dia menjerit 'catttttt'. Lagi satu dia suka sudu. Sekarang ni kalau tidur pun dia nak pegang sudu. Apatah lagi nak makan ke nak main ke nak keluar berjalan ke. Biasanya dia request nak pegang sudu. Pelik jugak aku ni. Kalau balik rumah family aku, ibu aku siap dah sediakan satu bekas penuh sudu untuk Raifa pegang. Ke hulur ke hilirlah Raifa bawak bekas baldi palstik penuh sudu. Dia boleh menangis beriya-iya kalau kita tak bagi pegang sudu. So janganlah pelik kot nampak anak aku pegang sudu kat shopping mall. Hahaha. Tapi selalunya aku pujuklah kalau nak keluar sudu tinggal dalam kereta ke letak dalam beg ke. Mak segan kang orang tengok dah kenapa budak ni pegang sudu. Hahaha.

Raifa sekarang ni dah mula kenal nombor. Kalau huruf tu dalam proses nak belajar-belajar lagi. Kalau nombor ni dia macam laju je ingat walaupun susunan nombor tu tak betul. Aku syak dia belajar bila aku tengah ajar Raina. Dia kan biasa duduk sebelah. So dia belajar dari situ. Nanti kalau pegang sudu contohnya, dia tengah main sudu sambil dia kira. Kalau nak apa-apa dan kita tanya adik nak berapa. Dia pun kekonon kira-kira pastu jawab.

Lagi satu, Raifa ni penggeli dengan habuk ke pasir. Perangai ni sama macam kakak dia. Kalau ada habuk ke pasir melekat dia boleh bantai menangis-nangis kekadang tu. Ada hari tu habuk melekat kat tangan dia. Menangis-nangis sambil cakap ma...lat,lat. Maksudnya ada ulat melekat kat tangan dia. Padahal habuk je pun. Sabau je lah. Kalau kasut ke seliper dia ada habuk sikit memang dia tak mahu pakai sebab dia kabo ada ulat. Pastu siap buat muka geli sambil menangis. Ikut perangai siapa tu. Macam ikut perangai aku je. Hahaha. Banyak lagi keletah Raifa cuma aku dah malas nak taip. Boleh gitu? Hahaha. Mood nak update blog ni up and down lah sekarang ni. Tapi aku try untuk update jugak okeh

3 comments:

  1. raifa! sbijik prangai mcm aneem tao, hahahha
    tp aneem xtakot pasir laaa
    ateee, stiap weekend g mandi pantai, korek2 pasir, berguling atas pasir. hehe
    aneem xkenal nombor lg, tp dia dh hafal 1-10.

    ReplyDelete
  2. Hi, can I contact you through your email? I've something to share that might interest you.

    Aaron
    aarongrey112 gmail.com

    ReplyDelete
  3. Na : Anak keua ni rata-rata yang aku dengar peel lebih kurang je kan

    ReplyDelete