Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, March 15, 2016

Dari Hati (9) : Dari hati seorang mak budak

Nampak tak Raina duduk kat kerusi dan yang Raifa duduk kat bawah. Kadang-kadang benda macam ni pun jadi bergaduh dua beradik ni. Bergaduh berebut kerusi contohnya. Padahal kerusi macam tu ada dua kat rumah. Tapi apa yang disakitnya hati nak jugak berebut satu kerusi tu jugak

Aku nak cerita pasal Raina dengan Raifa. Sejak kebekangan ni Raina dengan Raifa asyiklah bergaduh. Bergaduh rebut barang, Bergaduh berebut tempat duduk nak tengok tv, bergaduh berebut makanan. Senang kata ada je yang tak kena mesti nak bergaduh. Aku sampai satu tahap berfikir macam mana nak bagi diaorang ni duduk aman dua beradik.

Walaupun aku tahu, diaorang sayang antara satu sama lain sebab aku nampak bila Raina dodoikan adik dia time nak tidur, bila Raina suapkan adik dia makan, bila Raifa kongsi makan ais krim sama-sama kakak dia. Tapi keadaan tu time diaorang berbaik je. Bila bergaduh mulalah dengar masing-masing menangis. Hari-hari macam ni. Kadang-kadang ada terdetik rasa sayu kat lubuk hati aku. Sebab aku tak nak diaorang macam ni sampai ke besar. Aku nak Raina dengan Raifa bersatu tolong-menolong dan berbuat baik antara satu sama lain macam mana aku dengan adik-adik aku sekarang. Alhamdulilah aku bersyukur macam mana ayah dan ibu aku didik anak-anak diaorang sampai aku dengan adik-beradik aku rapat antara satu sama lain. Aku nak Raina dengan Raifa pun macam ni.

Apa yang aku perasan sekarang ni, Raina kuat memberontak. Lagi-lagi sejak dia dah bersekolah rendah ni. Memang ketara perangai dia bila memberontak. Biasanya aku kena gunakan cara lembut selembutnya nak pujuk Raina. Lagi-lagi bila Raina bergaduh dengan Raifa hanya pasal berebut barang contohnya. Aku sebenarnya risau takut Raina terpengaruh cara kawan-kawan kat sekolah yang tak sesuai untuk dia. Aku berharap sangat Raina dengan Raifa sentiasa jadi adik-beradik yang penuh dengan kasih sayang antara satu sama lain. Aku tulis pasal entri ni sebab pasal hal ni selalu sangat berlegar dalam kotak fikiran aku sejak kebelakangan ni. Aku  memang macam ni benda kecik-kecik pun suka fikir secara serius. Aku percaya perkara ni kena di pupuk dari mereka masih kecil lagi. Aku harap sangat aku boleh terapkan nilai-nilai yang baik dalam diri diaorang. InsyaAllah.

1 comment:

  1. InsyaAllah. Doakan yang baik2. Mungkin ini fasa anak membesar. Dia pasti jadi anak yang sperti kita inginkan.aamiin

    ReplyDelete