Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, April 13, 2016

Perangai

Aku suka warna biru. Warna biru kan cool. Gittewww

Perangai orang ni kadang-kadang kita tak boleh nak jangka. Walaupun kita dah kenal seseorang bertahun-tahun sekali pun, boleh jadi ada satu hari kita rasa dia macam buat perangai lain dari kebiasaan. Ada orang perangai suka gigit kuku (macam akulah tu. Huehuehue). Ada orang suka termenung sebelum tidur. Ada orang suka melabur dalam jamban dulu tiap-tiap pagi sebelum mandi. Ada orang suka cium ketiak suami untuk tunjukkan kesetiaan dia. Eh? Hahahaha. Apa pun perangai kita, itu dah memang hakikinya sikap dan perangai kau. Biasanya perangai yang memang dah sebati dari kecik ni payah sikit nak berubah. Kecuali memang kau rasa nak berubahlah.

Kalau perangai tu molek je tak payahlah nak berubah apa-apa demi orang lain. Jadi diri-sendiri sudahlah. Lainlah kalau perangai kau haprak, (guna ayat ni lepas baca entri Husna Hadzarami) memang kalau boleh tu cubalah berubah demi kebaikan orang sekeliling. Kalau kau rasa tak nak berubah, pastu tertanya-tanya kenapa orang menyampah dengan kau. Kat situ, kau bolehlah scan balik keseluruhan diri kau kenapa orang menyampah dengan kau. Ada faham?

Aku ada satu perangai. Boleh dikatakan perangai aku ni dah sebati dalam diri aku. Sebabnya ini memang perangai dari aku masih dari zaman hingusan sampai sekarang dah jadi mak budak pun kadang-kadang aku buat perangai ni. Kau pernah tak rasa down sampai satu tahap tu kau rasa malas nak ambil tahu pasal hal kat sekeliling kau? Masa tu kau akan memencilkan diri kau. Kononnya 'me time'. Masa tu kau buatlah apa-apa cuba sibuk-sibukkan diri walaupun hanya sibuk basuh kasut sekolah dan iron baju sekolah anak mungkin. Hahaha. Masa tu kau rasa baik jaga hati sendiri dari nak ambil tahu hal sekeliling kau. Perangai sangat kan? Inilah salah-satu perangai aku.

Dulu masa zaman hingusan, aku suka memencilkan diri aku bawah katil ayah dan ibu aku. Kan katil tu saiz besar saiz king ke queen mak pun tak pasti. So aku akan baring senyap-senyap bawah katil tu. Maybe masa tu kena marah dengan ayah atau ibu aku ke? Atau berselisih faham dengan adik-adik pastu aku sebagai kakak sulung kena mengalah ke? Memang bawah katil tu port aku biasanya. Pastu aku kumpul segala kekuatan keluar dari tempat persembunyian aku then aku akan diam diri tak peduli pun keadaan sekeliling aku. Huh perangai sangat ni. Memberontak ke apa entah? Hahaha.

Kalau sekarang ni sebab aku pun dah jadi mak budak pun dan bukanlah muda remaja macam dulu, so bila aku rasa down biasanya aku akan banyak diam dan akan kurang bercakap. Kalau ada member ajak borak dan buat lawak depan aku pun, nanti aku acah-acah gelak. So member tu kena faham kalau tengok reaksi muka aku kelat semacam pastu kau nak jugak buat lawak, lu fikirlah sendiri. Dan biasanya bila keadaan aku down aku tak akan aktif dalam sebarang social networks tak kisahlah whatsapp ke Facebook ke Instagram ke dan seangkatan dengannya. Biasanya facebook pun aku deactivate sementara waktu. Bagi aku facebook ni paling berserabut kalau kau hadap time kau tengah down. Hahaha.

Part paling kelakar, aku pernah diamkan diri kat belakang bakul kain tau. Aku menyorok kat situ. Masa tu down pasal apa entah. Lupa dah. Saiful dengan anak-anak aku cari aku. Tapi boleh pulak mamat tu jumpa port baik aku menyorok tu. Masa tu masing-masing bantai gelakkan aku termasuk anak-anak aku. Adoiii. Hahaha. Itu yang selalu Saiful kabo ke aku. Ada masalah suka pendam sorang-sorang. Aku rasa perangai aku yang satu ni taklah teruk mana. Boleh dikategorikan bagus jugak. Hamboi hamboi hamboi. Hahaha. Bukan apa dari kita down pastu buat perkara yang bukan-bukan, baiklah kita diam je. Istiqhamah dan muhasabah diri namanya ni. Cewahhh. 

Oklah dah nak masuk waktu lunch. Mak nak makan nasi impit dengan kuah lontong. Sedap wooo. Belum rasa dah kabo sedap. Mak beli je pagi tadi. Harap-harapnya sedaplah seperti ibuku masak. Gittuwww. Jom lunch

No comments:

Post a Comment